Kad raya daripada geng hijau.

Saturday, 27 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye pasti dah ada yang mulakan perjalanan pulang ke kampung, aku? masih steady lagi, belum packing belum apa-apa lagi, hahaaa. Abi kerja la, kasi dia setel kerja dia dulu.

So dek kerana masing-masing dah mood raya, makanya aku pun nak tayang gakla kad raya yang telah mencetus kontroversi antara aku dengan PA, Jeanne - dia jeles asyik kena amek surat untuk aku je. Ngehehe.
Datang daripada Bonda Wiya-selagi baby belum keluar. Atau kakFaizzah atau kakLong. Tahun ni aku sangat berharap berpeluang untuk bertentang mata dengannya. Saban hari berjanji, tapi suanya tidak juga sehinggalaWiya dah makin cerdik, dah makin petah dan besar. Maafkan daku bonda. Hihiii.

It's green, siap ada duit raya for Oni. Terima kasih bonda. mmmuah.


***************************************************

2nd card come from, kekDa atau pnStoberi. Kesian kekDa ternanti-nanti kad raya dia sampai kepada aku. Katanya nak buat surprise tapiii agak terlewat sampainya.

Cantik tulisan tangan kekDa. Love it, jatuh chenta. Terima kasih kekDa. Terharuuu.


****************************************************

3rd card from Bee. Sampai hati ko kata aku tak geng ngan ko Bee. Sob-sob-sob. Aku bukan jenis cepat lupa kawan. Aku ialah orang yang menghargai persahabatan. Cuma, kekangan masa, kekangan persekitaran, kekangan kesihatan yang membuat aku terlupa seketika. Biasala, aku blogger biasa-biasa je. Kadang-kadang mengalami kemurungan juga. Manusia.

Kad raya kartun. Ahaks macam ada maksud tersirat je ni Bee. Hehehe. Terima kasih Bee.


Sekian sahaja kad raya 2011, mungkin. Mana tau naik raya ada orang sudi nak hantar lagi kan? hahahaha. Apapun selamat beraya korang. Mmmuah-mmmuah-mmmuah.

Hutang kasi selesai.

Friday, 26 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari terakhir bekerja. Masing-masing dah ingat nak kemas rumah, packing baju, packing kuih, aku? masih cool lagi, hari ni aku jadi panda, tak cukup tidur. Setiap jam tersedar dek sepakan padu litle coro 33 minggu ni, makin besar, makinlaaa buat mak dia tak tentu hala.

Yang seoarang lagi dah bawa hati, bawa diri. Tidur pun dah tak mahu dengan mak dia, nak tidur sendiri dan depan TV. Balik pula si suami yang pun bawa diri, dah tak mahu bangun sahur. Maka, tinggalla emaknya melaksanakan sahur bersendirian. Sob-sob-sob.

So, hari terakhir untuk melaksanakan hutang piutang sebelum cuti raya, undi tapawe, duit kuih raya, hutang pengasuh, hutang pembuat baju, hutang sana-hutang sini supaya dapat cuti lama dengan tenang hati. Kata nak beraya kan, so harusla bergembira.

Aku belum kemas-kemas lagi, semuanya slow and steady. Malas nak terkejar-kejar. Lagi-lagi bawa orang ni, cepat sangat lenguh kaki, sakit pinggang, sakit tulang, sakit belakang, hah! macam-macamla gejalanya selagi dia tak lahir. Takpe-takpe aku ok je.

Kepada semua yang berhari raya, semoga selamat pulang ke kampung dan selamat juga kembali daripada kampung ye. Beringat dan berhati-hati bila nak buat sebarang kerja. Maklumla bahaya tak kenal siapa. 

Selamat bercuti, selamat beraya, selamat hari merdeka, selamat pergi dan balik, selamat hari-hari. (5S daripada aku). Daaa.

Berkumpul lagi.

Thursday, 25 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Hari Raya, selamatla beraya, selamat collect duit raya (ada ke?), selamat pulang beraya. Eh? selamat hari kebangsaan juga ye, MERDEKA. 31 bulan 8, 57 hari mulia negaraku MERDEKA. Ok dah agak keterlaluan intronya ni.

So semalam, setelah menanti ajakan daripada abi yang tak ajak-ajak sedangkan wall FB group PERKEP aku dah penuh sok-sek-sok-sek majlis buka puasa, akhirnyaaa sebelum pergi semalam baru dia ajak. Aku ingat memang dia dah tak sudi nak bawa bini dia ni (belum pernah jadi untuk sesi buka puasa). Berlokasi di Tugu Negara, katanya. Sampai pun dah ngam-ngam waktu berbuka.

Aku sampai terus je landing, baca doa cilok je makanan yang ada atas meja, semua pun diambil oleh suami masing-masing. Sementara nak setting tempat duduk, melayan Oni lagi, rasa apa yang ada dulu. Sate. Dan bila abi tengok aku tak bangun-bangun ambil makanan, dia yang tolong. Hehehe. 

Oni kehausan, baru nak tarik nafas, dia soh pula aku bangun. Apa salahnya dia yang ambilkan untuk aku kan? ambil je aku makan punya. Round pertama, sate dan mihoon. Ok la, sedap sebab lapar. Meja hampir penuh dengan makanan, orangnya ada 7 sahaja. Masing-masing suami yang layan, habis semua makanan diletak. 

Bila dah makan-gelak-bertukar cerita-bertanya khabar, perut aku masih terasa boleh diisi, apatah lagi melihatkan sebelah menyebelah mengambil lauk yang menyelerakan tekak. Asam pedas, daging salai masak lemak cili api, keli berlada, buncis goreng dan ada lagi. Aku pun bangun, pilih punya pilih dan makan. Nom-nom-nom.

Oni? ahaaa dia macam biasala, buat kerja sendiri. Solo-solo je, geng ramai tapi dia sibuk benar mengejar kucing. Masing-masing kagum dengan dia. Lone ranger, suka berlari dan menyendiri. Orang sibuk makan, dia makan juga tapiii lepas tu buat hal sendiri so memang pantau daripada jauh je la. Sungguh senang.

Cerita-cerita, mostly cerita tentang mengandung kerana masing-masing membawa baby dalam perut termasukla aku. Hihiii. Dapat juga berkumpul semua ahli. Biasanya ada je yang tak dapat datang atau ada hal lain, syukur malam tadi mostly ada. 

Untuk para suami, terima kasih kerana sudi mengumpulkan kumpulan isteri-isteri ini. Hihiii. Lain kali jemput kami lagi ye. Kami suka je.

 1st time pose, anak dengan bapa. 2nd time pose anak dengan emak pula.

pnAzua (preggy 7month), pnMuna (Imani), pnZiha (Adam), pnDyla (Rania-anak pnMuna), pnLia, aku (Oni-sibuk kejar kucing), pnUmmi (Nurin, preggy7month), pnEdzna (tunggu hari) dan pnDana (Zara).
TAHNIAH! untuk pnEdzna dan tnIzzat atas kelahiran putera mereka yang pertama. Ahahaha, malam tadi jumpa, pagi tadi dah bersalin. Alhamdulillah. Senior 2011. Aku bakal menyusul. Dup-dap-dup-dap.

Kad Raya daripada kakRetna.

Wednesday, 24 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ehem-ehem, dapat sekeping. Actually, orang lain yang beritahu ada send tapi aku dapat daripada orang lain pula. Ehehehe! ok la tu kan.

Siap ada sampul duit raya lagi tau, siapa nak bagi? tak sesia menjadi peminat setia, pengomen setia di:


Senang dengan panggilan kakRet sahaja. Eeasy-easy je orangnya. Aku tak pernah pun jumpa, tapiii selalu ke blognya, salah seorang blogger terawal yang aku kenal. Sebab itula dia sentiasa ada disisi entry aku (bloglisted =))

Terima kasih kakRet, sungguh bermakna walaupun sekeping kad ;)

Persediaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, tiba-tiba je aku bagaikan tersedar. Jumaat ni litle coro dah 33 minggu. Sudah masuk bulan ke-lapan. Sikit je lagi perjalanannya, tapi emaknya lebih sibukkan persiapan raya. Bercita-cita nak beraya sakan, kononnya.

Hari ni barula terhegeh-hegeh membuat senarai panjang untuk litle coro. Oh! takla sepanjang senarai kakaknya dulu, semua benda nak dibeli. Kalau boleh beli segedung nak di bawa pulang. Tambah baju baru dan beli sedikit peralatan mandi sahaja. 

Oni punya pun dah dua tahun barula bedak, cologne, minyak rambut, lotion tinggal botol je. Ngam-ngamla tu habisnya, beli dan guna sama-sama. Lampin pakai buang, tisyu basah, towel pun nak beli sebab akan digunakan di hospital nanti. Alhamdulillah, tak banyak pun yang nak dibeli.

Rasa tak sabar pula nak menerima kehadirannya, semoga segalanya dipermudahkan. Aku memohon semua kawan-kawan mendoakan kesihatan aku dan baby, eh? macam dah nak bersalin pula ye. Hihiii! Persediaan. mana tahu sejarah anak keluar awal dah ada kan.

Cuma nama si coro ni, masih belum ada. Masih tercari-cari lagi, kalau boleh nak lelebih kurang nama Oni juga. Hrmmm, fikir-fikir.

Barang-barang Oni masih boleh diguna pakai. Baju sehelai pun takde warna pink. Hahaaa.

Perut cekang.

Tuesday, 23 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiii, asyik dengar lagu raya je, mood pun dah swing-swing. Malam tadi aku sampai rumah ngam-ngam 9.30 malam. Mandi-mandi, layan Oni pun gitu-gitu je dek kerana terlalu kenyang dan letih. Terus lelap macam orang tak sedar diri.

Macam mana tak letih dan penat, perut dah kenyang mau tak ngantuk. Semalam aku berbuka di Eastein Hotel, PJ. Makan kali ini bersama kawan-kawan opis major cina, aku dengan Roslan je yang puasa. Berpinggan-pinggan aku makan, daripada bersaiz besar, sederhana, kecil dan mangkuk. Hampir semua menu favourite aku sebat dan paling penting, puding roti.

Inila dikata hasrat ibu mengandung, dah seminggu aku teringin nak makan puding roti. Round pertama aku pegang pinggan besar berisi, nasi, udang, sayur, tauhu sumbat, lidah lembu kot (aku tak makan pun). Sebelah lagi pinggan sederhana dengan kuih menderam, kek coklat bersama puding roti. 

Letak kat meja, tiba-tiba aku teringat aku tak ambil air. Ada air masak je atas meja, takpela. Sudahla aku duduk betul-betul tengah, dorang ni memang betul. Gila banyak la station makanan. Aku nak ambil ketam, cemana gaya makan ketam dengan sudu? mau terbang, ketam ke mana sudu ke mana. 

Tiba waktu berbuka, makan dengan senyap. Menikmati, nom-nom-nom. Sungguh terasa lapar. Habis dua pinggan, berehat. 'Jom, minah! kita round lagi' Roslan mengajak. Eheh! bangun jangan tak bangun. Pinggan sederhana sahaja, kek coklat (Jeanne punya) dengan puding roti, bersama tembikai susu. 

Kali ni puding roti baru terjumpa krimnya, wahhh!!! sedap gila. Balik kat meja terlupa lagi nak ambil air. Hahaha, sudahnya aku suruh je Roslan Salleh membantu. Thanks you. Makan lagiii. Habis sepinggan.

'Oiii cepatla makan, nak ambil aiskrim ni, dah terliur-liur tengok aiskrim' Roslan lagi. Perut macam stoking. Jeanne tengah meratah berekor-ekor udang. Habis dia makan, bangun lagi pergi ceduk ais-krim 3 perisa. Yang Jeanne pergi songlap coklat rice. Dia meratah itu sahaja. Tak senonoh sungguh.


Aku rasa macam dah krem perut bila, makan sesuap-ketawa, makan sesuap-ketawa lagi, rasa puas hati juga dapat ketawa puas-puas. Selama ni duduk diam tak berkutik dek malu. Dan aku rasa lagi kami bertiga je yang paling riuh sekali, hahaha. Aku tengok orang lain asyik je makan dan perhatikan kitorang, apatah lagi dorang tak percaya, aku boleh attend kali ini punya makan-makan. Kikiii.

Balik tu aku memandu dalam keadaan lali-lali, dah malam. Tapi, laju gakla sebab jalan lengang. Terus ambil Oni, rindu sungguh dengan minah tu. Tapi lepas aku mandi, dek melayan ngantuk terus aku lelap. Tidur dengan kenyang dan perut cekang, baby kat dalam seronok dapat makan macam-macam. 

Oni aku tinggalkan dengan kartunnya sampaila abi balik kerja. Rupanya, abi pun tinggalkan Oni dengan kartunnya. Dia tidur di ruang tamu dengan teddy bearnya, dengan tak berselimut atau pun bantal. Mujur memang ada tilam untuk dia landing minum susu. Aku pula sedar-sedar dah jam 5 pagi, kesian Oni kesejukkan. Terus bagi dia bantal dan selimut dan aku bersahur. 

Suruh bergambar je, mesti gaya ini. Pandai dah sekarang.

Dua kali sudah Oni tidur sendiri di ruang tamu, sekali atas sofa. Biasanya dia ingat nak masuk bilik sebab dia minta susu. Nampaknya dia dah ready untuk masuk bilik sendiri. Lepas ni kena deco-deco bilik Oni, biar dia berdikari. Hehehe. Sayang Oni.
Malas nak letak gambar makanan banyak-banyak, hari ni aku puasa lagi. Buat kecur liur je nanti.

Minggu berbuka di kedai.

Monday, 22 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa masuk minggu terakhir berpuasa, biasala jemputan berbuka bersama kawan sekolah, kawan belajar, kawan sekerja, kawan suami/isteri. Semuanya memerlukan rancangan dan masa. Puas juga aku menggunakan jurusan geselan kucing untuk memujuk abi join bersama.

So kami berbuka di Garden Cafe, bertempat di Sg. Ramal Luar. Agak tersorok sikit kedainya, ngam-ngam hampir berbuka barula masing-masing mengambil tempat. Pilih tempat berbumbung bagi mengelakkan terkena embun jantan dan embun betina waktu berbuka nanti. Ah! reason, walhal takut hujan yang tiba-tiba turun. Kikiii.

So far tempat best, nama pun garden jadi konsep garden la, order set untuk 7-9orang punya, biar lebih jangan kurang, untuk mereka-mereka yang berperut stoking. Sebagaimana yang dijangka, kehadiran 4 orang daripada 1 kelas yang sama, seorang senior dan seorang bakal bapa. Riuh.

Walaupun tiga keluarga bila ada tukang karutnya, biarpun sikit orang suasananya meriah. Makan-makan-makan, ketawa-ketawa-ketawa, cerita-cerita-cerita, bila perut kenyang kita pun berangkat pulang la apabila si kecil sudah berlagu mahu tidur.

Banyak tempat boleh posing kat Garden Cafe ni, ada 3 biji Harley Davidson, dihiasi lanskap nursery bunga, ada buai, kolam. (tak ambil gambar sebab dah gelap). 

Oni? ahaaa, biasala dia kejar kucing. Tak hirau makan, tak hirau mak pak dia. Dari meja ke meja dia ngejar kucing. Sedar-sedar hujung gaun masuk lopak air dek membelek kucing. Betul-betul penyayang.

 Menu yang buat perut jadi bertambah keroncong.


Seronok bila dapat berkumpul macam ni. Kalau ada rezeki kita berkumpul lagi. Makin lama, meja makin panjang. Baby seat pun makin bertambah. Hihiii. Daaa.
Hari ni aku berbuka bersama kawan satu opis pula. Hehehe! makan-makan-makan.

Mewarisi pangai maknya.

Friday, 19 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat yang indah, setakat ni masih lagi berpuasa penuh dan bangun sahur. Alhamdulillah semoga sampai ke hari penamatnya. Hari kemenangan.

So persiapan raya aku biasa-biasa je, tahun ni tahun Oni collect duit raya, Oni kena make sure abi bawa pergi beraya, umi pun cuti lama. Harus kena jalan rumah ke rumah. Macamla umi larat kan. Kikikiii. Larat je kalau makan punya fasal.

Aku risau dia jadi macam tahun lepas. Menjelangnya raya, dia bantai tidur. Buat spoil je dah berbaju kurung cecantik, tidur pula. Takpe la, janji dia dah pandai bawa diri. Dah berlari sana-sini berkawan. Pak-pak sedara dia pun majority nya suka menyakat.


Tu diaaa, pose bila tengok TV. Kemain seksinya. Tapi aku suka je pangai dia macam ni sebab tidak mengganggu aku buat kerja. Kadang-kadang siap ada balang maruku dipeluknyaaa. 'mamaaa olo (mama oso)'. Itu pangai aku la tu, suka benar dengan TV.

Pantang dengar bunyi pintu, berdesup ke pintu melihat siapa datang. Walhal abi je pun, kata anak abi kan? harusla. Dah letih bergelak sakan berdua membongkang tidur berduet. Esok-esok ada adik, aku rasa dia kerap ajak abi dia jalan. Habislaaa.

 Oni dengan aku, Nurin dengan pnUmmi. Langsung tak sama kan?

Bila dengan abi, bila dengan ayah masing-masing? hehehehe, love this pics so much.

Aku dengan puan Ummi masing-masing pregnant anak kedua, lelaki. Sebaya. Oni dan Nuyin sebaya. Abi dan ayah Nuyin satu tempat kerja. Oni dah suka main dengan Nuyin, Oni lasak, Nuyin pun lasak jugak. Hahaha. Kami banyak persamaan.

Sebenarnya jiwa aku kacau ni, tu yang keluar entry tah apa-apa ni. Hari Jumaat, biasala. Thanks kerana sudi baca kisah biasa aku ni.

Hanya cerita biasa.

Thursday, 18 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aduhaiii, kondisi tak berapa elok ni. Aku mendapat selsema entah daripada mana, jangan jangkit kat Oni pula sudah. Susah aku nak handle sesorang nanti.

Masa pack sungguh nak update blog. Hari Isnin dah kena sogok dengan berjuta-juta lemon kerja. Belum habis satu datang lagi yang lain, adudududu. Kena handle perlahan-lahan. Buat dengan penuh keseronokkan. 

Sana sini cerita shopping, cerita bonus, cerita puasa, cerita raya, cerita cuti. Aku? aku bagaikan rasa nak tidurrr sepanjang hari merehatkan segala urat badan ni. Rasa nak bersenang lenang ke SPA menikmati urutan-urutan yang boleh melegakan badan.

Nak shopping, dah tak larat nak jalan, malah lebih kepada tak tau nak beli apa. Bonus? memang tak dapek la. Duduk diam-diam, simpan gaji je. Puasa? setakat ni alhamdulillah masih penuh dan belum lagi gagal untuk bangun sahur. Makan sahur pun aku bantai 2 pinggan, siap dengan buah, minum banyak air masak dan obimin. 

Raya? aku baru je ganti langsir semalam. Itu pun ruang tamu je lepas. Dah siap pasang barula aku teringat aku pregnant. Mulut anak dara seorang tu tak diam memuji, 'antek mama, antek' sambil dok main babacak balik langsir. Simple je, aku kan suka simple-simple.

Cuti raya? apply sehari je, selebihnya kompeni bagi. Approved, off daripada 27hb August sehingga 4hb September. Cuti lama pun aku rasa duduk rumah je. Aku cuti, abi? hrmmm, biarla dia susun jadual dia sendiri. Nak berjalan beria pun, aku seriau terbersalin awal pula nanti.

Esok pun dah masuk minggu ke-32. Aiii! Nak menyelongkar baju lama Oni, rasanya banyak yang boleh diturunkan tuk baby nanti. Apataknya, dulu beli baju lelaki perempuan boleh pakai, then lepas tu memang aku tak beli more pink or more blue, dah aku kan suka hijau sebab taktau jantina.

Dah keluar dapatla perempuan, kaki melaram. Habis segala mala alat solek mak dia dikerjakannya, mentangla dah pandai buka laci meja solek. Sampai stress aku tengok kelopak mata, pipi, kaki dia biru dek main eye-shadow. Biar je la. Dia pun makin senang nak jaga.

Harap adik dia sok ikutla jejak langkah dia juga. Happy aku menjaganya. Tu je la cerita merapu aku, terima kasih kerana membaca. Hihiii.

Bila dengan abi.

Sunday, 14 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila cuti hujung minggu, tidak ke mana-mana dan tiba-tiba ada sesuatu yang dihajatinya dan dia hanya mahu berehat di rumah sahaja.

Ingat senang nak duduk rumah goyang kaki saje, no-no-no. Kalau tak mahu halilintar membelah dinding atau pun sepatah haram suara aku tidak keluar, silalah berbuat sedemikian ye. Memang muncung aku boleh dibuat sangkut penyangkut baju.

Aku pun berkerja, aku pun ingin berehat juga. Jadi, mari aku berikan tugas khas kepada abi. Ekekeke.

Aku suka bangun awal sedikit di hari cuti, cuci baju, masak, kemas rumah. Tadaaa, anak dara aku pun bangun. Buat derk je kat dia, bagi susu, bagi makan, layan dia main sehinggalah abi bangun. Kikiii.

Bila dia bangun, lali-lali-lali. 'Jom Oni kita mandi' hahaaa, yesss ayat paling aku suka dengar. Aku memang suka part abi mandikan Oni. Nanti aku sediakan baju siap-siap atas katil.


Tadaaa. Siap ikat rambut lagi, siap solek-solek lagi. Kalau tak ikat rambut pun, jambul mesti ada. Lepas mandi potong kuku. Aku potong kuku Oni time dia tidur je. Kalau tak asyikla main kejar-mengejar sampai aku stress. Tidak bagi anak abi sorang ni, abi buatla apa pun asyik ikut montot je. Rela hati, serah diri.

Lepas mandi, potong kuku, makan. Pun dengan abi. Aku naik hairan, bila dengan abi perangai dia elok je. Bila dengan aku, huaaa akan ada la adegan kejar mengejar, melalak menjerit, ye la hilang kesabaran.

Sebab itula aku berasa lega bila abi ada di rumah. Terima kasih abi ;)

Pemeriksaan Anternatal 5

Thursday, 11 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa minggu ke-30. Datang awal tapi sesat barat sebab Klinik Ibu Mengandung (KIM), PPUM sudah bertukar lokasi. Macam biasa, abi tinggalkan di lobi dan aku mencari arah dalam bangunan KIM. Teletak elok di sebelah Menara Timur. Huuu, aku rasa macam masuk Lobi Kecemasan. Serba baru dan bau kedai.

Satu persatu papan tanda dan tanda arah mencari kaunter pendaftaran. Takpe, taktau sila tanya ye. Lobi utama bersambung terus dengan tempat pemeriksaan rutin, dan barula jumpa kaunter pendaftaran, ye aku dah tersilap masuk pintu. Hahaha.



Ruang pendaftaran yang sangat besar tiada lagi para ibu yang berdiri menanti giliran, tempat duduk selesa dan tak sakit belakang or pinggang. Ada pelapik empuk. Serius, aku pun nak lena duduk situ menunggu.

Selesai mendaftar, masuk semula ke ruang pemeriksaan tadi. Dua, stesen jururawat disediakan. Uuuuu, bestnyaaa. Pling, kad biru aku masuk dalam kotak, dan pemeriksaan rutin berjalan seperti biasa.


Haaa barula best, tandas besar. Ada tempat letak beg, ada tandas duduk dan tandas cangkung berbanding tandas cangkung di tempat lama. Feeling fresh je. Teruja aku nak berlama-lama dalam tandas tu. Wangi.

Bila check berat kena ingat sendiri. Hahaha, alaaa takde hal pun. Banyak je kerusi tuk duduk menunggu turn untuk operasi tekanan darah. Sibuk jururawat ni meng'arrange' cuti raya masing-masing. Sabar je la.
Urine = Normal =) Berat = 49.2kg =) Tekanan Darah = 101/53 Hb
Huyeee, berat naik. Teringat pula time Oni hari tu. 49.3kg dia dah keluar. Tak sabar sungguh. Ada potensi cecah 50kg ;) sukaaa.

Ahaaa macam biasa, sesi menunggu giliran dipanggil berjumpa dengan doktor. Dek kerana aku tak bawa sebarang bahan bacaan makanya, bermundar-mandir la aku di ruang pemeriksaan tu. Snap gambar sana-sini.

Beralih-alih tempat duduk, untuk menguji kerusi. Hahaha, jakun. Tapi, memang lama betul nak sampai giliran aku  walaupun bilik pemeriksaan semakin banyak dibuka menjelang tengah hari. Ada seorang doktor, staff di PPUM. Melayan dia berborak. Haih! speaking beb. Terbelit-belit lidah aku. Lantakla, hilang juga kebosanan dalam kesejukkan.

Sampai giliran aku, dapat doktor muda yang sempoi. Kita cerita pasal pelan untuk bersalin serta risiko-risikonya dimana aku juga terbabit bila menyatakan risiko untuk aku bersalin normal. Ho'o. Nanti kita cerita ye.

Bila keluar, aku diarah untuk buat temujanji scan pada pemeriksaan akan datang. Mana pula aku kena redah ni. Tanya staff, lor rupanya selama aku menunggu tu, aku ditingkat 2. Hahaha, manala aku perasan. Scan di tingkat 1. Lepas ambil temujanji, buat temujanji untuk check-up akan datang pula.

Next check-up 15/09/2011. Habisla, dah sental kuih raya banyak time tu :p Lambat pula abi datang ambil. Balik check-up aku ke pejabat pos untuk pos kad raya. Hehehe. Dan lepas tu, aku membongkang tidur. Rasa kering tekak dan letih benar.

Sekian sahaja sesi menerjah KIM, PPUM yang baru. Hiii, teruja pula nak bersalin kat tempat baru. Katanya suami boleh teman. Nanti aku usha lagi eh. Boleh bagi abi insaf sikit. Gambar takde, nanti orang jemu lagipun aku dah gemoook. Hihiii. Daaa.

Gift daripada mamaLieyna.

Wednesday, 10 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ehehehe, maafkan aku ye kerana banyak benar sesi menayang cenderahati ni, eh! aku dapat suka hati aku la kan? Kali ini datangnya daripada mamaLieyna aka emak kepada dak Arif Haidar yang cumel itu.

Comel betul saiz yang warna hijau tu.

Sukaaa sangat, baju pertama untuk baby dan baju Oni. Olololo sangat sweetnya. Tak menyempat-nyempat Oni nak menyarung baju I Love My Family ni. Kebetulan memang banyak je seluar nak diganding dengan t-shirt putih ni, macam tau-tau aja si mamaLieyna, bagaikan ada tarikan magnet.

Terima kasih kakIeyna, sangat teruja dan berterima kasih. Semoga ikatan persahabatan kita kekal sehingga bila-bila. Amin. 
Adeh, terasa seram pula nak menyambut baby baru. Sedetik dua detik tiga detik, berdebarnyaaa.

Senyum sipu-sipu.

Tuesday, 9 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tehehehe.

Balik shopping hari tu, aku pun menanya soklan cepu cemas kepada abi. Kata nak raya kan, takkan la PM takde hulur-hulur. Then, 'raya tahun ni tak dapat bonus ke bi?' ah aku la tu yang tanya tu. Dasar mata RM-RM-RM. 

Abi diam, dia memang tak peduli sangat part-part gaji ke, bonus ke sebaliknya bini dia ni je yang materialistik. Dok tetengah KL, tak mustahilla aku jadi materialistikkan. Dan, malam tadi dia sibuk tengok AXN. Aku ni pukul 8 malam je mesti nak tengok berita. Kalau tak tengok pun, mesti dengar juga. Sebab daripada kecik memang dah set pukul 8, berita.

Tengah aku layan novel, telinga sipi-sipi dengar berita, tang-tang tu pengumuman bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan diumumkan. Capang terus telinga aku. 

'hah, jeng-jeng-jeng, wow stengah bulan' sambil sesengih angkat-angkat kening. Abi gelak je sambil layan komik dia macam biasa. Habis situ je. 

Gomen juga dapat, swasta tak de ke? nak resign boleh? hahaha. Resign sebab semata-mata tak dapat bonus yerk. Nway, aku bukan kisah pun sebab aku ada wang sendiri. Aku selalu menyimpan awal-awal bila tiba musim-musim perayaan macam ni. Bila raya semua dah prepare. Semuanya dah siap sampai abi sendiri pun hairan sebab tu dia tidak kisah bila aku shopping guna wangnya.

Alhamdulillah, abi tak pernah kedekut dengan hasil titik peluhnya. Kita berkongsi wang. Jika aku nak beli novel guna wang dia dahulu, bila aku bayar dia tak mahu then terus aku masuk tabung Oni. Bila dia bagi  wang melebih-lebih, aku jarang sangat guna kecuali terdesak.

Sesungguhnya aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku ada. Cukupla kesusahan aku pada masa lalu, bila sempitnya hidup disisih orang dibuang adik-beradik sendiri bila tunggak utama pemimpin keluarga diisytihar muflis. Aku memang tak mahu lagi melihat air mata papa.

Sekarang papa hanya menanggung mama dan sesekali adik lelaki aku yang juga telah berkerja. Kita hidup dalam suasana yang sangat sederhana. Aku hanya anak kakitangan FELDA. Peneroka FELDA pun dah kaya wei.
Baju raya, SIAP. Langsir raya, SIAP. Duit raya, SIAP. Kuih raya, SIAP. Zakat? Abi. Alamak, barang baby? abiii jom shopping barang tuk baby pulak. Macam mana leh lupa niii.

Gelagat Oni.

Monday, 8 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 8811.

Misi completed. TokMama dah balik Johor, habisla Oni kena buli ngan mak dan pak dia pula. Habis sudah sesi nak manja-manja ye. Siapla.

Seminggu orang tua tu di rumah aku, membantu menjaga Oni, baik je perangai dia bersama tokMama. Dia membuli tokMamanya tu dengan sesuka hati. Kalau dah tokMama kena kerah suapkan dia makan dengan syarat suapkan enam ekor teddy bearnya sekali, Oni duduk digiliran terakhir. Kemain comel dia buat perangai macam tu ye.

Itu baru satu hal, belum lagi part semua orang kena kerah melukis. Asyik-asyik gambar bulan, bintang, cicak, ulat gonggok, burung, ayam, kucing, kambing. Oih! jenuh woi. Masing-masing tangan kayu. Habis semua helaian muka surat buku abi kena conteng.

Bila selak semula dari muka surat pertama, sendiri ketawa gelihati. Kerana Oni, kucing tokMama jadi rupa harimau + lembu. Bayangkan je la sendiri. Cicak abi, entahkan buaya entahkan biawak. Jauh benar rupanya. Yang paling gelihati ayam ada empat kaki, OMG berguling aku gelak.

Bila tokPapa dia datang, buka je kasut, terus aktiviti bertukar tangan. Papa aku memang kreatif. Ahaaa, orang tua tu nak pergi membuang pun dia tunggu depan pintu tandas bersama buku dan pen. Sabar ajala. Layankan.

Then semalam, aku ke TBS untuk menghantar mereka pulang dengan bas. Oni, menginja suka. Melompat, menari turun dari kereta. Tapiii bila dia tengok tokPapa tak bawa dia, ditinggalkan dengan mak dan paknya, dia lost. Memang nampak gila muka sedih dia. Aku pun dah sebak je.

Masuk dalam kereta, dia pun buat perangai. Aku biarkan aje. Mujur, abi terus ke Jusco Cheras Selatan untuk shopping raya. Olooo, sama juga macam tahun lepas, takde nafsu nak shopping. Nak beli baju, kena fikir banyak kali, sebab beli baju pregnant pakai tahun ni je, lepas tu? rugi. Abi pelawa beli kasut, tak ada pula yang berkenan. Why? why? why?

Tapi beli jugala, sehelai seluar dan sehelai baju maternity demi abi. Abi beli baju raya dia. Aku tak beli apa pun untuk Oni sebab nanti shopping baju adik dia, kena shopping untuk dia sekali. Sama je. Lepas dapat dua biji novel macam biasa, balik rumah dan tidurrr.

Pukul 5 keluar lagi pergi bazar Ramadhan. Meriahnyaaa, macam-macam ada. Oni la paling seronok sekali tapiii dia malas nak jalan. Kesian abi jadi mangsa. Hehehe! Sekian sahaja cuti hujung minggu. 

Balik ni mesti kena dera ngan Oni, kish-kish (lukis), tutu (buku), lalan (bulan), alan-alan (kereta), tatam (bintang), antek (cantik), cacak (cicak), yayam (ayam), bebird (burung) - vocab Oni ye. Mak dia je faham. Telah menjadi bahan gelak apabila dia sebut, 'auuu mamam yayam-auuu mamam yayam' = kucing makan ayam. Walhal ada kat situ, hanyalah burung palsu dikelilingi kucing. Burung tak terbang = Ayam. Ok noted.
Saje nak bagi orang imagine gaya Oni. Walhal malas nak upload gambar, pemalas ko Syasya.

Gift daripada Syila2.

Friday, 5 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Serupa macam mamaMikhail, buat surprise ye. Aku memang tak jangka langsung gift ini datang daripada empunya diri. Baru je mamaLieyna sebut dia sudah pun hantar special gift kepada aku, tengok-tengok orang lain punya special gift sampai terlebih dahulu.

Murah rezeki makcik nak. Sangat suka dan berterima kasih yang sangat tidak cukup kepada Syila. Siapa dia ni? inipun sudah pernah aku review, alaaa ada anak namanya Syira tu, yang aku kata anak lebih besar daripada mak dia sendiri. Hehehe. Ampun-ampun. 

Dengan semua cinta hatiku di http://syilasyira.blogspot.com

Peminat warna hijau juga. Aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangat baik hati. Inila dinamakan rezeki. Sampaikan Jeanne naik jeles bila mostly kiriman sampai kepada aku dan hanya untuk aku. Hihiii.

Sangat suka dengan gift ini, terima kasih-terima kasih-terima kasih.

Aku memang tunggu beg bersaiz sederhana ini, boleh isi telekung atau bekal dan berwarna hijau. Memang dah jeling-jeling di kedai cenderahati tinggal nak membeli je namun hajat terus aku simpan. Bagaikan mendengar niat aku, Syila telah memakbulkannya. Thanks awak.

Owh, sungguh tak tau nak kata apa lagi ni selain TERIMA KASIH SYILA.

Gift daripada cikJue.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Keluar rumah macam biasa, merempit dengan abi. Dengan baik hatinya menawar diri untuk menghantar. Awal setengah jam aku dah sampai opis. Hahaha, nampak benar perbezaan apabila berkereta dan bermotosikal.

Ok shoot the story, lama dah cikJue kata dia nak bagi special gift pada aku then tiga hari lepas katanya dia dah beli, lepas itu katanya lagi dia dah pun pos akhirnya semalam, special gift ini selamat sampai kepada aku. 

Terima kasih cikJue. Actually, aku tak harap apa-apa pembalasan pun atas segala pemberian-pemberian daripada aku kepadanya. Ikhlas. Sebab aku sangat menghargai orang yang support hijaucantik ni. Aku dapat ramai kawan.

Sehelai baju hijau. Serius, aku sangat sukaaa. Aku sangat berkenan. Lagi sekali terima kasih cikJue.

Siapa cikJue? aku dah review hari tu. So meh remind semula ok. Bukan nak review balik. Nak bagi link je. Hehehe. Niiihaaa orangnya.


Bila seorang dalam kereta

Thursday, 4 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Amacam? ada terasa perubahan tak? hehehe, ye aku ubah sikit rumah aku ni kasi luas sempena nak raya kan. Anak pun nak masuk dua, so kasi lapang-lapang. 

Fuiyooo, gila stress aku balik kerja semalam. Ingatkan balik awal sampai pun awal, rupanya sama je dua kali lima dengan balik macam biasa. Sudahla perut lapar, memandu keseorangan pula. Menghadapi macam-macam kerenah pemandu-pemandu lain, waaa aku rasa nak langgar semua kereta la gamaknya.

Serius memang tak boleh sabar betul. Dengan kereta yang kedekut nak bagi laluan walaupun aku dah pasang isyarat lebih 3 minit. Dengan pemandu bas yang tak sedar kenderaan yang dipandunya tu boleh buat kereta orang lain calar balar, dengan pemandu bukan Melayu mencilok-cilok laju bagaikan dia yang mahu berbuka puasa. Owh! apa dah jadi ni? Mana kesedaran pemandu-pemandu di bulan mulia ni?

Abi pula asyikla bertanya di mana aku berada, aku yang tak sampai-sampai rumah ni, bila sampai Oni dah pun tertidur dek lama benar menanti aku dengan abi dia. Kesian.

Sempat aku beli kuih dan laksa sebagai hidangan buka. Lepas buka abi bawa ke pasar malam pula. Kesian Oni yang memang teruja kalau part berjalan. Orang dah berkaki. 'Yom, alan-alan (jom jalan-jalan)' katanya. Jadi mahu dan tidak kena jugala tunaikan setelah seharian dia dengan enam ekor bear-bearnya.

 Muka tak ada jiwa. Tiba-tiba dia rasa malu orang celebrate beday dia. Kaku diam membatu.
Kamu dah dua tahun Oni, kamu dah besar. Jadi anak dengar kata ya.

Oni satu tahun. Masa berlalu sungguh pantas. TAHNiAH Oni.

Cerita ceriti

Wednesday, 3 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rindu aku? Hihiii. Selamat berpuasa.

Alhamdulillah, semakin kental dan sihat menjalani masuk hari ke-tiga berpuasa. Pagi tadi, bersahur ikan kering goreng bersama telur dadar dan sardin air tangan mama. Yummi-yummi. Dua kali tambah. Dah macam makan tengah hari pula.

Hari terakhir Kim-Fai, ingat lagi kawan aku yang menang pakaian terbaik Annual Dinner bersama makcik gojes yang lalu? sila klik untuk baca. Dia dah pun angkat kaki waktu aku menaip entry ini. Hilang seorang kawan yang sangat baik bagi diri aku.

Seorang yang cepat pemalu dan suka menegur aku. Suka menyakat aku dengan tak pasal-pasal. Goodbye Kim-Fai, may all the best for u. Jangan lupa calling-calling bila nak kawen nanti ok ;)


Dia pergi tag gambar makcik ni kat FB. Huh! makcik in yellow-pages hahaha! Mak siapa yang dah gemok niii.

Eh! tadi rasa macam ada benda nak cerita lagi, adeh. Lupo la. Lain kalila makcik cerita. Serius, dua hari tak masuk opis, rasa macam busy gila. Smua orang cari. Perasan ko Syasya!
4 hari tak memandu, hari ni memandu macam orang sewel semedang kena hon. Orang nampak kereta, tapi orang tak nampak driver, cemana tu? kereta bergerak la namanya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in