Beli besen lagikah?

Tuesday, 25 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mungkin dia kecil lagi, jadi belum tahu makna penuh istilah berkongsi, main sama-sama, beralah dan mengalah ataupun kemungkinan juga memang dia seorang yang bersifat hendak menguasai apa sahaja, sukakan adventure, sukakan perhatian [memang semestinya] selagi tidak bunyi tangisan daripada mana-mana pihak, aku biarkan sahaja.

Main khemah-khemah katanya.

Auni, bila emak ajak adik mandi dia pun hendak mandi juga. Adli sudah memegang besen, eh dia pula yang lebih sibuk memenuhkannya dengan air, Adli pun kemain suka bila kakak melayan dia mandi. Apa kerja emak? malas hendak duduk sahaja, aku kemas bilik tidur sambil sesekali menjengah dua orang yang sakan main air.

Dari luar bilik air terdengar-dengar ketawa ceria dua orang tu. Hrmmm, payah benar hendak menyuruh berkongsi besen, sorang dah meninggi, sorang dah menggebu. Memang tidak muatlah besen milik abi tu. Sudahnya, emak beri besen lain untuk Adli, sekali lagi jengah sudah bertukar besen. Gasaklah.


Esok-esok, adik keluar mana mahu ku cari besen lagi, siapa yang hendak mengalah ni. Hendak beli lagi sempit pula jadinya. Sabar sahajalah. Habis mandi, biasanya siapkan Auni dahulu, sebab bila kakak sudah naik mandi, Adli akan bosan dan hendak naik juga. Itu pun ikut mood dia, kadang-kadang dia masih lagi hendak main air.

Minum susu pun hendak sama-sama, baring sebelah menyebelah. Lega hati, bila dua-dua sudah boleh bawa diri. Paling terharu bila Auni mencari Adli setiap pagi.
"umiii, mana adik?" walaupun, ketika itu jam baru jengah ke 5pagi. Lagi melegakan hati bila Auni panggil adik. 
"Adliiii...." dengan lantang. Disahut Adli yang bagaikan tahu-tahu sahaja, kakak mencari.
"kaaakaaak" sambil terjengah-jengah dan menanti kakak datang. Tidur pun, Adli hanya satu bantal dengan kakak, walaupun kakak tu kedekut hendak beri, dia tidak peduli.


Emak sedang sibuk mengemas rumah ni. Aduhaii lintang dan pukang. Janganlah ada orang hendak datang bertandang. Hihiii, minggu ini ialah minggu cuti masak. Yeay!

14 pasang kaki:

*azni* said...

anak sy pun camtu gak,susah nak kongsi dgn adik dia..dah boleh diharap dah auni tu..insyaalah boleh jd kakak yg baik nnt..

eima said...

ololo comey betui ....
adli dah pandai panggey kakak ...alisha pandai sebut hurrgghh2 je klu abg die tu ..klu mama bah terer plak....

Nad @ MamaZN said...

auni dah mula ada rase tanggungjawab as kakak..gud girl la die ni

Zura@Iwan said...

masing2 nk besen sdiri yer...sonok la ada teman mandi..kakak dia pndai jg adik x per le..

leh mama dia sempat mengemas apa patut..hikss...

#si irfan tu..kalau duk dlm air..x mau keluar..huhu

Jue a.k.a Ibu 2F said...

seronok...
tak sabar nak tengok mereka bertiga...

Masya said...

belikan kolam mandi jerlah cha.. yang sedang² besar hihihihi.... tak yah berebut besen lagi..

mamalieyna said...

hehe..betul kata masya tu, beli kolam besar jer, skali boleh masuk 3-3 sekali..ihiks.. samalah, dak arif pun kdg mandi masih lg dok berendam dlm besen masa dia bby dulu..adik plak kenala besen kecik jer.. huu~

kakak auni dh nak jd kakak kpd 2 orang, kian terserlah lah sifat ke'kakak'an nya.. good girl~

ch@ said...

Azni:
bdk2 kan. ms dia lahir dulu adik blm lg ada, tu yg dia rasa smua pun hak milik dia. insyaALLAH, she is going to be a good sister.

Eima:
mama dgn kakak je Adli pandai. takpela slow2. skrg ni, tunjuk skill berjalan dia mcm gergasi tu. stahun dah dia.

kakNad:
syukur juga dikurniakan perempuan dahulu walaupun aktif tak terkata.

Zura@Iwan:
dua org ni sama je Zura. taknak naik mandi bila jmpa air.

kakJue:
hahaa. esok bertiga, berebut paip air dpn rmh.

Yana:
mmg ada kolam besar tu. tapi tak muat bilik airlah. kena letak kat laman. takkan nk ltk dlm bilik lak kan.
*harapan kita smg auni boleh diharap. skrg ni jwpn dia asyikla 'taknaklah' 'malaslah' 'nnt jap' huhuuu.

Salina@IbuAqil said...

Alolololo comelnya dua2 anak ibu ni..
Ibu rindu sgt dengan kalian..
Abg Aqil mst lg excited nak main dgn Cik Auni..
Ntah bila merasa tgk diorang main sama2 lg..
Insya'allah lepas baby baru lahir nnt kot..
Kena dtg rumah baru ler nampaknya yer.. ;)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

so cute..kedua2nya,
bagus la mereka rapat..
berebut tu mmg biasa cha,
Zaquan n Ziqry pun begitu kalau tgk Adiknya lg teror part berebut ni..

ohh diorg masih mandi guna besen ye, Zaquan n Ziqry pandai berdiri jerk terus x mandi pakai besen dah, nasib baik gak Zaquan x berebut nak mandi dlm besen masa Adiknya mandi guna besen kecik2 dulu..

ch@ said...

ibuAqil:
insyaALLAH, dtg rmh baru nnt. lagi best nak main. boleh main atas tanah.

Eija:
dua2 pun dah pandai mandi berdiri, tapi saja nak beri dorg main air. mandi tnpa besen semput nk ngejakan laju2 dua badik tu.

Imaan09 said...

aii bahagia tgk gambar2 tu..

sal ya said...

Anis pemurah. dia kongsi apa je yang adik dia mahu. tak macam Alya. hahaha... tapinya Anis kuat mengusik. Alya cepat buat orang. adehhh... Azfar paling cool tapi kalau datang angin dia mengusik dgn membuli jugak adanya.

ch@ said...

Lea:
dorang sgt kecoh bila dpt main sama2.

kakSal:
adli pemurah, auni kekadang je. bsr nnt pandailah dorng syg menyayangi.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in