Puri demam.

Wednesday, 6 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hahaaa, malas nak fikir tajuk. 

Entry ni sekali dengan esok punya, esok yang tiada di opis. Hahaaa, syurga. 

Aku tak pasti adakah Adli demam disebabkan oleh puri buah naga ini atau sebab hendak tumbuh gigi lagi atau beralih bulan atau rindukan abi.

Mula-mula aku lenyek sahaja buah naga ni, then rasa macam tak puas hati je, aku kisar je terus setelah buang kulitnya. Hiii. Tidak berapa manis sangat dan mengandungi banyak air. Kisar tanpa tambah air, berjalan dengan lancar sekali.

Kata eija, macam jelly :p

Menawan sungguh warnanya, bila aku instagram ada seorang kaka kata buah ni sejuk. Hrmmm, alamak banyak pula aku dah kisar, jadi aku campur dengan puri bubur nasi. Muahahaaa. 

Aku ada google juga, tapi ada seorang emak tu dia campur dengan oats, menarik jugakan? Ok, masuk menu minggu depan, harus cari oats ataupun nestum untuk dipelbagaikan. Mak Adli ni, tak reti sangat nak berpasta-pasta. Takpe, kita harus mencuba ;)

Menu minggu ini kira serasi dengan Adli, sebab dia tidak kerap membuang sebagaimana menu puri ikan minggu lepas. Tapi popoo dia warna ungula, mengikut warna buah naga. Hehe. Pisang pun aku belum cuba lagi, boleh ke di frozen ek? coz pisangkan lenyek je, campurkan dengan oats menarik jugakan? aku lak rasa terliur-liur. Hiii.

Lekas baik mok, lepas ni harus makin aktifkan? huaaarrghhh!!!

Okla, budak demok tu merenget je daripada tadi, tidak selesa mungkin. Daaa... menu minggu ini: puri ayam, puri sup sayur [lobak+kobis+so hoon+fo chu kering] dan puri buah naga. Slurrrrpppp.

Nota hijau: Legaaa, abi dah balik setelah lima hari berpergian. Tawa dalam tangisan aku, bila perginya tanpa khabar. Sabar ye hati, tabah ye jiwa. 

12 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Alahai!!
Handsome boy demam ke?!
Get well soon sayang..
TC cha.. ;)

anisalya said...

demam2 pun ttp demok ye. eh, cha kena tggl ye? tak apa la cha. sabarlah kerana sabar itu ada manis dihujungnya.

Nad @ MamaZN said...

alemak..
adli demam sbb buah naga ke?
huhuhu
ciknad terasa bersalah tetibe
sbb ciknad yg suruh ummi cuba try test, uhuk, uhuk!
moga cepat sembuh adli!

mamalieyna said...

aduyaiii...terliur mak budak dibuatnya..hee~

belum sempat membuat puri tuk dak hakeem, minggu yg bz...weekend ni baru start memuri kot..

makin demuk la dak demuk ni..

*huuu~ pergi tanpa khabar? sadis membayangkan...hukhuk..sabar..sabar..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Adli demam, ala ciannye dia, Ziqry pun sama, lately ni kerap on off jerk demam, Moga Adli Cepat sembuh..

Hehehe..serius tgk pic puri naga ni mcm jelly dgn warna nye yg sgt menarik..:)

as ♥ Leenda said...

cha,
boleh tak nnt bile2 senang cha buat entry macam mana cha handle puri yang nak bagi pada pengasuh..
maksudnya, ermmmm..
ok macam mana cha bekalkan puri ni..
cha masukkan dalam termos ke, macam mane ekk..pastu macam mana agaknya nak ckp dgn pengasuh yang kite nak bagi anak kite ni makan makanan yg kite masak ni instead of bagi nestum..
hahahhaha..banyak lak songeh aku suh cha buat entry bagai..
tapi pleaseeeeeee....hehhe..

Masya said...

adli demam nak ringankan badan tu hihihi... nak merangkak pulak kot.. sekarang mengesoott jerkan...

eima said...

ok la ayie nk je mkn semuanye .. alisha tak suka puri buah ... honey dew dah try pun tak mo ... epal lagi tak mo

armouris said...

terjumpa info ni, pasal demam…. sharing is caring :) - Cara Redakan Panas Demam Dengan Mudah

ch@ said...

ibu aqil:
harap2 cptlah baiknya. mkn masa juga dmm kali ni.

kak sal:
insyaALLAH. struggle mana yg termampu je kak. harap tak turunlah berat dia.

kak nad:
tidaklah rasanya. demam beralih bulan. biasalah tu. dia mkn buah tu elok je.

kak ieyna:
let's puri time. kita nak buatkan adli puri sedikit kasar skrg ni. dh bsr gitu kan.

eija:
dah masuk kiub ais tu, mmg mcm jelly la eija. lelembik camtu. sbb dia byk air.

as leenda:
dah ada entry tuk awak tu ye. kita share apa yg kita buat setiap hari je.

yana:
kadang2 nmpk juga dia merangkak. tapi lebih kpd hendak berdiri dan memapah.

eima:
alhamdulillah anak aku eima. mungkin aku dah rasa auni semua dia gelengkan. so far auni suka juga mkn buah sebab manis.

armaouris:
terima kasih ;)

♥SyilaSyira♥ said...

cantik sgt warnanya...menarik tertarik...bagus adli punya mak yg rajin mcm cha..moga kita pun rajin nanti..:-)

ch@ said...

syila:
rajin? hiii biasa2 je la.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in