Adli.

Friday, 22 June 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dia sudah mula buat pangai kakak dia. Berjaga hingga lewat malam, apatah lagi kakak Auni asyik ajak main gelak-gelak sahaja. Haish! ini budak.


"Adli bosan ni umi, bosan tahu. Apa Adli hendak buat ni. Semua orang dera Adli"

Pandai sebut mak dan mama. Macam Auni juga lambat hendak sebut umi dengan jelas. Tapi bila dah pandai sebut, bikin emak kelam kabut aja untuk penuhi keinginan dia. Pening-pening.

Bila aku tengok bebetul gambar di atas tu, aku kira ruas tangan Adli. Muahahaaa. Dah macam ruas tebu pun ada. Udahlah berbaju hijau. 


Sudahnya dia kacau atok. Aku sangat suka Adli panjat belakang aku, rasa macam ada orang urut je, sebab dia tough. Adli ni ramah menegur orang, tapi bila orang agah dia balik semula dia tunduk sambil sesengih. Pemalu juga. Hahahaaa.

Cengeng sikit, bila sudah penat berdiri, dia tidak pandai untuk duduk sendiri. Tu yang tau-tau je bila tengok dia sudah terlentang. Kesian-kesian. Duduk sendiri pun tidak kukuh, kata mama montot dia belum pipih. Belum rata. 

Merangkak, kekadang je sebab dia lebih suka jadi singa laut, mendada kemain lajunya. Cemerlang kalau main kejar-kejar dengan kakak Auni. 

Selalu jadi mangsa bila kakak Auni geram. Hehehe, takpe Adli jangan risau. Kakak buat Adli, umi buat kakak Auni pula. Hahaaa. Tapi, biasalah kalau namanya adik beradik, gaduh kejap aja pastu main balik semula.

Haaa... Adli ni suka cari bantal bila hendak tidur. Dia tidak kisah bantal apapun, janji dapat tumpang sedikit. Lepas tu dia akan lupa dengan bantal tu dan tidur satu ekar setengah. Sama macam kakak Auni, bila pakai Cloth-Diapers [CD] tidak mahu pakai seluar. Hahaaa. Budak ni boleh tahan lasak juga.

Nota hijau: Sebenarnya aku tak ada cerita ni. Semalam, aku pakai bengkung PB ni butang paling luar, hari ni tukar butang tengah. Wiii... Suka sangat.

12 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah ..tangan adli..sedap di gigit..teringin acik jue nak jumpa kamu dan kakak auni...tapi bila...alahai...

♥cikmOt♥ said...

comel jek adli...

eima said...

uik pakai PB dah ...moncit sgt ke perut tuh ????

adli yg montel .. alisha dah pandai duduk & berdiri kat sofa / pandai dok sendri balik ngn sopan ... bdn ringan kot...adli kan montel bam bam

Nad @ MamaZN said...

adli sgt comel!
tgn cam ruas tebu, hehe

Masya said...

hahahaha... x menahan tgn adli macam tebu yer...

suke tgk adli ni hensem boy.. klu dok sebelah amir agak² org caye x adik amir hihihihihi....

dilazfamily said...

tembam yer dia.Memang sihat

Izan Ishak said...

alamak...adli pun dah ikut jejak kakak auni berjaga malam ye... huhu...

makin bam2 tgk si adli ni...geram!!!

mamalieyna said...

gambar awal2 nmpak adli cam dh besar sgt jer..hikhik..comel~

ch@ said...

kak jue:
insyaALLAH. kita pun rasa meronta-ronta nak jumpa akak.

cik mot:
iris mcm anak org putih.

eima:
muncitlah. aku rasa mcm pregnant lagi. tu la, adli smua2nya lmbt. baru2 ni je baru boleh merangkak sikit2. baru belajar duduk pelan2.

kak nad:
mcm tgn nayli. nayli lbh2 lagi.

yana:
tu la tu, mmg kita suka geget2.

dilaz:
baru baik demam. semua btl bdn dia bulat2.

kak izan:
hahahaaa... doremon mulat2.

kak ieyna:
tehehehe, habis lemak mak dia, dia sedut.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Hai Adli yg bambam comell..
rasa mcm dh lama jerk x jenguk Adli kat sini, aunty eija bz la,
hari ni dkt opis Blog dah kena Blok pulak..tension jerk rasa, boleh BW time rehat n after opis hours jerk..

Adli sama la mcm Ziqry dah pandai ikut perangai abgnya, Ziqry suka ikut apa yg abg dia buat skrg ni..abg dia melompat dia pun mula la sibuk nak melompat..

anisalya said...

anak2 mmg macam tu la cha. bergaduh baik bergaduh baik lagi. maknya la yg kena tahan telinga dengar rungutan sia anak2.

ch@ said...

eija:
adli sht2 je aunty eija.buat masa ni adli tgk je la apa kakak buat. mujur kakak memahami, adik tak boleh buat, kakak buat gaya adik. hiii.

kak sal:
lawan cakap je takpe, part cepuk mencepuk tu mmg taktahan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in