Sayang is love.

Friday, 20 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sayang Auni:
"umiii, tolong lukis sayang" sambil sua ipad dan rapatkan dua tapak tangan bawa ke tepi pipi dengan kepala senget. Alahaiii, comel.

Dia suruh emak melukis gambar LOVE. Gigihla emak memenuhi permintaan. Awalnya love kecil lama-lama jadi besar. Layan. Bila asyik perkataan "wow" sahaja keluar setiap kali gambar di lukis, Adli yang sedang leka main mula jadi tertarik. Pantang bagi dia bila kakak berbaik dengan emak. Buru-buru dia datang, sama-sama ikut melukis.

"sayang umi, sayang adik" ok, thanks Auni for the kiss. I love u too. 

Tidak lama kemudian, abi balik setelah semua bersih daripada yak, setelah semua minum susu, setelah semua makan. Auni masih lagi dengan ipad sedangkan Adli sudah beri isyarat untuk masuk tidur. Emak mengadap kerja sekejap, bagi peluang abi melayan anak-anak.

Sayang abi:
Tidak lama kemudian, Adli menangis kuat, jatuh terlentang di tolak kakak dengan tangan dengan penuh tenaganya. Dihadapan mata abi, sayang abi kepada anak tangan-tangankan sebelum hantar Auni masuk bilik air dan gelap. Bilik air sudah dibersihkan tapiii Auni memang sangat takut dengan denda itu.

Sayang Adli:
Aku sudah angkat Adli masuk bilik, dan layan dia tidur. Terdengar tangisan sayu kakak, dia bangkit. Merangkak laju, menuju dan mencari daripada mana datangnya suara kakak. Dia dapat cari, sambil bertinggung, dia toleh abi di ruang tamu belah kiri. Di toleh pula emak di bilik tidur belah kanan. Dihadapannya kakak Auni sedang menangis. Merayu menjalani denda.

Dia maju lebih dekat dengan kakak, makin kakak menangis kuat. Apatah lagi siap dengan ketuk-ketuk pintu bilik air. Abi yang memanggilnya pun, dia sudah tidak peduli. Dia tunggu dan hanya berlegar-legar di hadapan pintu bilik air sahaja. Dia menunggu kakak. Dia temani kakak. Dia sayang kakak. Sebab itulah, dia tidak berganjak.

Sayang emak:
Tahan hati dengar Auni menangis. Konon, hendak beri Auni pengajaran. Arghhhh!!! mulala hendak touching, bila teringat membawa dia 35minggu, keluar ikut tingkap, masalah kuning Auni, masalah memakai tiub kencing 2 minggu, ruwet menjaga masa dalam pantang lagi, lebih masa menjaga Auni dengan Adli masih dalam perut. Parah betul, bangun buatkan susu Auni.

Daripada dapur, terdengar Auni memanggil "ummmiii", "ummmiii", "ummmmiiii" disertai tangisan - Argggghhhh!!! 

Siap set tempat tidur, angkat Adli masuk bilik balik, beri susu. Dia sudah pun mengantuk dan tahu, aku akan datang menyelamatkan kakak Auni. Then, selamatkan Auni. 

Kental sikit hati aku kali ni, tapi terlepas juga geram pada abi yang tidak boleh bersabar sedikit. Biasanya, aku hanya ambil sahaja ipad Auni dan simpan. But, aku kuatkan perasaan juga sebab abi ada cara tersendiri bila mendenda anak-anak. Dia kan tegas seorang polis.

Auni, bila buat hal biasanya dia sudah mengantuk, hendakkan layanan. Hrmmm... aku la jadi orang tengah, antara mereka bertiga. Aku pun bukan adil sangat, tapi lebih kepada sayang kepada semua. Kan ke, setiap kejadian ada hikmah, setiap denda ada alasannya.

Bila pujuk Auni, aku gunakan balik apa yang dia suruh aku buat sebelum abi balik tadi.

"kan Auni kata, sayang adik... jadiii janganlah tolak adik, sepak adik, cubit adik, adik nak main dengan Auni tapi dia tak pandai. Adik minta Auni ajar dia sebab Auni kan kakak dia, kawan paling rapat. Hendak buat adik lagi tak?" - Auni geleng dan minta peluk. Tidur. Esok lusa, pasti aku kena pesan macam ni lagi.

Adli dan tergolek dok, tidur nyenyak. Hahaaa. 

Air dicincang tidakkan putus. 

Nota hijau: Itulah yang berlaku malam tadi, tak tahan sungguh bila Auni cepuk Adli. Sekali dua, aku memang biar je, Adlikan tough, lelaki. Tahanla sikit dengan kakak tu. Tapi, kalau dah melampau-lampau tu, memang adalah hadiah yang Auni dapat. Hohooo. Aku denda Auni? hahaa cakap je, naik tangan sikit-sikit, sebab tu dia tak takut.

8 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

akak pun tak tahan tengok farisyah kena denda dengan ayah...
selalu akak akan lari masuk bilik...tak sanggup dengan dia menangis...
tapi nak buat mcm mana memang salah farisyah..kalau takkan ayah dia denda..
ibu je touching sikit bila time dia kena denda...
tapi bila ibu marah ok je...

anisalya said...

sama la macm anak2 akak. jkalau time baik tu baik sgt. kalau time membuli tu... aduh, biar mak yang marah ke pukul anak drpd abahnya. tp bila husben marah akak diamkan je. lepas tu baru cakap mintak maaf dgn abah sebab siapa buat salah? ok la kejap.

sitiebby said...

askum cha,

sama la kita. sy pun kdg2 xthn bila si kakak kena hukum oleh papa dia, tp ya la, mmg ada salah dibuat baru la kena denda. Bila kena tue, punyer la kuat kakak nangis, hubby mmg diam je. xde pujuk2 lg. selalunya sy la tukang pujuk sbb terkenangkan selama ini kakak mbesar dgn nenek n atuk di kampung sdgkan si adik mmg berkepit dgn mama papa je. tu la, rasa tiap kali nak marah kakak.

eima said...

kadang budak ni kite kena bykkan bercakap ngan diorg dan pastikan diorg takut ngan salah sorg dr parent ...takut bererti takut kerana takut tp takut kerana tegas ....

aku faham keadaan ko .... si fahim tu tak kena denda kerana buat adek tp buat mende yg tah pepe ... contoh ckp tah pe yg die blajar kat skool ... cam smlm kate die tak syg mama syg adek je ...sdgkan mama tak de buat pepe pun... emosi kan aku ni ....huhu

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

selalunya anak² msti takutkan ayah dia dari ibu kan,

sama la mcm Zaquan ikutkan eija ni selalu jerk marah dia mmg sampai naik tgn kalau dia nakal sgt, tp x lut pun dgn dia, tp kalau papa dia yg marah, sekali ckp terus terdiam. Bayangkan Ziqry pun pandai takut kalau Papanye marahkan Abg..kalau suruh tido tu paham bahasa pulak tu si adiknye terus buat² tido..

mamalieyna said...

huuu~ sebak pulak..yes.. bila en suami mendenda anak, mmg tak sanggup, kental sekejap, last2 kita yg pujuk balik...tak boleh la.. tp yelah polis ni mmg garang, sian anak..ngee~ tp bagus jgk, salah sorang kena garang kan..hrpkan mak..garang cakap je lebih, buat tak sampai hati.. baru ni arif jatuh tersungkur, menangis melalak sbb sakit, abahnye makin marahkan sbb salah dia terlampau tak reti duduk diam, dah berulang kali pesan.. sudahnya maknye tumpang bergenang air mata, issh..memang hati mak tak kental lah..mudah benar merasai sedihnya hati si anak..huu~

apapun..anak2 begitulah.. dah berdua, camtu lah, si abang or kakak mmg tak reti main baik2 dgn adik lg..sometimes mesti berlaku jgk insiden mcm ni..huu~

Masya said...

singgah hujung minggu .. anak2 mmg banyak kerenahnya... lagi2 mata dah ngantuk tp masih nak main... masih nak tgk tv.. ps tu ae jer yg x kenenya haihhhhh..... kdg2 blh hilang sabar dibuatnya ...

ch@ said...

kakJue:
emak marah takpe, mak tak sanggup orang lain marah anak dia. kan-kan-kan. skrg ni, bila hendak marah kakak, kena jauh drpd adli. sbb adli jadi sedih bila kakak kena marah.

kakSal:
btl tu kak, kita diam bila abi marah, tapi dlm ati ni, mak aih! cam nak pecah empangan nangis.

sitiEbby:
wa'alaikumussalam,
auni ni mmg manja ngn kita, sbb mmg jaga drpd kecik. jadi, bila dah over manja tukar jadi mengada. bila dah mengada mula la buat benda2 yg di luar jangkaan kepala. pening.

eima:
salah satu faktor gak tu, skolah dgn rmh baby-sitter. di skolah ramai kawan2 sebaya, di rumah baby-sitter auni ni diala puteri diraja. tu yg more over manjanya.

eija:
adik yg pandai ambil hati, cuak kena marah. adli sedih bila auni kena marah, mmg nmpk bnr la roman rupa dia mendung je.

kakIeyna:
kan-kak-kan, kalau mood kita baik kita pesan kat telinga auni, 'jgn la tolak adik, bla-bla-bla' tapi bila mood stres, itu yg menggila tu. hahaa. tapi, itula asam garam. mak dorang ngn paksu dorg sama je dulu2.

yana:
menduga jiwa raga, senang kata.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in