Jangan ada bosan.

Friday, 1 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwie, happy Friday. Malas hendak memikirkan benda-benda emo berlaku malam tadi. Hahaaa. Memang ada halnya menyebabkan aku menangis dengan tidak fasal-fasal. Semoga Auni yang baru hendak membesar itu dapat pengajaran daripada kenakalannya sendiri.

Jangan ada bosan. Ye ke? seorang emak blogger macam aku ni apa je lah hendak diceritakan melainkan hal rumah dan tangga yang berlapis selain kisah keluh kesah surirumah tangga. Jadi, kisah ini ada kaitan dengan kegemaran emak juga. 

Luaran tidak cantik. Dalamannya sungguh cantik.

Apa ada dengan plastik sampah ini? Ye nampak macam plastik sampah, tapi bukan sebarang sampah. Ini sampah yang paling bagus untuk menyelamatkan alam sekitar selain ekonomi menggunakannya dalam kitaran hidup. Alah bisa tegal biasa. Ini plastik cantik sebenarnya akan tetapi untuk memuatkan isi dalamnya terpaksalah jadi sebegitu rupa.

Pelaburan selepas breastfeeding.

Inilah harta hasil perbincangan aku dengan abi. 7 keping lampin moden asalnya menjadi 10 keping apabila abi voluntier untuk menajanya. It's a cute rite. Aku suka sangat sampai rasa hendak menangis kerana terasa berbaloi bila orang tersayang menyokong usaha yang selama ini menjadi impian. Impian sudah menjadi kenyataan. Sobsss. 

Terima kasih kakLong Nuzula dan juga kak Rose, ibu Rafiq dan Aishah yang sangat menyokong dan tidak jemu memberi kata-kata perangsang untuk minda dan hati. Aku belikan sekali Auni Ipad untuk dia belajar. Harap dia suka. Aku belum beri pada dia lagi. Akan ku balut seperti hadiah untuk menggembirakan hatinya.

Ipad for Auni.

Bersedia untuk basuhan kali pertama. Penuh satu baldi.

Satu hal yang berlaku bila terlampau suka, aku terus masukkan pocket CD bersama insert dalam mesin basuh. Mesin sudah jalan baru teringat, sepatutnya pocket CD masuk dalam beg net, untuk mengelakkan getah yang ada padanya rosak. Argh! lupa-lupa-lupa. Sila jangan tiru ok. Aku tak ada beg net besar, aku guna beg beli yang biasanya kita beli beg tangankan ada beg kain dalam tu, so guna yang itu ajalah. Hahaaa.

Semua benda pun aku hendak recycle. Wakakaka.

Hrmmm. Umiii... mana satu Adli punya?

Yeah, ampai penuh. Suka sangat termasuk orang yang kat bawah tu. Hahaha. Aku punya sengal, aku pergi campur yang sudah dipakai dengan yang baru, pastu jenuh nak milih mana yang sudah biasa dipakai dengan yang baru untuk dipakaikan kepada Auni juga Adli. Bengong!

Rasanya, aku pre-wash dua kali je la. Tidak sabar sudah hendak pakaikan pada budak berdua ni. Kikiii. Kena cari storage box yang cecantik untuk CD-CD ini. Aku sudah ada 15 keping kesemuanya. Huwiiii

Nota hijau: Aku tidaklah serajin mana, cumanya bila sudah ada bila sudah bermula harus terus bersemangat dan buat sehingga jayanya. Jangan ada bosan. :) Marilah kawan-kawan, Adli dengan Auni sudah sudah mengurangkan penggunaan Drypers pada waktu malam ;)

18 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

welkam welkam...mari kita bercd...hehhe

.: iEyLa :. said...

weee...cantik... :)

Masya said...

kan bagus kalau CD ni ade size amir.. bolehlah saya guna juga.. tp sayangnya memang takde.. nasib baiklah amir dah x pakai pampers malam.. tp kadang² dia terlupe habis toto dikencingkan huhuhuhu..... tu cdg nak pakaikan malam jer.. sbb stok pampers dah x beli pun...

@e_da said...

wa weeeeeeeeeeeeeeee meriahnya CD dia...

PUANSTOBERI said...

tkpe..buleh je citer perihal anak2 ni.. nenati akak leh jadikan rujukan.

Blogger emak bercerita perihal anak2 la kan. Tp blogger takde anak cam akak ni, apa la nak citer kan. Haha. Tp hehari ada je membebel. Bukan 1 entry lak tu, 2,3 entry. (T____T)

eima said...

aku dok call CM tu xdpt dr minggu lepas ... ceit.... nk tanya pasal CD la.....

ni buat aku dengki .... minggu ni duit simpana kerjaan hari semakin cukup ... tp duit tu nk buat beli bj ngan tudung br utk event next week so kena tgu lagi seminggu la nk beli CD ni ... tp aku tatau brand pe murah ngan ok .... huhuhu


aku pun berkobar2 ni ....


CH@ cite la pe auni buat sampai ibu die ummi die nangis tu

Nad @ MamaZN said...

cha, nak tau tak
akak pun takde laundry beg yg net tu
tau akak pakai apa?
pakai sarung bantal jek
kehkehkeh =p

Farra Dhelina said...

salam cha..

wahhh rajin nya.. bagus2.. keep it up! ;)

Yatie MS said...

Salam Perkenalan...

cantik cd2 tu... akak pun pakaikan cd utk anak akak yg kedua.. comel kan..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

bagus2, semangat cha ni, koleksi Auni&Adli pun dah bertambah..

Wah bestnya Auni dpt iPad..:))

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

ehehhehe..caiyok2...akak tak penah pon dalam net bag pon..sbb CD yg akak ade kebanyakkan CD murah2 saja..CD belasahan...so mmg tahan lasak!

anisalya said...

tu la... hari tu ada plan jugak nak pakaikan kat Azfar sbb mmg comel. dan still ada plan nak pakaikan kat dia.

yanti isa said...

tahniah ... akak tak mampu serajin ni .

ch@ said...

cik mot:
terima kasih sebab pengaruh. hahaaa.

ieyla, kak @eda:
pelaburan masa depan ;)

yana:
ada jns dan size utk anak besar juga yana. kena struggle cari.

kekda:
takde anakla byk entry kekda. takde org mengganggu nk update. kita ni gangguan kiri kanan dpn blakang atas bawah, yg mana mampu je la update. hahaaa.

eima:
aku gtalk gak ngn kak izan tu, mnta resipi. kjp2 dia hilang sbb bosan kat opis takde kawan katanya. aku guna ni pun murah2 je, ekonomi dulu karang dah kaya raya baru aku beli yg mahal2. pentingnya ialah size.

kak nad:
ada terfikir gak, nak recycle modified sarung bantal jadi laundry bag tu. ngeee. besar sikit.

farra:
wa'alaikumussalam farra. apa khabar. kita ada juga jengah gi blog awak tu, tapi tak drop komen pun, baca je. hiii. tq for support. suka.

kak yatie:
salam perkenalan akak.
kita pun anak kedua baru cuba. best.

eija:
thanks eija. takdela smgt tapi mcm segan asyik nak mnta abi belikan drypers je. pakai CD cuci sendiri :) ipad bdk2. yg bebenor tak mampu i.

kak rose:
means? akak tibai semua masuk dlm baju biasa ek. pnh gak buat tu. hahaaa.

kak sal:
azfar tough mcm adli. pakai takyah setup sudah. eh, ada pants juga tau, mcm seluar dalam tu, sarung je. tapi boleh cucilah.

kak yanti:
akak seorang emak yg sibuk. tgk akak handle anak, handle rumah, handle study, handle kerja cukup buat kita kagum. itu mmg superb rajin.

Izan Ishak said...

suka sgt tgk cd yg cantik2 camtu.. k.izan pun ada simpan hasrat, tp blm tahu akan terlaksana atau tak...

chaiyok2 cha!

ch@ said...

kak izan:
boleh kak izan, sgt boleh. tak dpt fully dpt half-half pun dah ok, esok kalau kak izan tak mahu guna jualla dgn kita ;) boleh je.

ka . ka . mim said...

wahhhh...meriahnya...suka tgk...kite baru beli 2 cd tp belom pre-wash lg.. hehehe...ni gara2 baca blog cha ler punya pasal

ch@ said...

mira:
muahahahaaa, awak nmpk tak tanduk atas kepala kita, boleh kita buat entry fasal CD lagi pasni, kasi pengaruh. hihii.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in