Aie's sweet sister.

Thursday, 19 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oniii, hah kan sudah kena mandi jam 4.30pagi. Fadan muka, siapa soh buat perangai. Eeee... dak ni kannn. 

Oh! bertenang-bertenang, ini bukan mendera ye, tapiii takkan la aku nak biar dia melekit satu badan sampai jam 6.30pagi? [waktu biasa dia mandi] ada kena gigit semut kang. Isk...isk...isk.

Actually dia sudah masuk tidur awal malam tadi, aku tinggalkan dia dengan kartun then tidak lama kemudian aku angkat masuk bilik, tidur sama-sama dengan Aie. Aku anggarkan dia akan bangun esok pagi terus. Macam biasa, aku kemas rumah, cari makan, online. 

Tengok-tengok, dia bangun pergi cari botol susu. Buatkan susu, then ajak balik masuk bilik. Hrmmm, takde maknanya ok, dia nak tengok tv lagi. Ok, aku layankan dan terus masuk tidur. 

Tidak lama kemudian, dia kejut aku. 
"ummiii angun-angun" sambil gegar-gegar badan aku yang tengah syok peluk Aie. 
"iya, sayang umi nak apa?" control suara sambil buka mata sikit je.
"ngok ni, ngokkkk [tengok ni, tengok]" sambil tunjuk bekas gula-gula dengan tapak tangan.
"kenapa?" aku tanya semula sambil perhatikan dia yang sudah tidak berseluar. 
"ngok niii, niiii [tengok ni, niiii...]" sambil goyang-goyangkan lagi bekas gula-gula yang dah kosong. Aku dah pun bangkit. Mesti ada helah lain yang dia buat ni, sebab seluar pun dah hilang. 
"buang la tu, mana Auni jumpa?, buang dalam bakul sampah tu" arah aku dan dia patuh terus sahaja berlari pergi ruang tamu.
"ngok ni ummmmii, ngok wiwi [tengok ni umi, tengok tv]" tunjuk dia. Huaaaa, kan dah betulnya. Gula-gula tu, di cairkan dengan susu, sapu pada skrin tv. Ok Oni, tahniah. Berjaya membuat emak mu ini naik marah. Hajat di hati nak mencari dan memakaikannya seluar semula. Tapiii, lain pula jadinya. Aku kemas semula ruang tamu yang berantakkan tu.

Setelah seluar bawah kusyen dijumpai, 
"papesh noh [pampes penuh]" katanya lagi dengan pegang Drypers yang dipakai.
"pergi ambil pampes Auni" arah aku dengan suara perlahan. Takut Aie pula bangun. Bila aja dia baring, aku rasa kaki sehingga pehanya, melekit... agaknya dia sapu gula-gula tu satu badan dia macam losyen. Rasa lagi tangan dan baju, memang sah semuanya melekit. Adoiyaiiiii. Then, aku pura-pura merajuk.
"Auni mainlah dulu, karang pukul 6.30pg baru mandi" suara aku. Dia dah terkebil-kebil pandang aku. Ah! muka sedih tu. Mulala buat emak ni serba salah.
"andiiilaaa [mandila]" katanya kepada aku yang memandang dirinya dengan mata singa.
"Auni, ini pukul 4pg, Auni nak mandi? Sejuk tahu?" kata aku lagi. Dibalas dengan anggukan. Mesti dia pun rasa sudah tidak begitu selesa. Memang melekit gila wei.
"ilik air, ukak aju [bilik air, buka baju]" sambil tunjuk bilik air. Okla dah tuan punya badan rela hati, aku pun buuurrrrrr siram. 

Habis satu part. Dia minta susu lagi. Then, tengok tv lagi. Minah ni, mata tidak mengantuk kah? Kena belajar tahan mengantuk dengan Oni ni. melayan dia, sampai aku pun terlajak bangun pagi. Aku tengok abi dah pun balik, entah bila agaknya dia sampai rumah. Harus Oni yang menyambutnya.

Masa aku mandi, Aie dah merengek. Rasanya Aie ni tidak sedap badan, tekak nya sakit sebab dia lebih banyak tidur. Direct BF pun sikit je dia minum lepas tu tidur. Kadang-kadang dia batuk tidak berkahak. Oohhh Aie usahla kamu demam, nanti susut itu badan.

Aku mintakan Oni ambil 'car seat' untuk Aie. Bagusnya Oni. Kalau tadi aku mengamuk dengan dia, masa aku bersiap ni dia jaga adik dia dengan baik.
"angan angish adik, ummmi akai aju [jangan nangis adik, umi pakai baju]" terharu tak dengar? Lagi-lagi dia duduk bersila depan Aie sambil tepuk-tepuk, goyang-goyang mainan untuk adik. 
"pandai Auni, jaga adik sekejap ya. umi kemas barang-barang" aku hilang di dapur. Mengorek ice-pack, packing pumping dan sebagainya.

Bila keluar daripada dapur, tengok-tengok Aie dah pun ada depan TV. Masya-ALLAH, punyala kakak tidak sampai hati hendak meninggalkan adik seorang dalam bilik kan? 

Oni tarik car-seat tu daripada bilik sampai depan tv. Dia duduk sebelah adik gengan tangan penuh mainan untuk Aie. OMG. Berkali-kali aku gosok mata tidak percaya. Memang iron-lady. Aku pun pantas aja buat apa yang patut untuk cepat-cepat keluar daripada rumah. Sempat bekalkan Oni honeys star. Dia nak limau, aku malas nak mengorek dalam kotak. Takkan lagi nak breakfast limaukan?

Kasihnya Oni.

Aie pun steady je bila ada kakak.

Sama lak memek muka korang ni, itu la car-seat yang Oni tarik dengan Aie di atasnya.

Melayankan Oni, semua pun jadi lambat. Semua jalan pun jammed hari ni. Tapiii, bila duduk dalam kereta melayan perasaan teringat keletah Oni, aku rasa nak menangis. Dia yang terbaik walaupun perangainya di luar jangkauan mak dia. 

Macam mana dia boleh terfikir nak cairkan gula-gula, sapu di tv, sapu dikaki, sapu satu body??? ooohhhh....

20 pasang kaki:

ka . ka . mim said...

kelakar lah oni... mcm iman gak... suka wat benda pelik2.. mmg umur time ni diorang nk explore... kekadang biarkan jer... malas nk marah2... nnt terbantut lak idea kreatif diorang kn? xpe la bersusah2 dulu... nnt diorang dh matured diorang tau la nk tolong kita

anisalya said...

aktiviti biasa budak2 yg tak nak mkn gula2 tp nk buat main je. kdg2 dilenyeknya smp mak yg tgk ni jdk geram je. huhuhu... a gud sis la auni ni. sgt syg adiknya.

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

samela kita cha.rafiq tu kdg2 kita geram ngan dia tapi bila tgk dia jaga adik kdg2 dengan elok..ras nak nangis huhuhu

Masya said...

pandainya akak oni tolak car seat tu.. aie pun elok jer.. tak menangis mcm paham akak dia yg tolak... ajak tgk tv sama²...

budak² baya oni ni mmg macam² nak dicubanyakan.. suma kt ni jer kena pandai kawal emosi nak marah..

@e_da said...

terharu tau unty baca ni oni...sib baik pulak masa oni tarik adik tu adik tak jatuh ke apa... pandai kakak oni syg adik.. jaga adik lek lok tau...

mamalieyna said...

aduhai....terharu pun ada..part nak marah pun ada ni..hee~ apapun cobaan ye..

tp part take care adik tu mmg leh buat kita tersentuh kan..kecik2 dh pndai..arif pun kengkdg cenggitu ler jugak...

Izan Ishak said...

kerenah oni ni buat aunty izan senyum sendiri tau... bijaknya dia. semua benda dia nak buat dan explore.

paling tak tahan bila dia boleh sapu gula yg dicairkan ngan susu tu satu badan. agaknya tgk selalu ummi sapu losyen ni...

sayang betul dia ngan adiknya kan. takmo tinggal adik sorang2 dlm bilik. kuat tu dia tarik carseat dari bilik sampai depan tv....

oni ni mmg kakak yg hebat dan penyayang...sejuk perut ummi mengandungkan dia...

Nida said...

Beginilah kalau ada anak kecil Cha... dugaannya lain, kalau dah besar lain pula..

eima said...

slh satu proses pembesaran oni tu ....

adek mesti slalu tersengih klu kakak/abg ade kat sblh kan.....

kasih nye sorg kakak ...

fahim takat jerit bgtau aku je yg ade die nangis ..hukhuk
sbb itu je aku srh die buat .... aku risau kang die angkat adek die ke ...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

good job ani..terharu acik jue baca kisah umi oni..kakak yang baik..tak tinggalkan adik...
umi ...oni nak belajar mcm mana rasanya pakai losyen gula2 ngan susu...

PUANSTOBERI said...

terserlah ke kakak an Onie. muah..muahh utk onie n aie :)

Noli@Ibu Wafa said...

part atas tuh..oni mmg kelakar..mmg kreatif dan inovatif..agaknye dia nk reka losen boleh sapu dan boley mkn sekali..hehe
.
part bawah tuh..oni mmg suwiittttt..terharu jugak rasa di hati nih..muahhkan oni tuk noli yer..tq..hihi

Lifesaver Hamzah said...

hehehe...oni oni...sabar ye ummi oni..walaupun dia byk perangai..dia seorang kakak yg baik!percaya laaaaaaa~ hehehe

Aini Azman said...

hahahaha~
kelakar la si oni ni, mcm mana la muka dia kene mrah dgn akak..msti buat muka innocent je,ha3

wahh..tembam btol si adli kecik ni!haha

ch@ said...

mira @ ka.ka.mim:
betulla tu, oni niii kalau mak dia yg marah, dia bkn reti takut pun.

anisalya:
makan dua tiga biji, selebihnya buat main. ini, dah sorok tah mana dia terjumpa semula. gaya penyayang dia, macam abi.

kak ros:
kadang2 kita geram dgn dia, dia marah, dia lepuk adik. hahaha itu kaluuu mak bertukar singa.

yana @ masya, kak ieyna:
tu ar, lagi2 dia buat muka kesian. cistart, mmg kalahla mak dia.

kak eda, kak jue:
kita suka tengok dia kiss Aie.

kak izan:
kita sendiri terkejut, kuat betul dia tarik car-seat tu. fikiran dia ni tak terjangkau dek akal. sebab tu kita takut nak lepaskan dia ke mana-mana. kena sentiasa perhatikan.

kak nida, kekda:
kita cuba jadi yg terbaik, beri yg terbaik, guide dia menjadi yg terbaik kak.

eima:
if oni nak angkat adik dia biasanya dia dgn aku atau abi. sbb kalau aku atau abi pegang aie, baru dia minta. kalau tidak mmg dia tidak peduli langsung adik dia, kecuali kalau aie nangis.

noli, puan capa:
tunggu wafa dan uwais besar, kita tengok apa dia buat. adakah mewarisi oni??? jgn lupa update.

aini:
hahaha...dia tak takut ngn mak dia la aini. aie demok.

Lily@MamaZaraZareef said...

carseat sama la ngan zareef punye..^-^..nway,mcm2 akal oni yek..leh plak sapu gula2 kt tv..heheh

ch@ said...

kak lily:
wah-wah-wah smuanya sama ni kak, apakah kita dilahirkan pada tahun dan bulan yg sama juga? hiii, carseat ni maksu dorang punya, turun temurun.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hahahaha..bdk2 skrg ni mmg selalu buat benda yg kita x jangkakan, slh satu cara pembelajaran diorang, diorang ni pun pandai try n error n tgk ape yg akan jadi...hehehehe

Zaquan pulak dulu pernah abiskan minyak telon adik dia campurkan dgn bedak smpai abisla satu bedak ngan 1 minyak telon tu kononnye jd bedak sejuk, yg tension tu mmg diorg wat keje time kita leka wat keje lain/tertido, diam2 jerk dia wat keje..selalunya kalau anak kita tetiba diam jerk tu..msti ada kerja dia tgh buat...

ch@ said...

tu la tu. mulut tak bunyi tapi kerja berjalan, bgs kalau diaplikasi bila kerja besar nnt. masa kekecik ni mmg bikin omak feninje la.

kayna said...

hahaha.. anak kayna, si kakak tu panggil tv.. wiwi.. samalaa.. kihkihkih

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in