Kad Raya tahun ini.

Thursday, 16 August 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama kali terima kasih yang sudi mengingati. Sangat menghargainya.

Daripada kekDa atau pnStoberi. Macam lari tema je ni kekDa. Tak ada buah stoberi. Hihiii. Digantikan pula dengan keychain daripada Terengganu. Suka sangat. 

Daripada Masya atau aku lebih suka memanggilnya Yana. Punya dua orang hero yang disayanginya. Disertakan sekali duit raya untuk Auni dan Adli. Tahun hadapan, panjang umur kena tiga sampul la ya ;)


Daripada Mazerah Mohd atau Maz atau kawan opis aku, teman yang sporting dan sempoi. Juga anak didik quilling art aku. Hasilnya, dia boleh buat kad raya lebih cantik, lebih kretif daripada tok gurunya sendiri. Tahniah kawan. Berseri meja aku.

Nota hijau: Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi supporter terbaik bloghijau. Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi pembaca setia bloghijau ini. Terima kasih-terima kasih-terima kasih dan terima kasih serta terimalah.

Istimewa kepada yang membaca entry ini :) 

8 pasang kaki:

Noli@Ibu Wafa said...

hehe..comey auni pakai tudung tuh..selamat ari raya ch@ and femeli ;)

Masya said...

selamat hari raya ...
maaf zahir batin juga pada cha kalau sepanjang berblog dan ade komen yg menguris rasa...

alhamdulillah kad raya sampai sebelum raya hihihihihi.....

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Salam Aidilfitri buat cha sekeluarga jugak..Maaf Zahir & Batin kiranya ada salah & silap sepanjang tempoh perkenalan kita.

Wah beshnya Auni & Adli dah dpt duit raya..Nnti raya jemput dtg umah eija ye..

@e_da said...

bila tgk balik.. auni muka abi.. adli muka cha...

Nazayiena said...

Slmt hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat Cha & family.

mamalieyna said...

comelnye auni pakai tudung...aduyai..teringin nak bb girl..hehe..

salam aidilfitri buat cha sefamily~

ch@ said...

noli:
hahaaa. jarang sgt dia request nak pakai sendiri.

yana:
alhamdulillah.

eija:
rasanya dah jadi rumah wajib utk dtg.

kak @eda:
ha'a betulla tu. skali imbas je la. tgk berkali-kali tetap anak pak ngn anak mak.

nazayiena:
sama2 kita.

kakIeyna:
insyaALLAH ada rezki akak nnt.

sal ya said...

cha nanti bagi add nak anto kad raya ready made. next year baru handmade. boleh gitu? selamat hari raya ye. maaf zahir batin.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in