Sudah tiba masanya.

Friday, 16 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hurey, Adli akan berkenalan dengan solid-food. Walaupun aku sudah menyuakan biskut Milna kepadanya, maka membuat solid-food pertama haruslah puri bubur dengan puri buah-buahan.

Aku sedang gigih menimba ilmu, korek sana-korek sini, surfing sana-surfing sini melengkapkan pengetahuan penyediaan solid-food, menguruskan solid-food dengan mudah untuk babysitter disamping menjimatkan masa untuk aku yang bekerja.

Frozen solid-food. Yes, cepat dan ringkas. Hanya memerlukan satu jam pada hujung minggu untuk menyediakannya. Buah-buahan dan sayur-sayuran, dijadikan puri, dibekukan di dalam kiub ais bertutup dan simpan sejuk beku.

Beras dicuci, digoreng tanpa minyak, dikisar halus dan disimpan kedap dalam peti. Bila tiba masanya, setiap pagi memerlukan 5 minit untuk menyediakan bubur ringkas ini. Masak beras bersama air, setelah masak, campak sahaja salah satu frozen puri buah-buahan atau sayur-sayuran. That's it. Sangat mudahnya. 

Ianya akan dibekalkan kepada baby-sitter setiap hari. Tapi, minggu pertama ini, mungkin aku hanya beri 3 kali seminggu. Hihiii. Semoga semuanya berjalan mengikut perancangan. Misi akan bermula selepas 27 haribulan nanti, setelah kesemua peralatan menyediaan solid-food aku lengkap. 

Aku memerlukan ice-tray bertutup, warmer dan juga tupperware kecil-kecil untuk memudahkan baby-sitter bubuh dalam warmer. Semuanya dalam perjalanan ke rumah. Teehhehehehe... terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu.

Lagi, terus memberi Adli susu badan sehingga ke titisan terakhir. Sekarang ini, aku mengalami kemeruduman hasil setiap hari, malang bila terskip satu sesi pumping. Semuanya jadi tunggang langgang. Aku kena gigih bekalkan 4botol kembali. (sekarang 3botol sahaja. sob-sob-sob) Power Pumping diperlukan semula. Hohooo.

Kalian semua mendoakan aku agar impian aku ini menjadi kenyataan, supaya aku boleh berikan the best for Adli. Aku tidak mahu mengulangi apa yang telah dilalui Auni. Cukup susah untuk makan nasi, kerana aku sudah kenalkan dia Nestum bayi untuk pertama kali. Huaaaaaaa. Menyesal tidak berguna.

Yes, makcik teruja sangat-sangat. Mahu buat puri lobak, puri epal, puri pear dan macam-macam puri lagi. Hiii.

 Oiii seriusnyaaa.

The makcik-makcik, kakak Auni.

Nota hijau: Tidak sabar menanti hari esok. I'll be meet someone special for me. Auni dan Adli akan bertemu their abang. Waiting dalam debaran. InsyaALLAH.

16 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Uwaaaaaaaaaa!!
Dik cha! Their abg wat hal ni kat IJN..
Duk menangis je kejenya..
Memerap ajak blk blk blk..
Dia takot kot..
Mcm dia je yg nk kena msk bwh trowong scan tu..
Hik3!!!
X sabar gak ni nk tgk aksi 3bradik tu menongkang pecahkan umah mu.. ;p

anisalya said...

makin debab la budak kecik adli tu. hahaha... eh, baju auni sama macam baju alya dan anis. drypers punya.

Gieyana said...

Moga dpermudahkan..we all dulu buat bubur nasi..setiap midnite dh wt letak dlm slow cooker..n pg dh leh bekalkan kt umah bb sitter..mmg rumit tp syukur bjaya lalui fasa2 tsebut..:)

Nad @ MamaZakwan said...

yup, moga dipermudahkan...
sangat2 sokong niat murni mu itu ;)

nnt jgn lupa share kt sini ek
sume2 benda berkenaan dgn solid food yg cha buat tu nnt

pasni turn nayli plak..masa zakwan dulu kasik nestum jugak, huhu!

oo, nak jumpe kak ina ek?
ala, bestnye!

from heart nisah idham~ said...

bagusnye dah mula buat solid food for baby, akak ade baca kat Halina's Blog, die pon buat puree for Baby B, bekasnye cantik jugak.. macam kelopak bunga, setiap satu kelopak satu hidangan.. cumel je..

zaidah said...

semoga berjaya segala usaha cha untuk kenalkan solid food n happy bf...

Iman's Umi said...

makin semangat ch@ skang...bgs2 berusaha yg terbaik utk anak2

ch@ said...

ibu aqil:
kali pertama dia kutip pengalaman tu bu, tu yg dia takut. di hospital pula tu.

kak anis:
baju free. auni ada dua helai hijau satu helai kuning. boleh buat basahan.

gieyana:
dulu main bedal nestum je. pengasuh dulu rajin masak utk anak-anak.

kak nad:
insyaALLAH kak nad. mmg nak share pun. kita pun tak sabar nak start solid-food ni.

kak nisah:
beaber punya bekas tu kak, mahal pun boleh tahan, dekat nak RM20 gak la. kita guna bekas biasa je nnt.

kak zaidah:
insyaALLAH. kita teruja ni.

umi iman:
heheee. tidak mahu ulang kesilapan lalu.

Izan Ishak said...

takpe cha... kesilapan lalulah yg mengajar kita jadi lebih matang.

k.izan kagum ngan cha... moga adli akan terus membesar dgn sihat berkat susu ummi!

Masya said...

good luck.. semoga segalanya dipermudahkan insyaallah.. dgn niat g ikhlas pasti dipermudahkan demi anak² kan...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Good Luck Cha, Eija x pernah pun try wat puri untuk Ziqry w/pun tahu senang..hehehe..

buat bubur biasa jerk..letak carrot , kentang, ayam /bilis..
selebihnya mmg Ziqry makan Nestum jerk..
nasib baik la anak eija jenis x memilih..bg la apa jerk..sume dia makan..skrg ni roti cicah air pun dia suka sgt..

ch@ said...

kak izan:
kagum? buat terharu je la kak izan ni tau. demi anak2, semua mommy pun perasaannya sama. betulkan?

yana:
thanks awak.

eija:
kita pun tak penah buat. so eksperimen laki pertama la kiranya ni. muahahaaa. adli pun ok je dia, sumbat smua benda.

from heart nisah idham~ said...

huhu mahal ke? sori la akak pon tak tau la harga die, cume akak tahu die beli kat MOthercare, akak pon tak g survey, maklumlah tak jadi ibu lagi.. hal2 mcm ni tak amik kisah sgt... (^_^)

ch@ said...

kak nisah:
ye kak harganya boleh tahan, nak dibandingkan dgn harga bekas ice-cube giant tu. hihiii.

from heart nisah idham~ said...

alaaa ch@, bekas ape2 pon bole..
yang nk dimakan isinye, bukan bekasnya.. hikhik
yang penting si kecik bambam tu sukeeeee je gan masakn umi die :D

ch@ said...

kak nisah:
hopefully.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in