Mahu yang bagaimana lagi Auni?

Monday, 26 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nama yang tidak asing lagi daripada arena keaktifan nyata. Auni. Dalam minggu ini sahaja, perangai lamanya muncul kembali. Bangun jam 4.00pagi. Hadoiii!

 Adli's superkakak.

4.00pagi, setiap hari di isi dengan pelbagai jenis aktiviti, melukis, mewarna, mengoyak buku, tengok tv, munggah kusyen sofa, menterbalikkan toto, menumpahkan air, menumbuk biskut sehingga habuk, memanjat meja, memanjat almari dan bermacam-macam lagi.

Tapi, dia amat takut untuk buka pintu bilik yang terdapat banyak mainan walaupun dia sudah cekap membuka dan menutup pintu. Aku tidak pasti mengapa. Mungkin, jika bilik itu dibuka keadaannya gelap walaupun waktu siang. Tapi, main dalam gelap boleh pula? hrmmm, entahlah.

Semalam, abi bawa dia bermain di Giant Kelana Jaya. Kekonon nak bagi dia letih, semua benda dia main, semuanya dia main sendiri. Yang paling menggelikan hati, main gelongsor tidak reti panjat tangga. Panjat ikut papan longsor boleh pulak, anak dara siapa tah tu.

Menggeleng sahaja abi menengok anak daranya nan seorang tu. Mana tidaknya, abi yang beria-ia suruh Auni panjat tangga. Ikut kawan depan. Dah macam arahan komandor gamaknya, tup-tup, senyap-senyap dia naik ikut papan longsor. Papan longsor paling tinggi pula tu. Hahahaaa. Aku tukang gelak ajalah.

Superkakak Auni.

Melayan dia daripada petang membawa ke malam. Bershopping pun, banyak barang untuk Auni sahaja. Dia masih nombor satu. Bila balik, siap mandi dia bantai tidur. Tengok-tengok, pukul 4.00pagi pun maintain bangun dengan kesegaran.

Menumpahkan air siap Adli berenang atasnya pula. Mujur mamat tu tidak menangis kesejukkan. Haih! la anak. Cerita next time. 

Nota hijau: Apakah cita-cita Auni? huhuuu. Set baju from ibu Aqil Naim.

13 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

auni memang super buat umi dan abinya...

PUANSTOBERI said...

hihi..sng nk bgn sahur kalo camni :B

anisalya said...

super duper terbaik la auni. tertukar anak kot cha masa lahir dulu. hahaha...

Masya said...

tuh dia anak dara.. dah macam nak jadi ultramen pulak angkat tgn mcm ni..

lelamaisara said...

wAhhh...Auni yang super...

Salina@IbuAqil said...

Warghhhhhhhhhhhhhh!!
Comel sggh anak dara sorang ni..
X kisah ler apa yg dia buat..
Semuanya jadi impak pd umi ngn abi dia..
Jd nak marah, gelak, ketawa, terhibur & mcm2 lg..
Cik oni oh Cik oni..
Kamu sama ngan abang kamu..
Bab "mengemas style kome" memang pakar..
Ayarkkkkkkkk!!
Cantik baju dia.. Muat erk?! Ibu risau x ngam ngan kamu sayang oiii..
Sejuk mata hati nengok dia pakai deq cha.. ;)

from heart nisah idham~ said...

alahai auni, whatever you have done.. u still comey dear.. :)

LYAfrina said...

wah..awalnyer auni bngun..mmg hari2 ke auni bgun kul 4pg?? lps tu dia tdo blik k...

mybe auni x sbr nk g skool ni..

ch@ said...

kak jue, lelamaisara:
mak pak skali pun kena jd super. super saiya, dragon ball ada 7 biji.

kekda:
mmg pun, masa sahur dialah jam loceng. dah berapa kali raya ni.

kak anis:
tertukar? hahahaaa. akak ingat ni drama indon kah? muskel gak ek kak? dia ikut waktu over sea.

yana:
dia kakak yg hebat.

ibu aqil:
sibuk sgt 'nak baju-nak baju' haaa, kita pakaikan je la. besar, tapi boleh je lipat2.

kak nisah:
kalau duduk dgn org dia tak kenal, elok pulak. hrmmm...

lyafrina:
kalau dia tidur blk takdelah kita mengeluh lya. dia tak tidurlah bikin kepala makcik pening. hahaaa.

Salina@IbuAqil said...

@ch@ Akak saja beli besar cha.. Biar tahan lama.. Hik3!!!!

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Ohh Auni suka bangun awal2 pagi, Zaquan pulak awal pagi baru nak tido..
Adeiii..mmg mcm2 kerenah anak ni mmg selalunya memeningkan tp dlm masa yg sama menghiburkan juga, kalau xde mesti sunyi sepi..

suka tgk Auni nya posing 1st pic tu..:))

eima said...

tatahan tu klu hari2 bgn kul 4 pg ....

lasak cam bapak die jugak ni ... abi kan polis ....fahim yg jantan tu pun tak brani panjat ikut gelongsor

ch@ said...

ibu aqil:
kita pun suka beli besar, tapi tak bestnya bila dah selalu pakai dan cuci bertambah kembanglah baju.

eija:
dah pandai buat gaya mcm tu. masa hari tu jenuh mengajar. tau2 dia pandai buat masa pergi OU hari tu. ligat.

eima:
mmg pun tak tahan. nak nangis aku tgk ruang tamu mcm tongkang. masa kecik pun abi dia mmg lasak. masa dia baru pandai main gelongsor tu, mmg dia tak panjat tangga, dia panjat papan longsor. kadang2 dia tersangkut kat tgh2, tak boleh naik, tak boleh turun. hahaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in