Auni dan Adli.

Monday, 9 April 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai kawan!

Cuba menceriakan majlis, fasal ada sorang mamat ni, buta dan tidak alert dengan kereta aku yang maha besar itu. Hampir je dia nak mencium kereta aku yang sudah pun hampir sampai ke destinasi. Menci.

Aku tidak layan pun Anugerah Bintang Popular malam tadi, ajak Adli tidur awal, siapa tahu si kakak Auni meragam sakan kerana mulutnya ada mata ikan. Susah hati aku, tidak lena tidur aku dek mendengar rengekan dia, nak minum susu pun payah. Macam mana mahu buat pun aku tidak tahu, sudah tiga jenis cawan aku guna. Namun, tidak jalan. Abi akan bawa dia ke klinik hari ini.

Abi balik betul-betul petang Sabtu daripada Penang setelah 4 hari di sana, tune mood aku sudah lari entah ke mana. Kaki jangan katalah, walaupun hanya duduk di rumah, lenguhnya tidak terkata. Rasanya, dapur tu menjadi bilik utama aku. Sabtu belah pagi, aku gagahkan diri bawa Adli pergi injek 5 bulan. Sudah lewat sebulan, bawa kakak Auni sekali.

Adik kakak.

Terus injek tiga serangkai dengan apatah satu lagi, dua-dua kaki kena. Sama macam kakak Auni hari tu, disebabkan peha berisi gebu, makanya doktor tidak teragak-agak untuk injek. Huhuuu, berat tidak berapa naik sangat hanya 8.6kg sahaja. Lepas tu aku angkut dua-dua pergi kedai beli barang sementara mahu menanti abi pulang.

Lebih kepada membelanja kakak Auni sebenarnya, asyiklah mahukan aiskrim dan sebagai upah sebab berkelakuan baik di klinik tadi, setelah malam sebelumnya memunggah rumah macam biasa. Ada ke sarung bantal aku, di buat alas meja. Aduhaiii! lotih omak menukar sarung bantal nak oiii.

 Nasib ko la sarung bantal.

Itu belum lagi, dia menyapu ke, entah menuang minyak geliga kepada Canon Digital Ixus aku dan abi. Memang menangislahkan. Sampai berpeta skrin paparan Canon tu. Huhuuu, memang tidak bergambarlah lepas ni.

Hari Ahad, abi tanya aku semula untuk pergi melawat kawan aku baru bersalin atau tidak, aku beri jawapan malas. Mood sudah lari. Dia ajak pula beli barang dapur. Melayankan Auni yang demamnya bagaikan beracah-acah. Mujurlah suka makan ubat, baik pula dengan abi senanglah abi sumbat Auni dan Adli sekali. Badan Adli pun sudah mula dedar-dedar sebab injek.

Menanti pulangnya abi.

Nota hijau: YA ALLAH-jauhkan la kami sekeluarga dengan penyakit-penyakit kronik di luar kemampuan kami. Jika itu suratannya, kami redha.

11 pasang kaki:

Masya said...

insyaallahh.. moga segalanya dilindungi.. kt kalau kene mata ikan selalu pakai oral aid jer beli kat farmasi.. budak² pun boleh guna rasanya agak payau sikit...

eima said...

sian nye .... tp bila anak² sakit kite turut sakit jugak ...... huuhu

cheqna said...

mata ikan..
kita yang dewasa ni pun sakit apatah lagi budak2
amin...
salam singgah =)

lelamaisara said...

Alahai kecian nye...Ye lah kalu anak sakit kite jadi tak tentu arah juga

rasp said...

aminnnnn...insyaAllah...
mmg susah dia nak minum susu kalo dah ada mata ikan tu...
cian dier...
kesian kan tengok anak2 bila tak sihat....

Nad @ MamaZakwan said...

aminn..
insya Allah cha!
moga anak2 cepat sehat!

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

moga cepat sihat keduanya...

mzhany said...

InsyaALLAH semoga sentiasa dalam lindunga NYA sokmo ameen

ch@ said...

yana:
abi dia dah bawa pergi klinik. mana boleh ada apa2 dgn anak perempuan dia. cepat je bertindak.

eima, lelamaisara:
betul tu.

cheqna:
terima kasih singgah cheqna. tu la susah hati bila anak yg sakit.

rasp:
betul tu kak. lagi2 mata ikan tu di lidah, lagila seksa menengoknya.

kak nad, kak jue:
aminnn kak.

hany:
insyaALLAH hany, terima kasih.

anisalya said...

kena injek tmbh pulak dgm musim sekarang mmg kena hati2 la.

ch@ said...

kak anis:
betul tu kak, abi dia pun pesan benda yg sama.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in