Auni, Adli kumpul duit raya.

Monday, 10 September 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Katanya take turnkan, jadinya beraya di Johor pula. Raya kedua, mertua balik Terengganu kitorang balik Johor. Macam yang lepas, berjumpa mama, papa dan adik aku di rumah nenek sahaja. Berikutan, mama dan papa sudah pun yatim piatu makanya perjumpaan dengan nenek [tiri] berlangsung dengan kadar singkat.

Siap memandikan Auni dan Adli, siap sesi makan-makan, jadual perjalanan di susun mengikut turutan lawatan seperti lazimnya setiap kali raya. Macam biasala, masing-masing terkujat dengan perut makcik yang tiba-tiba ada baby ni. Hahaaa.

Nama pun mak buyong, habis sebalang demi sebalang kuih raya orang dihabisi. Selera makan memang tidak terkawal langsung. Pulun.

Bila perut dah mengeras-ngeras, mulala mengah. Apa pun tak boleh hendak buat dan rasa hendak menangis sahaja. Berharap agar tidak terkena sakit perut, huih azab gak bila kena. 

Tahun ni, tidak berjalan raya sangat sebab rumah Felda mama papa tu meriah dikunjungi tetamu. Tahun pertama mereka berAidilfitri di rumah tersebut. Rumah yang tidak sebesar rumah di Felda lama, namun tetap meriah malah lebih meriah. Jadi padat apabila keluarga adik-adik papa yang tidak bersua dapat berkumpul di rumah abang [papa] sendiri. Rasanya, hubungan kembali terjalin. Berikutan, hanya tinggal papa satu2nya abang paling tua dikalangan adik beradik lain. Yang muda perlu mencari yang tua.

Hari selepas tidak berjalan ke mana-mana, kitorang pergi shopping. Raya-raya pergi shopping, kehkehkeh. Dapat aku beli tudung, baju anak-anak, dan sedikit kuih raya. Jadila, bila ada orang tiba-tiba tersesat hendak beraya ke rumah aku nanti. Aku balik KL awal kerana sudah ada temujanji untuk scan baby Arrizqi tempohari. Itu sahaja kisah raya aku. Gila bosankan? ok la tu, sebab aku pun tidak gagah sangat untuk ke sana ke mari.

Auni, sudah jauh berjalan pun masih cari buku lagi.

Aku yang join group makcik-makcik, apakah?

Adli dan Aishah Husna, sedondon pula. Aishah Husna tu, sepupu abiAdli. 

Si gagah perkasa yang belum lagi nak gagah. Hahaa.

Si lasak dan aktif sepanjang masa. Auni.

Dorang ngan abi dorang. Auni kalau bergambar, mata serupa ngang abi dia. 

Nota hijau: Anak-anak je yang gembira di hari raya. Habis dah gambar raya, ditapis sehabis daya. 

13 pasang kaki:

Jue @ Ibu 2F said...

Betullah auni byk muka abinya...perut. mengeras memang azab....menangis sendiri

eima said...

alahai adli ... tak lama lg nk jd abg dah .....
ko kena manjakan adli jugak tau ..sian die ....

@e_da said...

seronok je.. akak tak upload apapun lg hal raya.. malas gilerrrrrrrrr

Gieyana said...

Yang..ko ade gak gambar ry..sy non adoo haa..hnya bbrp keping gmbar ms raya kedua..kik kik..:-)

meriahnya suasana..:-)

Noli@Ibu Wafa said...

tahun depan berlima plak..wahh best2..

Zura@Iwan said...

kutip duit ry utk anak2 la yer..hikss...

sy pestime ada bb beraya...sonok yer..

Salina@IbuAqil said...

Mestilah sama mata ngan abi..
Anak abi kan.. Hi3!!!

Nazayiena said...

Kak Nurul pun thn nie x beraya sgt ke rumah saudara mara.

Nad @ MamaZN said...

auni ngan adli mesti banyak duit raya ni...hhehe

Masya said...

auni macam ayah
adli macam umi
tak sabar nak tgk yang ke-3
tahniah cha .....

mesti banyak kumpul duit rayakan.. raya ni melayankan budak² jer.. terasa kemeriahannya..

ch@ said...

kakJue:
Auni anak abi. hahaa. perut mengeras mmg taktahan. rasa baby nak keluar sgt2.

Eima:
ko tolongla aku mnja kan dia. tak mnja pun dia mmg mnja. kakak sergah sikit ja, dia punya melalak mcm nk runtuh flat.

kak @Eda:
thn lepas ada gmbr raya, thn ni nak ada gak. ala habis raya pun still boleh je upload.

Gieyana:
aku usung je kamera, tukang ambik gmbr adik ipar aku. dia yg rajin.

Noli:
kerana nolila ada lagi gmbr raya di upload ni. kata tak puas tgk kan.

Zura@Iwan:
masa Auni dulu best gak sebab baru lps pantang. byk btl dpt collect sbb dia seorang.

ibuAqil, Yana:
betul.

kakNurul:
beraya dgn perut, lelah rasanya.

kakNad:
tak sempat lagi nak mengira.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

mmg turn mereka pulak yg bergembira di hari raya, zaman kanak2 kita dah berlalu, kita dh laluinya, skrg ni kita lalui zaman jd ibu2..happy bila tgk anak² happy..

ch@ said...

Eija:
skrg ni, zmn emak2 dh sronok tgk anak gembira.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in