My favourite brand.

Wednesday, 14 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jeling menjeling sudah lama. Mahu beli tiada alasan kerana yang ada pun masih belum berguna. Apabila kempen menunjukkan kali ini keluaran yang berwarna hijau, aaarrrggghhh! tidak boleh tahan, harus mendapatkan. 

Kesannya, bulan ini budget habis lari semua. Kalau bulan lepas boleh tahan makan tengah hari ke Daves Deli sehingga hujung bulan, ianya tidak berlaku pada bulan ini. Kerana kempen hijau ini lebih menggamit hati untuk beli-beli-beli. Muahahahaaa.

Manalah hati tidak gundah, daripada jiwa rasa menyesal baiklah aku beli. Aku beli daripada kekDa [DUNIA PUANSTOBERI] yang ada kebun Stoberi tu, selain membela stoberi dia pun dah jadi duta Tupperware. Itu belum masuk lagi part dia jadi duta opis di Hari Kraf Kebangsaan. Lagi? duta cuti-cuti Malaysia pun dia juga, habis semua negeri ada tapak kaki kekDa. Muahahaaa. Ampun kekDa.

 Kotaknya pun sudah membuat hati terpikat.

 Satu tapawe kedap, tutup tu aku tidak tutup rapat, dua biji botol bersama satu dispenser.
Tambah tolak darab bahagi harga ahli : RM 84.96 muahahaaa gila ko Syasya kerana hijau.

Siap dengan cenderahati lagi, terima kasih banyak-banyak kekDa. I like.

Terima kasih sebab sudi mengepos secara percuma. Gambar kotak yang di tag kepada aku dalam facebook punyalah besar, sekali sampai... oloh comel je. Sampai je set botol susu ni, my dealer tupperware pun sms, katanya balance undi aku ada lagi RM50.

Main 12 orang, RM30 seorang. Hasilnya, boronglah sebanyak RM360 barang Tupperware, naik pening aku memilih. Akhirnya, aku memilih periuk untuk stim. Bolehla minta resepi mama Mikhail untuk apam angry bird. Hehe. 

Nota hijau: Gigih, mengumpul tupperware hijau ni. Dapur pun menghijau.

15 pasang kaki:

Masya said...

Hamboii borong sakan... sejuk mata, hijau sokmo... botol susu tupperware ni amir xmoo gunelah baru sedekah kat rumah pengasuh bagi baby lain guna. kalau tau cha berkenan bagi kat cha...

PUANSTOBERI said...

Laju2 klik dan komen. Hikhik. Mmg comey tau..rasa nak beli. Tp kang smpai kuning lak dia tak digunakan. Teeheee.

Tp kalo nak buat adiah mmg la bes sbb dia ada kotak skali.
Kut ada apa nak beli lagi, calling2 akak yaw.. Teheeee :D

Salina@IbuAqil said...

Nanti bleh akak jenguk dapur cha yg MENGHIJAU tu erk.. ;p

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hehhe..btol2 tgk kotak nye pun dh terpikat..

kami kat opis ni pun giler tupperware..
eija ye ari tu xmo main kutu tupperware sbb pk kan xde tempat nak letak kalau beli tuppaware byk2 nnti..
tp setiap kali my friends bawa barang tupperware msti terbeli jugak..huhu

baru jerk beli botol air mickey mouse brand tupperware utk zaquan bulan lepas..:)

kai said...

wah ni btol punye borong nie...
hehehehe...

Nad @ MamaZakwan said...

tak penah terjebak lg dgn tapawe2 ni..
riso plak kalu dh terjebak, hehe
bukan ape, ksian kt papazakwan jek heeh

from deep of my heart~ said...

peminat hijau tegar gupenya ch@ ni ye... akak xde kaler.. sume kaler akak suke.. (huhu xde pendirian)

@e_da said...

amboi cunnya..jeles i...

ch@ said...

yana:
takde rezeki la tu namanya.

kekda:
tq kekda, mestilah cari kekda nnt. hehee. mudah cepat dan efisyen (bukan sebab free delivery ye). mahu beli dgn upline kita tu, dia pun beli dgn upline dia. hahaaa. kita ingt dia terus kat tapawe.

ibu aqil:
insyaALLAH. malu pula saya.

eija:
belek katalog pun dah memikat nafsu membeli. betul tak? hahaaa. esok2 kita nak jadi dealer tapawe then beli terus dgn kedai.

kai:
duit sendiri kai. menabung.

kak nad:
oh, barang tapawe ni kita tak pnh lagi mnta abi byr kan, sbb kita mmg beli guna duit kita. gaji kita tu, taknak rasa cepat habis so belila tapawe. nmpk dpn mata brgnya.

kak nisah:
yes, i like and love green so much. that my trademark colour kak.

kak eda:
tunggu mikhail beradik nanti i beli utk u ok dear. hahaaa.

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

ni main kutu ka apa ni ade balance2 undi bagai

anisalya said...

ok la tu cah. janji tak makan megi hujung bulan dah la. hahaha...

Imaan09 said...

ada kawan adik,penggila hijau jugak..namanya haslina..di jadikannya hasgreena..adoii..

ch@ said...

kak rose:
ha'a, kutu tapawe.

kak anis:
haish! mkn jg hr tu sbb kat cafe bwh tu mknn nya dh jemu.

lea imaan09:
Green's Angle. that's me. hiii.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

memang comel sangat...rasa berkenan jugak...

ch@ said...

kak jue:
sila beli :D

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in