Mencabar kredibiliti.

Monday, 12 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 12312.

Aku baru je menanam azam baru, mahu mengurangkan bercakap dan menjadi seorang yang cukup tenang bila berhadapan dengan situasi di luar jangkaan. Malangnya, belum pun azam tercapai, seorang budak sudah pun mencabar kredibiliti [kebolehpercayaan] aku sebagai seorang emak.

Cuti dua hari, bersama dengan keluarga apatah lagi anak-anak memang menyeronokkan, akan tetapi apabila si anak membuat aktiviti di luar jangkaan kepala otak, OMG aku rasa macam mahu bertukar jadi hijau kemerah-merahan akibat keterlampauan rasa amarah.

Auni, nama yang tidak asing lagi terkenal dengan sifat agresif, pantas, lekas belajar, kretif dan sering memeriahkan suasana. Bijaknya dia apabila, membuat onar ketika abinya belum lagi balik rumah. Masa bersama dengan aku, elok sahaja dia bercerita, menyanyi, melukis, mewarna, tengok kartun. Bila aku lelap bersama Adli, lebih kepada terlelap sebenarnya, tiba-tiba Auni mengejut aku.

"ummmiiii, angun. nak adi [umi bangun, nak mandi]" terpinga-pinga. Menjeling jam 4.30pagi, ah sudah! minah ni ajak mandi pagi-pagi buta. Aku terbau sesuatu yang sangat wangi. Cek sana-sini-situ. Kaki terpijak lantai seakan-akan licin. Hrmmm, padanlah hendak mandi. Ting! lampu aku nyalakan.

"Auni nak mandi?, tak payahlah, kan dah wangi. ni, Auni tuang sebotol bedak satu bilik pun bau wangi" aku sua botol bedak Pureen yang tinggi, sudahpun ringan.

"nak adi-nak adi-nak adi [nak mandi-nak mandi-nak mandi]" dia meronta juga mahu mandi. Aku malas mahu layan, dan ke dapur untuk pumping susu. Elok sahaja lalu di ruang tamu, bau lagi sesuatu yang wangi. Ah! apa pula ni. Checked.

Daripada atas kerusi aku ternampak botol Rexona warna putih ungu sudah pun habis togel gelnya. Nampak benar tv tu bau hapak masam sehingga Auni pakaikan deodoran. Pasraaaaahhh sahajalah Syasya. Habis sahaja sesi pumping. Aku ajak dia tidur. Dia tetap mahu mandi juga. 

Entah macam mana, dia terpegang botol minyak serai wangi yang dia sendiri memecahkan tutupnya. Jadi, minyak di tangan dan gosok mata. Hahaaaaa. Tau pula pedih, meraung di pagi hari. Mahu dan tidak aku mandikan juga. Sabar ajalah. Aku buatkan susu, dia tidur. Tapiii tidak lama kemudian, aku terbau-bau sesuatu yang sangat wangi.

Hidung makin sempit dengan bau bedak sekeliling bilik, bau deodoran, bau minyak serai. Apa pula kali ni? Habis, dua botol minyak wangi Avon + dua batang lipbalm Metholethum bergulung-gulung dengan selimut. Oh my dear Auni. Boleh tak kamu tidur. Memang aku sudah tidak mampu berkata apa lagi, melainkan sabar-sabar. Tapi, tangan dah naik juga di telinga dia. Nangis? Auni seorang yang kental. Dia tahu dia salah, dia tidak nangis pun.

Aku tahu, normalnya bila aku sudah terlampau marah, aku bagi juga sedas dua. Lepas tu, bila aku baringkan dia sebelah aku, aku akan peluk dia kuat-kuat. Aku cakap dengan dia elok-elok, aku kiss-kiss-kiss pipi dia. Auni ialah pelengkap aku. She is a nice daughter. Dia pandai jaga adik.

Yes, mesti orang aim dia seorang yang sangat nakal rite, bagi aku sendiri yes, she is. Tapi aku tahu kenapa dia jadi aktif macam tu. Menunjukkan dia seorang pemerhati mempunyai memori yang cekap, dia juga membuat aku sentiasa beringat bahawa, aku harus menumpukan perhatian kepada dirinya juga disamping menyuruh aku mengemas rumah dengan tidak membiarkan barang-barang peribadi atau bahaya diletak merata-rata.

Tidak hairanla dia boleh tahu, setiap fungsi peralatan solek dengan baik, deodoran, bedak, losyen, minyak rambut, lipbalm, sikat, minyak wangi. Dia masih seorang budak perempuan yang cantik walaupun lasak tidak terkata.

Supergirl Auni.

Aku masih menaruh harapan, bahawa dia akan mengikut perangai abinya, tidak cepat naik marah dan cool sahaja. Tenang setenang namanya, Auni. That's why kenapa aku maintain memanggilnya Auni jika di rumah. Oni is just gelaran yang comel. Hahaaa.

Nota hijau: Lupa nak selit, malam tadi pertama kali abi nampak dia buat hal. Setengah botol minyak rambut Baby Johnson di buat lap meja solek. Kalau mahu datang rumah aku, sila beritahu awal ya, kot tak tengok sendirila, tv pakai deodoran, lantai dan almari tv pakai bedak. Ngeeee. Auni-Auni-Auni, satu dalam sepuluh.

17 pasang kaki:

@e_da said...

oni budak yg cergas dan kreatif percayala ummi.. heheh

mamalieyna said...

aduhai...sabarnye ch@...huu~
apapun memang kena byk bersabar, marah mcmana pun benda dah terjadi..aduhai...Auni ni semua nk explore kan..clever girl ni~ ^_^

time anak2 umur macam ni, mmg kena super duper sabar kan.. memang time anak2 menduga kesabaran makayah..^_^

alolo kiutnye pose camtu..suke tengok~

eima said...

maknanye bedak kena beli tetiap bulan la ...tak de kulit sengsara terpakai yg dah xpired ...hehehe

barg2 cam tu tak pe tau letak rendah2 ... make sure semua mende tajam/racun simpan ye ch@ ....

anisalya said...

hahaha... sabar je la cha. anak2 akak pun agresif jugak tapi try la jgn pulas telinga. sebab pernah baca kalau kerap pulas telinga nnt degilnya bertambah.

p/s: memang berpeluh jugak la nak add semua sponsor tuh.

Masya said...

hamboiii msampai macam tu sekali auni yer.. hebat²..

tengah terbayang² klu amir ade adik perempuan yg agresif mcm ni.. maklumlah amir x macam ni.. dia cuma fanatik dengan kereta, jentera, segala² jenis lori mmg dia suka.. klu soh main mmg masa utk tidoo pun dia main dan peluk jugak huhuhu... jadi ibu dan ayah mmg x boleh beli barang² macam tu untuk hiasan ;p

from deep of my heart~ said...

hehehe anak-anak.. walaupon agresif tetap pelengkap segala-galanya :).. bertuahnya ada anak :D

Mixed-family in da house.... said...

auni ni tak tido ker malam2?

rasp said...

auni nie sama gak cam anak akak sapphire....
sampai akak panggil dia "Dora The Explorer" hehehehehe...
but kids being kids sis...
curious, adventurous gitu lah kan...
kita as parents lah kena bersabar, bersabar dan bersabar and also alert at all times :)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

kalau eija ni mmg x sabar dibuatnya..
zaquan selalu gak buat hal mcmni, time kita terlelap time tu la dia mula buat keje dia, diam2 jerk, tau2 selamat sumenya
tp itula nakal mcm mane pun anak kita mmg dia la penawar suka duka kita kan.., nakal mcm mane pun tetap anak kita yg terbaik..sbbnya mmg kita sbg mak ayah akan buat yg terbaik shj utk anak kita..anggap jerk ini proses pembelajaran dia untuk belajar lagi dan lagi..try n error..hehehe

eB ezrin said...

eB nih psg niat yg samer ari2 tapi x pernah percayer. huwa hu hu... :(

Salina@IbuAqil said...

Muahahahhahahaaa!!
Oh!! My Auni!!
Cha!! Sabtu ni Insya'allah akak mai erk..
Akak overnite kat Vistana Hotel KL semlm.. ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

cha...
inilah budak yang paling pandai sekali....
aktif dia tue menunjukkan kepintaran yang terselah....

Nad @ MamaZakwan said...

auni, auni, auni...
ni batu umo bape..
blum akan dtg lagi
pebenda lagi die buat...
penyeri suasana

ch@ said...

kak eda, eija, kak jue:
yes, umi believe.

kak ieyna:
pose menggedik. skrg, kalau ambil gambar adli, kena ambil gambar dia pula. "koni pulak" katanya.

eima:
nak membeli tu yg tak larat tu. nnt kena perli dgn abi je. yg tajam, yg racun, yg bahaya mmg aku alert sgt2. sbb adli pun dah start mengutip.

kak anis:
kita pnh dgr juga kak jgn pulas telinga, biasanya mmg tak pulas pegang je. takutkan dia. hahaaa.

yana:
agaknya sebab emak m'impi anak lelaki, yg keluar dia. tu lasak kemain tu. sbb tu rasa segan nak padan2 dgn anak teruna org lain, anak i mmg melasak.

kak nisah:
amin, syukur dikurniakan sepasang. jgn jemu berusaha kak. insyaALLAH.

kak dini (mixed-family in the house):
eh? betulkan kak dini? hehe. auni tidur malam, tapi jangan ada benda yg boleh mengejutkan atau terujakan dia. mmg habis waktu tidur dia langgar utk main.

rasp:
auni and sapphire the explorer, one day dorang ni bakal masuk survival or explorace. hahaaa.

eB:
kerana anak, kadang2 kita tak boleh jadi penyabar.

ibu aqil:
insyaALLAH, i'm waiting for u kakakku.

kak nad:
bila dia tiada, mmg sgt sunyi. bila kat opis, terbayang muka dia tgh main, muka nak nangis, muka gembira, terngiang-ngiang nada dia menyanyi, ketawa. i miss her so much.

Imaan09 said...

memang kan cha..budak umur ni..gila explorer! ruhil imaan pun selalu dapat 3-4das dari ibu,..hasil kenakalan y menguji kesabaran.. tp cha mmg sgt sabar..hehe..

ch@ said...

leaimaan09:
sabar sbb masa tgn nak naik tu teringat sshnya masa dia dlm hari, dia tak mudah mcm adli.

izzah azfar said...

salam singgah.

comelnya auni.

kita sama ibu anak tiga,
bezanya saya punya dua anak dara dan seorang teruna.

gaya auni saling tak tumpah spt aqilah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in