Tuesday, 17 January 2012

Sebuah kasih sayang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku jarang cerita fasal opis kan? Aku dikelilingi dengan orang Cina sahaja. Itu pun dorang lebih suka bercakap dengan menggunakan jemari, papan kekunci dan skrin monitor sahaja.

Setiap hari yang kedengaran hanyalan bunyi ketukan di papan kekunci juga lagu-lagu di radio. Itu sahaja. Semua orang tekun membuat kerja masing-masing. Tidak bagi aku dengan Haliza. Salah seorang partner, merangkap kawan sejawatan. 

Orang lain buat kerja, datang angin kitorang terutama apabila naik sahaja bercuti, banyakla topik hendak dibualkan. Potetpotpet gelak-potpetpotpet gelak, itu belum masuk lagi part makan-makan-makan. Dah rasa macam opis sendiri, walhal hanya aku dan dia sahaja perempuan Melayu terakhir dalam opis ini.

Nama pun duduk sebelah kan, takkan nak bercakap pun guna papan kekunci dan skrin monitor juga kan? [kadang-kadang buat juga]. Bila dah berborak dan buat hal, sampai tak perasan pun ada orang lain yang ikut sama mendengar. Alahaiii, kita bukan mengumpat pun. Kita cerita hal-hal biasa je, nama pun perempuan.

So, tengah best-best berborak, tiba-tiba minah ni bangun bentang suratkhabar. Aku ingat dia nak kenduri makan-makan. Rupa-rupanya, dia sibuk hendak membalut hadiah untuk emak tersayangnya. Ooooohhh, tiba-tiba aku teringat akan mama, lama aku tidak memberinya hadiah. Sejak bekerja, aku selalu belanja dia je takpun transfer ke akaun. 

Haliza teman berborak aku.

Inila, jika anak perempuan kan? punyala hendak membuat emak gembira. Tak kisahla berhabis berapa pun. Walhal seorang emak itu sudah cukup gembira apabila melihat anaknya, pandai menjaga diri sendiri, sihat, selalu bertanya khabar, selalu menjenguknya [aku ikut suami], sentiasa mendoakan kesihatannya. 

Emak tak akan minta hadiah yang mahal-mahal pun. Cukup sekadar seorang anak ingat tentangnya. 

Takkan la sebagai anak hendak lupakan jasa dan pengorbanan seorang emak tu macam tu sahaja kan??? Tepuk dada tanya selera. Tiba-tiba aku teringat diri sendiri. Alhamdulillah, senang hati aku bila mama berkata:

"Semua impian mama dah tercapai. Sekarang ni, mama nak hidup biasa-biasa je. Awak dengan adik belajar sampai diploma. Awak dah ada keluarga sendiri dan dah tau macam mana perasaan menjadi emak. Cukup bila tengok anak-anak dah ada berjaya dan ada kerjaya sendiri. Syukur"

Dalam usianya yang mencecah 50 tahun [tahun ini] dia sudah pun mempunyai sepasang cucu. Ihihiiihiiii. Uiii tak sabar nak balik Johor macam ni.

Comot dan Coro. [pakai baju aunty Stoberi]

Apa yang penting, sebelum orang menghargai kita, kita perlula menghargai orang terlebih dahulu. Oleh itu, aku perlu menghargai dua orang budak ini termasuk abinya sekali sebelum apa-apa terjadi. Kan? kehidupan itu warna-warniii. Wiiii.

Sekian.

18 pasang kaki

betul kak..
xde ape yg lebih menggembirakan hati ubu selain ingatan dan perhatian dr anak2..

17 January 2012 11:47

betul..tetiba ingat kat mak kat kg..sedih weiiiiiiii...

17 January 2012 11:54

apa lagi harapan mak ayah.cukup nak tgk kita bahagia,itu pun dah cukup bg diaorg

17 January 2012 11:59

nape entry ni berbaur syahdu ni.. huwaaaaaa nak balik johor gak la jumpa mak i. rinduuuuuuuuuu

17 January 2012 12:26

baru call mak tadi..tp xterangkat..bila dah bace entry nih call mak sekali lagi..tak angkat jugak..mak duk kat dapo agaknye..
.
thx ch@..so sweet la u..

17 January 2012 12:38

hargai lah ibu sementara masih ade....


aie isap jari ?? cam alisha la

17 January 2012 14:14

syg mama ketat2 :)

17 January 2012 14:28

betul cha... mak tak mengharapkan apa2 balasan dari kita selain kasih sayang yg berpanjangan... dapat tgk anak2 dan cucu2 bahagia pun mak dah cukup gembira...

ohhh... tiba2 rindu mak wpun baru je balik kg..

17 January 2012 15:57

hargai lah seseorang...
insyaAllah kita akan di hargai..

=New Entri====
http://kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/follower-tu-penting-ke.html

17 January 2012 16:43

mama, miz u sooo much ....T_T

17 January 2012 16:54

agree ngan cha. a mother only hopes for her children to be happy. skarang dah jd mak baru kita betul betul paham benda ni kan? asal anak happy, kita pun happy. mak mama nak dtg kl wkend ni, yay! :-)

17 January 2012 17:45

btol tu cha, mak ayah kita dh cukup bangga bila tgk anak2 dia berjaya depan mata dia, bila dh pnyer keluarga tugas kita pulak pikul tanggungjawab yg selama ni mak ayah kita buat utk kita.

Muda lg mak cha..

Aie skrg ni stail rambut pacak jerk..encem, Ziqry rmbut x leh nak pacak la..

17 January 2012 18:42

betul..perlu hargai orang2 tersayang semasa hayat mereka masih ada...

hendak diri dihargai, perlu pandai menghargai orang dulu kan..^_^..betul3x..

eh Coro isap jari je..hee~ comel mereka~

17 January 2012 21:22

setuju sgt hargailah org tua yang membesarkan kt selagi hayat mereka masih ada.... sesekali dapat blk kg mesti seronokkan... kami ni setiap minggu pun balik hihihihi.... sbb kg dekat jer...

18 January 2012 09:03

ieyla, noli, eB:
bagus-bagus.

kak jue, kak izan, liza:
hah, tipon cepat-tipon cepat.

puan capa, kai:
betul-betul.

kak eda:
saje je, masa awal entry tadi nak cerita pasal kawan2 opis. tiba2 bertukar emo lak ke emak.

eima, kak ieyna:
bagus sekali.
aie bukan takat hisap jari je, tapiii siap penumbuk masuk dlm mulut.

kak nani:
bestnyaaa. mama kita dah datang hari tu. so turn kita kena balik pula.

eija:
eheh. muda? dia kawen muda.
itu rambut cari makan tu.

18 January 2012 09:38

hargai la ibu kamu. huhuhu... bersyukur kan sbb ada mak lg.

18 January 2012 10:42

Haa..baru ada kesempatan jenguk umah ijo ni.. Oh..mujo muat baju anak2 auntie nih. Hiksss..

Cha, akak siap tunjuk gmbr ni ke asben akak, kata muat pun baju yg kite beli tu. Hiksss.. shoo shuweett... :D

18 January 2012 19:48

anisalya:
betul sekali.

kekda:
ehehehe thanks kekda.
ada byk lagi gmbrnya tapiii mcm kena parkinson smua gegar. nnt ambil lagi bila dorang pkai.

18 January 2012 21:44
Post a Comment
 

Copyright © It's Umi Journal. Designed by Whitey Mommy