Hijau dan oren.

Monday, 28 May 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permintaan tidak di layan, benci. Jadi, buat puri ajalah macam biasa. Duduk rumah diam-diam. Hahaaa. Merajuk-merajuk-merajuk. 

Rutin hujung minggu bermula, pergi pasar. Wah, kali ni pergi pasar dengan Galaxy S, tidak guna dah buku nota kecil dan pen. Wuhuuu. Aku hairan betulla, pelik benar ke rupa aku ni bila pergi pasar. T-shirt dan jeans beserta shawl, biasa je. Tapi, orang tengok aku atas bawah pastu bila aku beli nasi lemak lebih daripada dua. Ada je yang tanya, ada ramai yang hendak makan ye. He'e, banyak soal pula kan, suka hati aku la kalau aku yang hendak makan tiga bungkus tu. Isk-isk-isk.

Aku tinggalkan budak dua tu dengan abi, Auni beria hendak ikut tapi baru bangun tidur, malas hendak tunggu dia siap mandi semua, pergi seorang lebih ringkas dan cepat balik. 

Bila dah balik, bergelumang dengan dapur pula. Sudah beli nasi lemak, so buat puri sahajalah. Tiba-tiba terlintas pula hendak makan bawal sambal. Ergh, kecur liur tengok bawal kukus Adli. Terus sahajalah masak untuk tengah hari. Hahaaa. Aku memang suka macam ni.

Hijaucantik.
Puri bawal kukus bersama bayam tumis air.
  • Bersihkan ikan bawal rendam bersama air asam jawa seketika.
  • Kukus bersama 3 ulas bawang putih dan beberapa potong halia.
  • Baunya, kus semangat. Mabeles habis.
  • Bersihkan bayam, hiriskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
  • Masukkan air dan tunggu sehingga masak.
  • Ambil isi ikan bawal yang sudah siap dikukus, kisarkan bersama bayam tumis air. Huhuuu, jangan tanya aku rasanya. Memang sedap. Kikiiii.
Orencantik.
Puri sup sayur simple. 

Namanya kemain, walhal tumis air juga. Hahaaa. 
  • Bunga kobis, jagung yang comel, lobak. Bersihkan dan potong dengan saiz yang agak sama. Supaya masaknya sekata gitu.
  • Hiriskan bawang merah, bawang putih dan lebihkan serbuk ikan bilis [aku buat sendiri] sebagai perasa.
  • Macam biasa, tiada garam dan tiada gula juga tiada stok perasa yang beli tu. Hihiii.

Rasanya? aku memang suka sayur yang tumis air macam ni je. Ataupun dimasak tomyam. Takkanla Adli hendak diberi tomyam pulakan. 


Setel semua yang di atas, kesimpulannya ialah menu untuk Adli minggu ini ialah puri hijau, puri oren dan puri labu dan puri epal sebagai mencuci mulut manakala menu hidangan tengah hari yang dah nak masuk makan malam pun bayam tumis air, ayam goreng beserta bawal sambal. Hamekau. Pengsan makcik.

Happy 8month Adli. Lepas ni, kita makan yang lenyek-lenyek pula ya. Wiiii...

Sekali dia terkangkang kat situ daaa. Langsung menjerit minta bantuan. Selalu kantoi hendak duduk semula. Berani berdiri je. Pantang tengok kakak Auni baring mesti jadi penggelek badan kakak. Auni sudah kalah. Hahaaa.

Nota hijau: Aku pun tak perasan, asal aku buat puri warnanya mesti tak lari jauh, hijau, oren, kuning, putih, krim. Walaupun bahan asal puri tu lain-lain. Mana hendak cari warna merah, biru, ungu, pink. Hahaaaa. Ada yang aku bubuh air sirap bandung karang.

12 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

kalu ada cara wat kaler pink bitau ek...ihikss

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Happy 8 Month Adli..
sudah pandai berdiri ye kamu..
kalau rumah ada tangga tentu time ni tgh belajar naik tangga mcm Ziqry 8 bulan dh pandai naik tangga sndiri..tp sampai skrg x pandai turun tangga sndiri, naik pandai..heheh

Kaler Hijau & Oren pun sudah cukup menarik hati utk Adli makan puri..:)

anisalya said...

alahai adli. suka makan ye apa yang umi buatkan. bgs! lagi besar ye adli biar umi mkn jadik kurus dan kering. muahaha...

Izan Ishak said...

adli ni buat auntie geram aje!

Nad @ MamaZakwanNayli said...

cha, buat la puri dragonfruit tu..
mane tau bleh jadik kaler magenta
hamek! ahahaha!

ka . ka . mim said...

meriahnya puri adli... stok ni simpan dlm chiller utk seminggu ke?

Masya said...

hahahha... banyaknya kali ni.. siap ade ikan bawal.. bertambah² bam bam lah adli tu.... nak warne lain kenelah googlekan... tapi warne pelik² nnt adli x makanlah pulak... lagi haru...

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

rajin betul cayok2 k

ch@ said...

cik mot:
mana hendak cari tu.

eija:
so far lega juga la tak ada tangga. kena pastikan tak ada barang2 yg di atas yg boleh ditarik. tkt jatuh kena kepala.puri adli ni, warna sama tapi rasanya lain2.

kak sal:
kurus mcm akak tu. cakap org, akak pun sama keding jugak kejar tiga askar tu. hahaaa.

kak izan:
penggoda ni kak izan.

kak nad:
kan, nnt kita cari buah tu. rasanya lenyek je, tak pyh kukus.

mira:
sejuk beku mira. mcm susu perah juga, nk beri pengasuh kena turunkan tmpt biasa then pns kan. kalau chiller peti kita suhu sejuk biasa :D

yana:
so far skrg ni smua dia mkn yana, banding ngn kakak dia yg dah pandai memilih. nasi susah sungguh hendak makan.

anje:
ni kes malas ni anje. buat stok sminggu. hahaaa.

Laiciberry said...

Salam kak...ank akk n mkn ke puri tu?sy penah belikan anak sy..tp dia xnk laa...xtahu mcm mane nk wat

ch@ said...

Laiciberry:
salam kembali, ye adli kita mkn puri yg mak dia buat ni. setakat ni, setiap kali balik, harus membawa bekas kosong kesemuanya. cuba juga nestum, puri heinz, biskut, pun dia makan juga. puri heinz tu... why not buat sendiri kan? tak susah pun.

Orked said...

salam cha, wah da bsr anak cha..igt akk lg tak..

lame x baca blog cha pas bsalin aritu akk senyap kejap...blog tetap hijau gitu..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in