Hari untuk keluarga.

Friday, 21 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahun lepas, dalam pantang bersalinkan Adli. Tahun ini, pregnant lagi tapi gagah juga nak pergi Port Dickson. Tujuan, jumpa geng bergosip, PERKEP. Walhal sebelum-sebelum ini sudah berangan hendak support team abi masuk acara sukaneka mahupun apa-apa acara.

Biasala, kusangka panas hingga ke petang rupanya gerimis mengundang ditengah hari, tapi gerimis ni memang membawa rezeki tersendiri. Aku pregnant lagi, hari keluarga tahun ni, masih duduk ditepi sambil berborak mata mengawasi Auni dan Adli. Sesekali, abi bawa Auni dan Adli pergi di tengah padang. Berguling sakan anak beranak tu.

Auni sudah sedia berlari-lari dengan kawan-kawan yang menemani. Ramahnya dia membuatkan semua orang jadi sayang kepadanya. Apatah lagi, kepetahannya bercakap, tidak segan dengan orang dan suka buat hal sendiri menjadikan emak pun terlupa kepadanya seketika.

Anak abi tu memang mudah sungguh hendak dicam, walaupun dalam kumpulan merah jambu, aku pakaikan dia baju belang-belang daripada Cuties Gorgeous Collection sedondon brand dengan Adli.


Here we go, Auni dan kawan-kawan. Suka dengar dia berkata "umi... Auni suka kawan-kawan". Adam, Adli, Afrina, Marsya, Nurin, Naufal, Imani, Rania, Afi, Aiyla. Antara kawan-kawan Auni. Coming soon, her adik baby and baby mama papa angkat dia, pnDahlia :D


Abi dengan anak-anak kesayangan. Insan penyayang ni, memang suka anak-anak walaupun kerjanya serius dan mukanya sendiri ketat bagai hendak tangkap orang. But, I love him so so so much. Never ending gittu. Disebabkan aku tidak larat, tahun ini dia bekorban tidak masuk satu acara pun, kerana menjaga Adli dan Auni.


Walaupun Auni sibuk bermain, dia tidak lupa untuk tolong tengokkan Adli. Thanks Auni, thanks Adam.



Sebaik sahaja acara sukaneka tamat di padang dan selepas makan tengah hari, sebelum keduanya melelapkan mata abi lebih dahulu mengajak terjun kolam. Menginap di Tiara Beach Resort kali kedua menjadikan aku boleh hafal selok belok tempat tidurnya. Selesa, dan kami kongsi dengan satu lagi keluarga kawan abi.

See? Auni dah jadi itik sepanjang jalan ke kolam dia buat bunyi itik siap tangan mengepak-ngepak. Adli mamai sebab dia sudah tertidur, bila jejak air masing-masing lupa dunia, lupa diri. Kolam kanak-kanak tapi kena pantau juga. Yang aku tak paham tu, anak-anak aku ni suka benar panjat papan longsor untuk naik. Tengok je la Adli tu... mujur masih belum cekap tapi hampir juga hendak sampai atas.


Auni memang berani, tengah aku sibuk-sibuk dengan Adli dia mendahului ke kolam orang dewasa. Semua kolam hendak di cuba. Aku masik terkedek-kedek mengejar daripada belakang, dia sudah masuk ke tangga kolam. Bila bayangkan semula detik tu, memang mengecutkan urat darah emak. Dua orang budak terhegeh-hegeh hendak berenang selamatkan Auni yang sudah terkapai-kapai akibat kaki tidak sampai ke lantai.

Lambat benar budak itu hendak berenang, aku terus je masuk sambil dukung Adli. Lekas-lekas aku tarik Auni biar dia dapat bernafas, aku tarik je disebabkan tangan sebelah lagi mendukung Adli. Hish! suspen. Aku dudukkan dia di tepi kolam, tepuk-tepuk belakang dan dia muntah. Mujur tidak pengsan, pening juga aku hendak mengejar mencari abi. Jarak kolam abi bermain, dengan kolam dewasa tu menyeberangi satu lagi kolam kanak-kanak.

Sekali lagi berlaku, dia main sendiri-sendiri dekat dengan aku. Tengok abi ada dalam kolam, bermain dia test power juga. Tengok-tengok tersangkut kat tebing kolam, mungkin terasa kaki tak jejak lantai. Isteri bos kepada abi betul-betul depan Auni, dia duduk sahaja. Tak endah langsung pun, aku yang jauh sedikit ni terkejar-kejar mendapatkan dia yang dah tersangkut. Lambat sikit lagi, tangan dia licin dia jatuh jua ke kolam dewasa tu. Auni-Auni. Tiada istilah serik.

Bila acara malam, masing-masing sudah kepenatan. Masa untuk emak pula, berbual dengan kawan-kawan dan makan. Auni dan Adli keletihan, Auni lena dalam stroller, Adli lena atas kerusi. Adli tidur memang tidak sedar diri dia berada atas kerusi, bagai atas katil. Aku cuma jaga dia tidak tergolek jatuh sahaja.


Selesai makan, persembahan dan penyampaian hadiah, anak-anak pun ramai yang sudah tewas, balik apartment dengan hamper dan letih. Terus sahajalah mencari katil. Tengok-tengok, abi sudah hilang. Rupanya, dia sudah bangun awal-awal pagi lagi. Ada panggilan masuk.


Ini sahaja gambar emak yang ada. Comot lagi selebet di tengah panas :) Habis cair make-up. Dan mengabadikan gambar 4 ahli keluarga untuk kesekian kalinya... Tadaaa...

InsyaALLAH, tahun hadapan ruang kosong tu tiada :)

Nota hijau: Terima kasih kepada abi sebab beri peluang kami berseronok walaupun, insan paling letih dan tidak henti-henti mengemas adalah emak. Hahahaaa..

16 pasang kaki:

eima said...

hmmm sweet moment.. bahayenye auni ... mmg budak ni besar nanti jd cam apaknye jugak kompom... perkasa ...

tp paling tak puas hati tak pompuan yg buat tatau nk membantu kanak2 tu ...melampau

mmg tak de hati lah!!

duniafana said...

nmpk mak ngn ayah yang lbih happy dari anak nih :p

JaSSNaNi said...

Tahniah... dah bape minggu?
semoga semuanya baik2 ye.. :)

sitiebby said...

askum cha,

happy je baca entry kali ni. lamanya xde cuti2 mcm cah sejak keja di Sibu. Teringin jugak hati ni nak mbawa 2 puteri tue...

Jue a.k.a Ibu 2F said...

sweet sangat..
penat tapi seronok...

Noli@Ibu Wafa said...

huhh berdebar ngn perangai auni nih..nasib baik xde pape jadi..alhmdulillah..
take care ch@ ;)

Zura@Iwan said...

bestnya...ada hari klrga...rupanya abg kamu polis yer...dl mak kita mmg join perkep..sbb abah akak polis..hehe...

bahya tul la auni tu...ralit je..terjun lg dlm kolam tu.hehe

Nad @ MamaZN said...

syukur kerana di beri kesempatan itu
chewaahh!

nape bini bos tu camtu?
tu la dia..takkena kat anak sendrik
eeee, bukan nak doakan
tp plz la..takkan takde hati perut, huhu!

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hari utk keluarga..mmg besh.. :))

berani betul Auni ye, nasib baik xde pape yg buruk berlaku..

Ziqry pun skrg ni makin berani, kalau tgk air main nak terjun jerk, Zaquan dah pandai dh skrg ni, x berani nak terjun kolam org besar sbb dah ada pengalaman hampir lemas bila main terjun jerk..

Masya said...

auni²... kamu mmg berani.. kan bagus kalau amir pun mcm tu....

xpelah penat mengemas.. janji puashatikan dapat enjoy macam ni ... anak²lah palin seronok...

org lelaki mmg mcm tu.. agaknya muka ganas/ serius. ketat.. tp hati ade taman dgn anak² mudah lembut alhamdulillah...

mamalieyna said...

Ya Allah suspen sungguh... auni auni..mmg jiwa kental n berani kamu ni..^_^.. nasib la takde pape..aduhai..insan kt sebelah tu..kenapa lah boleh buat tak heran jer..ish2x..

apapun taka care, penat membayangkan dengan membuyungnya lagi..cha..cha..

best tahun depan ber-5!

ch@ said...

Eima, Noli, kakNad:
dia mmg adventure la. kwn2 dia yg lain, melalak-lalak masuk air, dia makin ajak mak dia yg tak berapa nk ada daya ni. kesian juga.
*eima, kakNad, kita anggap je dia x perasan auni dpn dia. tapi xleh terima gak.

Duniafana:
mak pak mmg kena happy. nnt pengaruhi mood anak. tak happy boleh jd stres.

Jassnani:
33weeks. thank u.

SitiEbby:
wa'alaikumussalam.
kita pun lama sgt tak pergi bercuti. last hari tu, ke Melaka rasanya. Adli blm lg pergi bercuti.

kakJue:
betul.

Zura@Iwan:
ini kira geng PERKEP yg tak berapa sgt la, sbb semedang sibuk ngn anak2 ja. nk blaja poco2 pun x sempat. Auni mmg drpd kecil independant, muka garang.

Eija:
serikla juga. ini tidak serik. tapi lps tu abi ajak juga dia masuk kolam yg sama, dia taknak... sudahnya abi dukung dia main dlm air. dia ingat kolam tu dia lms td dan sbb ada abi, dia suka je.takde melalak ke apa.

Yana:
betul tu, ada tenaga byk kemas lelebih, takde tenaga biar je la terbengkalai. hahaaa.

kakIeyna:
thn dpn tak sure boleh bergambar canni lagi ke tak. auni sah2 hilang main kejar2. adli pun dah dpt kaki, sure punya dgn hal dia. huru hara pastinya.

sal ya said...

tak apa janji happy. adehhh.. kalau anak akak yg jatuh tu mahu setahun kena bebel dgn suami. dia tak nak anak lasak macam dia masa kecik. dia lasak terlebih tapi menurun jugak pada anak2 perangainya tu. yg letih pun emak2 jugak.

ch@ said...

kakSal:
hikhik, biarkan aja. bdk2 mmg tgh melasak. abi pun sama, nakal sampai kena ikat di pokok dgn kerengga, di tangga. sampai makcik2 dia kata "jadi org jugak ko wandi" hah, betapa lasak dan aktifnya dia. mana lagi kalau tak turun ke anak2.

Salina@IbuAqil said...

Cha..
Abi kamu tu walaupun mukanya ketat..
Tp bila dia senyum..
Alahai!!!
Manis orgnya..
Padanlah buat kamu selalu x lena tido bila jauh dimata.. ;p
Hahahahhahahahha!!
Larikkkkkkkkkkk!!

ch@ said...

ibuAqil:
hiks...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in