Gigi.

Wednesday, 1 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan akibat budak terlalu cergas dan aktif. Menyesal pun nak buat apa kan? jadi, pasrah ajalah. So, dua hari lepas, Isnin abi cuti dia ajak aku sekali treatment gigi. 

Asal tujuannya nak mencari penyelesaian gigi Oni yang sudah tenggelam sebelah. Mencari di area Bangsar sahaja, hampir dengan rumah. Biasala bila ke klinik gigi harus kena ada temujanji. Tapi abi terus berusaha juga cari klinik lain, anak perempuan kesayangan dia katakan. Aku pun dah cuti siap-siap.

Mujur ada klinik yang terletak di tepi jalan, selalu lalu-lalang dan langsung tidak menjangkakan untuk datang ke situ. Hrmmm... akhirnya, Klinik Gigi Siraj dikunjungi. 

Oni? minah tu mana reti duduk diam. Habis semua ceruk dia redah. Sampai peningla aku bergilir dengan abi menjaganya. Aie tinggal dengan kak Ana. Mentang-mentangla doktor kata dia tidak kena apa-apa, semakin dia meligat. 

Doktor kata, gigi Oni masih tidak goyang tidak perlu dicabut. Bila cabut, gusi akan mengecut dan menyebabkan gigi kekal tidak muat ruang untuk tumbuh [gigi kapak kan bersaiz besar], jadiii boleh dicabut jika tidak goyang pada umur 5-7 tahun nanti seiring dengan gigi kekal tumbuh. Logik kan? pakar gigi katakan, mak pak Oni ni takut gigi dia tumbuh tidak cantik. Maklumlah, anak dara.

Jadi, Oni tidak apa-apa. Aku serah diri untuk tampal gigi, tahun akhir aku tampal gigi pada 1999, tingkatan 3. Muahahaaa. Memang terbayangla kengiluan bila segala drill air, angin, simen tu berbunyi. Itu belum lagi kengiluan bila dia menyucuk, menekan simen kasi padat pada gusi, gila arrr. Rasanya baik cabut kot. Sakit bersalin pun tak ngilu wei.

After aku, turn abi. Dia hanya cuci gigi sahaja. Tidak cukup bersih katanya, dak jaga kaunter tu soh beli pencuci mulut tidak mahu, haaa kan dah, malas nak dengar dia membebel. Hahaaa. Aku diserang sakit kepala yang teruk. Kata abi, mungkin sebab aku tampal gigi.

Gigi Oni yang sangat cantik. Dia suka dan pandai gosok gigi. Mak dia pun jeles.

Tidak apa-apa Oni, Oni tetap comels. Sedih dengar dia asyik sebut gigi-gigi-gigi. Huhu.

Semalam, aku gagah juga datang opis. Rindu sama itu meja, akibatnya penuh tray dengan kerja terbengkalai. Hahaaa. Sempat lagi berjimba ria ke TTDI gi Secret Recipe. 

Nota hijau: Masa Oni terhantuk pemegang kerusi tu, memang berdarah sikit. Menangisnya hanya mahukan aku sahaja. Mama pun kata.

"Ustaz pun ada cakap, itu la anak. Bila susah, bila sedih, bila ada apa-apa semuanya emak. Bila sakit sebutnya aduhai maaak. Bila terlupa, terkejut kan sebutnya alamak. Cuba yang sebaliknya, mesti nak kata bapak ko. Abah ko. Kan?"

Betul-betul-betul. 

14 pasang kaki:

Masya said...

oni².. gambar bawah masih boleh senyum walaupun gigi dah tengelam oklah tu kan...

biar nakal masa kecik, masih boleh pantau dan nasihat.. supaya membesar menjadi anak yang baik tp klu dah besar nakal ssh nak pantau..

@e_da said...

alahai oni siannya dia.. dah tak rata la gigi cantik oni.. takpe nanti tumbuh lain yg cantik ya.. tu gigi susu.. sian dia

anisalya said...

memang betul pun. cuma anak2 akak ni kalau waktu siang dan jdk apa2 mst abah jugak dicarinya. kalau mlm jgn hrp abahnya blh pegang. hahaha...

Salina@IbuAqil said...

Oni tetap comel..
Walau mcm mana pun oni kau lah ratu dihati ibu.. ;)

Imaan09 said...

lepas drpd kejadian, Oni x mngadu sakit ek? nasib baik doc sahkan xde pape.. xpe, Oni tetap comei!

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

xpe nasib baik gigi susu, bkn gigi kekal..masih lagi tetap comell & manis tersenyum..:))

hahaha..suka kata2 ustaz tu, mmg betol

ch@ said...

yana:
pasrah je jadi emak ni.

kak eda:
tu ar tu. taktau dah nak buat cemana. takpe, besar nnt pandai2 la adjust.

anisalya:
oooh mcm tu pula ye. kita tak boleh, sbb kita kerja. jadi kena sama2.

ibu aqil, eija:
hihiii.

lea:
dia tak mengadu sakit, cuma dia rasa pelik dgn keadaan gigi dia. tu yg asyik tgk cermin je.

ch@ said...

yana:
pasrah je jadi emak ni.

kak eda:
tu ar tu. taktau dah nak buat cemana. takpe, besar nnt pandai2 la adjust.

anisalya:
oooh mcm tu pula ye. kita tak boleh, sbb kita kerja. jadi kena sama2.

ibu aqil, eija:
hihiii.

lea:
dia tak mengadu sakit, cuma dia rasa pelik dgn keadaan gigi dia. tu yg asyik tgk cermin je.

ch@ said...

yana:
pasrah je jadi emak ni.

kak eda:
tu ar tu. taktau dah nak buat cemana. takpe, besar nnt pandai2 la adjust.

anisalya:
oooh mcm tu pula ye. kita tak boleh, sbb kita kerja. jadi kena sama2.

ibu aqil, eija:
hihiii.

lea:
dia tak mengadu sakit, cuma dia rasa pelik dgn keadaan gigi dia. tu yg asyik tgk cermin je.

mamalieyna said...

hehe..takpe Oni tecik lg, sempat gigi tumbuh dgn cantik nnti..

lama tk g klinik gg, last masa peknenkan arif la..hu~

Aini Arif said...

ala ciannye oni, tp xpe nanti mesti dia lesson learn kan hehee, ye kalau naik roller coaster pun jerit makkkkkkk

ch@ said...

kak ieyna:
insyaALLAH smg gigi oni tumbuh dgn baiknya nnt.

aini arif:
hahaaa, betulla tu. oni budak tak serik.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

suka ayat last.....
takpe oni ..pasni tumbuh gigi baru mesti cantik...

ch@ said...

kak jue:
kalau ikut baka abi mmg cantikla. ikut baka mak dia, jongang sikit. hahaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in