Saham emak.

Thursday, 8 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan bursa saham ok, cuma terkenang kata-kata makcik sebelah abi masa balik kampungnya baru-baru ini. Ialah, Jumaat yang lepas aku telah mengambil cuti secara tiba-tiba. Tidak sempat apply, mama dan adik mahu datang KL. 

Kebetulan, pada hari yang sama aku dapat berita datuk saudara merangkap datuk tiri abi telah kembali ke rahmatullah. Abah kepada ummi (emak tiri abi merangkap sepupu arwah emak). Minta maafla kalau pertalian ni tidak juga betul. Setakat yang aku faham, begitulah.

Bila mama dan adik sampai, kami pergi satu kereta sahaja. Ah! intro, meleret lagi. So, bila saudara mara terdekat berkumpul, berjumpala dengan cucu, sepupu, anak saudara masing-masing kan. Yang paling terbaru adalah kelahiran Adlila. Masing-masing tercari-cari dan tertanya-tanya perkembangan demok nan seorang ini, kakak Auni sudah jatuh saham.

"eh? dah besar cucu wan ni. Sya, muka Wandi la" - seorang emak saudara bergelar mak uda.

"eh, nampak dah cerah sikit. Muka bapanya juga" - seorang lagi emak saudara bergelar acik.

"anak-anak si Syasya ni, semua ikut muka Wandi" - nenek saudara terdekat merangkap emak ummi. 

riang-ria Adli.

Wawawawa... makanya, tiada saham emak lagi. Namun, mereka berdua tetap anak emak. 

"siapa nama umi Auni?" - aku.

"asya [syasya]" - Auni.

"siapa nama abi Auni?" - aku tanya lagi. Kadang jawapan dia betul, Ewan. Kadang jawapan dia...

"abi je [abi keje]" - kena praktis lagi.

"siapa nama adik Auni?" - mak dia lagi kepoh tanya.

"Adthli" jawapan dia. Semua penuh dengan kesabduan. Hahaaa. Lepas tu, sibuk bergumpal dengan adik. Lumba berenang atas tilam.

Auni the bakul.

Buah hati abi. Suka sangat patern muka Adli, Auni dan senyuman gembira abi. Ahahaha.

Nota hijau: Tidak kisahlah ikut rupa siapa pun, aku puas hati bila diorang ada depan mata. Dua-dua pun daripada rahim yang sama. 

10 pasang kaki:

eima said...

bila teliti lama2 auni iras ko la... bentuk muka die sama cam umi die

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

akak pun sama...setiap kali jumpa orang..ayat yang keluar mesti...
farisyah photostat muka ayah dia...

anisalya said...

ala... sian kat umi. takde yang ikut muka umi. hehehe... dua orang anak2 akak ikut muka husben. especially Azfar. mmg copycat.

Salina@IbuAqil said...

Hik3!!!!
Btoi tu cha..
Kita tau dr mana datangnya mereka.. ;)
Pstttt!! Cha, kalau cha tgk anak cha yg sorang lagi tu si Aqil Naim.. Dia ikut muka akak ke ayah dia?! ;)

mamalieyna said...

huhu~ takpe ada can lagi utk anak2 seterusnya..hehe~

garang tul muka Aei, tp sukeee..sbb baby kan..tetap comel~ kakakOni juge..sweet~

Masya said...

selalu jugak kene macam ni.. ramai cakap muka anak ikut suami... xpelah janji dia org sihat...

mmg btl pun.. cakap jer muka ayah.. tp semua mak inilah yg kene buat sampai dah bsr pun nak susu yg mak buat haihhh...

Imaan09 said...

klu tgk gambar tu, mcm muka abi..
tp umi tetap di hati kanak2 tu..jgn risau

ch@ said...

eima:
masa dah dua tahun ni baru nmpk iras mak dia.

kak jue:
yups farisyah ikut ayah. sejuk.

kak anis:
mcm tu, tidakla terlalu rindu akak dgn hubby bila berjauhan. boleh tgk azfar.

ibu aqil:
abg aqil, raut wajah ayah tapi bentuk muka sama ibu dia.

kak ieyna:
waiting for next and next and next and next. hihiii. tapi bila adli senyum, aduhaiii mencari gila.

yana:
betulll sekaliii.

lea:
aminnn.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

heheh..bijak auni..

zaquan cukup hafal nama adik dia, tp nama dia sendiri pelat..huhu..

ch@ said...

eija:
hahaaa. mama bg nm dia ssh. boleh tu sebut. mcm auni sebut nama adli. mula2 aie, lepas tu athli. ok la tu.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in