Puri yang cantik dan sedap.

Thursday, 3 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tehehehe, hari tu kannn aku dah war-warkan bahawa aku hendak kembali bersolek. Dan, pabila gaji sudah masuk pantas sahaja aku menerjah kedai menjual make-up.


Nah amekau. Tah bila nak memakainya pun aku tidak tahu. Hahahaa, hari-hari bedak compact, eye-shadow, lipbalm dan pengilat bibir ni aja. Hendak ber'eye-liner' dan mascara belum lagi. Tak sempat dok. Cantiklah sikit daripada sememehkan. Rasa konfiden pun ada.

Ceh pasan lawa la tu kannn. 

Sudah hendak habis minggu, baru nak update fasal puri Adli. Eh, ke dah ek? minggu ni setiap hari menu lain-lain, aku menyediakan pelbagai jenis puri. Jadi, setiap hari memang ikut suka hati aku je apa aku hendak bubuh.

Minggu ini, tambah satu menu baru ialah puri tempbikai susu. Caranya, tidak perlu rebus sebagaimana puri mangga. Buang kulit dan bersihkan, kisar halus. Tu je. Kalau tapis pun, terlalu halus pula. Adli aku beri setengah potong habis dia kunyah-kunyah. Hahaha.



Menu lain puri lobak+puri kentang, puri bubur nasi dan puri labu. Ada juga puri ayam, tapi tiada gambar sebagaimana puri mangga. Sebab buat mengejut. Hahaha, aku rebus je ayam then kisar. Yummy-yummy-yummy.

Mentanglah baru dapat rainbow cube daripada tupperware, meriah kotak sejuk beku aku. Penuh.

Aku sangat suka suap Adli makan, semua pakat nganga aja. Suap-suap-suap habis. Tido. Oh, sungguh mudah ini budak. Sudah naik walker. Kemain suka, kemain lagi jelajahnya.

 Tuan punya puri macam biasa :) Sudah pandai tepuk amai-amai dengan sendiri.

Nota hijau: Auni tengok Adli makan, dia pun hendak makan sekali. Tapiii bukan makanan Adlilah. Syukur juga bila dia hendak makan.

14 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

rajin mama adli ni.. gud..gud..nati akak blaja dari cha je yer nak puri memuri ni yer. Hikss :D

yanti isa said...

wow .. dia dah naik walker ... sure seronok dapat merempit naik keta dalam rumah tu.

eima said...

alisha tak brape mau mkn even mama die rajin jugak main blender ... mkn pun ckit2 .. perut kecik kot

...sWeeT uMi... said...

bagus la mama adli ni...tabik spring dr umi tau hehehehe...

♥SyilaSyira♥ said...

pasni kena tempek muka si tuan tanah yg bermake-up..hahahaha...wajib tu...jelesnya tgk org mem'puri'...lagi 3 bulan turn kita pula..hehehe

Lyaa Suriany said...

Nak tengok gambar make up..
hehehe

anisalya said...

make up cha jgn tak make up...

mamalieyna said...

hehe...k,eina tak reti makeup gak, seriously...mmg kena g class kot kalau nak makeup..=P

waaaah syoknye tgk stok puree adli, tak sbar nak kasi kt hakeem, la ni 4 bulan..dh mcm lapo je itu budak..tak smpai 2 jam lapo..tp still susu la skrg..huu~

Salina@IbuAqil said...

Uihhhh mak aiiiiiii!!
Budak ni mantoppppp sungguh...
Hik3!!!!
Gewammmmmm!!
Cha sihat?!
Auni sihat?!
Happy weekend & TC yer.. ;)

ch@ said...

kekda:
boleh je kekda. kita pun masih belajar juga ni.

kak yanti:
sng hati mak dia kak. senyap je dia dpt meraun sendiri2.

eima:
perempuankan cerewet. aku je pun cerewet, auni lagiiila cerewetnya. takpe, sikit pun janji dia hendak mkn.

sweet umi:
malu aiii :) hihiii.

syila:
tak lama 3 bln tu. hahaaa, apa? nak tgk muka ai? bersolek? nehi2.

lyaa:
nak tgk apa lyaa? akak kena belajar ngn lyaa. nak pkai eye-liner mcm kena parkinson. nebes.

kak anis:
hahaaa.

kak ieyna:
masa adli 4bln, nak hujung2 masuk 5bln tu kita dah sumbat biskut milna dlm susu dia. kehkehkeh.

ibu aqil:
kitorang sht2 je, cantik blog ibu tu. kita pun dah jarang nak melekap lama kat laptop sejak teruna tu dah berguling satu rumah. bila terselit celah kerusi nangis.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah adli sudah pandai tepuk amai2 sndiri ek, sama la mcm ziqry bila kita nyanyi tepuk amai2, diapun tepuk amai2 sndiri, letak tgn di telinga konon gaya bercakap tel pun ziqry dah pandai..

srnok tgk anak2 dari sehari ke sehari pandai buat sesuatu kan..

meriah tgk puri adli, bertuah la adli dapat umi yg rajin mcm cha..:))

Izan Ishak said...

k.izan suka tgk puri adli yg berwarna-warni tu!

Masya said...

tu dia.. semangat bersolek dah maiii dahh.... silap2 jalan sebelah auni.. org tanye.. bwk adik bongsu jalan ker.. hihihihihi....

ch@ said...

eija:
perkembangan yg mengujakan. hahaa, eija pun rajin apa. masak bubur tuk anak2.

kak izan:
hehe, mak dia pun suka warna-warni tapi paling favourite is green.

yana:
hahahaa awak niii. muda sgt tu.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in