Wednesday, 25 April 2012

Terasa betul ketiadaanya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akhirnya, setelah mengendong dirinya selama 6 bulan aku membuat tindakan tekad dan berani, terpaksa kentalkan jiwa raga hati nurani untuk meninggalkan dirinya. Akhir-akhir ini, jasanya bagaikan tidak kuperlu lagi.

Sedih? aku tidak berasa terlalu sedih sangat kerana apa yang aku targetkan telah pun berjaya. Hanya untuk pada diri sendiri ok. Ya, sejak Adli diperkenalkan dengan segala mak nenek puri, dia bagaikan lupa pada emaknya apabila sudah kenyang.

Adli, kamu memang hebat apabila menyusu dengan jayanya. Adli berjaya directfeeding walaupun dengan niple rata. Syukur sehingga ke saat ini, dia masih lagi ingat akan bau emaknya. Anak dengan bau emak memang mempunyai ikatan yang sangat kuat.

Syukur juga kerana aku diberi peluang untuk menyusukan Adli secara directfeeding dan juga botol. Syukur kerana membuatkan aku gembira sepanjang menyusukan Adli disamping tiada halangan-halangan yang sukar menghalang.

Syukur kerana aku telah mempelajari dan memperoleh pengetahuan tentang penyusuan susu ibu bekalan untuk pada hari mendatang. Alhamdulillah, Allah memberi aku kesempatan untuk aku merasakan nikmatnya.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sangat supportive, sporting sentiasa memberikan idea dan juga jalan penyelesaian bila aku memerlukan. Terima kasih-terima kasih-terima kasih. Kamu semua sangat berharga.

Adli masih lagi directfeeding sebelah malam, tetapi waktu siangnya aku sudah tidak bekalkan dengan susu perah. Aku bekalkan dengan susu formula kegemaran aku, Auni dan abi iaitu susu paling mahal S-26 Gold Rumusan Susulan. 

 Adli satu hari

Adli 6month.

Adli ok je, semua pun dia belasah janji kenyang. Perkembangan Adli juga seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya. Sudah laju menaiki walker, sudah meredah rumah walaupun dengan hanya mengesot. Hobi baru ialah, membuli kakak Auni. Hahaaa.

Terasa betul tidak membawa banyak beg hari ni, ganjil apabila tidak keluar daripada opis pada jam 11pagi. Hihiii! Kekok.

Nota hijau: Terima kasih breastfeeding. Terima kasih Medela Swing. InsyaALLAH selepas ini aku struggle apabila mendapat peti ais dua pintu. Hewhewhew. Semoga Allah teruskan rezeki buat kami sekeluarga. Amin.

13 pasang kaki:

*SiRibenMerah said...

alhamdulilah.. hehehe.. berjasa jugak akhirnya...

eima said...

alisha dah refuse directbf ....tatau nape... makin dipaksa makin die menghempas diri sambil jerit2 ....so pasrah je la...adek ngan abg sama je ... mmg tk suka bf ..bkn aku tak berusaha tp mmg die yg tak nak direct dah skrg ni ...klu masuk botol nk plak

Nad @ MamaZakwan said...

tahniah!
anda sudah berjaya mendapat diploma BF ;)

moga trus dilimpahkan rezki utk cha n famili :)

sitiebby said...

tahniah cha, adli pun tgk mkin tembam je pipi dia.
kiranya berjaya jugk dpt diploma BF kan. rajin cha buat puri ye.

Imaan09 said...

tahniah cha! breastffeeding is a kind of 'perjuangan'.. klu dpt merasa nikmatnya sikit pun, kira sangat beruntung dah..

Izan Ishak said...

tahniah buat cha sbb dah struggle utk buat ebm buat adli...

k.izan plak yg sebak baca entry cha ni... moga2 rezki cha sekeluarga terus murah ye!

anisalya said...

alhamdulillah... still dapt susu ibu walaupun mlm hari je. membesar dgn sht dan jadik anak yg beriman ye adli.

Masya said...

alhamdulillah... oklah tu 6 bulan, tapi kalau mahu lagi ape salahnya sampai setahunkan... janji adli yg tak mahu...

tibe2 sy pulak yg terharu baca entry ni.. sbb pernah merasainya mair umur 4 bulan dah xmoo susu badan.. memang dia sendiri yang xmoo... bukan sy yg berhentikan.. susu badan pun dah cair masa tu.. dah kurang...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

insyaallah moga terus dilimpahi rezeki buat cha sekeluarga..AMIN.

Yang penting Adli masih direct BF waktu malam, sama mcm anak2 eija, syukur sgt w/pun dah campur anak masih cari nenen mama dia...hhehe..

Adli maintain jerk bambam..geram tomei..:)

mamalieyna said...

tahniah ch@...mmg jiwa kental je dpt directfeeding bb dlm keadaan mslh nip yg rata, memang sgt2 mencabar tu...org yg alami je yg faham dan tahu.. Ibu mana takmo directfeding kan bb dia kan..alhamdulillah selamat 6 bln adli merasa kan...untung adli..

apapun yg pentg adli sihat dan semangat badannye tuh~ alhamdulillah..moga dipermudahkan lg urusan kita mengendalikan anak2..Amin..

ch@ said...

siribenMerah:
:) menabung nakkan medela tu, haruslah gunakan.

eima:
agaknya susu keluar guna botol lbh laju kot. takpelah, janji dorang sht eima. itupun dah buat kita lega.

kak nad:
diploma tu bkn ke utk yg ekslusif aje kak? hehe, kita dah tak ekslusif la. aminnn.

sitiebby:
tehehe, tq-tq. berusaha tu nak belajar directfeeding. oh! puri tu, bila dah buatkan rasa asyik nak buat je.

leaimaan09:
betul tu, banyak yg sy dpt belajar lea.

kak izan:
eheh, kita pun rasa lain mcm je bila tinggal medela tu. sob-sob-sob, apa pun byk sgt yg kita dpt belajar kak izan. syukur.

kak anis:
insyaALLAH kak.

yana:
betul tu, adli still lagi hendak berkepit. suka haba mak dia agaknya. bila dah bg susu botol pun, dpt pegang skjp jadilah.

eija:
amin. rasa mcm dah ikut eija pula. hihiii.

kak ieyna:
insyaALLAH. sama2 kita bersyukur dpt menjaga anak dgn sht dan baik. masa tu hampir juga habis harapan kak, tapi mahu cuba juga. :)

♥SyilaSyira♥ said...

entry cha ni buat kita rasa sebak sgt...yg penting adli still bf walaupun malam k...:-)

ch@ said...

syila:
hehe, kita tak sebak sebab kita mmg tak target tinggi2 sgt. just ikut kemampuan diri sendiri je.

Copyright © Diari Umi. Designed by Whitey Mommy