Rezeki.

Wednesday, 15 August 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kadang-kadang hidup kita ni, kita tak terjangka langsung apa yang akan jadi. Kadang-kadang, impian kita tak seiring dengan apa yang kita lalui, kadang-kadang kita dah atur jadual sebaik yang mungkin tetapi ada sahaja yang menghalang dan kadang-kadang kita tidak bergitu berharap tetapi boleh pula ia terjadi. Hrmmm ini bukan keluhan, ini adalah satu cerita yang sangat membuatkan aku teruja, gelihati dan sampai hari ni aku tidak mempercayainya.

Yes, selepas pertemuan geng PERKEP, barulah kisah aku hamil menggemparkan laman FB, ucapan dan rasa tidak percaya memenuhi ruang dinding FB yang tidak berapa nak aktif sangat tu. Ikutkan hati memang hendak sahaja aku nantikan sehingga baby keluar, bila aku fikirkan semula rasa kasihan pula dia tidak diinterframe. Kehkehkeh.

Usahla sibuk sangat hendak kurus bila perut buncit, apa yang penting check dulu ada isi orang atau tidak, jika tidak mahu menjadi seperti aku. Gara-gara, PB gara-gara Medela Swing, semuanya terbongkar. Hahaaa.

Rupa-rupanya dalam pada aku sibuk hendak kurus, dalam pada aku merancang kehamilan secara semulajadi sebagaimana rancangnya untuk menjarakkan Auni dan Adli, dalam pada aku sibuk sangat hendak mengatur kitaran waktu haid, dalam pada aku berkira-kira untuk menjadi surirumah dan dalam pada tertanya-tanya bila hendak masuk rumah baru, ALLAH turunkan rezeki yang tidak aku jangka dengan sepantas ini.

Selama aku ber'PB' dia sudah ada dalam rahim, selama aku mengadu mual, perut meletup-letup, rasa hendak muntah kepada mamaMikhail dan bonda QWP, dia memang sudah ada dalam rahim emak dia. Aku masih menafikan dengan menyatakan itu adalah kesan memakai PB sehingga aku dipaksa bonda QWP untuk buat test.

Tiga minggu lalu, mengadu kepada abi kitaran haid yang tidak juga datang-datang, dia juga menyarankan buat test. 

 Ajar suami anda untuk tengok keputusan alat ujian kehamilan.

Hasilnya, dua kali aku test sebab tidak percaya dengan apa yang dilihat. Masih lagi tertanya-tanya dia sudah berapa minggu. Orang pertama nampak aku membawa perut ialah kakAna. Pantas sahaja dia membuat telahan aku mengandung 4 bulan. Aku pun, mungkin jugala...sehingga scan kali pertama ini dijalankan pada 4hb Ogos lepas.

 Ini ukuran kepala baby rizqi.

Lebih kurang 27w and due on 3 November tahun ini juga. Muahahahahaaa... Eh, naper makcik gelak ni. Gila tak gelak, orang detact pregnant seawal 2, 3 bulan. Ini dah nak masuk 7 bulan kot, baru tau pregnant. Tidak ke sengal namanya.

Tangan, kaki, jantung, kepala, tulang belakang semuanya sudah nampak. Memang aku dah rasa dia main bola dalam perut tetapi masih juga yakin tidak hamil. Alhamdulillah dia kuat, dia tidak apa-apa, moga-moga baby rizqi sihat macam kakak Auni dan abang Adli.

But, aku lebih kepada teruja. Dalam pada aku berkira-kira hendak buat keputusan, peta minda yang bercelaru dalam kepala Allah bagi rezeki ini kepada aku. Jalan terang sudah nampak. Hew-hew-hew.

Bila aku pergi daftar di PPUM, tergelak-gelak kakak jururawat tu dengar cerita aku. Itu pun dah puas aku kena gelak dengan abi. Dengan bondaQWP, dengan mamaMikhail. Hahahaaa. Akhirnya, PB digantung perkhidmatan dan perut pun mula kelihatan maju ke depan. Yes, i'm 3rd preggy mummy.

Teladannya? rancanglah kehamilan, aturla keluarga dengan sebaik mungkin, buatlah tindakan yang cepat dan berkesan dan fikirkanlah akan kesan dan risiko sekiranya berlaku kejadian seperti ini.

Gambar kecik je, taken on 14.08.2012
Baby rizqi mungkin dah masuk bulan ke tujuhnya.

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerana nama
Kerana sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Nota hijau: Baby rizqi sekadar gelaran. Baby rizqi belum bernama lagi ;) Buka semula kotak Medela Swing, korek semula baju-baju Adli yang masih baru. Alhamdulillah syukur.

37 pasang kaki:

@e_da said...

walllaaaa. congrats adikku... heheh tiada rahsia lg!! weeeeee

Nazayiena said...

Tahniah Cha atas rezeki yg Allah kasi,jaga elok2 k.

Masya said...

alhamdulillahh....
tahniah cha .....
rizqi allah nak bagi ....

doakan sy pulak...

SYANI said...

Tahniah....
Masa memula tunjuk UPT kat hasben dia pun tak reti tengok tapi lepas tunjuk pamplet dia baru paham. Tapi pastu tanya boleh caya ke benda tu??? Sabo je la.

Gieyana said...

ch@

tahniah n happy for you..setuj dgn kata2 awak..perancangan Allah adalah yg terbaik utk umatNya..mcm akak..nk juga kasi adik for Nureen tp belum rezeki dariNya lagi..so kita redha n happy always dgn apa yg sy ada..:-)

Bond@ While@ said...

see..akhirnya terjawap sudah. Alhamdullilah..rezeki nama nya tu kan kan. :)

tahniah ye...

♥SyilaSyira♥ said...

salam cha...mcm tak percaya...tahniah..rezeki murah sgt buat cha sekeluarga....jaga diri ye...cayang cha

Salina@IbuAqil said...

Alhamdulillah!!
Dik, rancangan kita x sehebat rancangan Allah swt.. ;)
Percaya itu.. ;D
Apapun, adik Rizqi kuat mcm Umi dia..
Hebat mcm abg adli dia..
Kental mcm kakak auni dia..
Dan x tinggal bnyk akal mcm abang aqil dia.. {nak jugakkkkkkkkkkkk!! ;p} bleh kan Aqil tumpang sekaki dua kegembiraan berganda umi & adik2 dia tu?!!! ;)
Cha, Allah memberi yg terbaik buat kita..
Dia memberi kerana dia yakin kita mampu pikul amanahnya ini..
Segalanya amanah serta pinjaman dariNYA..
Moga Allah swt memudahkan segala urusan mu dik.. ;)
Tetiba lak akak touching.. ;)
Akak gembira sgt2..
Tumpang sebahagian kebahagian cha.. ;)
Boleh kan?! :D

♥cikmOt♥ said...

rezeki Cha...tak semua orang bertuah cam cha tau...alhamdulillah...

izan mama mia said...

tahniah..tapi mmg tak nampak ketera sangat perutnya..

Yantisa said...

Senyum baca cerita Cha ... akak tumpang gembira . Rezeki jangan ditolak . Takpe ... mesti boleh punya jadi super mom nanti ... nampak gayanya akak pun kena kukuhkan benteng pertahanan la kalau macam ni .. takut nanti dapat baby Rizki juga.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

alhamdulilah..akak baca sambil gelak2...aduh cha memang kelakar betul...
nasib baik si dia tak de apap2...
moga semuanya selamat

purple_lav said...

tahniah!!!! laa dah nak masuk 7 bln baru sedar diri peknen ke?

samalah diriku ini dah 7 bulan jugak. tapi badan dh rasa berat giler. mgkn sbb diri pun gemuk kan, dabel triple laa rasa berat dia kan hehehe

due kita tak jauh hehehe

Rara Nasiha said...

tahniah syg. jaga diri and kesihatan elok-elok ye :)

Rasp said...

tersenyum i baca entri nie sis...
syukur alhamdulillah baby strong...
kita hanya mampu merancang...
Dia lah menentukannya :)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Alhamdullillah, sudah nak masuk 7 bulan..mmg surprise..Moga Cha n Baby Rizqi sihat hendaknye. Dh masuk 7 bulan x nmpk mcm 7 bulan pun...beshnye tetap maintain nak masuk anak 3 ni..

Take Care ye Cha :)

Noli@Ibu Wafa said...

alhmdulillah..tahniah ch@..jg diri baik2..nnt berpntang leh pakai pb balik..hihi

mekchu said...

cha, biar betul dah 7 bulan.. tau dak lebih kurang sama je ngan mekchu? ya Allah, ni pertama kali dgr 7 bln baru tau pegnen ni.. macam2 hal tau.. hihihi..

mekchu doakan semuanya selamat.. tak sangka kita akan ada baby yg sebaya kan :)

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

perut kecik je..best3..sedar-sedar dh pregnen..mesti seluruh family terkjut dgr brita ni..hehe

Nad @ MamaZN said...

ya Allah ya Tuhanku...
CHAAAAA!!!!!!!!!!
7bulan?
7 bulan baru tau preknen???
Ya Allah, Yang Maha Kuasa Yang Maha Pemberi Rezki...
Tahniah!!Tahniah!!
Baru igt nak sama, tak terkejar ni, cepat sgt, hikhikhik

Shu @ Mrs. Hamid said...

Congrats cha, excited baca entry cha ni. Macam mana la leh tak sedar tu. Tup tup 7 bulan sudahhhhhh

as ♥ Leenda said...

tahniah cha..
hurmm..7 bulan..
sama umur asyraf dah ni haaa..hehhe..
tahniah lagi seklai yekk..
jaga diri baik2..:)

Mama Tun Nur Safiya said...

waaaa tahniah beshhhnya...kita ni yg takde lagi rezeki niat dihati memang dah teringin baby lagi...

sitiebby said...

ASKUM CHA,

hehehe, tahniah. dpt adik la kak auni n adli. sy msh merancang scara semulajdi dulu, ingt 2 3 tahun lg. anak yg sulung br amik terus dr nenek yg jg dr umur 8 bln, so, kn slow down dulu la.
apa2 pun jg diri elok2 k...

FieZaLieSa said...

tahniah cha...rezeki...=)

ch@ said...

kak @e_da, bondaQWP:
terima kasih kakak, wish me luck. yups tiada rahsia lagi.

nazayiena, yana, raraNasiha, asLeenda, fiezaLiesa:
terima kasih dan insyaALLAH :)

syanie:
terima kasih, orang lelaki kan? walhal dah pnh terangkan masa pregnant anak pertama hari tu. hrm...

gieyana:
betul. ALLAH allmighty kak. kita sibuk dgr keluh kesah mummy2 yg on the way anak kedua, tup2 sendiri ada utk yg ketiga, bersyukur shj la. just happy for ur life :)

syilasyira:
kita share pengalaman menjaga dan mengejar 3 org permata hati. chayok utk kita. love u too darling.

ibuAqil:
boleh sgt-sgt. kita bkn siapa2. persahabatan adalah satu ikatan sgt berharga. tiada nilainya. sama2 kita jaga amanahnya, tidak kisah seorang, dua orang, tiga orang, ada hikmah disebalik perancangan ALLAH.
ergh, kita pun dah tersama touching.

cikMot:
betul tu kakIzan. syukur ALLAH pilih kita utk laluinya.

izanMamaMia:
terima kasih, dua yg dh lps pun mcm ni juga.

kakYanti, kakJue, rasp:
tehehehe, semua orang ketawa baca entry ni, bila kenang mmg kelakar. kenang lagi, kesian baby rizqi, tapi bila lama berfikir alhamdulillah kita terima dgn hati yg sgt gembira.

fiza:
yups. gambar scan tu lah kali pertama dan baru dua hari kita tau dia ada dlm perut. kita selalu kena kejang kaki.

eija:
kena kuatkan tulang nampaknya. isi mmg takde dah. alhamdulillah dikurniakan fizikal sebegini eija.

noli:
terima kasih, oh itu perlu. hehe.

mekchu:
kalau mekchu nak tahu, kita ada 4-5 orang termasuk mekchu yg due lebih kurang sama je :) ye mekchu, dpt emak yg taksub nk kurus, inilah rupanya.

nieyxzha:
hihiii. mcm nak roboh dinding FB. mmg gempar.

kakNad:
tehehehe, sengalkan? sama ke tak, lbh kurang jugakla. bakal ikut jejak langkah kakNad. insyaALLAH.

shu:
sibuk sgt nk kurus, sibuk sgt nk berkorset, ni la jadinya. pregnant pun tak sedar.

kakShima [ke sebaya?]:
terima kasih, takpe kak enjoy ur life je. ada rezki Allah nnt.

sitiEbby:
wa'alaikumussalam,
terima kasih. ini merancang semulajadi la ni, tak menjadi. hahaaa. slmt la berperang dgn dua org tu dulu ye.

mamalieyna said...

Rezki..Alhamdulillah syukur.. hrp dipermudahkan segalanya..

tapi dasyat jugak eh, dh nk masuk 7 bulan baru perasan,,hee~ kalau k.eina mesti perut dh muncit sangat time ni..hee~

tahniah skali lg, n take care tau~

ch@ said...

kakIeyna:
ahahaha PB punya fasal. terima kasih kak.

Imaan09 said...

ya ALLAH Cha.. serius tersedak baca entry ini.. yang lebih dulu ada dlm kepala.. "bila punya entry ni..napa aku baru bacaaa..??" hahaha.. anyway, tahniah dear.. take care (wlupun pesanan ni utk y mngandung 2-3bulan selalunya) wiiiii..

eima said...

aku mmg tak dpt trima kenyataan lagi tau ... bkn kerana aku tak hepi tp rasa cam tak percaya .... diam je adek dlm peyut ummi 7 bulan br nk nampak ..... alahai ....

cukup tak ko pantang 100 hari ni Ch@ ??? hehehe

ch@ said...

lea, eima:
hahaaa. taktau nak bubuh komen apa, pasal empunya diri pun masih tak cayo lagi. ngehehhee... tapi skrg dah boleh caya la... dpt kekuatan.

wan nurul hezrina said...

tullah kita hanya mampu merancangkan tapi Allah yang tentukan..tulah delima sebagai wanita..huhu yang pakai perancangpun kalau kta nak lekat lekat juga..btw baby boy harap2 sihat2 sokmo kay..mmg kuat dia berjuang dalam perut2.hihi

ch@ said...

WanNurulHezrina:
setuju sgt². ALLAH memberi rezeki.

sal ya said...

rezeki kan nak ada anak baru. tapi kelakar la kalau dah bertendang dalam perut pun still tak percaya pregnant.

ch@ said...

kakSal:
hahaaa... tu ar tu. dah tak pakai PB baru la terasa perut besar, besar dan besar.

Latifah Bee said...

Ya allah , 7 bulan baru kau tahu cha , nampak sangat ko tak gemuk pun .. kecik molek aje perut nya .. kalau bee nagndung 7 bulan .. haihh ..

ch@ said...

bee:
hahaaa. aku pun xtau la bila aku nak membesar mcm rupa mak2 seadanya. jenuh jmpa kwn skolah, kata aku tak besar2.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in