Hanya cerita biasa.

Wednesday, 11 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alkisah apabila pendukung baby untuk mendukung Aie apabila Oni tidur dalam stroller tertinggal di rumah kak Ana. Tidak terfikir langsung untuk periksa beg baju anak-anak masa ambil dorang pada sebelah petangnya.

Pada hari yang sama, abi telah pun sampai ke Penang kerana hal kerja. Lega sikit sebab tidak perlu berkejar-kejar untuk menyediakan makan malam. Melayani Oni, melayani Aie macam biasa sambil otak ligat berfikir macam mana nak hantar anak-anak pada pagi esok.

Yang menjadi masalahnya ialah sekiranya Oni tidur, stroller hanya boleh memuatkan dirinya seorang sahaja, macam mana nak tolak stroller sedangkan aku hendak mendukung Aie? Erkkk. Aku cuba minta pendapat daripada abi, dia pun tak boleh nak fikir. [mungkin dia tengah sibuk waktu aku call]

Tiada pilihan terpaksa juga meninggalkan Oni yang sedang tidur sekejap, dan hantar Aie terlebih dahulu. Ok fine. Tapi, selagi yang namanya esok pagi belum tiba, otak aku masih lagi mencari alternatif sambil buat kerja-kerja rumah. 

Dak comot dan coro. Sedang membuat pakatan.
 
Hari dah makin larut malam, sempat jengah blog dan FB sekejap sebelum tutup lampu dan masuk tidur. TV masih lagi terpasang dek Oni sibuk nak menari menyanyi. Sedang aku berborak-borak dengan Aie di dalam bilik, tiba-tiba telinga ni terdengar bunyi yang mencurigakan. Suara Oni pun sudah tidak kedengaran lagi ditenggelami bunyi kocakan-kocakan air. Musykil dengan keadaan aku bangun juga.

Mencari Oni di ruang tamu, tak ada. Aik? 
"Auniii... Auniii... Auni kat mana?" panggil aku. Masih tertumpu pada ruang tamu, berkemas sikit-sikit.
"apa... " jawabnya pendek. Terus mata aku terarah kepadanya. SubhanALLAH, ALLAHuakbar. Aku beristighfar banyak kali.

Aku tidak mampu meneruskan kata-kata, aku tidak mampu untuk marah empunya diri apabila direnungi muka tidak bersalahnya. Apa dia buat? dengan hanya berpampers, menggunakan ranting kayu bunga perhiasan mak dia, dia duduk atas meja akuarium abi. Ya, dia sedang memancing ikan milik abi dalam akuarium. Huaaaaaaa.

Terus aku ambil empunya diri, cari semula baju dan seluarnya. Berpeluh-peluh, dia bermain seorang. Aku buatkan susu, tutup TV dan lampu, mendukungnya masuk bilik. Dia punya menangis berlagu-lagu. Entah macam mana dia dapat handphone aku terdail nombor abi. Tertekan pula loud speaker. Hah! apalagi. Bermulala sesi adu-mengadu sebelum dia tidur dalam pelukan aku.

Jam 6 pagi, abi balik dan aku bersiap macam biasa. Agak lega sikit sebab abi ada mungkin dia boleh hantar Oni, sebaliknya dia menyuruh aku juga yang menghantar kerana dia baru sahaja hendak melelapkan mata. Jadi, terpaksalah aku turun hantar Aie dahulu, sebab Oni masih tidur. Bila aku naik ke rumah semula, elok pula Oni dah tunggu depan pintu. 

Biasa macam ni la. Peace yo.

Bertuah punya Oni, kalau bangun tadikan tidaklah perlu aku berulang-alik, turun naik berkali-kali. Sabar je la. Dan bermulanya kejadian seperti ini, aku telah pun mengambil susu Anlene untuk mengelakkan kerapuhan tulang. Di ambil seawal mungkin ye, pasal umur hampir tukar angka depannya.

Ini adikkk.

Aku bukan mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku seorang iron-lady, tapi aku hanya mahu berkongsi cerita sahaja bahawa kehidupan aku sungguh menarik dan berwarna-warni. Aku hanya ingin cuba berfikiran sepositif yang boleh supaya lebih menarik lagi. Rasanya, ada lagi orang yang lebih susah dalam menjalani kehidupan harian berbanding dengan aku. 

Happy and thanks for reading keluh kesah makcik ni. Senyum, tak perlu kata apa-apa.

11 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

comelnya mereka berdua...siap pakai baju sedondon serirama lagi tu..

Lifesaver Hamzah said...

adui......ssh hati jgk kita...lasak jugak cik oni...bagus jgk cha..leh kurus badan camtu..hantar kat capa la.haha

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

comelnya....
suka tengok yang pakai baju sama tue..

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

ha tula dia nye cha oiiittt
akak ni if somi outstation mmg huru hara rumah tu
rasa nak benti keje pon ade muahahahha

Masya said...

suka gambar yang akhir tu.. bukan main lebar lagi oni senyum...macam bahagia btl dia...

mmg cha tersangatlah kuat semangatkan.. sebab u suka singgah baca cerita cha dgn anak² kat sini....

eB ezrin said...

kembar la :)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hahaha..lawak la oni ni pandai plak dia try untuk memancing ikan..

aie yg encem dgn gaya rambut pacak..& adik beradik yg cute bila sedondon..

kita menulis untuk catatan kita kan, biarla org nak perprasangka yg bkn2 selagi kita tahu niat kita.

Salina@IbuAqil said...

hik3!!! iron lady.. mmg penuh warna warni :D akak suka.. ;)

ch@ said...

cikmot:
semua pun sedondon, cuma satu je la yg seiramanya.

pn capa:
mlm pulang kat emak dia smula eh, bntl golek i tu.

kak jue:
hiii. tekan butang like ye kak.

kak rose:
hahahaaa. btl skali. rasa nk jadi tarzan, hulk smua yg jejeritla.

yana:
itu senyum puas hati namanya.
kadang2 ada org tak suka kita terlalu menginterframe, tu yg kena buat nota kaki.

eB:
hahaaa.

eija:
tau takpe, pening pala mak dia tgk.
hahaaa, zaquan ziqry kalau sama lagi comel.
thanks eija.

ibu aqil:
hiii, blushing.

anisalya said...

ambik anlene jugak tp kadang2 ingat nak minum kadang2 lupa. hehehe...

ch@ said...

anisalya:
kita beli yg air kotak tu kak, perisa coklat lagi, sedap lak tu. ngeee. sehari 2 kotak. nak bancuh punya la malas.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in