Bermula semula.

Thursday, 2 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Buntu tidak tahu apa harus ku entry kan pada hari ini. Teringat kisah semalam yang betul-betul hari tidak keruan. Jadi kacau bilau jadual bila rumah di KL kerja di Selangor. Terima kasih juga pada kak Ana yang sanggup balik cepat untuk aku hantar anak-anak.

Actually, memang nak masuk lambat so hantar Aie agak lambat, malang bila sampai rumah kak Ana, gelap dan tidak berorang. Kak Ana pergi sapdek laaa dengan hubby dia. Dia fikir aku cuti. Dua tiga kali aku turun naik rumah, berulang alik rumah kak Ana dengan Aie. Lenguh, macam nak patah tulang-tulang.

Mujur abi hantar semalam. Konon nak pergi dinner kompeni, sudahnya pun tidak pergi juga. Hahaaa. Balik kerja abi ambil ikut jalan jauh, huh! flet punggung duduk dalam kereta sambil layan breast dah membengkak.

Terus naik rumah kak Ana. Terus mendapatkan Oni, tengok-tengok Aie tengah lena tertiarap. Mamat tu laaa.

"akak mesej kamu tadi. Ingat kamu pergi dinner" kak Ana menyerbu tanya.

"malas la pergi, bettery handphone kong. heheee" sambil kemas-kemas beg baju Oni Aie. 

"eh! susu perah semua habis, kalau boleh bagi 5 botol baru cukup sehari kat sini" kata kak Ana. Memangla tidak cukup. Aku beri 3botol je. Hahaaa. Kak Ana juga cakap, kalau tidak cukup boleh celah-celah FM. Aku kan bukan breastfeed tegar. 

"kita akan usahakan untuk buat stok kak. Kita kan tak ada stok. Apa yang ada tu je la kita bagi, fasal kat rumah memang direct breastfeeding" aku menjawab sambil kepala otak berkira-kira, best gak bagi susu perah ni kan? Ngeee.

"Adli ok je dia. Semua pun dia boleh, kenyang je, tidurrrr. Tengokla ni, tak berkutik" kata kak Ana lagi. Teehehehhehe, tah la anak siapa tu. Dan bermula semalam, aku bertekad mahu menyediakan stok susu ibu untuk Aie.

Kak Ana pencetus semangat aku untuk teruskan susu ibu untuk Aie. Kalau dia tidak minta susu perah hari tu, mungkin aku tidak lagi breasfeeding Aie sekarang ini. Aku semakin teruja untuk pikul cooler bag+pumping part + bagi susu perah pada babysitter. Terima kasih kak Ana.

Jelinganmuuu. Rambutmuuu. Kamu tetap ensem.

Ceh, muka je ensem. Isap jari pulek. Cancel! Ngeee.

Hari ini, aku akan usahakan untuk pam tiga kali semasa waktu bekerja. InsyaALLAH. Banyak dah info kata, kerap pam biar pun hasilnya 1oz. Aku nak buat stok, aku nak buat stok. Hihiiii.

Nota hijau: Dah nak makan anak aku ni baru terhegeh-hegeh. Hahahaaa.

19 pasang kaki:

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

cha..skit2 lama2 jd bukit..1 oz then 2 3 4 5 kang kot2 10oz sekalipam..aminnnnn

tetap macho la mamat ni.gerammmmm

Masya said...

USAHA LAGI ... SEMOGA BERKAT SUSU IBU AIE MEMBESAR DGN SIHAT & BIJAK AMIN...

WAHH TEMBAMNYA AIE NI.. DAH MACAM MUKA CHA PULAK BILE DAH BESAR NI...

eima said...

ok jugak ko bg jugak ebm ..aku langsung tidak .. even taska asek mintak je ...

ebam wat stok kat rumah bila si alisha wat perangai tak mo tetek ...
siang je die tak mo tetek ... dok prasan die kat taska gamaknye ... bila sabtu ahad die mau plak ... sungguh konpius itu budak

LYAfrina said...

selamat BF.. mmg byk dugaannya.. tp demi ksh syg thadap anak tu.. semua halangan pasti blh dtempuhikan,, gud luck

Mixed-family in da house.... said...

CAIYOK...AYUH BUAT STOK ebm!

PUANSTOBERI said...

Tembam oh anak susu ibu ne.. geramm.. bila la auntie dpt dokong Aie ni.. :D

*Miss Syahnia* said...

SALAM DEAR

ha comelnya adik cik oni ni
tembam cam kakak dia gak kan..

akak pe khbar lama tak dgr
berita.. ^_^

♥cikmOt♥ said...

dah nampak cam muka oni dah..hehe

Salina@IbuAqil said...

Alololo!!
Montok nya dia..
Gewammmmmmm!!!!
Grrrrrrr!!

mamalieyna said...

woo semangat betul Aie nih! dpt susu mak lg la mantops kan badan..hee~

itulah orang sekeliling pun pencetus semangat, apatah lg dtg dr pengasuh anak sndiri kan..syabas n all the best~ ^_^

sendiri?..huu~ anak takmo lgsg direct BF skrg ni..sedey :(.. cuma pam je hari2 kasi dia..hasilnya sedikit2x..hu~

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

yup kamoo tetap ensem & semakin ensem la aunty eija tgk..aunty sgt jeles tgk rambut pacakmu itu sbb Ziqrynye rambut x leh pacak mcm kamoo..melekap jerk..huhu

wah cha, chaiyok2 ye..moga dapat simpan stok byk2..amin.

mzhany said...

chaiyok chaiyok cha...

FieZaLieSa said...

go go umi cha..boleh! sy pun tgh usahakan jugak..

ch@ said...

kak rose:
i see, thanks to support me kak.
aie raja hati mak dia.

yana:
thanks awak. apa? muka sy? hureyyy!

eima:
betulla alisha ni, sungguh complicated. mak dia sempoi aja.

lyafrina:
insyaALLAH. thanks lya sudi dtg bloghijau ni.

kak dini [eh betulkan?], hany, fiezaliesa:
go go chaiyok.

kekda:
hiii. marilah dukung sy aunty - aie.

ain:
wa'alaikumussalam syg.
akak kureng sihat sikit, antibodi dh x kuat mcm dolu2.

cikmot:
adik badik.

ibu aqil:
eeehihihiiii.

kak ieyna:
takpe kak, pam aja selagi ada. ni dah ada pengetahuan cara menyimpan then simpan. bak kata kawan kita ada je Exclusive Pumping, so masih lagi susu ibu :D

eija:
hahaaa, itu eset berharga ja.

ch@ said...

kak rose:
i see, thanks to support me kak.
aie raja hati mak dia.

yana:
thanks awak. apa? muka sy? hureyyy!

eima:
betulla alisha ni, sungguh complicated. mak dia sempoi aja.

lyafrina:
insyaALLAH. thanks lya sudi dtg bloghijau ni.

kak dini [eh betulkan?], hany, fiezaliesa:
go go chaiyok.

kekda:
hiii. marilah dukung sy aunty - aie.

ain:
wa'alaikumussalam syg.
akak kureng sihat sikit, antibodi dh x kuat mcm dolu2.

cikmot:
adik badik.

ibu aqil:
eeehihihiiii.

kak ieyna:
takpe kak, pam aja selagi ada. ni dah ada pengetahuan cara menyimpan then simpan. bak kata kawan kita ada je Exclusive Pumping, so masih lagi susu ibu :D

eija:
hahaaa, itu eset berharga ja.

anisalya said...

tak kisah la cha. janji kita tetap bg dia sus kita sampai dia nak berhenti sendiri. sayang ada susu tapi tak bagi. rugi.

ch@ said...

anisalya:
kita sedih bila beri aie fm. hiii.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

teruskan usaha.....

ch@ said...

kak jue:
t/kasih akak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in