Janganla cium saya.

Wednesday, 22 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru je berangan hendak pekena kuih donut bersama milo panas sambil berborak mesra dengan Mas dan Liza pada hari semalam. Konon-konon breakfast sambil menikmati keenakkan keseronokkan berjamboria.

Aku yang memandu sambil berangan ni, masih lagi menumpukan titik fokus dengan kereta hadapan. Mengekalkan jarak dengan satu treller boleh muat di ruang depan. Hahahaha, itu la aku. Aku memang seram wooor nak cium montot kereta orang lain, apatah lagi yang dihadapan itu BMW, Compressor, Honda dan selainnya yang mewah lagi gah. 

Walaupun hanya sekadar Waja. Namun, aku tetap gah bila berhadapan dengan Kelisa atau Kancil apatah lagi Viva. Wah! dah berbaur riak ni. Acah je, setiap hari aku berkeadaan seperti pemandu baru ok. Jadi, aku hormatkan semua pemandu-pemandu jalan raya yang lain.

Apa yang kau merepek ni syasya. Ngeee. Okok, so tengah best layan Johara Era, tiba-tiba "bammp!". Eh? kereta aku ke yang kena tu? aku memanjangkan leher melihat cermin pandang belakang. Saga. Then, aku pandang kanan tepat-tepat abang polis trafik suruh parking tepi. Waja kena kiss. Oooohhhh! terkejut makcik nak.

Aku signal kiri. Bertukar lorong paling kiri, lampu hazard aku pasang. Cewah! bila lagi tu kan. Saga pun berhenti belakang aku. Wooooo, kulit Waja sudah tersopak ni. Menggigil, apa aku nak buat? Call abi la, si empunya Waja. 

"tunggu kat situ!" arah abi. Arahan seorang polis. Erk! Ok, tunggu sambil membelek-belek kecacatan yang telah ada. 

"boleh cari tempat lain tak? parking sana tu sekejap" arah seorang anggota polis trafik lain. Well, depan KWSP ke PPUM tu, memang ada 3 orang polis trafik setiap pagi. 

Aku masuk kereta, tumpang halaman sebuah kedai jual bagasi. Sekejap je pun, hanya tunggu abi. Ikutkan hati memang aku mahu angkat kaki je, ambil la claim ke, buat report ke but abi say TUNGGU! Siap polis trafik suruh aku buat report. Bayangkan dia tengah mengawal lalulintas, boleh pula dia menyuruh aku buat report sambil tunjuk-tunjuk jam.

Tidak lama kemudian, abi pun sampai dengan Kelisa. Call sana-call sini, diskas sana-diskas sini. Sementara tunggu abi datang tadi, kroni budak student tu dah pun ramai. Kalau betul katanya dia student, hampir satu kelas la yang datang sedangkan aku hanya dengan abi sahaja. Dorang yang salah.

Siap mengaku, dia boleh tengok tempat lain. Seronok sangatla tu bersembang kan sampai lupa nak tekan brek. Mujur lagi abi datang dengan seluar pendek, muka baru bangun tidur. Kalau dengan uniform? tak ke goyang lutut? aku kena tegur dengan polis trafik pun dah gabra.

Jadi, pada hari semalam dapatla melaram dengan Kelisa. Abi uruskan semuanya. Report dan claim, memang kena cat semula la gamaknya.

Ciuman sayang, membuatkan duit pun terbang. Love bite gittu kan. Habis peeling kulit I tau.

Bila kena macam tu, menggigil satu badan. Sampai opis pun dah lambat. Balik pun harusla lambat kerana kompeni aku mengamalkan sistem fleksibel hour. Jam 6 petang, aku angkat kaki. Demmit, jammed teruk. Takkanla jam 6 dah jammed? 

Just follow the flow, tadaaa. Patutla jammed, got an axcident. Kemalangan maut mungkin. Menggigil kena langgar pagi tadi belum hilang habis, sebelah petang disaji pula dengan seorang lelaki terkedang di devider jalan. Owhhhh! makin kencang degupan jantung aku dibuatnya. Terus aku gagahkan juga untuk memandu pulang.

Nota hijau: Malang tidak berbau. Kita berhati-hati, orang pula buat suka hati. Aku selalu memperlekeh sticker pada cermin belakang kereta hadapan, "pastikan jarak anda", "do not kiss my bump" dan sebagainya. Sekarang aku tahu, betapa pentingnya pesanan itu walaupun nampak enteng.

12 pasang kaki:

@e_da said...

flting kiss ke apa ni.. alahai kalau akak pun menggigil walaupun kita yg kena langgar.. syg kan dah terkopek kulit.. kalau akak sure nak nagis.. ahhah

.: iEyLa :. said...

betul..
kite punye berhati2 xmo cium org depan..alih2 org lain lak yg cium kite kan sis.. :)

mamalieyna said...

lepas ni pi cari sticker tu la ch@..hehe.. haih k.eina ni smpai bila taktau la nk berani, mkn tkt jdinya nak memandu bila dgr kejadian2 camni..ngee~

skrg ok la, en suami kerja opis hour, wlupun sesekali non opis hour kan..lg pula sehaluan..herm..

kesian en waja tu..tak pasai2 'dicium'.

Nad @ MamaZakwan said...

suke btul jalan2 kat sini
baca citer cha mcm bace buku sastera ;)
novel pun kalah, heheh...

apa2pun, biar la kete sopak, poket pun kopak, kgn nyawa yg terbang..mmg takde gantinye dah tu, huhu!alhamdulillah selamat sumenye

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

adui kene chiumm teruk gak tu ..ish2 seram akak mmg takut sgt kot2 cium kete org orrrrr kita dah berjaga2 org cium bontot kiter..errrr bontot kete kiter huhuhu

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Btol tu cha kadang2 kita ni dh cukup berhati2 tp mane nak jangka org lain pnyer hal kena kat kita..

kalau eija kat tempat cha time ni pun confirm gigil, silap2 trauma beberapa hari takut memandu..

sygnye kena cium smpai terkopek2 udah kulit waja, tp xpela yg penting tuan pnyer diri selamat..

Salina@IbuAqil said...

Yg pntg cha selamat..
Dik sama lah kita..
Ahad lepas montot Mr. Alza kena cium..
Uwaaaaaaaaaaaaa!!!

Masya said...

nasib baik cha x pape... klu kt pun dah cuak jadi macam ni tau..

sdgkan tayar kete tibe² pancit pun sy dah panik huhuhuhu....

shay said...

lepas ni kena lebih hati - hati...

eima said...

betui malang tak berbau ...

seb baik waja je kena kiss ...

anisalya said...

pernah cium bontot myvi. slh akak ni jgk. dkt dgn roundabout. mmg konpem nmpk dia bergerak laju ke depan. so toleh kanan nak tgk kereta ada ke tak. last2 tercium bontot myvinya. tak sngka pulak dia berhenti sbb pandang kanan tu tak smp dua minit. benda dah nak jadi. redha je la.

ch@ said...

kak eda:
nak nangis gak, tapi tah la geram lebih menguasai.

ieyla, kak ros, eija, yana:
yups. agaknya masa memandu mmg tidak boleh berangan langsung kan? itu lbh selamat rasanya.

kak ieyna:
selalu mmg kita gelakkan je dorang pasang sticker tu, tapi berguna juga bila baca sekurang2nya kita mmg beware utk mengekalkan jarak. kita dgn abi mmg langsung tidak sehaluan tmpt kerja, kita ke hulu, dia ke hilir.

kak nad:
hah? buku sastera? hihiii, mana ada kak. cuma saje la nak bagi org membaca dgn penuh perasaan gitu. yg penting nyawa selamat, tapiii kereta telah sopak, huaaa perasaan yg tak selamat.

ibu aqil:
oh, kesiankan kereta kena sondol? kita tidak mahu jd sebegitu, tapiii dah tertulis ianya tetap terjadi.

mama shay, eima, kak anis:
kena pertingkatkan peratus kefokusan melebihi tahap biasa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in