4botol x 120ml + Milna = Aie.

Friday, 24 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Happy, minggu ni bekalan for Aie mencukupi, walaupun dah terlepas kata kepada kak Ana. 

"kalau rasa tidak cukup, beri fm yang ada tu kak Ana, dah beli sayang juga tidak diminum" emak Aie berkata sewaktu proses memindahkan bekalan 4botol x 120ml susu ibu. Tiada yang mustahil pada kak Ana. Jujurnya, dia lebih pakar mengendali kehendak anak-anak kecil yang diasauhnya.

Sebaik sahaja aku balik daripada kerja, aku hanya membawa 2botol x 120ml sahaja setiap hari. Jika ada extra sebotol pun hanya tambah 60ml hingga 70ml. Ya, buat pengetahuan aku memang tiada stok yang banyak-banyak-banyak macam emak-emak breastfeeding tegar yang lain.

Jadi, aku kena gigih untuk maintainkan bekalan 4botol x 120ml setiap hari tidak kira macam mana gaya dan rupa pun. Jadual mengepam aku juga hanyalah pada jam 10.30pagi - 11.30pagi dan 4petang - 4.45petang. Aku mengepam di surau jadi pada sebelah pagi aku boleh rileks sedikit berbanding sesi pumping sebelah petang kerana orang keluar dan masuk surau. Agak mengganggu aktiviti walaupun sehabis daya aku membuat muka tembok.

Segan je nak interframe. Hahaha.

Sebaik sahaja balik opis, segera aku menyimpan susu dibahagian atas dan turunkan 4 botol untuk dicairkan bekalan untuk hari esok sebelum aku bergerak mengambil Aie dan Oni di rumah kak Ana. Kadang-kadang aku terus aja ambil dorang, yang malasnya kak Ana suka bersembang dan yang bestnya bila dah terjebak aku berat kaki nak balik cepat. Hahahaaa.

Kak Ana suka menginterframe mak Aie ni. Dialog biasa kak Ana untuk memberi semangat kepada emak anak-anak yang diasuhnya.

"emaknya dah la kecik, anaknya semangat, suka naik tangga. Mana tak semput" kak Ana say. Aku sengih je.

"badannya kecik tapi susunya banyak, susunya pekat. Susu formula pun ada tak buka lagi" kak Ana berkata lagi.

Alhamdulillah, Aie terus menggebukan diri. Eh? tak boleh panggil gebu sebab Aie ni agak kecoklatan jadi Aie terus mendemokkan diri. Apatah lagi, setiap 4botol itu dicampur dengan sekeping biskut Milna. Wuhuuu, yes my Aie sudah pun makan biskut. Hahahaaa.

Sama seperti Oni, 4 bulan dah makan. Badan pun, macam dipam-pam. Tapi, Oni ye menggebu. Aie is mendemok. Ok sambung part menyusu tadi. Bila semua sudah aku hangkut balik rumah. Terlebih dahulu haruslah aku bermain dengan anak-anak. Gurau-gurau, main babacak, nyanyi. Aie mahu cap gantung punya terus dia tidur sampai pagi. 

Bila dia dah tidur, aku akan mandi dan masak. Kalau rajin. Kalau tidak, pasang DVD korea sambil menelefon mamak. Delivery sahaja roti pisang dua keping bersama horlick panas. Bolehla aku main masak-masak dengan Oni. 

Sebelum tidur, aku akan pastikan beg anak-anak sudah disiapkan. 3 helai baju Aie, 3 helai baju Oni. 8 keping Drypers L size untuk dua orang. Aie share pampers dengan Oni.

Jam 2.00pagi - 3pagi ialah sesi Power Pumping sebelum Aie bangun untuk menyusu pada jam 5pagi. Yes, itu la rutin pumping aku. Dan pagi itu jugala aku terhegeh-hegeh nak gosok baju kerja, nak mandikan Oni, nak kemas pumping bag. 

Siap-siap tukarkan pampers Aie dahulu dan angkut semua bag, jam 7.15pagi aku sudah pun keluar daripada rumah menuju rumah kak Ana. Rutin seterusnya bermula semula.

alaaa rambut tak pacak. 

lihat rambutku? pacakkan? hasil terkenan david Beckham. 
tolong-tolong pipi saya berat.

Hujung minggu? yeay. Abi agak jarang nak bawa kitorang jejalan. Paling-paling dia bawa Oni je sebab tidak larat nak tengok rumah bersepah. Hihiii. Kalau dapat berjalan itu adalah bonus. Eh, menyimpang cerita lagi. 

Nota hijau: Kepada emak-emak baru, silalah menjadi emak breastfeeding yang struggle ok. Sangat banyak manfaatnya. Nasihat emak Aie yang tidak berapa tegar :D Ampun kepada yang tidak suka entry breastfeeding saya ni ya.

13 pasang kaki:

eima said...

sronok ..mmg pekat la susu cha...
aku jg yg tak berusaha .... ade tips bg susu kembali segar ??? dah cam nk kurang je ni ...sbb dah tak bengkak sgt time keja la

mamalieyna said...

hikhik..mintak tolong ye pipi labuh.ihiks..mmg montel~ geram betul!

tak semua org beruntung n bertuah dpt susukan anak sepenuhnya~ kalau dh tergolong dlm kumpulan beruntung tu, wajib la teruskan usaha berBF selagi mampu ..chaiyok2x !

apapun mmg kena struggle bab BF ni kan, tmbh2 yg bekerjaya.. kalau sebaliknya jd gitu ler, susu formula sajorr..tp bila dihitung, byk pelaburan tuk susu formula ni...jgka masa panjg, sebulan jer cecah ratus2..hu~

*sedih n sayu bila anak sendiri menolak tuk BF..sob3x..

Nad @ MamaZakwan said...

tahniah!
sangat bangga dgn anda!
masih bertahan segingga sekarang ;)
teruskan usaha itu, k!

yanti isa said...

Chaiyok emak Aie ... bestnya kalau akak boleh dapat stok macam ni dulu . Akak ni badan je besaq tapi susu tak banyak . Nak dapat sebotol pun susah .

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

muka dia mcm oni dah...

Shu @ Mrs. Hamid said...

Aie pun gebu ape.
Cha, situasi kita ni lebih kurang serupa je. Cuba sehabis baik.

shay said...

tembam giler... geram sungguh la...

anisalya said...

anak yang breastfeed ni lagi rapat dgn mak. akak dulu pun ada kes hampir putus asa jgk utk first baby. ye la. kita tak pandai. nurses kat hospital pulak tak ajar. tp alhamdulillah... okay je sekarang ni.

Salina@IbuAqil said...

Labuhnya pp ayie..
Nak skit isi tu bleh..
;)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

btol2, BF mmg terbaik,
eija pun tetap sokong BF w/pun xdapat BF sepenuhnya, tp anak2 tetap nak susu mama nya w/pun dh campur, mlm2 tetap cari nenen mama..hehe

Wah mmg mmbesar bagai johan btol aie..
mcm biasa sgt jeles ngan rambut pacak aie tu..encem sgt..

ch@ said...

eima:
tips? erm, aku buat je apa yg orang kata POWER PUMPING tu. setiap hari pun hasilnya mcm tu juga.

kak ieyna:
btl2, keupayaan menyusukan anak ni tidak hanya bergantung kpd smgt ibu semata-mata. kadang2 terdapat juga faktor2 luar yg tidak kena mengena menjadi penyebab tidak menjadi tegar, mcm saya ;)
takpe kak, sekurang-kurangnya kita kena smgt.

kak nad:
hihiii. kak nad pun salah satu mentor kita tau.rasa sayu bila tgk aie mnm fm.

kak yanti:
stok kita ni, kita ngam-ngam je kak. ada tu stok smpai masuk dlm frezer khas for ASI sahaja.

kak jue:
smua pun kata mcm tu kak.kalau muka oni byk iras abi la.

shu:
insyaALLAH, selagi diberikan rezeki utk anak-anak.

mama shay:
tu la tu, baka mana dia ikut tah.

kak anis:
oh mcm tu ye kak. nurse kat spital ajar, tapi tu laaa masa oni tahan sehari 2 je. blk rmh tahan lagi perah2. masuk minggu 2 fm.

ibu aqil:
boleh2.

eija:
kata eija tu mmg btl. kadang2 dh bg dlm botol, tapiii nak breast gak. nak ngemping bau mak. tu rambut cari makan.

Noli@Ibu Wafa said...

ala comeyla jambul aie..hihi..

ch@ said...

noli:
kesukaan mak dgn kakak dia. abi tukang jeles.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in