Oni lagi.

Friday, 20 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huyeee, today last day kerja. Harus semua orang punya mood dah ke laut. Tidak sabar untuk bercuti selama satu minggu. Yezzaaa satu minggu. 

Akhirnya, my demok Aie demam juga. Demam minta upah agaknya. Sudah mahu pandai meniarap, hisap jari apatah lagi sampai penumbuk pun dia masukkan dalam mulut. I love his smile soooooo much. Sweet sangat-sangat. Abi akan bawa dia ke klinik tengah hari nanti. Thanks abi. 

Pertama kali bekalkan Aie, Air Susu Ibu hasil perahan di opis. Aku bekalkan 3 botol [2 botol 5ozs dan 1 botol 4ozs], kalau tidak cukup boleh bantu dengan FM sedia ada. Terima kasih kepada kak Ana yang sama-sama support untuk bagi Aie susu ibu. Aku jadi makin bersemangat nak buat stok banyak-banyak-banyak. Doakan aku ye kawan-kawan.

My little Oni, buat perangai lagi. Kalau hari tu dia mancing ikan di akuarium abi, semalam dia buat losyen gula-gula, pagi tadi dia beri susu pada ikan pula. OMG anak niii. Apa yang ada dalam minda dia? punya la extreme. 

Malam tadi dia minta aku nasi. Mahu makan nasi katanya. Aku pula malasnya nak memunggah dapur tu dan telefon mamak je la. Malangnya nasi sampai Oni pun dah terlelap. Nasi goreng USA aku tinggalkan sedikit untuk dia, mana tahu dia minta lagi selepas dia bangun.

Jangkaan aku tepat, dia bangun mengejut aku dan minta nasi. Aduhai anak. Jam 2.30pagi aku melayan dia makan. Keletang-keleting bunyi sudu berlaga pinggan. Oni dah besar, sudah pandai makan sendiri. Ooohhh, umi tidak percaya kamu sudah besar Oni.

Habis sepinggan, dia minta lagi. Sedap katanya. Dasar anak kenan mamak, makanan mamak pun jadi sedap. Muahahaha. Siap makan dia minta ais gas abi dalam peti sejuk. Budak ni perut liat, bedal apa saja. Aku malas nak layan, aku beri je air susu coklat tuang dalam cawan dia. Hahaaa. 

Dan aku sediakan susu letak sebelah tv dia. Pesan pada dia sekali ni susu Oni, hanya dibalas dengan anggukan sambil sedut susu coklat. Aku masuk tidur semula. Tidak lama kemudian...

Oni masuk bilik kejut aku, sambil nangis-nangis. Eh? apahal?
"kenapa?" aku sudah suspen. Bangun juga sebab dia dah pimpin tangan aku. Ke ruang tamu. 
"tu..." dia menunjuk akuarium abi. OMG... Oniiiiiiiii....
Takut kena marah, punca sebab dia menangis. Apa yang aku nampak adalah botol susu Avent dengan sisa susu sedang terapung dalam akuarium. Adoiyaiii! Air akuarium tu hampir bertukar keladak. Aku nak gelak ke, aku nak marah ni.

Sebab aku pun naik syok tengok botol susu tu terapung-apung then pada masa yang sama aku terfikir, mungkin botol susu tu terlepas daripada tangan dia lalu termasuk dalam akuarium. Alaaa, benda sudah jadi. Malasla aku marah-marah, buat cepat tua aja. 

Aku ambil botol susu dan rendam dengan air suam. Adoiii, ada dia beri ikan minum susu. Hahahaaaa. Lepas tu dia ajak aku mandi. Elok aku bersiap-siap, dia sudah bersimpuh makan limau depan tv. Oni-oni. Suka buat perangai bila abi tiada. Tau-tau je emak ni kalau marah memang tidak ke mana-mana.

My Vanilla Coklat ;)

Bagus juga perangai Oni ni, hari-hari aku ada entry nak cerita fasal dia. Maafla kepada yang meluat tu eh? well mana tahu, bosan membaca kerenah anak dara aku ni. Hahaaa. Sebab aku rasa, Oni ni lain daripada anak perempuan orang lain. Cabaran menjaga dia, macam menjaga 2 orang budak lelaki. Feninggg.

Nota hijau: Happy Chinese New Year pembaca blog hijau. ;)

20 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

serius setiap kali baca kisah oni..akak jadi ketawa sendiri....pastu siap boleh banyakkan keadaan si oni nie...
i love u so much ONI....

.: iEyLa :. said...

hihi..ntah2 oni nak bg kaler air dlm akuarium tu putih sket kot kak..hikhik..
comey je oni..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

eheheh takpe akak suka baca..akak nak gak taip cam cha tapi takde kelapangan..rafiq pon camtula cha..ari2 suka berjaga kang dtg kejut..nak ashi (nasi), nak air, nak oti (roti)

cha akak rasa ade problem ngan blog akak..nape ntah huhuh

eima said...

ape la dlm pala oni kan..mesti die pk ikan pun nk gak minum susu kot....comey je ...

fahim ngn oni jauh beza fahim kerja die main games je ... pastu nyakat mama suruh mama ...klu die tak kena marah tak aman idup gamaknye

Masya said...

suka baca kisah cha dgn oni ni.. ani mmg extream.. kalah anak kt amir...

Salina@IbuAqil said...

Alololooo cik oni kesayangan ku.. Hik3!!! Teruskan cerita pasal dia cha.. Akak suka.. X jemu pon.. Extrem sggh ank dara sorng ni.. ;)

Noli@Ibu Wafa said...

oni mmg terbaekkkk wok!!hihihi..noli tak meluat..malah seronok baca..ade pengajaran yg boleh diambil..hihi..teruskan menulis...
.
perghh komenku...haha..
.
selamat bercuti ch@ sefemeli.. ;)

mamalieyna said...

cha.. lg rasa terhibur stp kali baca kisah Oni...mmg dia lain eh peelnye..mmg mencabar tu cha nk handle..hee~.. pagi2 buta plak buat ituini..ihiks..nak marah tak jdi ye..

Aini Azman said...

hahaha mcm2 la oni ni,.
eh kak,. blog akak, tulis je apa yg akak suka,.siapa yg tk suka tu tak payah la baca kan,.hehehe

LIKE =)

Lifesaver Hamzah said...

heeeeeeeeeee :D


oni2..untie harap oni dah besar nnt tak buas2 dah tau..nnt baca entry umi buat utk oni.hehehe

eB ezrin said...

aper ader hal org len meluat. nih kan blog kiter. :)

Lily@MamaZaraZareef said...

zara pn jenis suka tido lewat tau.kdg2 memang biarkn die main sorang2 je sbb mamanye dh tdo dulu. tp mujurlah jarang2 die wat aksi pelik. kalau tak mau meroyan mama die nanti..:P

Alza Abdullah said...

tapi perangai oni yg mcm2 ni wat umi dy sentiasa bhagia kan2

Izan Ishak said...

samalah ngan k.izan kalau baca kisah kakak oni boleh jadi senyum n gelak2 sendiri. sampaikan affan afnan yg tgk pun pelik. napa ummi ketawa tu...

catatan buat kenangan dia dah besar nanti kan cha. tak mungkin benda2 ni akan berulang lagi bila dia makin besar nanti... sweet moment anak2....

ch@ said...

kak jue, eima, yana, kak ieyna:
hihiii, tu la perangai dia lain drpd yg lain.

ieyla:
sampai akak pun ikut teruja menengoknya.

kak rose:
bila anak2 mcm tu terasa btl seperti kita tak beri makan, walhal dia dh mn berkoyan-koyan. teringin agaknya kan kak.
*kenapa blog akak tu? ok je kita tgk.

ibu aqil:
thanks for ur support ibu. love u.

noli:
hahahaaa, tah ikut pangai siapa gaknya, kita kekecik pemalu sungguh.
*selamat bercuti kpd awak juga.

aini, eB:
terima kasih sudi baca blog hijau, syg ketat2.

puan capa:
cemana reaksi dia gaknya kan? bila dia baca semula. insyaALLAH, naik sekolah menengah kita beri dia baca.

kak lily:
kita dah jadi smua superhero, hulk, tarzan, apa lagi? dia bkn takut mak dia marah.

liza:
betul sekali. hari2 ada modal nk bercerita fasal dia.

kak izan:
oni ekstreme. kita yg merasainya, feninnn. mmg nk gelak tapiii kena control bg dia tkt. haremmm tak jadinya.

anisalya said...

feel ank2 ni mcm2. geram semuanya ada. tp kena pandai2 la maknya tu kan. tp mata dia blh la bertahan tak tdo ek. hebat btl la anak dara srg ni.

ch@ said...

anisalya:
buat masa ni peratus geram tu yg lbh byk berbanding peratus sayang masa dia kecil. sabarje la kan kak kan.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hahahha..oni2, skrg ni anak lelaki ngan perempuan mmg dh sama, sama2 lasak..

rumah eija ni xde akuarium, agaknye kalau ada akurium mau hero2 eija lakukan perkara yg sama

cha terruskan jerk menulis ttg oni, nnti oni dh besar boleh baca...:))

ch@ said...

btl kata eija tu. sama2 naik. tunggula aie tu bsr esok, mau pengsan mak dia ni.

kayna said...

hhahaha... kelakar pun ada..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in