Perubahan yang mengujakan.

Thursday, 12 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selepas beberapa hari memikirkan tajuk yang sesuai untuk post kali ini, barangsiapa yang menyimpan kemas Premium Beautiful [PB] dalam almari, sila aplikasikan penggunaannya semula. Hiii, aku malas hendak tulis tentang apa yang orang lain sudah rasa dengan PB dan aku percaya pembaca bloghijau sudah pun mencari 1001 maklumat tentang keistimewaan PB.

Ia, dia sangat serasi dengan tubuh aku sendiri. Tujuan utama aku memakai PB ialah untuk mengukuhkan dan memperbetulkan kedudukan rahim setelah beranak dua, mengatur semula tempoh kedatangan haid dan mengawal pengeluaran keputihan yang menjadi-jadi, selain untuk mengempiskan ‘spare-tyre’.

Aku jelak dengar “kau dah kurus pun hendak pakai PB?”. Siapa kata PB untuk orang bersaiz besar sahaja? Siapa kata PB untuk orang yang mengalami masalah wanita sahaja? Siapa kata PB untuk orang dewasa sahaja? Siapa kata PB untuk orang sudah berumah tangga sahaja? Siapa kata-siapa kata-siapa kata.

Jika sebelum ini aku ada menyatakan kuasa FIR nya begitu juga post kali ini. Aku sudah memakai PB selama tiga minggu, berita gembira ingin aku kongsikan ialah aku cergas. Tekanan aku melihat rumah tunggang langgang berkurangan. Aku bekerja bagaikan Charlie-Chaplin. Minggu kebelakangan ini, aku tidur jam 1.30pagi dan bangun semula jam 4.00pagi, sebelum bersiap memandikan dan menyediakan makan pakai anak-anak pada jam 6.00pagi.

Aku boleh bergelak ketawa mendengar Johara pagi Era setiap kali memandu ke tempat kerja. Badan aku tidak lagi lesu, tidak lagi mengadu sakit-sakit. Setiap hari bagaikan hari paling menyegarkan dalam kehidupan.

Perubahan postur badan? Perut? Peha? Semuanya baik dan kemas. Aku suka dengan keadaan sekarang, Peha tidak terasa seperti drumstick ayam gebu, kurang enak pada pandangan mata sendiri, mana-mana seluar slack yang ngam semasa bujang dahulu, kini longgar bila disarung.

Teruja bukan? Ya, aku teruja apatah lagi bengkung PB telah serasi dengan badan, aku telah mengenakan butang paling dalam sepenuhnya. ‘Kembar’ terasa bersemangat terletak cantik bagaikan penuh dengan susu semasa menyusukan Adli masa dahulu. Jika aku mengenakan PB dalam tempoh berpantang sebelum ini, sudah pasti tidak menunggu lama untuk kembali asal, tidak bersusah payah membuka ikatan tali bengkung yang berbelit-belit dan Adli masih menyusu badan berikutan PB direka khas untuk ibu menyusukan juga. Best bukan?

Pulang daripada kampung abi, satu kenyataan yang aku suka je hendak dengar “nampak sudah berisi!” hahahaaa. Aku suka. Bila aku tanya abi, dia kata kurus je. Hari-hari dia tengok aku, aku pula yang nampak drumsticknya makin hari makin besar. Kehkehkeh, nanti aku beri dia pakai bengkung PB bila dengar statement seluarnya sudah tidak muat. See? Bengkung PB pun boleh digunapakai oleh orang lelaki.

Kuasa Far Infrared Rays [FIR] dalam penyebaran pembahagian lelemak dalam badan membolehkan semua orang mendapat berat ideal mengikut ketinggian masing-masing. Aku belum lagi cuba menggunakan bengkung PB pada anak-anak, sekiranya Adli atau Auni demam nanti, aku cuba balutkan badang dorang dengan bengkung PB. Terbaca satu atikel ianya berkesan untuk menurunkan suhu badan, kuasa FIR meneutralkan, membahagi apa-apa yang tidak seimbang dalam badan kepada sama rata. Sebab itulah badan menjadi terasa sihat.

Aku juga sudah mencuba meletakkan PB pada betis, sebab? Kadang-kadang aku balik kerja aku terus sahaja buat kerja rumah, itu ini-itu ini-itu ini tanpa duduk. Serius, sebab lagi… aku fikir aku sudah duduk selama 6-7jam sehari di tempat kerja jadi wajarlah aku berdiri dan terus masuk tidur sahaja. Hahaha, tu pemikiran emak budak yang entah apa-apa. Lepas tu mulala terasa betis lenguh tidak terkata, so try-cuba-test letak PB. Macam ada kuasa ajaib, terus hilang lenguh macam baru lepas kena urut. Rasa hendak lari 100meter lagi ada. Ini bukan auta ok, aku dah cuba sebab tu aku beritau.


Suka PB, dah pakai time ni. Hahaaa.

 Balik kerja malam tadi, masih pakai bengkung dan seluar PB :p

Kesimpulannya, PB bagus untuk semua, lebih-lebih lagi untuk mereka yang ingin mendapatkan zuriat, kan aku kata untuk membetulkan kedudukan rahim. Satu bengkung, nampak simple, bertugas untuk semua anggota badan, baik di luar, baik di dalam.

Teman aku yang setia.

Kalau boleh aku hendak cerita semuanya lagi, biarlah masa terus tentukan pengembangan dan perubahan lagi, seronok berkongsi cerita tentang kesihatan dan bukan kecantikan semata-mata. PB direka untuk 70% kesihatan disamping mendapat 30% kecantikan, ke’slim’an secara tidak langsung. Memakainya selama sejam boleh membakar 900 kalori. Hah, apo tunggu laie. Jom-jom.

Ianya memang mahal dibandingkan dengan keistimewaan rekaannya, set lengkapnya memang untuk tubuh sendiri, melihat perubahan dengan mata sendiri, adalah sangat berbaloi nilai FIRnya dengan harganya dengan nilai diri kita sendiri malah tidak boleh dibandingkan. [pendapat aku sendiri yang telah menggunapakai dan merasainya.]

Nota hijau: Fffuuuh peluh! Terima kasih sebab sudi hendak baca, aku bukan tidak mahu menulis tentang perkembangan orang lain tentang PB, apalah salahnya aku cerita tentang perkembangan diri aku sendiri, apa yang aku rasa dan kebaikan yang aku dapat. Aku buat, aku dapat. Tidak begitu? aku nak test market juga, mana tahu boleh jadi pendapatan sampingan sebagai penasihat Premium Beautiful. Ngeeee...

13 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

cha ...awak buat akak teruja habis...

mimie.. said...

PB mmg best..tp mahal..huhu

AzuraFazil DIN said...

pjg entry ...

tp daku mmg xsuke pakai bj yg melekattt direct kt bdn , even ms kawin dlu pun x de pakai korset ..
myb tgk pd bdn jgk ler..

alhamdulillah nw amal MAkjun anggun bistari je.. sume all in 1..

Noli@Ibu Wafa said...

cayala wehhhh..

Nyue said...

Wahhh akak terbaik la :)

mamalieyna said...

haruslah baca smpai habis...teruja..memang akak teruja nih! hehe..tp kena kumpul duit dulu kot..ngeee~ =P

Masya said...

tekun saya membacanya.. memang banyak kebaikkan rupenya... biar mahal janji berbaloi²...

biar berisi janji sihat... jgn berisi macam sy ni.. lemak tepu sane sini erkkkkk... ;p

anisalya said...

meanrik betul PB ni. sama tertarik dgn harganya jugak. uwaaa...

puanbee said...

Salam ch@ , Bee pun pakai PB sekarang memang sedap je rasa badan , al maklumlah badan dah banyak berubah sejak beranak 3 nih ..

paling ketara badan rasa sangat cargas , bergerak sana sini tk de letih sangat. malam pun boleh tidur dengan nyenyaknya

ch@ said...

kakJue:
tidak salah utk mencuba, reward utk bdn sendiri kak.

mimie:
sesuai dgn kelebihan yg ada padanya.

azuraFazilDin, noli:
terpulang kpd diri masing2.

nyue:
hanya nyatakan apa yg berubah nyue. sendiri rasa.

kakIeyna:
boleh, apa2 nnt akak beritau kita ek. kita pun byr sikit2 kak. x mampu.

yana:
jns yg tahan perli tak apa lemak tepu sana sini dia maintain je. abi dh bunyi, tu yg kena cari inisiatif tu.

kakSal:
mungkin one day rezeki akak mencubanya, 2nd hand pun berkesan tau kak.

pnBee:
kan bee kan? aku tak penah rasa bdn ringan sejak lepas berurut masa dlm pantang adli hari tu. hari2 terfikir nak pergi SPA.

Salina@IbuAqil said...

Amboi!!!
Makin ramping kau nyahhhhh!! ;p

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

eija yg baca ni pun teruja dibuatnya...

mmg x salah pun cha, teruskan..lgpun sepatutnya begitulah kalau kita nak tarik minat org mencuba dan mmbeli, kita kena tunjuk hasil pada diri kita dulu..

Goodluck ye cha..mmg boleh sgt jd penasihat Premium Beautiful :)

ch@ said...

ibuAqil:
wuhuuu, pinggang kerengga mcm akak gak.

eija:
ahahaaa penasihat PB? wahahaaa, kita tulis apa yg kita rasa je.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in