Kawan baru Auni.

Tuesday, 22 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku tinggalkan bakul besar berisi baju bersih yang belum dilipat, penuh di ruang tamu dan masuk bilik untuk sesi membersihan yang tidak sudah-sudah. Daripada dalam bilik aku terdengar dua orang budak katawa-ketawa.

Aku biarkan sahaja sebab abi ada dengan harapan boleh pantau budak nan dua itu bermain sambil dia main PS3. Aku tahan hati sahaja bila dengar dua orang tu gelak. Makin lama makin galak dan meriah. Ketawa manja saling berbalas. Lepas kakak ketawa, adik pula ketawa. Lekas-lekas aku kemaskan bilik dan keluar. 

Oh my... hendak marah tapi melihatkan dua orang tu bermain, bergurau makanya aku buang ajalah marah itu jauh-jauh. Aku berdiri di tepi dinding memerhati dua beradik itu sambil memeluk tubuh. Hrmmmm... anak-anak.

Auni ambil baju kurung, dia tutup muka Adli bila kaki adik dah menggetik kegelapan, dia tarik baju kurung buat adik ketawa melekek-lekek dengan suara serak-serak basahnya itu. Mukanya ceria sahaja. Adli tunggu lagi, kakak tutup semula muka adik dengan baju kurung emak. Sekali lagi adik menggedik-gedik dan kakak tarik semula baju kurung. Adli ketawa lagi. Aku yang memerhati pun tumpang gembira sama.

Bakul baju? itu jangan di katalah, memang dah terbalik semuanya. Bakul sudah pun kosong baju bajan sudah bertaburan. Ruang tamu dah bertukar rupa jadi pasar malam jual baju longgok. Abi memang tak menegah langsung, dia tahu aku yang akan memetir kejap lagi. Hahaaa.

Lagi yang aku tidak faham, sampai ke hari ni aku masih tidak faham-faham. Auni bergalak ketawa dengan Adli, apa topik yang dibincangkan tidaklah aku tahu. Memang hanya Adli pandang Auni dan ketawa, Auni pandang Adli dan ketawa, aku yang memerhati sampai naik pelik. 

Auni duduk bersandar di sofa dengan Adli berada dia atas kusyen sofa atas kaki Auni. Adoilah anak. Jujur aku tanya pada abi yang berada bersama-sama.

"apa yang dorang buat tu bi?" Auni jeling aku, tapi dia masih lagi ketawa-ketawa berselang-seli ketawa Adli yang tenggelam timbul tu. Tanya abi memang entah je jawapan dia. Hahaaa. Sabar je la.

Apapun aku happy bila Auni sudah semakin besar dan pandai melayan adik. Kalau Adli nangis dalam walker di dapur, dia akan tarik adik dia ke ruang tamu, lepas tu startla mengekek-ngekek dia buat lawak. Bila Adli berhenti menangis, dia sambung main angry bird. Bila panggil namanya, lekas-lekas dia menyahut.

"apa ummmiii..." lembut je. Paling aku tidak tahan bila naik lift, sudahlah dia bergalak main babacak dengan Adli, bila pintu lift terbuka je dengan orang yang hampir penuh...

"tak muat ummmi, tak muat" walhal ruang untuk dia tu kemain muat lagi. Bila orang beransur-ansur turun...
"haaaaa.... muat pun" hahahaaa. Sampailah dia ditegur orang yang daripada tadi memerhatikan dirinya masa dia melangkah masuk. 

"macamlah awak tu besar sangat, awak tu kecil je la" aku senyum sahaja. Memang mulut dia riuh.  

 Berdiri atas kaki sendiri, memapah sofa.
Adli is 'kawan baru kakak Auni'.

Suka bercermin di dalam kereta.

 Terima kasih sebab saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Cinta kamu berdua.
 
Auni: berambut ikal-ikal manja, ramah, bermata sepet, aktif, ceria.
Adli: berambut lurus, bermuka serius, aktif, suka bersendirian, bermata bulat. 

Nota hijau: Kena cari sumber tenaga lepas ni. Dorang sudah mula membuat pakatan.

16 pasang kaki:

ka . ka . mim said...

happy jd budak2 kn? muka adli dh lg besar dpd muka auni... hehehe

eima said...

very sweet...comey nye anak²...gembira tgk diorg gembira kan ...

dah gaya fahim ngan adek ..slalu adek je nk layanan abg ..wat wat dek sbb sebuk mian games je kejaannye ....

pe ek diorg buat sampai ketawa gitu

PUANSTOBERI said...

comey sgt. sker baca kisah mereka berdua.. :)

mzhany said...

oni dah besar dah, dah bleh jaga adik...bleh tlg mama kan oni kan...

Nad @ MamaZakwanNayli said...

nayli cepat la besar!
nk tgk nayli main ngan abng zack plak!
hahaha!tetibe! =p

auni mmg kakak yg baek!
tak sempat pun nak sembang2 ngan auni
mesti byk ckp!

*SiRibenMerah said...

kejap je da besar~

anisalya said...

mmg ank2 mcm tu cha. ada je agendanya. kalau azfar suka sangat dgn kain berlipat. ni tengah galak panjat tangga.

Masya said...

alooo looooo seronoknya baca keletah mereka berdua.. makin besar makin panjanglah akalnya yer... siap buat pakatan lagi.. habislah ummi dia..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

srnok kan bila tgk anak2 boleh jadi kawan sesama dia,

geram tgk kedua2nya
wah bergaya nye pic Auni bersunglasses..:))

Zaquan & Ziqry pun dah jd kawan tp paling x tahan bila time diorg berebut barang, Ziqry w/pun baru setahun tp part berebut barang bkn main pandai..siap jerit2..

Izan Ishak said...

pandainya kakak auni layan adik. lepas ni ummi dah boleh buat keje dgn aman sbb adli ada pengasuh kecik.

yanti isa said...

oni dah pandai jaga adik ya.. senang sikit keja umi ...bila dah besar nanti lagi senang ... so umi boleh la berkira2 utk tambah adik bagi oni.

ch@ said...

mira:
kakak dah kalah dgn adik dr segi saiz muka.

eima:
mcm mak dgn paksu dialah, takde kawan lain dah. auni ok je bila suruh layan adli.

kekda:
lps ni baca kisah kekda dgn anak2 pula ;) insyaALLAH.

hany, kak izan:
insyaALLAH hany, boleh diharap sudah. mcm tak percaya pun ada dia dh bsr.

kak nad:
dgn org tak biasa, dia segan2 sikit kak nad. kalau dah biasa dia riuh. ms mula2 hntr bby sitter hr tu mcm tu la. dh knl, hari2 jmpa br nak bercakap.

siribenmerah:
:)

kak sal:
mujur rumah kita tidak bertangga kak, jenuh juga ngejar kalau pergi rmh org yg ada tangga.

yana:
mak dia nak tidur awal je hari2.

eija:
adli berebut brg dgn auni, dia nangis je. biasanya auni la yg tukang ambil barang dia. cara dia nak bls dendam, dia pnjt badan Auni. mmg Auni tak boleh nak lari dah.

kak yanti:
tunggu adli pandai berlari dulu. sng sikit emak nak jaga adik nnt, bila dua org tu pergi main.

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

comey je dua2nya...nak2 kalo pakai baju sama

sHaR!Na eLyaNa said...

ala..tomey2...hehe

ch@ said...

anje:
esok2 balqis beradik, mesti teruja mcm ni juga. :)

sharina elyana:
:)

ch@ said...
This comment has been removed by the author.
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in