Still need to study.

Tuesday, 10 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat lepas, balik kerja terus naik rumah dahulu, bila dah simpan semua kelengkapan terutama susu perahan aku turun semula untuk ambil anak-anak. Then, sebaik sahaja pintu rumah aku buka, SURPRISE!!! 

"ummi, ummi, abiii tu ummi" suara anak dara dah macam tarzan. Hanya pakai pampers sahaja.
"aner adik? ummi aner adik? [mana adik? umi mana adik?]" Oni bertanyakan adiknya. Oh! dia fikir aku pulang bersama Aie. Aku mengeluh, tengok rumah, tengok Oni dan keluar semula. Macam nak menangis. Letih bertambah letih.

Selepas sahaja ambil Aie balik rumah, barula aku menilik Oni daripada atas sampai bawah. Dua kaki, dua tangan, perut berconteng dengan pen. Huaaaaaaa, siapa nak tolong mandikan dak Oni ni. Very the fenat ok.

Melihatkan aku yang dah angkat bakul baju kotor, siap cuci pinggan, sedang melayan Aie barula abi bangun daripada sofa mengajak Oni mandi. Ya, sepanjang hari itu dua beranak tak mandi. Abi tak hantar Oni ke pengasuh. Aku berjaya menahan kemarahan dan abi tau aku sedang marah sebab aku tak tegur dia masa aku balik. Kan? Kita ni, bila ada di rumah pulun buat kerja sampai rumah bersih.

Sabtu pagi, abi pergi kerja. Aku pun masak ringkas-ringkas sebelum dapat pesanan SMS abi mengajak keluar beli barang dapur. Hrmmm, tiba masa sekeluarga nak keluar bersama lagi. Adoiiila. Aku bersiap lambat-lambat dan tunggu sehingga abi balik. Tak larat aku, keluarnya sekejap je tapi nak menyiapkan anak-anak, kelengkapan dorang makan masa yang lama.

Macam biasa, The Mines Shopping Centre, dan macam biasa juga beli barang untuk Oni, untuk Aie. Aku? malas betul nak shopping bila dengan anak-anak kecil ni. Letih mengejar Oni sahaja. Beli barang yang mana nampak je, ambil-ambil-ambil, abi bayar. Aku dah mendukung si Oni yang ketiduran.

Oni kental.

Tahu pula tak mahu bahu abi, nak omaknya juga. Pasrah je le. Aie pun dah merengek-rengek tak puas tidur. Abi yang tolak sambil tolak troli barang-barang. Haih! bila dah dalam kereta barula terasa lega bernafas. Aku rasa, lebih baik duduk rumah sahaja daripada keluar berjalan.

Mok coro.

Apa tidaknya, Aie merengek dah tentula nak breast, Oni merengek nak aku juga, cemana tu? Emak ni dah la 'tough' sangat-sangat. Huuu! Tapiii shopping kali ini agak berjaya jugala daripada kali yang lepas. Huru-hara. 

Lepas ni kalau pergi berjalan macam ni, aku nak pakai baby carrier tu je, senang nak tepuk-tepuk Aie bila dia menangis. Memang nak bawa keluar tempoh hari, tapiii apa nak buat sudah keputusan banyak urat, terlupa. Apapun dah berjaya menggembirakan ini budak, kira ok la tu kan.

Anak bapak.

Mujur aku beli kasut tu dengan mama masa dalam pantang hari tu, konon nak buat pakai raya, huh! minah ni, tengok adik pakai stokin dan kasut dia pun nak juga. Cait.
Nota hijau: Kali ni, aku sama dengan Oni, abi sama dengan Aie. Wiii...

10 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

ibu muda yang kental...semoga terus beusaha dan cekal menghadapi kehidupan seharian...

'memang nak marah..kita balik terus siapkan kerja ..tapi "sidia" melepak"

Lifesaver Hamzah said...

sabar ye cik cha...hehehe...tu dgn anak dua..kalau saya naka 1 pun lintang pukang,anak dua nnt tak tau la..huru hara kot..rambut terus terpacak2.haha

Nida said...

Oni dah pandai jeles kat adiknya ye...

Masya said...

dugaan emak bekerjakan... bile balik nak megemas lagi, nak memasak lagi.. nak menjaga yg baby lagi.. kalau dah diam abi x paham² kt tengah marah xtaulah hihihi.. nsbaiklah abi cha pahamkan...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

rajinnya cha g mines ye..
dulu masa zaman bercinta kami rajin gak g mines..tp sejak dh bekeluarga ni mmg jarang sgt g mines..senang g JJ jerk..

hehehe..cutenye oni, dia jeles la tu x leh tgk adik lebih tu yg dia pun nak pakai apa yg adik dia pakai, sama la mcm zaquan masa mula2 dulu tgk adik dia pakai stokin dia pun sibuk nak pakai stokin, sampaikan stokin adik dia yg kecik tu pun dia nak pakai jugak..

wah aie sedondon ngan abi..merah..:)

Salina@IbuAqil said...

Seronok tgk beapa sukanya cik oni duk atas bahu abi dia.. Hik3!!! Cha, mmg hebat lah dik.. Kecik2 cili api ni namanya.. Kalo akak dh pengsan dh.. Hik3!!! Alahai dik, akak wat adk akak sorng ni nangis lg erk baca luahan akak hari ni? Sorry dik.. X termampu nak pendam kadang2 tu.. Pd blog yg x bleh nk brsuara tulah tmpat nk muntahkan sgala rasa hati tu.. Terima ksh cha sbb setia teman akak menangis.. ;) cha, cerpen jgn lupa erk.. ;D

FieZaLieSa said...

sabar ye umi..klu penat, tgk lak berseph, mmg nk marah..

x tau la sy nnt cm ner..huhu

ch@ said...

kak jue:
tu la tu, kita tunggang terbalik buat kerja. dia hanya memandang sahaja.

pn capa:
dulu, masa ada oni sahaja pun sama. tunggang langgang rasa, tapi bila aie dah keluar, huaaaa. pasrah bkn bererti menyerah.

kak nida:
ye betul.

yana:
itupun dia ada hati nak menambah masa waktu terdekat ni, terus kata bila ada yg ke tiga, so takde aktiviti kita bersama la kan? terus dia tak jadi. hahaaa.

eija:
kita suka pergi sana sbb luas dan ada byk jual barang2 yg harnganya mampu dibeli. masa bercinta dh mmg tmpt wajib. lagi2 tgk wayang. hiii.

tu la tu, suka tengok apa adik dia pakai, lepas tu dia nak sama.

ibu aqil:
skrg dah mnm anlene bagi tulang kuat. skrg ni pun cepat tersentuh hati, tgk gmbr sedih pun dh menangis. kita tgh susun cerpen pendek tu, kertas smua dah beli.

fiezaliesa:
hiii, kena bersabar juga sebab oni tukang ikut apa yg kita buat, jadi tak boleh nak naik hantu sgt.
* redah je.

anisalya said...

reda je la. tp satu je yg akak respek dgn husben walau penat macam mana pun dia still layn anak and still hulur bantuan kalau diperlukan. kecuali kalau dia tak berapa sihat.

ch@ said...

anisalya:
bagus-bagus, husband akak tu mcm kita la. tapi, taktau la abi respek ke takkan? pasal dia blk kerja, mandi, mkn, bc komik, zzzzz. hahahaaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in