Cerita je.

Wednesday, 4 April 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sudah menyiapkan sebahagian kerja, huaaa. Pengsan. Banyak benar bila ianya datang sekaligus. Pula tu mahukan tandatangan dan persetujuan bos. Alamak aiii, lemah lutut part nak berjumpa dengannya yang bagaikan biskut. Sekejap ada, sekejap tidak ada. Busy. Mujur juga dia tidak ke luar negara, jikalau tidak. Haruuu.

Report bulanan ada lagi setengah belum buat, ades. Bila masuk waktu petang, mood pun mulalah. Mata pun, mulalah. Apatah lagi para-para peniaga Shopping Online ni bagaikan bijak benar memuat naik item-item terbaru. Gatal je tangan, gedik je hati, nafsu pun "beli syasya, beli". Ergh!

Ini kaluuu bergaji 6 angka pun belum tentu cukup.

Dalam pada bergelumang kerja, Haliza sibuk mengemas meja. Dia sudah meletak jawatan, bermakna aku sahaja yang masih setia di sini. Aduhhh! semua kerja tergalas di bahu makcik seorang, huaaaa. 

Kepala otak teringat pula permintaan Auni pagi tadi, mahukan nasi goreng. Wah! nasi pun tak masak tang mana nak menggorengnya pula. Apakah cukup untuk nasi goreng dalam masa 15 minit tu? Ini bukan rancangan Masterchef. Mujur jugalah dia nampak satu kotak besar Cococrunch atas periuk nasi. Abi baru beli semalam. Lega, tapi hati aku tetap teringat.

Jadi, malam nanti goreng nasi aja. Auni ni, suka buat orang serba salah. Tapi, dia sangat cantik hari ini. Heheee. Adli pun sempat aku mandikan awal-awal pagi. Setel uruskan Adli, sementara bersiap aku tinggalkan dengan abi. Memang anak abi, tinggal tidak sampai 15 minit dia boleh lena. Haih!

_
Pengarang jantung, hati, limpa, buah pinggang, semuanyalah.

Control makcik-control.

Hari ini, makcik memakai baju paling mahal dalam Wardrobe hijaucantik. Baju berharga RM 250. Hahahaaa, mencipta hatrik sendiri apabila membeli kain pasang dengan harga itu. Huahuahua. Over ke? eh, baju mahal harusla kan. Kali pertama memakainya. Kali pertama juga, mengenakan shawl ini sebab ianya baru sampai semalam. Masih berbau kedai. Murah je RM 9. Kuikuikui.

Nota hijau: Entry merapu hari Rabu.

9 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

hehehe...mahal benar tu....kain dari mana tu...

Masya said...

wahh mmg mahal.. cuba ambil gambar bediri bagi nampak sikit baju tu.. nak jugak tgkkkaaann.. kan....

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

tengok kain dah tahu sutera.....
alah membeli menang memakai...

from heart nisah idham~ said...

wah hijau sungguh.. tetap sweet :)

Imaan09 said...

utk uminya : sekali sekala kena pakai baju sebegitu mahal..tp jgn selalu..haha
utk auni : selalu beno gamba macam tu skang ni ek..pesen buat ala2 spek mata ke tu auni
utk adli : tombamnyooo kamooo!

Izan Ishak said...

baju mahal harus ada dalam wardrobe kan cha. sekali sekala melaram apalah salahnya. cantik bila digandingkan dgn shawl baru tu... i like!!!!

ch@ said...

cik mot:
tu ar pasal, berpeluh nak membayarnya. sutera apa tah.

yana:
malula yang. hahaaa.

kak jue:
kita ni lasak, rasanya inila baju pertama dan terakhir.

kak nisah:
hijaucantik ;)

lea imaan09:
mmg pun lea, inilah skali beli baju mahal camni. auni tu ikut apa mak dia suruh, org dah suka bergambar. adli tu taktaula nak kata. hahaaa.

kak izan:
kita suka warna shawl tu. kita ingat coklat, rupanya agak2 hijau sikit. skali pandang mcm tak berapa nak masuk, tapi belasah je la.

PUANSTOBERI said...

Terima kasih kerana membali batik original. Itu silk atau crepe??

Kalo batik, mmg itu lah range harganya..so, dun wori..alah membeli menang memakai

*tahun dpn sila dtg ke Hari Kraf tau.. lagi byk pilihan baju2 begitu yg bleh didapati. Nak rega staff?? meh la jalan2 ngan akak. Hihi :D

ch@ said...

kekda:
rasanya yg kita punya ni crepe. kita ni lasak kekda, mcm tak ssi memakainya, tapi cantik.
*hari kraft ek, kena fikir awal2 nak beli apa kat sana. hahaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in