Still the same.

Monday, 13 August 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku tetap macam ni juga cumanya, agak sibuk sedikit menyiapkan lagi 350 ekor rama-rama untuk Mazerah. Tidak apalah, buat secara perlahan-lahan selagi ada masa. Nampaknya, tahun ini aku dapat berpuasa penuh lagi berikutan hormon yang masih tidak berapa stabil.

Tidak lama je lagi menjelangnya hari raya, sendiri tidak tahu mahu beraya di mana. Rasa hendak duduk rumah sahaja goyang kaki dan berehat ataupun tidur sepanjang hari tanpa ke mana-mana. Kasihan pula dengan Auni dan Adli yang beraya berdua untuk tahun pertama. Lagipun, sudah berpasang baju mereka aku sediakan khas untuk hari raya.

Masih tiada lagi tanda-tanda membolehkan hati dan kaki ini merasa rumah baru. Sabarlah, semoga ada rezeki yang membolehkan urusan dipercepatkan. Kadang-kadang rezeki ALLAH ini, kita tidak boleh jangka. 

Perkembangan Premium Beautiful, aku sudah berhenti memakainya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada ketika ini, memang ianya bagus untuk kesihatan tapi kesihatan yang satu ini tidak mengizinkan untuk aku memakainya. Mengundang kemudaratan.

InsyaALLAH satu hari nanti, aku akan kembali memakainya secara kompetitif untuk hasil yang boleh memuaskan hati sendiri. Hihiii. Sabar ye.

Potty-training Auni, misi gagal. Payah juga bila sudah pandai bercakap ni, puas aku bertanya setiap setengah jam. Masuk tengah hari dia sendiri mula cari cloth-diapers. Adeh, payah bila dengar dia menjawab "Auni taknak kencing dalam bilik air" huhuuu, air mata aku rasa hendak gugur ibarat macam kartun animasi. Banjir.

Cuci dah pandai, buka baju seluar pun dah pandai, malangnya tidak mahu pula di ajak ke tandas. Mungkin, aku akan psiko dia lagi cuti akan datang. Puas juga bercakap dengan dia, cara mengangguk memang faham habis. Lagi-lagi bila nampak aku capai tuala hendak masuk bila air.

"umi nak kencing?" tanyanya selamba. Agaknya dia menunggu pesanan aku yang kebiasaannya suruh menjaga Adli.
"ha'a, nak masuk bilik air kejap. Auni tengok adik. Jangan bagi adik nangis" 
"ooo...ok, baiklah" itu memang stail dia menjawab. Macam orang dewasa sikit. Heheee.

Berganding bahu.

Air dicincang tidakkan putus.

Sekarang ni, agak mudah untuk aku extra-feeling dalam bilik air. Auni boleh diharap part menjaga Adli tapi kena pastikan mood dia ok. Kalau dia tengah hangin, hanya suara-suara jeritan je la yang dengar memarahi adik. Walhal adik tu diam je, terkebil-kebil memandang apa yang dia pegang. Silap hari bulan memang terlentang sidemok tu kena tolak.

Auni akan suka bila aku sama-sama masuk campur untuk bermain. Adli tidak payah sangat, cukup aku ada disebelah dia akan main-main-main bawa diri sendiri sampai haus. Auni dah besar, pandai bercakap pula tu makanya macam-macamla permintaannya yang kena tunaikan sebelum dia duduk diam main ipad.

Dahulu...Auni seorang mengumbah sofa.

Sekarang...Auni sudah ada Adli.

Kadang-kadang bila aku terlelap, dorang berdua buat projek sendiri-sendiri, paling tidak pun mengumbah rumah. Aku biarkan selagi tiada yang menangis. Kadang-kadang, dorang ikut sama-sama terlelap, bergelimpangan sana-sini. Inilah yang aku akan alami jika aku menjadi seorang suri-rumah satu hari nanti.

Nota hijau: Alhamdulillah kesemua cenderahati HC3rdGA sudah pun aku selesaikan sebelum raya. Hendak deco kad raya untuk blog pula. Ngehehehe.

12 pasang kaki:

eima said...

hahah dasatnye 2 org ni ....
mental ngan tenaga kena kuat ni ..klu tak pengsan ...
seb baik fahim je tak brape nk aktif adek pun sama ... diorg suka bergumpal sesama sendrik je ....memunggah kurang ckit

@e_da said...

hahah auni dah ada team buat projek humban sofa.. comelnya adli bam bam ni... tolong umi mengemas umah yekk

Imaan09 said...

alaa cerianyaa kanak2 ni cha.. rumah kamu cha mesti sama dgn rumah ku jua..mm, ada kanak2 riang umur auni ni, jgn berharap laa nk umah kemas2 rapi2..

sitiebby said...

ASKUM CHA,

itu la anak2. kita kemas kjap. tgk2 dah bsepah balik. anak2 sy pun sama. utk toilet train auni tue, mmg kena sabar byk bila anak2 dh petah bcakap. mmg mcabar diri sbenarnya. sy pun ada alaminya bila anak dk mnangis nak pake pampers, siap amik dan nk pake sndri...

Rasp said...

bagus tul auni...
dah leh harap ye sis...
part2 ada geng 'kemas' rumah mmg geleng pala jer lah sis...
asalkan dorang tak nangis dah kannnn...

Nad @ MamaZN said...

auni, adli..auni, adli...
bile la ciknad dpt jumpe kome2 lagi, hehe...

p/s: mekaseh cha atas hadiah hari raya tu! kejutan sungguh tau! :) mekaseh lagi sekali...

Mama Q Store (001927751-U) said...

Oo...Pn.syasya...awat da xmo pakai PB tuh..? rugi woo..beli mahal2...haha.

anisalya said...

sama la cha. kalau bawak azfar tidur, kakak2nya blm tentu nak tidur lagi. nnt blh dgr la suara2 yg sedap di hujung2 telinga. adeh... kadang2 tu tidur sama jugak dia orang ni.

ch@ said...

eima:
mak dorang aktif bersukan time skolah dulu, tu yg turun kpd anak2. dlm hati, mmg mak nangis.

kak @e_da:
bila mntk tolong cpt je Auni kata 'taknak-bbbuek' siap jelir lidah lagi, rasa nak gunting je lidah dia.

lea:
kita tabah je la lea, esok2 dia tau la pangai dia cemana. citer ngn bf & gf dorang. Hahaaa.

sitiEbby:
wa'alaikumusslam,
sebab tu la kita kena psiko dia pelan2. boleh punya cuma ambil masa dan kena kuat smngt. kan?

rasp:
betul sgt kata akak tu. masa ni otak masing2 tgh berkembang.

kakNad:
raya nanti kita jumpa eh-insyaALLAH.
sama2 kasih.

pnUmmi:
sudah tahu sebabnya kannnn.

kakSal:
anak2. kita dulu pun mcm tu. ingat lagi kusyen mama jadi khemah, jadi rmh.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

sama la kita cha, Zaquan n Ziqry pantang kita lepa, msti ada jerk keje yg mereka buat..

Tq cha, dh dpt dh cenderahati HC3rdGA n kad raya yg mmg cantik sgt..kad raya dh siap di frame..suka2, tenkiu :))

Salina@IbuAqil said...

Picca last wat akak mengeluh sat..
Nak akak tlg kemaskan ker dik?!!
Muahahahahhahah!!!
Rasa nya kalo tmbh ngan abg aqil deme..
Lg tunggang langgang dibuatnya..
Hi3!!!
Cha, kad raya comel cha dah sampai..
Akak suka sgt2..
Tima kasih dik.. ;)

ch@ said...

eija:
tobat nak guna sofa ni. letih ngemas. kusyennya very the berat.

ibuAqil:
huih! dua ni pun mcm nak fengsan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in