Jatuh cinta lagi.

Friday, 9 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Amboiii! daripada jauh sudah nampak serinya senyuman-senyuman-senyuman sampai telinga. Jumaatkan, esok time for family. Dalam kepala masing-masing sudah pun merancang percutian, cuti sekolahkan? Bagus-bagus.

Wei, malam tadi makcik kena puji. Aduh! terasa macam jatuh cinta balik semula je tau. Eh, sudah tentulah suami makcik yang memuji. Hahahahaaa. Syasya dah sewel.

Sebenarnya, senyuman akula yang sampai telinga tu, belum lagi hati berbunga-bunga, rasa macam berdating kali pertama gamaknya hanya kerana nasi goreng. Abi, entah macam mana boleh pula memuji kesedapan nasi goreng aku. Hahahahaaa, itu pun nak ceritakan? Anyway, abi sangat susah mahu memuji orang. Jadi, bila nasi goreng kena puji, tentulah aku rasa mahu senyum aja.

Betulla kata pakar motivasi, isteri perlu dipuji. Bila dipuji, suami akan diberi layanan yang lebih baik walaupun selama ini dilayan baik-baik sahaja. Itu satu hal lagi. Tunggu punya tunggu abi balik, tidak juga balik-balik, sudahnya aku makan sendiri, siapkan beg anak-anak, siapkan baju nak pergi kerja esok dan angkat anak-anak masuk bilik.

Bila mata dah ready nak tertutup bersilang tangan dengan Adli. Auni bangun tiba-tiba, terdengar abi buka pintu rumah. Aiii dak Auni ni kan, orang mahu masuk tidur dia boleh bangun pula. Dia main-main-main sampai pagi ok. Aku memang tidak lena langsung, bergilir dengan Adli mengacau bilaukan waktu tidur mak dorang.

Sesudah abi mandi, dia kejut aku yang baru tidur-tidur ayam, satu kotak dihulur kepada aku. Mamai.

"apa ni?" memang aku tidak tahu apa yang dia hulur dan aku bangkit.

"entah, dapat di kedai KK depan tu tadi" jawapan selamba abi. Hahaha, hantu punya jawapan.

"oh!" aku belek kotak itu habis-habis. Seutas rantai dan seutas gelang emas. OMG. Aku pandang abi, yang sudah pun memasangkan gelang di tangan kanan.

"yang lama ni?" aku tunjuk tangan kiri.

"pakai je la" oh, terasa macam tamak gila mahu memakai semuanya. 

"simpan je la yang lama, pergi cuci dan turunkan pada Auni nanti" aku menjawab sambil membiarkan abi menukar rantai di leher. Eh! rasa macam dalam novel je kan.

"beli sempena apa ni bi?" aku lagi tanya. Padanla aku nampak ada cincin silver di jarinya pagi tadi. Sepanjang semalam aku tertanya-tanya, girlfriend dia yang mana satu agaknya yang beri.

"sempena hari jadi, awal dua bulan" selamba kodok jawapan keluar daripada mulutnya. Hahaaa.

"terima kasih abi, umi suka" barang kemas, emas lagi perempuan mana yang tidak suka. Wanita mana yang tidak jatuh kasihkan. 

Rupa-rupanya cincin silver tu, dia dapat percuma. Dan, aku memulangkan semula cincin suasa yang sudah tidak muat kepadanya. Eh! abi dah muatla pakai cincin suasa tu. Dah kurus. Hahaaa.

Sungguh, hari ini aku rasa mahu senyum sepanjang hari. Aku betul-betul sudah jatuh cinta lagi dengan abi dua orang budak tu. Dia masih sama seperti dahulu, suka membuat kejutan yang tidak dijangka. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Amin.

Nota hijau: Semakin hari semakin sayang. Acceh! aku belum mencuba Samsung Galaxy Tab abi. Huhuuu!

10 pasang kaki:

eima said...

sweetnye...sgt2 romantik ok .....

aku plak yg dok tersengih plak...hahahha

yanti isa said...

so sweet .. tumpang happy sama . Akak suka tengok orang lain happy in love .

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

alahai ..memang seronokkan..senyum mesti sampai ke telinga....

Masya said...

so sweett tunjuklah gambar hadiah tu sikitt... nak tgk jugak (menyebokk je kan )sy pulak yg tersenyum² baca hahahaha... pandai dia pilih masa nak bg yer.. malam jumaatt.. ;p

anisalya said...

alahai... kalau sesekali macam tu memang jatuh sayang banyak kali sebab surprisenya tak terduga kan. tp jawapan dia memang tak tahan la cha. boleh lempang lutut husben tu sekali tak?

mamalieyna said...

waaah mmg suweeet...mau tak senyum meleret je kan..bestnyee... ^_^

mmg harus la bertbmh sayang gini..hehe~

PUANSTOBERI said...

wah.... dpt bonus ke??? teeheee... ada tab jugak... wahh lagi.. teheee :D

ch@ said...

eima:
hahaaa. kau ni kan.

kak yanti, kak ieyna:
blushing.

kak jue:
telan liur berkali-kali la kak, tidak percaya apa yg berlaku.

yana:
tahu tak apa. malam jumaatkan...

kak anis:
jawapan dia tu mmg, jawapan orang yg sdg malu2 nak jd romantik, tiba2 bini buat2 tak reti je. hahaaa. cover.

kekda:
hrmmm. nnt kita siasat ek kekda. kita pun nak tahu gak ni.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Alhamdullillah..bestnya cha..

hadiah besday in advance..kalau eija pun msti happy sangat2..

*rasanya dh lama betol x beli emas & dapat hadiah emas..huhu..

ch@ said...

eija:
tunggu nak beli sendiri, mmg harapanlah. anak2 didahulukan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in