Hasil pertama setelah 28 tahun.

Monday, 27 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syasya buat kek. Hahaaa, hambek ko hujan turun dengan lebat siap guruh bagai mengiringi emak beranak dua ni  setelah selesai membanting tulang didapur hanya kerana Kek Batik. Eh? ke biskut? Tidak mengapala ikut kata sifu, Kek Batik mamaMika.

Dengan penuh bersemangat menyediakan bahan-bahan untuk membuatnya, terpaksa mengebalkan diri dek panahan pandangan abi yang sinis semasa memilih, membelek dan membeli bahan-bahan tersebut. Bila sudah terkena panahan mata haruslah kena buktikan akan kebolehan membuat kek yang super senang.

Memang senang, just follow the recipi but ianya menjadi sukar kepada aku kerana aku bukanlah seorang pengguna tegar dapur. Aku adalah beginner untuk proses masak memasak, telur goreng pertama untuk abi = agak rentung. Hehe. Ala-ala Zara dalam Vanilla Coklat. Ye, aku serupa itulah.

Masak lauk biasa pun aku agak neves, apatah lagi membuat kek. Kiranya kek batik ini merupakan, kek pertama buatan tangan aku. Gigih dan perlu semangat as membuat stok susu for Aie. 

Menggunakan masa tidur Oni dan Aie, makanya aku pun berperang. Keletung-keletang-keletung-keletang, dan semasa menuang bahan di dalam bekas, aku tidak lupa untuk menghidu bau keharumannya. Pergh! rupa ada walaupun agak comots, bau ada memang sedap lagi mengancam dannn rasa? kena tunggu beku dulu. Tak sabar nak rasa, asyik ulang alik-ulang alik buka tutup peti sejuk. Boleh?

Nomb-nomb-nomb...

Keesokkan harinya adalah ketidaksabaran untuk memotong kek. Wah! kata Oni. Baru sepotong aku letak dalam pinggan, lesap. Letak lagi sepotong pun hilang. Ya, Oni like it walaupun agak pahit sedikit. Mahu tidak pahit, sifu kata letak koko 4 sudu, aku belasah 5 sudu. Hihiii! Pior gittu.

So memang terbaiklah, harus menjamukan baby-sitter Oni Aie dan bawa pergi opis. Yeay, teruja. 

Nota hijau: Practice make perfect, thanks mama Mikhail for recipe. 

12 pasang kaki:

Gieyana said...

Eh menjadi lah kek ko..cfm sedap nie..:)

yanti isa said...

akak pun suka kek ni cuma tak boleh buat selalu sebab tak tau nak berhenti bila dah makan.

anisalya said...

gigih cha buat kek batik ek? ada ambulans tak kat bawah masa cha makan kek buatan sendiri? hahaha...

Noli@Ibu Wafa said...

syabassssssssssss..;)

Masya said...

kalau oni kata sedappp dan ltk jer kat pinggan habis.. mestilah sedap tu.. nanti cuba lagi.. jgn lupa kirim kat kami hihihihihi.. sedia datang dgn tupperware.. x malu btl hihihihihi

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

rajin betul cik syasya kita....

ch@ said...

gieyana:
sendiri makan, mmg tak nak berhenti. pokoknya aku sorang je la yg bedal.

kak yanti:
kalau mcm tu, akak punya kena less susu, less butter, less telur.

kak anis:
adeihhh, ambulans tu. takde kak. selamat sampai opis pun.

noli:
u are my inspiration.

yana:
jom dtg rmh i jom. cewah!

kak jue:
try cuba test kak, kita mmg tgn kayu bila buat kuih muih ni. langsung tidak pernah. ketupat sotong-ketupat sotong!

mzhany said...

waaa ropenya sgt menarik tau cha. hehehe hany pernah buat skali je, mz tak suka sgt benda2 cenggini. so hany sorg2 je habiskan, geram tau.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah sedap, ok la tu oni suka, lepas ni boleh buat lagi

eija pun x pernah lg try buat sndiri, ingat lagi dulu masa kecik2, mmg favourite sbb mak selalu buat utk kami adik beradik..

mzhany said...

kalau hany lak, bila org dh tunjuk jln tu, ha jln tu je lah yg tahu, bila masuk lorong lain sikit aaahhh sudah. ahaha slalu kena bebel dgn mz, sbb failed jalan di putrajaya, padahal slalu g putrajaya....

mamalieyna said...

waaah bleh kasi k.eina rasa sket?..cam sedap je tu..hehe~

ch@ said...

hany:
abi pun tak suka. kita sendiri je la yg mkn. nnt kita nak buat lagi.

*ni salah entry ni. tu sama dgn kita la, kena bebel dgn abi. buat pekak je la. biasanya abi rela hati hntr kan, lagi2 kat putrajaya.

eija:
mmg kena buat lagi. bila dh buat skali rasa nak buat berkali-kali. boleh buatla eija, sgt senang.

kak eina:
boleh2. nnt kita buat lagi ek. mmg sdp (tekak tukang buat)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in