Terapi hati.

Friday, 6 April 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oyeah! esok cuti, sudah hantar permohonan kepada abi untuk jalan-jalan. Hahahaaa. Mahu keluar pun kena buat permohonan, payah betul. Abi macam tahu-tahu sahaja aku selalu ada agenda setiap hujung minggu. Dia sudah boleh baca.

Padanla muka, siapa soh busy sangat kan. Ngeee. Ok, masuk kepada terapi hati selain daripada jalan-jalan hujung minggu. Sekarang ni, aku jarang bershopping baju di luar, sejak anak dua semuanya hanya di hujung jari. Baik baju aku, baju Auni, baju Adli, tudung, shawl, novel. Hahahahaaa. Agaknya kalau boleh beli barang dapur secara online, akulah orang pertama yang order.

Jadi, aku pun beli shawl tone sebanyak 4 helai. Beli 4 dapat 5 sebab owner kedai buat penghantaran lewat. Aku tidak kisah sangat pun, tapi memang puas hatilah dapat warna yang masih belum ada untuk buat koleksi. Aku ada banyak shawl plain, so sekarang ni tambah lagi shawl tone. Hihiii. 

Jom cuci mata di fizza~SHAWL. Sedang ada SALE sekarang ni.

Next, aku memang tidak boleh nampak Popular, MPH atau kedai-kedai buku yang besar atau kedai yang ada jual majalah, novel dan sebagainya memang wajib masuk. Hahahaa, harus ada beli walaupun tidak besar. Makanya, untuk mengelak lebih banyak wang lebur dengan membeli item-item aneh, aku beli juga secara online.


Huhahahahaaa, nah amekau. Tiga buah novel tulisan Norhayati Berahim yang menjadi idaman. Ada lagi tiga buah novel aku mintakan owner tu booking. Best-best, ownernya dikenali dengan Kak Aya, sangat sporting dan penghantaran bagus. Hihiii.

Jom tempah novel pilihan hati di Jendela Hidup, harga boleh runding.

Ok, sudah cukup buat hati aku gembira hari ini. Ekekeke, abi pun akan balik daripada Penang hari ini. Yeaaaa!

Nota hijau: Mood gembira. Hahahaaaaa. Gambar shawl tak ada. Hewhewhew.

10 pasang kaki:

Nad @ MamaZakwan said...

mmg wajib mintak permohonan huhu!
takbleh tidak ;)
baju2 anak2 plak beli katne?
hehehe
share2 la link =p

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

memang terapi hati betul...
novel...lama tak beli

from heart nisah idham~ said...

yg mana satu terapi hati..
shopping buku ke atau kisah buku tu :)

PUANSTOBERI said...

Aaaa...akak pun ada buku NB yg Layang2 tu. Pun masih ber plastik. Tak berbaca.
Ada 5 buah buku masih dlm plastik. akak pun beli novel online gak. Murah sket. Pulak tu bleh suruh dia carikkan jugak novel lama2. Bes btul.

Cha, mari kita ngedate kat pesta buku nati. Tp nyer... sapa lak nak pegangkan Aie n Oni sementara nak smpai ke PWTC tu kan?? Huhu.

Salina@IbuAqil said...

Uishhhhhhhhhhhh!!
Bestnya layan novel.. :D
Cha, mana nak cari novel2 lama ni..
Akak cari 1 novel lama SANGKAR..
X tau cha penah baca ke x..
Happy weekend & take care yer.. ;)

eima said...

wah wah .... mmg terapi .... sesekali reward utk diri sendiri ok jugak .....

fazilzura said...

kalau dh ado anak ni rutin kite kdng2 sama je kan ...
paling kuat pun en somi je yg leh kuor.. kalau kite kuor ado je tentera nak folow.. tp kdng2 wajib manje kan diri sdiri jgk

ch@ said...

kak nad:
ooo ada link nya kat sidebar tu kak. ada dua tmpt yg mmg menjadi pilihan hati.

kak jue:
dlm sebulan mesti beli novel kak.

kak nisah:
mestilah shopping.

kekda:
btl2, kita pun ada je lagi buku tak baca. hahaaa. haloba tamak. nnt kita beritau abi kekda, kita pun rasa nak sgt pergi pesta buku tu yg kebetulan jatuh pd hari istimewa sy :D

ibu aqil:
kita tak pnh baca, tapi tajuk tu menarik je kak, nnt kita cari sama-sama ye. mesti dia dah buat cetakan terkini.

eima:
betul tu eima.

fazilzura:
betul sekali. kita ni kalau nak keluar tak sampai hati tgk muka anak2 yg mcm tau2 emaknya nak jln. pasrah lah kena angkut smua.

mamalieyna said...

waaah banyak tu shoping novel..haih..bila la ada kesempatan nk mmbca novel ni.. kalaulah kesempatan tu ada, nak aje terjah umah ch@, buat kad pinjam buku..ngee~

i love so much tulisan 'Norhayati Berahim'..like like like!..hee~

ch@ said...

kak ieyna:
kita suka NB sbb cerita tebal then, kisah dia semua ttg kehidupan. hahaaa, boleh. datanglah!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in