Fridge magnet daripada Jueliyanna Joehari.

Monday, 13 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ambil pakej RM32. 4 keping bersaiz 4R dan 2 keping bersaiz 2R. Hasilnyaaa, aku sungguh suka. Cuma pening mana gambar nak pilih fasal banyak sangat.

Ada juga pakej yang siap dengan bingkai. Mulanya aku mahu ambil yang ada bingkai, tapiii memandangkan peti sejuk makcik ni kategori comel, rendah dan pendek makanya ambil pakej yang simple sahaja. 
*psst abi, nanti masuk rumah baru tukar peti ais dua pintu boleh? agagagagaaa...

 2 keping [Oni, Aie] lekat di PC opis, lain-lain lekat di rumah.

Ahaaa fridge magnet yang banyak-banyak tu, aku letak bahagian tepi peti sejuk sebab? sebabnya mengelakkan daripada Oni yang suka menjolok dengan ranting pokok bunga perhiasan aku. Bila dah kena jolok pecah berderaila, ianya terbang sebelum landing di lantai batu. Haish!

Eh, melencong cerita sudah. Jadi, jika berminat boleh la ke GaLLeRY aNNa-JueaNNa. Kak Jue with her beloved husband business. Esok lusa dah duduk rumah sendiri, aku nak order jam dinding tu pulak. Best betul bila semuanya di hujung jari ni. Kuikuikui.

Nota hijau: Pening kepala abi, asal balik rumah ada je benda baru. Ahahaha, hari tu frame potret.

12 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

aler cantiknya...ni gatal tangan nak buat jugak ni...

saje jek tau...

Masya said...

pernah jugak pg kesana tgk² ape.. yg menarik, cuma belum berkesempatan nak order.. nanti mintak hubby peti ais 2 pintu .. lagi banyak boleh ltk barang tau.. bkn fridge magnet jer hihihihi

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

10Q cha sebab sudi order..harap berpuas hati ye...

Nad @ MamaZakwan said...

bestnye!
tp dh order kat milkadeal, huhu!
harap2 servis nya sebagus cik jue :)

anisalya said...

ok la tu. tak ada la abi tgk bnd sama je kan? ngeee...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Cantik
ada gak terpikir nak buat
tp biasa la eija ni mmg suka bertangguh ler..nak buat, nak buat tp nak memilih gmbarnye pun berkurun,bila tgk org lain buat, baru sibuk2 nak buat ..hahahhaa

Salina@IbuAqil said...

Kui2!!
Awat cik oni p jolok ngan ranting?!
Dia ingat BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR ke cha?!
Hik3!!!
Cantik3!! Memang cantik..

mamalieyna said...

cantikkkkkk! hehe..org pompuan ada je benda baru nak membeli kan..hee~

umah kak eina dh mls nak tempek benda baru kt petiais, dak arif dah sampai tgn smpi ke atas..suka main2 apa je benda melekat kt situ..dh sepah2 dia buat main..huu~

tunggu pindah umah baru gk, nak tukar petiais..hee~ tp ntah le bilanye.. mgkn 2,3 thn lagi..huwaaaa.. =P

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

kita teringin gak, tapi balqis ni tak leh tengok benda yang melekat kat fridge tu mesti dia amik kerusi then nak wat main benda tu, tahniah cik jue bisnes makin berkembang

ch@ said...

cik mot:
sila cik mot sila. senikan peti ais anda :D

yana:
problem is, peti ais sepintu tu pun tak pernah penuh lagi. penuh masa beli barang dapur je la.

kak jue, kak nad:
thumbs up!

anisalya:
mesti dia terfikir, byk sungguh duit bini aku ni. hahaaa.

eija:
itu kena tabahkan hati eija. sbb kita pun sama, kena list dulu benda apa nak buat then tgk promo, terus buat.

ibu aqil:
itula oni, pantang tgk benda baru semua nak digodaknya.

kak ieyna:
insyaALLAH ada rezekinya. oni pun sama la kak, tahan hati je tgk fm tu pecah berderai.

anje:
lebih kurang oni la tu, siap ambil kerusi.

mama rifQy said...

santek gak kan? kite beli time promo kat mydeal aritu.kalo x, mesti remat gak!!

ch@ said...

naa:
lama nak buat, akhirnya dpt jugak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in