Jenjalan cari kawan.

Friday, 18 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yihaaa. Akibat keterujaan melampau sampai tidak ingat, tidak sempat untuk mengeluarkan Galaxy yang sentiasa galak hendak menjalankan tugas, jadi aku tumpang je la kamera kak Nad dengan DSLR Eija. Hahahaaa pantang betul tu kan.

Sorang penceria, sorang pendiam. Sorang comot, seorang comel, seorang rambut curly, seorang rambut lurus.

Siap-siap semua, abi menuju KFC sebelum ke rumah Eija. Adli buat muka sebek je, tidak meragam pun melayan badan agaknya, baru sahaja hendak kebah demamnya, hanya memerhati kakak Auni yang tidak duduk diam. Naik atas meja, tukar-tukar kerusi, jelajah satu KFC. Semakin hari sibuknya semakin tidak terkawal.

Berpandukan GPS sampai juga di rumah Eija, Bangi. Rumah mertua dia je yang aku belum sampai, itupun mengikut kata tuan punya badan rumah mertuanya sebelah taman sahaja. Hehehe, pantang yang berkaitan dengan Eija, hendak aja menyibuk.

Tidak susah cari rumah nya walaupun terletak dibahagian tengah berhampiran dengan selekoh, aku terus nampak Zaquan sedang galak bermain. Auni bagaikan tidak sabar-sabar hendak turun, nampak belon, nampak kereta, nampak ramai kawan. 

Disambut Eija dan hubbynya, terus di ajak masuk untuk berjumpa kak Nad. MamaZN tu. Mama baby Nayli dengan abang Zack tu lah. Masa tu tidak nampak lagi ketinggian kak Nad kerana terus sahaja melabuh duduk bersama-sama dengannya. Eija tidak sudah-sudah suruh makan. Risau betul dia. Hahaaa.

Borak-borak manis muka, nampak abang Zack masuk. Ensem. Muka dah monyok, Auni sibuk bergaduh belon dengan Zaquan, anak tuan rumah. Apa Auni pegang itu jugalah yang Zaquan hendak, aku jadi gelihati. Ada masa, masing-masing galak ketawa kejar mengejar. Main basikal sama-sama. Aduhaiii.

Aku jumpa kak Nad tidak lama, sebab dia sudah hendak pulang. Sekali Eija ajak bergambar, dengan Eija aku boleh lagak tinggi, tetapi tidak dengan kak Nad. Hahaaa. Nasiblah tidak bersusun tangga ketinggian. Baby Nayli dekat nak sama besar dengan Adli. Diam je. Pipi dia, memang gebu habis. 

 
 Gambar fail: kakNad 
See, masing-masing dengan senyuman iklan gigi. Kami sudah bertemu ;)

 
  Gambar fail: kakNad 
 Emak addict kamera, anak-anak macam biasa. Buat muka pelik :p

  Gambar fail: kakNad 
Nilah tuan rumahnya. Jangan salah anak pula ye. ZaQuan anak Eija, Zakwan anak kak Nad. Masa mula-mula berkenalan dulu, memang aku konpius nama dua orang ni.

Kak Nad punya senyum memang manis habis, ikhlas macam senyuman Eija. Suka sangat, agaknya kalau betul-betul duduk lama, memang tidak ingat hendak balik. Sebabnya aku balik pun bila dah terdengar tangisan anak dara aku tu. Apa yang jadi tidak pula aku tahu.

Katanya Zaquan tolak Auni, entahlah budak-budak. Biar sajalah. Sebab tahu, lama sikit di rumah Eija memang confirm dorang baik balik semula. Sempat bertemu Cute Mum. Dia tidak cam aku sangat kot. Aku pun rasa segan je hendak menegur dia lebih-lebihan.

Ada seorang lagi blogger yang aku jumpa di rumah Eija tu, dia cam aku tapi aku tidak cam dia sangat. Sebab, masa tu sudah teruja sangat hendak bertemu dengan kak Nad. Hihiii. Siapa ye dia Eija? 

Nota hijau: Mujur malam tadi ada elektrik. Mahu aku nangis keseorangan dengan budak berdua dengan perangai tidak terduga tu. Pengsan.

21 pasang kaki:

@e_da said...

seronoknya korang together2.. anak2 pun lbh kurang sama je...

Gieyana said...

meriahnya..x pernah ag attend birthday party kengkwn blogger...smlm tgk kt blog Nad kot nie..sure syiokkk kan..:-)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

bestnya dapat jumpa blogegr..agak2 cha bila kita boleh jumpa...

anisalya said...

hahaha... asyik lupa je cha ni ye. mmg hensem adli. dan lasak btl kakak auni. dulu adik ipar suka sanagt bergantung dgn gps. tmpt dkt pun jadik jauh sbb ikut sgt gps. hahaha... sekarang ni tak lagi.

Nad @ MamaZakwanNayli said...

ahahahaah!!
kalu diingat2kan balik, rase cam kelakar jek tgk auni ngan zaquan gado2 nak belon, hehe
tu blum zakwan ada skali
mau perang! perang suara mak2 nye, hehehe....

rase kejap sgt kan jumpe, tak puas plak..masih malu2 kucen gitu, ahahah!

owh, ada blogger lain lagi ek yg dtg? sape agaknye ek?

PUANSTOBERI said...

bila2 nak jalan jumpa akak ni?? hihi.. tp.. akak takde anak la nak dibuat kawan ngan Oni n Aie. Hikss :D

ka . ka . mim said...

biasalah tu cha, kalo xde gambar xde bukti nk letak kt blog kn? hehehe... syoknya cha salu je bwk anak2 jmpa kwn2 baru

rasp said...

budak-budak kejap jer gaduhnya...
kalo dok lama skit conpom dorang main balik hehehehehe...
syioknya dpt berjumpa blogger...

AishahAzli said...

WOWW GATHERING.syok ye

Masya said...

bagusnya auni.. sampai terus boleh main dgn zaquan.. kalau amir mahu menebeng jer kat ibu dulu.. nanti nak balik baru sibuk nak main....

seronokkan dapt jumpe kawan² ade anak² sebaya.. banyak cerita blh dikongsikan..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

baru berkesempatan untuk blogwalking..rupanya nad & cha dah up n3..tuan rumah gak yg slow up n3..hehehe.., kebizian melanda..
Terima kasih sgt2 tau sudi dtg umah..
itula Zaquan tolak auni smpai nangis..naik segan mama n papanya tau..

mstilah tuan rumah risau kalau tetamu x makan, ohh patut la mkn sikit jerk rupanya dh makan KFC..

hahaha..itula anak2 x pandang kamera lgsung..mama dh senyum cantik dah..:P

Cute MuM cam Cha cuma sbb masa tu dia pun baru sampai tgh nak makan & cha pulak dh nak balik...pastu eija pulak sibuk nak bergmbar bersama ..sampai terlupa nak kenalkan korang berdua & amik gmbar bersama..

Dia opismate eija, Mama Tun Nur Safiya yg buat cake cars tu, dia blogger juga & follow blog cha, itu yg dia ckp oh cha bloghijau ye..

Cik Shiqa said...

akak, nanti dtg bangi singgah umah shiqa plak ea :)

ch@ said...

kak @eda:
kita ajak akak hari tu, tapi akak tak reply.

gieyana:
mestila seronok gie. one fine day kita jmpa dua ek. mana tahu ada rezeki. jgn tak kenal kita sudahlah.

kak jue:
insyaALLAH tunggu baby kak jue la. hahaaa. nnt kita ajak abi pergi melawat.

kak sal:
hiii, hero idaman mak dia. auni tu mmg tak boleh nak kata dah. kita langsung tak reti guna natang tu.

kak nad:
kan, masa eija dtg rmh kita hari tu pun mcm tu lah dorg, mula2 baik lps tu gaduh, lps tu baik blk. ada dia kenal kita, kita knl dia, tapi masa tu mcm hiruk pikuk kjp.

kekda:
oloh, lagi best kekda seorang, boleh ambil kesemptan tolong pegang adli. insyaALLAH kekda.

mira:
ia btl dan takdelah entry utk di cerita. kita jarang dpt bercuti mira, tu yg ambil kesempatan jln2 jmpa blogger je.

aishahazli:
:)

yana:
auni tu terjah sendiri je wak. zaquan nmpk barang dia kena usik, apalagi. masa tu tak dpt borak sgt dgn eija, sbb dia pun sibuk.

eija:
alah takde hal la eija, budak2 auni tu blm tidur petang tu jd cengeng tu. sama2, nnt jmpt la lagi mmg tak malu i dtg nye.

haaa dah blk tu baru kita teringat, kita mmg ada follow blog dia, cuma masa dia perkenalkan diri tu kita blur-blur. nnt pjg kan salam kita ek. dia selalu up entry resipi.

shiqa:
akak mintak alamat sampai skrg ni tak dpt-dpt. taknak dh kawan shiqa. majuk.

♥SyilaSyira♥ said...

dah namanya budak kan...ada je yg nak digaduh, direbut...tapi semuanya kejap jek..pertemuan yg melibatkan ramai blogger...bestnya..cha, dah terima kitkat kamu...tq..cayang kamu

ADEEYA said...

Seronoknya jumpa rakan blogger :D

Lelord said...

wah bestnya berkumpul :)

mamalieyna said...

waah meriah depa, jumpa2 lagi...hrp2 ada kesempatan lg tuk jumpa awak2 semua, besday hakeem ke..Insyaallah,,kalau maknye rajin memasak..hehe~

ch@ said...

syila:
tu la. biarlah adat budak2. kita dulu kekecik mcm tu jugak. sama2 syg kamu jua.

adeeya:
salam perkenalan. mestilah seronok.

kak lela:
nnt akak email address akak. cenderahati akak ada lagi ni.

kak ieyna:
insyaALLAH, jemput je. free i terbang datang. hiiii.

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah bestnya dapat berjumpa kawan alam maya kan...

ch@ said...

anje:
nnt kita jmpa anje. hari tu, kita smpai awal masa di rumah kak ieyna.

Mama Tun Nur Safiya said...

ooo may be cha dah lupa..sbb shima suam2 kuku mengupdate blog nih ehhehehe anyway nice meeting u.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in