Perubahan.

Tuesday, 12 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam, cerita tentang kelisa abi jadi mini. Hari ni, kisah puri Adli pula. Sudah bertukar daripada halus kepada sedikit kasar. Aku perhatikan dia makan biskut cheese tu sampai berkeping-keping, makanya boleh la aku decide memberi puri yang lenyek ataupun blend kasar.

Pertama, aku melenyek salmon kukus. Bau salmon kukus buatan aku ni memang menggoda aroma hidung sungguh, siaplah masuk sesudu dua sambil melenyek tu. Melenyek dengan Auni, aduhaiii. Lebih banyak air liur yang masuk dalam salmon rasanya. Bergasak pot-pet-pot-pet tanya itu dan ini.

Tidak mengapalah Adli semoga bijak macam kakak juga. Tidaklah asyik merengek aja walaupun dan mengesot daripada bilik sehingga ke dapur. 

Menu kedua kacang peas+kentang+labu, di kukus. Kacang peas buang kulitnya dahulu. Habis menu dah, pening kepala aku hendak menyusun menu. Selepas ini, bolehla pusing balik menu yang mula-mula buat puri halus dahulu. Kali ini membuatnya secara lenyek pula.

Serius, antara lenyek dan kisar halus, aku lebih suka kisar halus kerana lebih cepat dan lebih mudah. Sebaik sahaja vegi di atas siap dikukus, aku pun dengan selamba kodok masuk dalam pengisar, langsung kisar halus. Muahahahaaa. Kan... Itu tanda aku sudah malas.


Tidak mengapalah Adli, kan sudah ada gigi, mesti boleh mengunyah dengan jayanya. Kakak Auni dulu pun siap makan keropok ikan lagi, kakak Auni tidak pun di ajar dengan puri kisar halus dan sebagainya ini, dia hanya makan nestum dan biskut. Semuanya keras.

Alhamdulillah, kakak Auni membesar dengan terbaik. Cuba tanya dia 12 warna dalam kotak warna, Auni mampu sebut semuanya dengan cemerlang. Cuba tanya butang-butang nombor yang ada pada dinding lift, dia mampu menyebut 2 atau 3 nombor. Cuba suruh dia lukis gambar bentuk bulat, segitiga dan segiempat, walaupun tidaklah secantik mana tetapi bentuknya menjadi. Cuba tanya dia, intisari kartun di Disney Juniour Channel nescaya dia boleh menjawabnya walaupun kedengaran pelat.

Adli tidak boleh manja-manja sangat. Kakak Auni pun pernah sebaya dengan Adli, kakak Auni sangat berdikari. Memanjat almari tv dan bernyanyi, memanjat meja makan dan menari. Kakak Auni sangat extreme. Adli boleh.


Semoga kamu semua membesar dengan sihat dan gembira. Umi bangga menjadi emak kepada Auni dan Adli. Walaupun umi ni malas, umi akan cuba buat perubahan untuk menjadi rajin kepada ahli keluarga umi. Umi cuba. Apsal skema lak ni. Hahahaaa.

Kesimpulannya menu Adli untuk minggu ini, salmon kukus, ayam rebus, kacang peas+labu+kentang dan buah naga bersama nestum :)

Nota hijau: Aku dah gila cloth-diapers. Arghhhh! bila hendak gaji ni.

16 pasang kaki:

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah banyaknya, sangat2 jeles k...jadi pembakar semanagt ni..

.: iEyLa :. said...

waaaahhh...salmon lenyek..
nak cket umi..hihi

♥cikmOt♥ said...

hehehe...meh la join GB cd...ihikss

eima said...

alisha dah try dah yg di blend kasar tp die tak brape suka lagi la ... asek masuk 1-2 mulut die kuarkan balik...gigi pun tak dak lagi ...

aku masih br dlm peringkat sederhana halus ...slow2

rasp said...

dua anak, dua pe'el yg berbeza...
kita doakan yg terbaik utk anak2 kita...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

akak rasa nak pakai cloth-diapers kat baby nanti

Masya said...

kelass adli makan ikan salmon, bagus² ..... terliur lah pulak baca menu2 adli ni....

lelamaisara said...

Auni yang bijak...cumil je ...:)

Rajin nye umi buat menu macam2...jeles je tgok..
mama alesya ni pemalas..hehehe

Rohani Hashim said...

cha, boleh tak hany yg terliur tgk ;)

Nad @ MamaZN said...

bile skali dah terjebak
mmg akan jadik kegilaan aahhaahah! :)

(isu cd itu)

anisalya said...

mmg seronok tgk ank2 mkn. azfar pun pakai cd jgk. tp waktu tengahari nk ke petang.

ch@ said...

anje, lelamaisara:
mari kita belajar bersama-sama.

ieyla:
meh dtg rmh meh.

cik mot, kak nad:
tiiidaaakkk! mmg habis kalau dah terjebak.

eima:
aku bagi halus je. kadang2 perkembangan anak ni tak boleh ikut buku sgt. biar dorang belajar sendiri.

rasp:
insyaALLAH. ada 5 org anak mau tak pening kepala?

kak jue:
jom-jom.

yana, hany:
hahaa. boleh je mak budak nak buat utk mkn org dewasa. tapi salmon mmg terbaiklah. sedap.

kak sal:
tgk adli mkn habis semangkuk, mmg puas hati. dorg ni pakai CD malam je la sampai pagi dan cuti.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Tahniah Auni semakin bijak n cemerlang, Abg Zaquan pun x tau lagi 12 warna tu, bila tanya asik slh info jerk dia bg, tp iye la kan anak2 ni berbeza2 dia nye pembesaran & perkembangan...tp kita sbg ibubapa tetap bangga dgn anak2 kita kan..:))

anyway sedap betul menu puri Adli...

ch@ said...

eija:
ada juga 2 3 warna yg dia keliru, tapi biasanya walaupun dia hentam sebut, boleh pula betul tu.

♥SyilaSyira♥ said...

CD mmg menjimatkan..dulu syila mmg sepenuhnya memakaikan syahira CD...sampai keluar jenjalan pun pakai CD

ch@ said...

syila:
eee, tak share pun tau. kita baru je berkenalan dgn CD2 ni. bestlah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in