Auni yang peramah.

Friday, 27 April 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Okokok, Auni in d'house. Lama rasanya tidak cerita fasal si kakak Auni yang lincah, cargas ni. Makin cekap menerima arahan mudah, makin memahami apa yang boleh dilakukan, apa yang perlu dilakukan. Mulutnyaaa aduh, peramah habis.

"ummmiii, leh Auni ikut?" itu ayat setiap kali dia nampak aku bersiap cantik. Mujur juga dia tahu bezakan aku hendak pergi kerja atau duduk rumah aja. Sekarang ni, Auni sangat mudah diminta pertolongan dengan syarat mesti layan dia mewarna. 

"ummmi buat" bila satu-satu perkara dia tidak boleh buat sendiri. Dan dia belajar, bagaimana aku membuatnya. Bila aku sudah ajar, dia akan beri respon "oh, macam tu".

Bangun pagi, aku siapkan dia lebih dahulu, menyuruh dia kemas segala buku dan pensil warnanya supaya masuk ke dalam beg jika hendak pergi sekolah. Katanya "Auni nak gi skolah, ummmi". Aku ok je, nampak dia sudah teruja untuk masuk sekolah. Sabar ye Auni.

Selesai makan, dia akan hantar pinggan/ mangkuknya ke dapur. Sama ada, mahu tambah lagi atau sudah habis. "habis ummmi, Auni nak lagi boleh?" soalan biasa bila ada di dapur. Setiap kali kabinet kosong, aku memang rasa susah hati. Bagi aku, dia hendak makan memang satu anugerah yang best. Heheee.

Auni suka makan buah terutamanya limau. Dia sangat suka bila abi balik. Kadang-kadang, aku ketawa bila dengar dia bercakap dengan abi. Biasalah, abi bukannya cekap sangat dengan cakap-cakap Auni. Aku je yang boleh translate. Sebab tu, Auni lebih suka bercakap dengan aku. Auni yang pandai ambil hati.

Biasanya Adli akan tidur dalam bilik yang gelap, bila dia nampak aku pura-pura pejam mata, dia akan "sssshhh, umi tido, adik tido" dia suruh senyap dan beri kiss pada aku dan Adli sebelum keluar bilik sambung bermain. Aku hanya tahan gelak dengan perangainya, dia belajar daripada aku yang suka cium anak-anak ketika mereka masuk tidur. Indah.

Aku dapat rasa mood aku dengan dia sangat baik sejak dia suka bercakap. Walaupun aku sering disogok pertanyaan yang berulang-ulang kali buat aku pening. "ummmi, wat apa tu?" "ummmi, apa tu ummmi?" Huhuuuu.

 
 Sangat suka ambil gambar dan bergambar.


 With her bestfren.

Helping umi, room service :)

Ready go to school or babysitter house.

Nota hijau: Alhamdulillah, dia membesar dengan baik.

10 pasang kaki:

Cik FaRiZaM said...

alhamdulillah...dah besar dah dia

salam singgan n follow sini
dr
http://afasz.blogspot.com

jaja_NorLiza said...

comel...mesti petah auni ni kan?? anak akak 19bln..x byk perkataan dia boleh ckp...lambat kot...huuuhuu

Nad @ MamaZakwan said...

alhamdulillah...
auni bertuah ada ummi cam ni ;)

eima said...

dah besar dah kakak auni ...
tp bab melayan diorg bercakap paling rimas .. bila soalan sama diajaukan lebih dr 7-8 kali...alahai nk marah tak sampai hati ...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Alhamdullillah..

bagusnya Auni biasa cium umi dia ngan Adiknya Adli sebelum dia tido/bermain..mmg sweet sgt,

Zaquan kadang2 jerk nak cium ikut mood dia..

Oh Auni suka limau ye, Zaquan pulak suka pisang dan betik..buah2 keras mcm epel dia x minat pulak. Masa mula2 perasan dia suka makan pisang mcm kelakar/x percaya pulak..jarang bdk2 suka mkn pisang..zaquan minat pisang seawal usia 2 thn..dia boleh abis 6 biji pisang sekali hadap..

Masya said...

SUKE TGK ANAK² MEMBESAR BAGAI JUARALAH KATEKAN.. JUARA DIHATI.... LAGI² BILE DAH PANDAI CAKAP MESI BANYAK KERENAH NAK DGR DIA BERCAKAP DAN MELAYANNYA... TERINGIN SANGAT RASANYA NAK JUMPE AUNI...

ch@ said...

cik farizam:
terima kasih :D

kak jaja:
perkembangan budak2 ni lain2 kak. jgn la bimbang selagi dia membesar dgn sihat.

kak nad:
umi yg selalu pening dan naik angin.

eima:
kadang2 terlepas juga 'mls dah umi nak cakap, jwpnnya sama je mcm td' hahaaa.

eija:
zaquan boleh geng dgn aunty ch@ dia ni, suka pisang. takpe eija, janji dorg suka mkn buah. sbb ada org tak suka mkn buah.

yana:
jom jmpa jom. dia bercakap mmg byk tapi bila kena tegur ngn org, tiba2 dia jadi pemalu.

anisalya said...

betul tu. anak2 suka tanya soalan yang sama berulang kali. rasa malas nak jawab pun ada. hahaha...

♥SyilaSyira♥ said...

alhamdulillah..jadi anak yg solehah ye auni...cayang auni....cayang adli juga...:-)

ch@ said...

kak anis:
rasa nak rekod. pastu replay blk.

syila:
tq awak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in