Giliran.

Monday, 3 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Habis sudah bulan Ogos, masuk September sekejapan masa berlalu. Diam tak diam dah setengah bulan kita beraya, belum lambat lagi aku hendak menempek gambar sekeluarga. Kena juga buat kenangan di bloghijau ini, berikutan hendak memprint semula begitula lambatnya.

Masih lagi mengekalkan tradisi mengikut giliran, tahun ini di rumah mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. Cuma, biasalah perlu mengambil giliran untuk masuk ke bilik air. Hihiii, itula yang seronoknya.

Tahun ni, tenaga aku tak sama dengan dua tahun lepas yang hanya pasang badan dan ada Auni sahaja. Pasti berbeza, tahun ini ada Adli dan membawa baby rizqi pula. Semput dan bagai tidak cukup nafas. Puasa hari terakhir terasa lambatnya masuk waktu hendak berbuka.

Tidak lama sebelum berbuka, balik pula keluarga abang ipar. Ya, entah macam mana giliran kami boleh sama setiap tahun. Kebetulan. Habis waktu Maghrib, berpakat pergi main bunga api dan mercun di malam raya. Aku rasa macam pesta Tahun Baru Cina pula, meriah la sangat-sangat bila dapat berkumpul sepupu dan sepapat.

Pagi raya, mata bagaikan tidak mahu buka. Part paling best, emak mengejut anak masing-masing termasukla aku. Siapa yang tahan hendak mandi seawal pagi dengan air gunung tu. Sejuk. Sabar je la. Habis semua janji keluar untuk mengumpan si anak bangun dan mandi, main bunga api la, mandi sungai la, mandi kolam la, collect duit raya la. Sudah namanya anak, kalau mata kata tidur mereka sudah tidak peduli.

Tahun ini aku slow and steady, tidak larat berkejar sangat-sangat, banyak mengalah dengan adik beradik abi yang lain, aku hanya ikut rentak abi. Hahaaa... aku siapkan Adli, dia siapkan Auni. Baju raya, aku sudah sedia gosok daripada rumah. Mula-mula Auni nangis juga, bila mata dia dah betul-betul terbuka dan tersedar, dia pula yang paling seronok.

"Auni tak nangis pun ummi" katanya bila dengar mak usunya menangis gara-gara bersiap paling akhir. Banyakla Auni punya tak nangis, dia menjerit kena air sejuk awal pagi tu apanya. Aku ya kan ajala. Dan habis sesi makan dan fotografi-acceh, setelah abah pulang daripada masjid serta sesi bermaafan, kami pun keluar beraya berjemaah. Auni dapat ikut abi ke kubur arwah nenek [emak abi]. Aku tinggal dengan Adli yang sibuk sangat hendak tidur.

Masuk petang, aku dan abi dah pun pancit. Hahaaa. Apatah lagi melihat anak-anak yang bagaikan tidak cukup tidur. Pasti banyak ragam bila badan sudah penat. Pastinya aku la yang akan kena handle keduanya, abi... bila dapat tidur, payah benar hendak sedarnya.

 Tak gaya mak ngan bapak kan? hahaaa. Bajet muda gittu. Anak mak, anak bapak.

Gambar atas: Adik beradik lelaki abi kecuali abang Long-baju biru merupakan biras aku.
Gambar bawah: Kakak dan adik abi kecuali, makNgahFiza-baju coklat yang merupakan biras aku.
 
Tahun ini, semua pun berkumpul. Sayangnya, ummi dan abah dah berjalan raya dahulu sebelum fotogedik ini di ambil. Kedudukan aku terbalik pula dengan adik abi tu. Hiii.

 Adli sudah mahu cari bantal. Kurang 3 orang, masing-masing dah teruja.

 Abi, Umi, Adli dan Auni.

Yezzaaa... my lovely family. InsyaALLAH next year, tukar background lain, tukar tema lain dan pertambahan ahli. Adli dah tak boleh belah. Dia memang sudah meronta hendak tidur. Tahun sudah, Auni. Tahun ini beralih Adli pula, tahun depan baby rizqi pula. Sabar je la.

Ramai yang kata baju Auni dan Adli tu tempah, sebenarnya baju AEON sahaja. Mujur abi suruh shopping awal hari tu, dapatla sepasang lelaki dan sepasang untuk perempuan.  

Nota hijau: Sekian, belum habis Aidilfitri lagi kan? ngeeee...

14 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

gmbr bawah skali Cha napak lain.. :)

Masya said...

SETUJUK DENGAN KEKDA.. NAPE GAMBAR LAST DGN FAMILY TU MUKA CHA NAMPAK LAIN .... SERI IBU MENGANDUNG KER.. BERUBAH² PULAK....

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

suka tengok gambar cha yang last...
tahun depan tambah lagi sorang...
heheheheh seronoknya

Noli@Ibu Wafa said...

tak puas tgk gambo la cha..nk lagi..hikhikk

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

purple ye thn ni..comel jerk gmbar 1 family..

eija pun beli siap jerk bj melayu anak2..senang.

sama la kita thn ni giliran beraya rumah mertua...

hihi ada masa lg nak update n3 raya cha.., eija pun baru hari ni berkesempatan nak up story raya 2012..

mamalieyna said...

Selamat hari rayee...sweet kaler..next year nak tiru kaler ni la..hehe..nmpk sedondon sgt walau bukan sekayu..hehe~

take care ye ch@, meriah lg family ch@ tahun depan, bestnyer...! teruja nak sama, tpiii hehe..siap sediakan diri dulu ^_^

pic kedua terakhir tu, kakak Auni nmpk maniss sangat, sopan jer..kiut!

Nad @ MamaZN said...

ramai btul yg pilih kaler pepel tahun ni, hehe...
hepi famili ;)

sal ya said...

adehh... pic last tak keluar pulak. memang seronok kan nak tambah ahli baru. akak ni pun dalam proses nak print gambar raya start drpd 2008. huhuu...

Salina@IbuAqil said...

Seronok tgk kamu bergambar raya macam ni cha..
Tu apasal Cik Auni mcm tersepit je dlm picca last tu.. ;D

ch@ said...

kekDa, Yana:
lain tu cemana? makin comey ke tak? hahaa.

kakJue:
hahaa, tahun depan smua kena tukar. baru feeling.

Noli:
hahaa, takde gmbr sgt la Noli, byk gmbr Auni Adli ja. camerawoman pancit sbb ada rizqi.

Eija:
rasanya, tahun depan orang lain dah habis update, dah habis beraya kita baru terhegeh-hegeh. hahaaa.

skrg ni dah ada yg siap2, tinggal duit ja.

kakIeyna:
tu la, terasa hendak blaja menjahit pun ada ni, sng hendak jahit langsir, jahit baju sekayu. beli satu kayu siap sama dgn warna langsir. baru mantap. hahaaa.

Auni dah pandai beraya.

kakNad:
ini warna tahun lepas. abi pakai baju sama. kita ngn anak2 je yg tukar.

kakSal:
eh, ingat dlm proses tmbh anak tadi, eheks... rupanya nak print gmbr.

ibuAqil:
hahaaa. dia asyik hendak lari je bila bergambar, dia dah elok adli pula mengamuk, snap je la. tu jadi camtu tu.

adaa said...

maknye nmpk mude sgt hehe murah rezeki every year bertambah besar keluarga :)

ch@ said...

Adaa:
isk, every year? tiiidaaak. this year je. thn dpn tak dah. tak larat. hihiii.

Masya said...

mestilah makin comellllll .. kalau kata dah nak masuk anak tiga pun tak caya tau ... ;p

ch@ said...

Yana:
hahaa. anak tiga? tiga? tiga? waaaaa...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in