Perkembangan.

Tuesday, 20 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkembangan yang sangat memberangsangkan. Muahahaaa, walaupun lebih tough daripada berat kakak Auni, Adli tetap membuktikan bahawa "Adli boleh!"

Sudah mula mengesot dan hampir sahaja masuk bawah meja. Pantang nampak mainan kakak yang bersepah, lekas sahaja dia menuju ke situ. Teruja dengan mulut bising. Adli, you are superb! clap-clap-clap.


2nd hero yang sangat friendly.

Tidur jangan dikata, 360 darjah pusing dan, terlentang-terlungkup-terlentang dan terlungkup semula. Habis semua kawasan dia tibai dan adakalanya dia di lantai mencari batu sejuk. Atau, kakak yang di lantai kerana kawasan tidur kakak di conquer Adli. Ahahaha...

Kakak Auni, semakin mencintai pink. Terpaksala aku mencari botol susu pink, sudah tidak berkenan dengan hijau. Alamak-aiii! Pun dah pandai request nak air milo. Semedang air milo, mujurlah emak ni dah pandai buat air milo [aku failed buat air+susu] tehehehehe. 

Itu baru request air, belum lagi request yang lain-lain. Adakalanya sampai aku tidak larat mahu melayan kerenahnya. Apa tidaknya:

"ummmi, boleh buka wiwi" - buka tv.
"ummmi, buka lampu"
"ummmi, boleh main? buka pintu?" - merujuk bilik mainan.
"ummmi, nak kut" - biskut.
"ummmi, nak adi" - mandi.
"ummmi, Auni yak" - membuang.
"ummmi, mana mut Auni" - selimut.
"ummmi, nak cucu pink" - nak susu dalam botol pink.
"ummmi, boleh buka ais" - buka peti ais.
"ummmi, boleh bawak kereta" - bawa 4 biji kereta mainan ke rumah kak Ana.

dan macam-macam umi lagi walaupun sang abi ada depan mata. Huaaaaaa...

 Rancangan telah bermula.

Apapun, semoga anak-anak umi ni sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T-insyaALLAH.

Nota hijau: Macam mana emaknya nak mengembang.

12 pasang kaki:

eima said...

tahniah adli ....

pasni ummi tak yah mop lantai dah sbb dah ad eyg bantu

alisha dah leh lonjak kedepan sikit2 dah .... tp cam biasa la malas ....

anisalya said...

si buntal adli dan comelnya keletah oni ye... sabar la cha. lepas adli besar rehat lama sikit. blh la kembangkan badan.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

adli memang kuat ye sayang...
auni makin pandai...dan paling best dah pandai request dengan umi...

Masya said...

seronok tgk budak² membesar depan mata kan.. rasa terharu bersyukur.. kadang² macam tak percaya...

Izan Ishak said...

waahhhh...auni n adli dah makin bijak. seronok tgk perkembangan dorg bila k.izan baca entry cha ni.

Nad @ MamaZakwan said...

alhamdulillah...
auni makin bijak, adli makin aktif

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

InsyaALLAH..AMIN.

srnok tgk perkembangan anak2 mmbesar dengan sihat & cerdik kan.

Auni boleh geng dgn Zaquan, mmg feberet air milo jerk..

as ♥ Leenda said...

waaa..seronok baca cerita pasal anak anak ni kan..
hurmm salam perkenalan juga dari saya..:)

mamalieyna said...

syabas adli..berjaya setapak lagi..hehe~ happy tgk perkembangan anak2 yg best camni kan..^_^

sweet betul pic last tu.. Auni..Auni... ummi jugak di carinye ye..sian ummi, mmg takde hrpn la nak mengembang..hehe~

ch@ said...

eima:
tu ar habis baju berbulu kat depan. comot gila.

kak anis:
harapannya mcm tu la kak, esok adli besar auni, ergh! ngejar dia lak.

kak jue:
pening kak pening, kadang2 dia request dlm lift tgh2 org ramai tu. gelak je org dgr dia request.

yana:
setuju.

kak izan, kak nad, asleenda:
bila kemajuan tu dpn mata kita, rasa tidak percaya kita yg jaga.

eija:
jom geng dgn aunty ch@ dia jugak.

kak ieyna:
hahaaa picture sedang menanti abang aqil dorang datang rumah.

shay said...

comeynya... geram jerk tengok dak tembam dua orang ni...

ch@ said...

mama shay:
u coming soon kak, sabar eh? mak dorang nak fengsan ni.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in