Colourful.

Thursday, 28 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah sampai semalam, satu paper bag penuh dia saje. Buntang mata aku melihatkan captionnya SALE, beli 10pcs harga sekeping jatuh RM 15.  Aku memang berkehendakkan Cloth-Diapers [CD] brand QQ Baby yang warna plain sahaja kerana mostly yang sebelum-sebelum ni printed.


Orang mengantuk disorong kusyen pun boleh lelap. Apatah lagi bila kak Izan tanya harga CD-CD yang pernah aku beli. Dia membantu aku mencari harga runtuh CD, yang ekonomi untuk yang mementingkan RM-RM-RM macam aku. Pling FRUGALICOUS MALL tempatnya. Gila aku tengok harga CD yang tengah megasale sekarang. Pemiliknya punya blog juga, Lampin Kain Moden | Cloth Diaper | Murah Berkualiti. Yezza, makcik suka-makcik suka. Inilah urusniaga paling pantas aku buat. Hahahaaa.

Semalam juga aku cuba slow-talk dengan kak Ana [baby-sitter] untuk bekalkan anak-anak aku CD di rumahnya. Abi sudah dua kali hantar Auni berCD. Kak Ana tidak kisah, boleh aja. Dia cuma risau jika Auni dan Adli kencing tembus sebab dia sudah berpengalaman menguruskan baby berCD sebelum ini, asyik tembus sahaja.

Kesan daripada pemakaian yang betul, aku pun sudah buat ujikaji di rumah, koleksi pun sudah ada banyak makanya aku baru suaranya keinginan aku. Dia pun kagum sebab CD yang warna-warni, dan Auni juga Adli pakai tidak tembus kencing.

Aku memang gemarkan QQ Baby brand, berikutan anak-anak aku sudah besar dan bersaiz besar. Hiii, memang aku tidak ubah setting butangnya. Begitu keluar daripada plastik, begitu jugalah aku pakaikan dorang selepas pre-wash. Pre-wash pun dua kali je, sebab dah more exciting nak guna. Gelojoh.

Suka sangat pemandangan ini.

Tidak sempat snap wajah teruja Auni yang melihat CD warna-warni ini tersidai di ampai. Hew-hew-hew. I like. Terima kasih kawan-kawan blogger yang terus menyokong aku. Aku sudah letih asyik aku sahaja yang kena tukar plastik sampah berpampers yang bermacam aroma daripada beranak satu sehingga beranak dua. Jadi, jalan selamat tukar CD, bilas sesikit, tunggu CD banyak then campak dalam mesin. Inilah kelebihan CD yang ekonomi. Wiii...

Jom-jom-jom, kita beralih kepada CD. Terima kasih abi tolong bayor. Pasni tak yah beli Drypers dah. Hurey.

Nota hijau: Kalau aku buat entry tentang perkembangan aku memakai Premium Beautiful, ada orang hendak baca ke tidak ye. Sebab aku takut orang kata, mak budak ni suka interframe je. Tapi PB memang bagus dengan badan makcik ni.

15 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

hehehe, sila sila...silakan cerita...ihikss...

akak baru nak beli cd happy flute ni...terbuntang engok rege...tumpang beli ngan kawan...ihiks...

eima said...

wahhh .... kagum... teruskan usaha tu

retna yusof said...

wah cha .. akak lak teruja tgk CD-CD tu... cantek kan!
konpom auni teruja nak pakai haha

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

teruja akak tengok nie...
tak sabar nak try jugak...
10Q cha sebab sudi kongsi pendapat tentang cd.....

sitiebby said...

wah, sukanya tgk ber CD. saya dah anak 2, blm smpt lg.
yg sulung, dh x berpampers, tinggal nk ajar si adik lg. hope tahun dpn, xyah dah beli pampers utk 2 si kecik di umah.

Masya said...

lebih jimatkan tak perlu beli pampers... boleh simpan duit tu untuk sekolah auni pulak...

ape salahnya berkongsi cerita pasal PB... sebagai pengalaman dah gunakan.. untung² jadi duta hihihihi...

mekchu said...

semangat nak ber CD jugak nih.. tp kena beli byk2 lah kan baru dpt murah.. sape nak share ngan mekchu? hehehe

mamalieyna said...

waah sudah banyak....itulah jika dikira-kira, untung banyak berCD ni kan..herm..kena kumpul modal dl ni, koleksi tak banyka leeii..huu~

Yatie MS said...

waa.. ada sale iye.. akak pun tgh survey nak tambah koleksi cd ni... thanks cha.. leh serbu gak ni..hehehe...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

koleksi makin bertambah..tahniah2..
colourful n cantik :)

buat jerk cha, eija nak baca..:))

ch@ said...

cikMot:
kita dah jatuh cinta ngn QQ baby. huaaa.

eima:
jomla manja, joint sama. ekonomilah. hiii. cikMot, kita tak boleh jadi pelobi mcm akaklah. hiii.

kakRetna:
Auni paling over ngalahkan Adli, smua warna dia nak. berebut ngn Adli la bila nak memakaikan.

kakJue:
kita share apa yg kita belajar dan aplikasikan. mmg selamba je tanya bila taktau. hiii.

sitiebby:
wah adik pun dah potty, bestnyaaa. bilala kita nak train anak potty ni, huaaa.

yana:
insyaALLAH, nnt kita share mcm mana rasanya. mungkin PB sesuai dgn bdn kita.

mekchu:
hahaaa. mekchu pergi je kat page tu, ramai je nak share ngn mekchu.

kakIeyna:
muahahaaa, kita tunggu rega murah baru beli kak. mmg skali beli 10pcs. mmg nak guna sesangat CD ni.

yatieMS:
cepat kak, sale sampai sabtu je. mcm2 ada.

eija:
hiii, nnt kita buat ye. kesimpulan memakai PB.

Imaan09 said...

eh..mohon maaf menyibuk dan tgk menda xpatut.. adakah itu keleksi komik kamu cha??

anisalya said...

buat je cha. sape tak nak baca tu mst dia pangkah je. ni kan blog kita. hehehe...

ch@ said...

leaImaan09:
abi punya. sampai skrg dia collect. kita dh pening nk ngemas. baca komik, letak merata. bila bersepah anak dia main, marahla pula. omak lagi kena.

kakSal:
kan-kak-kan. ti kita buat, apa salahnya berkongsi rasa ;)

Fizah said...

ok..tak sempat nk baca semua..tp nk komen kat sini "KEMASnyaaa... rak buku kat belakang tu...!!!" suka!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in