Sesat.

Tuesday, 28 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jangan ditanya tentang selok belok jalan raya atau pun tempat di Kuala Lumpur ini kepada aku, memang sesat barat la jawabnya. Aku hanya lulus untuk pergi dan balik kerja sahaja. Itu pun seringkali aku berdoa supaya tidak ada sebarang halangan ketika melalui jalan tersebut hari-hari.

Rugi betulkan? Okla, aku hanya tahu jalan untuk pergi ke One Utama, jika melalui opis aku. Ikut jalan belakang gitu tapi yang jadi malangnya, bila dah sampai One Utama, aku akan sesat barat di dalam sana meskipun peta terbentang depan mata.

Aku memang failed. Aku hanya suka mengekor orang yang lebih tahu selok belok di dalam One Utama tu. Begitu juga di Mid Valley, The Mines Shopping Center, Jusco Aeon yang besar-besar tu sah, memang sesat. Itu belum masuk Alamandala, Sogola, apatah lagi tempat yang sangat jarang aku pergi.

Pernah sekali dahulu, mahu berdating dengan abi. Abi daripada rumahnya, aku daripada rumah sewa sendiri di Puchong bertemu di Mid Valley. Bas daripada Kinrara terus berhenti di Mid Valley, pandai-pandaila berdikari sebaik sahaja turun daripada bas, kerana bas itu bagaikan berhenti nun betul-betul terpaksa menyeberangi 2 batang jalan besar. Nasib mungkin, boleh pula aku bertemu kawan satu asrama dahulu dengan tidak disangka-sangka.

"pergi kat wayang, tunggu kat mcD" aku tau tempatnya. Aku tau panggung wayang tu di tingkat atas memang ada mcD, ada tempat boling sekali. Jadi, insan bernama aku ni pun masuk Mid Valley. Lost. Totally lost bila kaki berada dalam Mid Valley tu. Entah berapa kali aku melefon abi masa tu, siap guna public phone kerana kredit habis. Akhirnya, aku tunggu sahaja di restoran bernama DOME. Tunggu di depan je, bukan dalamnya. Tunggu sehingga abi datang. Manja betulkan? Hahaaa.

Itu kisah masa bujang-bujang dulu, bila dah beranak dua ni lagiii la aku jadi weng-weng. Dapat pergi One Utama tu pun sudah cukup heaven. Abi memang susah hendak ke One Utama ni, jangankan One Utama kedai Satu Malaysia tu pun dia buat-buat tidak tahu sahaja. Hihiii.

Bila aku dengan kawan baik aku, siapa lagi kalau bukan Zila, kitorang ni kategori kaki jalan juga, normally selalu ukur Sungei Wang, Sogo, Jalan TAR dan banyak kali juga la kena perli dengan abi dek tabiat gemar berjalan cuci segala tu. Jadi, sementelah Zila rajin benar nak pick-up aku di opis dan ke One Utama, misi dia mahu makan di foodcourt Jusco.

Punyala mengukur daripada hujung ke hujung, daripada atas turun ke bawah bangunan One Utama, kaki sudah lenguh perut sudah lapar, natang yang bernama foodcourt Jusco masih juga tidak kelihatan. Akibat daripada kegagalan mencari foodcourt, mata pun tersinggah di restoran kegemaran aku dan budak opis, Dave's Deli. Sini sahajala santapan tengah hari di hujung-hujung bulan ini.

Bila perut kenyang, satu hal lagi mahu cari tempat letak kereta. Zila sendiri boleh lupa di mana keretanya berada. Jalan mudah, kitorang cari tempat parking dengan menggunakan huruf di tiang-tiang parking. Eiii! kitorang memang macam ni bila berdua. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia juga tahu walaupun kegemaran berjalan itu ada, tapiii kitorang memang suka main aci redah sahaja.

Muka lapar.

Beloved fren, Zila bersama Footlong nya. Menu kegemaran aku.

We was here. Noted.

Bila sesat, kitoang akan buat keputusan singkat dan terjah je mana-mana kedai yang ada di depan mata. Lepas tu, kitorang suka kenangkan semula atau bercerita dengan kak Azi akan kesesatan kitorang bila berjalan tanpa dirinya. Heheee.

Nota hijau: Apa yang nyata, perangai aku bila dengan Zila memang macam dahulu-dahulu juga. Siapa sangka muka emak Oni dan Aie ni di cop sebagai pelajar lagi. Muahahaaa. Nanti kita buat perangai gila-gila macam ni lagi ek? hehe. Bila sesat, kita redah je macam biasa.

10 pasang kaki:

eima said...

jgn kate ko aku pun sama
klu midvally tu bab cari jln kuar ke parking 1 hal... mmg slalu sesat ...
OU tatau sbb tak penah pegi....

aku kiri kanan pun fail ... kena amik masa almost 15sc utk pastikan mana kiri mana kanan

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

hubby kit apun sama....ajak ke tempat lain dia layan tapi kalau one utama n midvelley memang tak layan kecuali siap2 ckp nak beli apa....hahahaha

Masya said...

sy ingat sy sorang jer tak tahu jalan... sy pun tau jalan nak pg keje je dr rumah.. klu soh pg shah alam.. mau sy sesat x balik² hihihi.. hubby selalu gelakkan... ni dah berani bwk kete sendri pg keje pun dah kire oklah tu...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

eija pun jenis failed kalau bab jalan ni w/pun peta depan mata..dlm erti kata lain tgk peta pun x pandai..hehehe..

wah besh ada BFF yg sama kepala ni..

cha mmg muda lagi pun, itu yg best dh ada anak 2 tp body maintain mcm anak dara..heheh..

fazilzura said...

hihihi lawak betui ler korg ni ..

muke masing2 mmg nmpak mude belia.. awet mude gitu kan

Lyaa Suriany said...

oke
prangai kite mmg btl2 sama la
kalau nk p tmpt yg tak biase p,
mmg kena ajk org yg expert ..
nk p giant shah alam tu pn blh trslh msk jln lya ni..
haha

PUANSTOBERI said...

Akak dulu masa blum kawen, oke je. Bleh la ke sana sini dgn kompiden. Tp skang. Drive pun da gigil2. Motip?? Hahahah. Itu la akibatnya kalo duk harap asben je anto ke sana sini.

Akak kan, kalo tak mo sesat barat dlm mall, akak igt kat mana akak masuk, dan akan carik gak jalan tu time nak kuar. Huhu

mamalieyna said...

hehe..sllu g mid valley taktau jln pulang =P

tp dh lama giler tak ke sana, sejak2 kawen ni..huu~ tkde geng dah..mmbr bujang dl dh pindah jauh2 belaka..hu~

anisalya said...

hahaha... boleh sesat ek? akak ni pun kalau ke mana2 tempat besar dgn husben dan anak2 suka tgk peta. ye la... kami2 ni tak rajin nak mengukur jalan, bukan kaki jln tp bwk anak2 utk suka2 bg dia orang hepi je. setakat ni blm pernah sesat lg.

ch@ said...

eima:
kita serupaaa. OU tu sebab dkt ngn opis aku. tapi part kiri kanan tu aku pun sama sebenarnya. hahaaa.

kak jue:
balik2 shopping kat tesco, giant, tesco lagi, giant. takpun carefour. jj, time hari raya je. eee payah kan, dpt isteri rajin mengukur ni.

yana:
btl la wak. kadang2 kena perli "aiii dah selalu pergi pun tak ingat2" - ye daya ingatan dh lemah. alasan.

eija:
tak reti baca peta, mmg pun. langsung tak paham. nak kena beri peta yg btl2 ada bangunan yg sama dgn real punya, kalau jln tu nak kena btl2 sama baru boleh fhm.
muda? anak dara? sy dah beranak dua lorrr.

fazilzura:
gelak senyap2 je tau. awet muda la sgt? hehe umur nak masuk 30 dah ni.

lyaa suriany:
oh miss u so much dik. giant shah alam? lama tak pergi. dulu masa belajar di shah alam selalu belanja kat situ. org bawak, tak reti memandu.

kekda:
kita terror mengukur jln dgn menaiki kenderaan awam. naik LRT, komuter, monorail dan bas. kalau dah sesat kekda, nak cari jln tu smula pun dh tak jmpa. tah mana2.

kak anis:
biasanya yg boleh jadi sesat tu bila pergi sendiri2. kalau pergi dgn kawan yg tahu selok2 belok mall tu cpt sikit sampainya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in