Baik punya projek.

Tuesday, 10 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam kepala dah terbayang ikan caru sudah siap disiang dalam peti ais dan buah pelam. Nasi panas dengan sambal belacan, aduhaiii sedap-sedap. Terus ajalah berperang dengan dapur.

Berperang dengan dapur dengan anak teruna kecohla jadinya. Baru aja Auni tolong aku mengemas kabinet dapur, datang Adli habis satu kabinet diselongkar. Wahahaha, aku pun panggil Auni semula...

Auni datang siap dengan cekak pinggang, gaya emak-emak memarahi anak. Alahai lawak betulla. Sudahnya sendiri frust bila yang dimarah buat tidak peduli. Auni sekali join sama. Tutup mangkuk kukus dan tutup tupperware jadi barang muzik, Adli mengetuk periuk di lantai. Macam pesta gamaknya.

Setia Adli menjadi penonton konsert kakak Auni.

Sakit, bingit, bising telinga aku jadinya membuatkan aku bekerja dengan lebih pantas. Buat bubur kosong Adli sekali, sambal belacan pelam, goreng ikan. Nasi sudah pun masak dan tanak. Itu sahaja menu malam untuk aku dan Auni apabila abi menyatakan dia kerja 24 jam. Selesai periuk kuali terendam, aku menyuruh Auni mengemas.

Hahaha, gaya emak juga bila hendak cepat, tiada lagi asing part by part, semua sumbat janji masuk kabinet dan tutup. Muahahaha... Aku pun dah malas nak hadap dapur tu lama-lama terus sahaja angkat kaki kemas port lain pula.

Habis semua kerja, aku makan suap Auni, suap Adli dan ajak menonton tv. Sudahnya, semua pun terlelap. Hahaha... kekenyangan mungkin. Jam 3 pagi aku angkat semua masuk bilik sebelum Auni bangun dan tidak tidur hingga pagi seperti biasa. Wuhuuu. 

Nota hijau: Kadang-kadang handle rumah seorang tanpa abi adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kadang-kadang stres. Ngehehehe.

19 pasang kaki:

eima said...

seb baik alisha tu tak reti lagi ... aku alami ni ketika fahim kecik ...haaaa mmg pening pala ...

.: iEyLa :. said...

rjn kakak auni nih...
nanti dh besar kemas umah tau...tlong ummi.. :p

Rasp said...

sambil memasak,
dpt konsert peribadi tu....
kelazzzz ok hehehehehehe

sitiebby said...

cha,

sama la kes la kita. Smbl masak, mulut dok pot pet larang anak2 main segala macam brg kt dapo. kalu xthn, biarkan ajar, siapkan keja dulu. tp yg malasnya, nk kena kemas@ cuci lps diorang abis main. tp itu lah anak2 kecik lg.

lelamaisara said...

hehehe....auni kamu sangat rajin la dear...

Nyue said...

Kecik2 da rajin ...bagus la..ehehehe

@e_da said...

steady je adli tgk kakak dia... hahah bersandar terpegun

Noli@Ibu Wafa said...

wahh gamatnyeee ch@ oiii..haha..take care ;)

AzuraFazil DIN said...

klaau mood si kecik ok .. mmg besh pun ... cer mood dia tgh IJAU .. abis umah

Nad @ MamaZN said...

zakwan dulu camni
nayli taktau lagi
stres2 pun, keje tetap siap
tu yg best dgn cha ni :)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

rajinnya kak auni..tapi paling tak tahan join sekali....

Masya said...

memang ciri² akak .. pandai pulak auni nak marah adik, auni buat umi marah hihihihihi.. ;p

bile ade geng jadi jer.. amir yg sorang tu pun kejap² ibu nak minum.. amir amikkan cawan.. alasan jer nak bkk kabinet kan..

Izan Ishak said...

betul tu cha.. kadang2 seronok tgk perangai anak yg macam2. tapi mmg jadi hulk juga sekali sekala... huhu..

ch@ said...

eima:
auni hari tu mcm ni juga. tapi dia cerdik sikit, main masak2 guna senduk, periuk, bakul. siap ada part merasa lagi. mungkin dia perempuan.

ieyla, lelamaisara, nyue:
besar harapan mak dia ni. berharap sgt dia rajin tlg kemas. tak tahan bila, sambil kemas tgn cepuk adik. sabar ajalah.

rasp, noli:
hahaha, peduli apa rmh bwh nak kata. mesti pening.

sitiEbby:
mmg drpd auni lagi kita dah asingkan mana kaca mana plastik. smua tu plastik, selagi tak bahaya kita biar je dorang main.

kak @eda:
adli tgh scan apa kakak buat. kakak takde sok dia lak naik tocang. sesi pembelajaran.

azuraFazilDin:
make sure emak tak penat. kalau emak penat, mmg nahas. emak naik tocang sama.

kakNad:
kena speed kakNad. hahaaa. sbb nak spend time ngn dorang pulak. kalau dah melekat ngn dorang mmg tak masuk dpr la gamaknya.

kakJue:
marah adik, adik terpinga-pinga. join samalah. dia tahu emaknya takkan marah.

yana:
hahaha. auni tak pandai lagi ambil sendiri, lagipun cawan mmg letak tinggi. kalau hendak air atau apa2 auni mmg cari emak.

kakIzan:
skali skala jadi hulk mmg baik. kalau hari2? camno tak cpt tua.

mamalieyna said...

hehe..rajin anak2 masuk dapur sama ye..

kalau k.eina stress nih =P,,,jrg2 ditinggalkan ..hhe

anisalya said...

anak2 ni macam inilah. bikin sakit kepala tapi selalunya menyenangkan hati dengan cara tersendiri.

ch@ said...

kakIeyna:
hahaaa, bkn kita bawa kak. dorang dtg sendiri. adlikan sudah merangkak. auni takde kawan, dia dtg dapur jugalah. tu yg riuh. tapi dapur kena lbh tgk la, bahaya.

kakSal:
jadi stres bila emak penat. kita, kalau penat mmg siaplah.

Salina@IbuAqil said...

Bagus!!! Bagus!! Mengemas yer nak?!!
Bagus!!!

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

sama la mcm eija pun cha, kalau duk di dapur, abg & adik pun mula sama buat kerja di dapur, mmg gini jugak la caranye 2 beradik tu buka kabinet dan ngerjakan tupperware mama dia..huhu

setuju tu cha, kadang2 rasa mcm stress sgt bila kena uruskan anak2 sndiri dikala asben ada urusan di luar, kadang2 rasa srnok bila dapat bekerjasama dgn anak2 di rumah ..hihi

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in