Not feeling well.

Wednesday, 9 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrmmm, sibuk-sibuk-sibuk. Entah apa yang disibukkan aku sendiri pun tidak tahu, muahahaaa. Bila di opis, dah bergelumang dengan kerja, bila di rumah bergelumang dengan budak berdua ni pula. Huhuuu.

Kesibukkan memang terasa sehingga hendak menjengah blohijau ni pun tidak sempat. Oh, aku sedang menyiapkan gift untuk kawan-kawan yang rajin datang mengomen. Walaupun bloghijau ini tidaklah terlalu formal akan tetapi masih lagi ada pembaca yang sudi singgah. Mood, hati ke laut. Hahaaa. Entah apa-apa. 

So, my pink biru bak kata eB-oh rindu sama kamu eB-asyik hendak melekat dan dilayani dengan penuh berhemah. Bukan berkhemah. Keduanya demam. Demam hendak besar. Kakak Auni demam selsema, batuk. Melepek? huhuuu, takde maknanya. Tiada istilah melepek untuk diri dia. Masih bersemangat memunggah rumah.

Adli demam selsema juga, merengek tidak sudah-sudah, hendak tumbuh gigi barangkali. Sepertinya ternampak tunggul gigi comelnya itu. Adli agak melepek dan memang sentiasa hendak dipeluk. Aduhaiii Adli, demimu. Kerana kamu jarang demam, belaian manja memang milikmu. Sehingga abi pun masuk kerja lewat kerana hendak membawa kamu berjumpa doktor.

 Mereka sudah main bersama.

Walaupun demam, seperti juga kakak Auni masih mampu memberi senyuman manis semanis madu untuk tidak merisaukan hati emak. Terima kasih anak-anak.

Nampaknya sudah dua hari puri aku tidak berapa laku. Adli hanya makan sedikit selebihnya kak Ana beri pada baby lain. Aku tidak kisah, anak sakit memang kurang selera makan. Janji, waktu aku ambil semua tupperware harus kosong ;) hehe.

Tambah lagi satu menu, perisa ayam atau puri ayam [macam tak ada je istilah ni hahaaa]
  1. Cuci bersih ayam, ambil isi ayam sahaja. Rendam dengan tepung gandum dan air untuk menghilangkan minyak ayam selama 10-15minit. Lebih pun tidak apa-apa.
  2. Bilas dan potong kecil-kecil, rebus dengan kuantiti air yang minimum. Paras-paras ayam.
  3. Rebus sehingga masak dan toskan airnya [jangan buang]
  4. Kisar ayam dengan pengisar kering. Boleh juga kisar dengan air sekali, tapi gunalah pengisar sepatutnya.
  5. Masukkan dalam bekas dengan air rebusan. Siap.

Serius baunya memang mebeles. Sedap. Menu Adli minggu ini bubur nasi + puri brokoli bersama lobak + ayam dan puri epal. Lekas sihat Adli. Rindu hendak tengok selera makan kamu kembali.

Nota hijau: Harap-harap tiada ayat yang boleh mengecilkan hati dan tiada bahasa yang tidak sesuai lagi. Ada atau tidak cikgu BM hendak perbetulkan ayat entry aku ni? huhuuu. Rasanya ruang gosip tu lagi pedih dan bila-bila je boleh buat orang terasa. Akan tetapi, orang tetap juga suka membaca ;)

17 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

kesian adli...demam ye sayang..acik jue odakan adli cepat sembuh kak oni pun sekali ye...seronok baca kisah puri umi kamu yang buat acik jue teringin nak rasa hahahahaha

♥cikmOt♥ said...

eh ada jugak yang betulkan ayat ke cha...pedulik la...janji orang paham maksudnya...

akak paham j ek...

cepat sembuh ye adli...

@e_da said...

huhuhuh pompuan keje mmg takkan abis selagi tak menutup mata... ouhh buat entry byk2 psl puri tau.. akak tak sabar juga hendak mempuri ni.. ehhehe

anisalya said...

anak2 pun baru je baik demam selesema. mujur la Azfar tak demam cuma selesema je. tak ada la nak risau mana. Adli dah nak tumbuh gigi ek? Azfar yg nak masuk setahun tu pun blm nampak bayang2 gigi pun. huhuhu...

Sidratul Muntaha said...

kami pun demam
dgn budak sesumpah tu
aih,,

Masya said...

ade ker ayat cha yg x betul hahaha kite baca ok jer.. pahammmm....

cian anak² umi x sihat yer.. amir pun dah mule bersin nak selsema jugak kot.... semoga cepat sembuh...

macam sedapp jer puri² ni.. kalau dekat boleh bg amir rasa hahahahaha...

eima said...

jeles ngan adli ..dah mkn ayam alisha tah bila...aku nye kekuatan ni nk memeberi takut la.... hari khamis ni nk bg ayam tgk alergik tak

Nad @ MamaZakwan said...

moga cepat sembuh anak2!

Imaan09 said...

cepat sembuh anak2 comel..!

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

nmpk sedappp belaka puree tu ehehhe

mamalieyna said...

aduuh adli montel tak sihat ke?..adat kan anak nak membesar, harus lalui semua tu...sihat cepat ye cayanggg~

aduyai..kakak...kamo kan.....^_^ ..kakakOni pun, get well soon ye...

*ups, nape ch@, ada penulisan ch@ buat org terasa ke..herm...

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah bagus tu semua dah siap stok, demi anak2 kan

ch@ said...

kak jue:
insyaALLAH thanks kak. hahaaa. mak dia pun mls nk a masak utk mkn sendiri.

cikmot:
tehehe, ter touching kejap kita. thanks kak izan.

kak @eda:
yeay, suka ada org nk buat puri.

kak sal:
perkembangan anak2 ni lain2 kak, nnt dia tumbuh, takyah risau. silap2 azfar punya gigi tumbuh skali gus, mcm auni.

sidratul muntaha:
lama tak nmpk. hahaa budak sesumpah? isk-isk-isk mak sesumpah ada kat sini.

yana:
ha tu la, dah habis baik susun ayat, ada juga terkehel. tak sengaja. buatlah yana, puri epal ke, puri pear ke, jadikan mcm aiskrim. sedap.

eima:
berilah vegi dulu eima kalau kau takut, campur sikit je dulu. pastu lama2 campur byk ayam tu dlm bubur dia.

kak nad, leaimaan09:
thanks kak nad, thanks lea.

kak rose:
sedap atau tak, kena tanya adli.

kak ieyna:
demam hendak besar kak. minta upah. *mcm tu la nmpknya kak. hihii.

Izan Ishak said...

anak2 tgh tak sihat cha... alahai moga auni n adli cepat2 sembuh ye sayang...

Salina@IbuAqil said...

Ayat kamu sggh putitis & jelas dgn cara penyampaian kamu sendiri.. Trhibur akak membaca tiap2 cerita mu itu.. Moga anakanda berdua cpt sembuh.. Amin!!!

ch@ said...

kak izan:
cabaran buat anak, dugaan buat mak. insyaALLAH, terima kasih kak izan.

ibu aqil:
puitis? pendapat akak sama dgn mama mikhail. anak2 ibu tu, masih aktif walaupun hidung sememeh.

♥SyilaSyira♥ said...

cha, macam ada sesuatu di sebalik Nota hijau tu..kenapa ye...???(ops..tetiba jadi penyibuk plk)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in