Suara-suara di hujung minggu.

Monday, 14 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Misi tercapai, dapat juga berjumpa keponakkan Eija dan juga kak Nad atau mamaZN [Zakuan & Naily]. Hari Khamis lagi aku sudah maklumkan pada abi untuk pergian ke birthday bash Zaquan dan Ziqry anak-anak kesayangan Eija atau sweetmama. 

Macam sudah selalu sangat kita bersua kan Eija? Hihiii, disebabkan sibuk sangat melayan Auni dan Adli yang baru sahaja baik demam, aku memang tidak sempat untuk keluarkan kemera Galaxy sampaikan cenderahati untuk kak Nad pun aku lupa hendak bagi. Aduhaiii, penyakit ini semakin berleluasa. Lagi pula, aku terasa segan melihatkan DSLR yang tersangkut di leher tuan rumah sendiri.

Ok, tunggu gambar daripada Eija, baru aku update. Now, cerita hujung minggu aku macam biasa. Aku tidak gemar sangat bangun sehingga matahari mencanak naik bila hujung minggu. Aku suka bangun pagi dan pergi pasar dan bergelumang dengan dapur.

Biasalah, puri time. Hiii. Jadi, disebabkan Adli dan Auni kembali menyambung mimpi, terus sahaja mengupas itu dan ini, tidak langsung terfikirkan akan ruang tamu yang bagaikan tongkang pecah. Jeling jam, ala-ala masterchef gitu. Target untuk masak tengah hari sekali.

Menu baru minggu ini puri keledek Australia. Hahaaa, nama tertulis di plastik, aku ikut sahaja. 

  1. Kupas kulit dan potong kecil serta cuci bersih.
  2. Rebus/ kukus dengan air yang mencukupi sehingga lembut.
  3. Kisar. Tapis sebelum masuk ke bekas untuk sejukbeku.

Senang je kan? Sama je macam buah-buahan yang keras sebelum ni, cumanya kena struggle sikit sebab ianya lekas keras. Kononnya aku hendak membuat puri labu sekali, akan tetapi hero pojaan tu sudah bangun berguling bawah katil. Terpaksalah ke dapur dengan dia.

Hendak mengupas labu, bukannya calang-calang. Maunya makan setengah hari. Kekeke. Aku kan tak pakar. Jadi, puri yang jadi hanyalah, puri stok ayam, puri keledek dan puri pear. Muahahaaa. Puri bubur nasi pun aku malas nak buat, sambung sebelah malam pula. 


Daripada jam 8pagi sehingga jam 12tgh hari aku sudah selesai kesemuanya termasuk masak tengah hari. Biasalah, kalau di dapur dengan pintu ternganga, macam-macam suara daripada tingkat atas, bawah, sebelah, hadapan rumah. Sedang mencuci di sinki, akan kedengaranlah suara-suara emak menegur, memarahi, mengomel kepada sang anak.

"Aimannn mandi cepat" - lalu kedengaran suara Aiman menyanyi dalam bilik air dari tingkat atas.
"Abanggg!!! adik kenapa?" - suara seorang bayi menangis daripada jiran hadapan.
"Jangan la sibuk, panas ni!" - mungkin anak itu sedang mengganggu tugas emak berdekatan suhu panas daripada tingkat bawah.

Budak masham teman buat puri, habis segala tutup tapawe jadi mainan. Sejak baik demam ni, asyik senyum aja. 

Itu hanya sebahagian hujung minggu, mungkin cuti pendek menyebabkan emak bekerjaya mengambil kesempatan untuk menyediakan juadah hujung minggu. Belum lagi bunyi mesin pencuci baju, kuali bertemu sudip, lesung batu, mesin pengisar, hon dan kenderaan yang lalu lalang di bawah sana, semuanya saling bertingkah dan berlawanan antara satu dengan yang lain. Kadang-kadang, waktu cuti begini, seronok juga.

Nota hijau: Kak Nad tinggi betul. Kalah aku apatah lagi Eija. Erk, alamak... lariii.

12 pasang kaki:

Noli@Ibu Wafa said...

makan adli makan..hehe..lama tak jenguk bambam neh ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah puri yang menarik ....
adli mesti senyum tengok puri umi dia...
bestnya dapat pi besday party...kak jue ada hal time tue..pastu terlupa..hahahahaha

@e_da said...

cayokkkkk puri lg.. suka akak tgk.. dak bam bam masuk dapur tak tahan bau la tu..huhu

eima said...

syok ek dpt jumpa diorg kan ...

keledek aku tak brani lagi cuba ... takut kembung je ....

labu tu mudah je nk kupas kulit yang oi ..make sure pisau tu besar la ... + tajam..

hanya dlm 3-5 minit leh siap klu kupas sebelah biji labu...

anisalya said...

ala... dslr tu lain cerita. kamera galaxy kita jgn buat pekasam je. hehehe...

Nad @ MamaZakwan said...

wakakakak..!!
kak nad lagi malu, sbb tggi bebeno
pasni, kite amik gmbo time duduk2 je tau
baru nmpk sama tggi!:)

mamalieyna said...

oooh sudah jumpa Nad eh...mmg tinggi betoi dia..kalah lg la k.eina..hehe~

sedapnye ... byk makanan adli..hrp2 akeem nnti, mama nya rajin mcm ni juge..kena cari tapperware comel2 ni..kasi semangat...hehe~

ch@ said...

noli:
haaa tau takpe, kita pun dah rindu pada awak, cerita awak dgn wafa tu.

kak jue:
lupa? hehe. takpe ibu mengandung dimaafkan. alhamdulillah dpt pun jumpa kak nad.

kak @eda:
masuk bilik, tgk-tgk dia dah meniarap main, tersengih-sengih.

eima:
hahaaa. tu la, aku takde pisau besar ngn tajam tu. pisau aku smua bergerigi. payah.

kak sal:
hahaaa, tak sempat dah kak. menggelek dak adli tu lagi. kejap2 eija panggil bergambar. tumpang je la.

kak nad:
hahaaa. tapi kak nad manis sgt. mmg nmpk keibuan kak nad tu. 1st impres nmpk kak nad lemah lembut je.

kak ieyna:
eh, akak dgn kita bkn kita pun tinggi ke. hahaaa.

hah, beli brand tapawe punya, berbaloi dan senang nak dibawa ke mana-mana.

Imaan09 said...

alamak, lambat tahu..klu x boleh menjoinkan diri..bangi je kan..huuuuu.!

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Terima kasih cha sudi datang,
ok la tu cha dr kenalan blogger kita boleh jd kawan dialam nyata..:)),
hopefully kita dapat terus berkawan..w/pun Zaquan n Oni asik nak gaduh jerk..

ala cha eijanya DSLR tu pun x byk gambar amik, byk gmbar candid jerk, yg penting ada gambar kita bertiga..

Hahaha..betul sgt Nad tinggi betul, eija paling rendah..hik2.

♥SyilaSyira♥ said...

hihhihi...klo somi isteri bergaduh...sebiji2lah apa yg digaduhkan tu dgr ek cha..:-)12 tghari dah siap masak ek cha..cayalah..klo kita dok berperang lagi kat dapur tu..

ch@ said...

lea:
eija berkali-kali sms beritahu.

eija:
sama2 kawan. mujur kita tak berdiri mcm tangga kan.

syila:
ye btl skali, tapi biasanya mmg suara yg dinyatakan tu je la yg dengar. kita suka siapkan awal2.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in