I am a mother of two.

Thursday, 1 March 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu: Di stesen minyak.
"awak, ni ada promotion coklat. Awak beli yang ni awak dapat yang ni dengan harga sekian-sekian" - yang menjaga kaunter seorang lelaki.
"tak nak" - hulur duit bersama bonuslink.
"awak, minta nombor telefon" - sambung yang menjaga kaunter tanpa teragak-agak.
"tak de handphone lah, nombor suami boleh?" - terus ambil resit dan isi minyak. 

Dua: Cafe opis.
"eh! akak dah kawen kan?" - cashier seorang lelaki. 
"sudah, sudah anak dua lagi?" - gelak-gelak-gelak.
"hah? oiii, biar betul. Ingat yang hari tu anak pertama" - cashier lagi merujuk kepada mengandungkan Aie.
"itu nombor dua, 1st perempuan" - gelak-gelak-gelak.
"uiii, kena belajar ilmu awet muda macam ni" - cashier tu semula hanya dibalas sengihan.

Tiga: One Utama
"harga untuk student!!!" jerit peniaga sebuah kedai sewaktu lalu di kedainya bersama Zila.
"student???" 

Empat: TGIF
"ini siapa?" seorang kawan bertanya apabila melihat gambar Auni di dalam kamera.
"anak pertama I" - buat gelak jahat sikit.
"ya meh?" tanyanya lagi.
"ya lor, yang hari tu boy my 2nd baby" menerangkan sambil hanya perhatikan jarinya menekan button back-back-back.
"ish-ish-ish, tak percaya lah" sambil geleng-geleng kepala.

Lima: Rumah baby-sitter. 
"semangatnyaaa. tangan dia. geramnya" seorang kawan kak Ana membelek Aie.
"tu mak dia, tu kakaknya" kata kak Ana sambil tunjuk Auni dan aku yang sedang membelek beg baju.
"kecik je maknya, dah macam kawan-kawan je" 
"ha'a, susu badannya banyak. 4 botol sehari. Tu dah semput la tu" jawab kak Ana sambil memerhati aku tersadai atas kerusi di rumahnya melepaskan nafas.


Sekian sahaja entry interframe daripada empunya hijaucantik bajet macam wanita muda selamanya. Miahahaa, lagi dua tahun menjengah ke 30tahun. Adeh! Siapa nak muntah, tu-tu muntah dalam plastik beg ek. Ahahaha.

Nota hijau: Tiada rahsia, suka ketawa, dah suka minum air masak, minum cocoa colagen power plus, turun naik tangga then fikir positif je walaupun berderet hutang nak kena bayar dan menunggu orang membayar hutang. Huh!

11 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

hai boleh berkenalan...hehehe...
cam anak dara jek...

mamalieyna said...

syoknye jd org badan saiz kecik, awet muda sentiasa..hee~

like3x..^_^

@e_da said...

ibu muda yg comel...

PUANSTOBERI said...

Haha. Akak pun gitu gak dulu. Skang da kawen, kurang sket dah. Mungkin da napak matang kot. Hahaha.
Tp kalo dalam bidang keja cam tak berapa nak bes sbb org igt kita ni budak2 je. Tak bes..tak bess.....

Masya said...

Baju hijau jugak.. maintaine... dah sama macam pokok kat belakang hihihihi....

seronokkan bile org tegur kt nampak lbh muda dr usia sebenar... padehal dah kawin & ade 2 anak.

anisalya said...

awet muda la tu cha. apa rahsia?

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

mmg kena happy selalukan utk kekal nmpk awet muda..

masalahnye eija ni kalau sedey/susah hati susah nak sorok..huhu

*cantik ler kasut cha sedondon dgn baju..:)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

hai..boleh berkenalan..sekali pandang memang tak caya mak anak dua...

Imaan09 said...

i looikkkkeee ur life n ur style..!

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

adui..akak penah nak wat posting ni tapi segan plak kang ingat akak syok sorang2 ahahah
bkn ape ramai sgt ingat akak student lagi uhuhuhuhuhuhu
last week kat kedai brg buat kek..mak cik tu ingat akak umor 21 tahun..ish2 mak cik..sy ade 2 anak dah mak cik..tahun ni 32 tahun huhuhuhu
nila untung org kecik molek kot..sbb sama tinggi ngan budak2 ahahah

ch@ said...

cik mot:
anak dara? mak dara boleh? heheee.

kak ieyna, kak @eda, kak jue, lea:
*blushing.

kekda:
jmpa kwn2 skolah doarang kata kita tak membesar, sama je. jmpa kwn2 opis, pun dorang cakap sama je.

yana:
ada rasa seronok, ada juga rasa tak seronok. kesian kat abi la kena maintain mcm isterinya. kita lbh byk baju warna hijau drpd warna lain.

kak anis:
biarlah rahsia.

eija:
kwn2 kita dah tau, bila kita moody je mesti kita lapar. sbb kita jarang sgt nampak susah hati walau hakikatnya mmg kita ssh hati.
*mmg beli sbb mostly baju kita hijau dan coklat.

kak rose:
hahaaa lawak akak ni, post ajala kak. esok anak2 besar, org konfius mana mak mana anak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in