Sudah bungkus.

Friday, 29 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mood geram. German kalah EURO 2012 di tangan Itali. Waaaarrghhh! stress macam aku pula yang menyepak bola. Hahaha. Wei, aku memang hangin tengok penjaga gol German, si Gianluigi Buffon macam tergamam berhadapan dengan Mario Balotelli. Haih! Dua-dua gol pula tu, eeeeeeeee... frust makcik. 

Heh, ye aku memang target nak layan German vs Italy, tapi biasalah kalau sudah sesi tidurkan Adli my hero tu, akan terbabit untuk hanyut sekali gus. Tengok-tengok dan nak habis separuh masa pertama, buat susu Adli layan dia bercakap then pelan-pelan cabut lari pergi alih siaran tv pasal Auni tidur tidak off tv lebih dahulu.

Sudah 2-0. Sedang enak aku layan bola, Auni pula bangun minta kartun. Mak aiii dak ni, dia boleh bangun lak. Frust German masih kosong, aku bangun masuk bilik tinggalkan Auni dengan kartun. Rupa-rupanya, German dapat  satu gol. Kira oklah 2-1 takdelah jauh ketinggalan sangat. Boleh cuba lagi.

 Jasamu sangat aku kenang. Jumpa lagi nanti.

 Oh, aku memang tidak mahu menjualkannya sebab beli atas titik peluh sendiri. SAYANG!!!

Sudah lama terbiar dalam beg cooler atas almari, memang rasa hendak mengemas semula tapi tidak berkesempatan, akhirnya hujung minggu lepas sambil-sambil aku selongkar almari anak-anak mengasingkan baju elok dan tidak, boleh diguna pakai semula atau dijadikan kain buruk, aku kemaskan sekali gajet istimewa mahal ini.

Medela Swing, aku sudah bersihkan dan simpan sejak Adli 7 bulan lagi. Now, Adli 9 bulan means 2 bulan sudah fully fm dan solid-food. Akan digunapakai semula 2 tahun akan datang, hehehe. Ye ke? Tah.

Duduk dalam kotaknya semula, baju-baju Auni dan Adli yang sudah mengecil juga aku asingkan dan lipat cecantik. Harap-harap boleh turun kepada adik dorang pula nanti. Wiiii... Lambat lagi, kasi makcik pasang badan dulu.

Jasanya memang sangat banyak walaupun aku terpaksa memikul ke tempat kerja setiap hari. Aku suka, tapi apa hendak buat, ngam-ngam sehingga 7 bulan sahaja. Untuk rekod diri aku sendiri, aku sudah kira aku berjaya. Apatah lagi, sekarang ini aku buat makanan tambahan Adli dengan sendiri, malahan aku sudah memulakan langkah awal penggunaan Cloth-Diapers. 

Aku sudah hampir lengkap kepada misi dan target sendiri. Tinggal lagi, aku hendak menjadi suri rumah dan tinggal di rumah atas tanah. Itu sahaja impian yang berbaki. InsyaALLAH...

Nota hijau: Alhamdulillah, syukur.  

9 pasang kaki:

@e_da said...

akak tgh survey pam ni juga... bagus medela ni kan.. berbaloi dgn harga.... :)

mekchu said...

baru nak soh jual pre-loved item.. ekekeke..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

off coz wajib simpan breastpump ni cha, Alhamdullillah, dapat jugak BF daripada mereka yg x dapat langsung kan.., eija yg campur BF + Formula ni pun bangga tau dpt susukan anak sampai kini..:))

Masya said...

peminat bola rupenya..

beli mahal, haruslah disimpan dgn cermatkan.. nnt blh guna lagi... silap² sampai ke auni ade anak hihihihihihi...

ch@ said...

kak @eda:
yups, kita ni cari yg ekonomi je kak, mampu milik gitu. tapi suka swing bila power pumping. tak letih.

mekchu:
kita sayangla mekchu. hiii. mekchu, blog mekchu kita tak boleh buka kt opis mmg drpd dulu lagi, sbb tu kita tak berapa nak ada di komen mekchu. tapi mmg kita baca.

eija:
patutlah eija maintain je. pakai pb eija, boleh banyakkan susu.

yana:
hiii, suka bila euro, world-cup je. nak harap kelab mmg mcm hampeh dah.

tu la, kena simpan leklok, sok ada baby kuar blk bw gi servis.

mamalieyna said...

benda mahal kena simpan baik2..tmbh2 keluar dr hasil titik peluh sndiri..sayang kan.. berguna nnti tu tuk adik adli pulak..^_^

jom..pakat2 ngidam nak duduk rumah bertanah pulak..pastu boleh jd suri rumah tangga sepenuh masa..lalala..hehe~

Orked said...

cha, kenape bhnti smpai takat tue je..syangnya...

anisalya said...

ada rezki utk anak lain pulak.

ch@ said...

kakIeyna:
duduk rmh bertanah tu, insyaALLAH. tapi tang surirumah tu, kena mikir dulu. fasal rmh atas tanah tu, more biggers then rmh skrg. pengsan nk ngemas.

kakOrked:
hiii, dia demand susu dlm botol je. fm. sbb puas then more mkn-mkn-mkn. permintaan susu badan merudum.

kakSal:
insyaALLAH. ini pun dpt pengalaman bf, walaupun sikit tapi impaknya sgt byk.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in