Aku dan buku.

Monday, 30 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hebatnya cuti walaupun cuti dua hari, bilala aku nak rasa cuti sekolah semula ni, memang tak mungkinlakan, so dengan malas-malas di hari Sabtu, aku bershopping barang dapur sementara mrABi belum masuk kerja sebelah malam.

Lepas dia betulkan alarm kereta, terus ke Carefour Wangsamaju. Hari tanpa beg plastik, I like, sebab tak ramai orang. mrABi ajak shopping dulu baru makan, aku dah kebulur nak makan dulu, ada pula yang pengsan tengah memilih barang nanti.

Terlupa bawa senarai barang, main ingat-ingat je le. Terpaksa berjalan satu demi satu lorong, memerhati rak demi rak. Penuh troli. Mujur makan tadi, ada tenaga nak mengukur Carefour tu. 

Macam biasa, mrABi bagai tau-tau je, bila keluar mesti nak cari kedai buku. Hihiii. Sibuk aku memilih dengan kakakOni, berebut-rebut dengan dia, mujur aku dah planning buku apa nak beli. Tak planning pun aku memang redah je suka beli buku.


See? aku dah ada semua koleksi novel Anis Ayuni, yeay suka-suka. Kasih Yang Suci, Nora Elena punya pasal. Oh! gembiranya hatiku. Word Search, teman dikala bosan, bukunya tebal. Pertama kali aku beli. Hihiii. 

Colouring book tu, kakakOni punya. Sekali masuk kedai buku. Tak sah kalau tak membeli. I love book.
Jatuh cinta dengan buku tak salahkan?

Bila katanya 'berdua lebih baik'.

Friday, 27 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, huweee. Esok cuti, cuti semedang yerk.

Ikut rancangan tergendala patutnya aku balik Johor, huh mrABi sedang busy tak beranila aku nak tanya berkali-kali. Nampak muka dia pun sekejap-sekejap je, risiko berumah tangga dengan orang pakai uniform, ye dak? terima ajalah.

So biasalah, bila berdua dengan kakakOni. Inila, kalau dah namanya anak darakan? selagi dia rajin nak berkepit dengan emaknya, kerajinan pun terserlah. Teringat masa kekecik dulu, aku pun suka gak tolong menyibuk kat dapur dengan mama menyebabkan orang tua asyikla membebel tak henti-henti sebab dia jadi lambat memasak.

Dan sekarang, aku pula merasakannya. Memang menguji ketahanan mental dan fizikal. Mujurla masa ni dia tak ingat dengan kerusinya, jika tidak tangannya mencapai ikan, mencapai sudip, mencapai-capaila senang kata.

 Keadaan dapur bila kakakOni yang jadi chef.

Akan tetapi sebelum gambar ini diambil dia dah pun goreng selipar. Kuali di ambil daripada bawah sinki, memang mudah dia nak capai. Aku menarik nafas menahan kemarahan. Sabar-sabar-sabar.

Inila akibatnya bila tinggal berdua dan aku terajin nak memasak. Hehehe, terbayang resepi hubby mamaMikhail sebenarnya, tu yang rasa nak masak. Terpengaruh.
kakakOni rajinkan umi? ye, sangat rajin ''mengemas'', terima kasih ye kakak.

Pemeriksaan Anternatal 2

Thursday, 26 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rindu? ye semalam tiada entry sebab hati sedang gundah gulana.

Malam tadi mrABi balik dari Kelantan, tak sedar jam berapa, then pagi tadi agak lambat semuanya bersiap dan lambat jugala aku sampai di PPUM, KL. Letih bila sampai lewat ni, semuanya akan jadi saaangat lambat.

Aku sampai ambil angka giliran 1070, nombor sewaktu kaki aku masuk bagaikan baru nak bergerak. Kematu montot terasa akibat lama sangat untuk giliran pendaftaran. Terlupa aku na membawa sebarang bacaan, benci sungguh.

Hari ni terasa luar biasa ramainya. Aku pun taktau kenapa Klinik Ibu Mengandung tu jadi sesak, apakah kerana aku datang lewat ataupun memang ramai orang pada hari tersebut.

Sebaik nombor dipanggil, aku diberi nombor temujanji dengan doktor pula, ergh! aku kena cari kawan, aku kena cari sesuatu menghilang kebosanan. Pemeriksaan rutin berjalan seperti biasa.
=) Air kencing: Normal   =) Tekanan darah: 106/57   =) Berat: 47.2kg
Then semuanya ok. Sesi menunggu-menunggu-menunggu dan menunggu. Daripada duduk bawa ke berdiri, daripada baca akhbar Melayu ke akhbar Inggeris, siap aku main game, tengok TV dan makan. Masa terus berjalan, daripada jam 9 pagi, akhirnya jam 1.30 petang barula bersua muka dengan doktor.

Doktor lelaki bangsa China, sangat teliti memeriksa sehingga buku lama pun diperiksa. Kepekatan darah aku kurang tapi tak bahaya, ngam-ngam keparas bahaya. Dia suruh aku makan vitamin bagi memekatkannya. Alaaa, memang masalah aku daripada mengandungkan Oni.

Dia mengukur pengembangan perut aku. Lebih kurang 20 minggu dan berkembang dengan sangat baik. Huye-huye.

Temujanji akan datang, aku dapat tarikh 16.06.2011 sama dengan hari aku scan. Yeay, setuju-setuju. Memang aku suka. Selesai berurusan, aku kena cari teksi untuk balik sebab mrABi tak dapat ambil, dia masih ada tugasan.

Takpela, aku berdikari tapi lenguh gak kaki berjalan nak ke tempat teksi. Nampak pula kedai, harusla shopping-shopping dulu. Kuikuikui. 

Gambar takde, sebab takde orang nak tolong ambilkan, hihiii. Lebih kurang sama je dengan Pemeriksaan Anternatal 1 hari tu ;)
Terima kasih ABi sebab sudi balik untuk hantar pergi check-up.

Baru nak mengecek.

Tuesday, 24 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sungguh aku tak sangka, dia mampu habiskan seorang diri tanpa memberi sedikit kepada emak dia. Jumaat hari tu, terasa nak belikan kakakOni roti bun kacang merah. Then, aku singgah Petronas sempat shopping-shopping.

Bila sampai je rumah, dia dah pun membelek plastik shopping tu, aku beli roti kok (cicah dengan air panas memang sedap) dengan bun kacang merah untuk kakakOni. Habis dilenyeknya bun tu.

Siap aku campak mana-mana yang patut, aku pun bukakan dia plastik bun tu, asyik dok 'mama tak, mama tak, taaak' minta aku bukakan. Dia terus bawa diri. Senyap je.

Aku kelentang-kelentung kat dapur dan mendobi. Hari Sabtukan hari holiday. Bila aku tak dengar suara dia aku rasa pelik. Tengok-tengok dia masih kusyuk makan.

Sekali lagi aku datang, eh?

'mana roti Oni?' tanya aku. Dah tak nampak kat tangan melainkan mulut je comot.
'teyyy' sambil buat tangan gaya dah habis dan dia dah pun tersandar kat sofa.

 katakOren yang comot sedang belajar gaya terkini melompat dengan Disney Channel.

Baru aku nak minta sikit. Cis, melepas. Terus aku ajak dia mandi, sebab bau dia memang masam gila. Budak kuat berlari. Budak kuat berpeluh.
Ooo kakakOni dah suka makan sendiri-sendiri ye. Bagus-bagus.

Cantik tak? cunkan? dapat minggu lepas. Untuk digantung di kereta la pastinya. Geram pula aku tengok orang order kemain banyaknya, cecantik pula tu, aku nak membuatnya memang takde kuasa. Bukan minat aku menjahit. 

Rasa nak letak nama kakakOni, tapi kang esok-esok kena bersoal jawan dengan adik-adik dia lak.

Aku tempah kat blog mamaImaan09. Pergila selongkar blog dia, [::Imaan Kami::] semua ada kat sana, sebarang pertanyaan sila ke sana terus. Hihiii. 
Dah pun bergantung kat kereta enWaja. Aku nak tampal yang Baby Kiko kat kereta mrABi, mesti dia taknak kan? hahaha. Kereta sport tiba-tiba ada 'Baby Kiko on board'. Padan muka.

Aku tak menyesal.

Monday, 23 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan daripada entry hutang, sebenarnya aku terasa kehabisan wang kerana terlalu teruja untuk mengemas kabinet dapur.

Aku bukan renovate dapur, tak dapat aku bayangkan cemana jika aku berbuat demikian di Quarters polis tu, mau kena hambat akibat kebisingan melampau.

Ni haaa, tupperware punya fasal. Hihiii. mrABi baru je bawa balik satu set. Daripada saiz besar sehinggala saiz kecil, siap ada free gift lagi. Masa aku tengok gambar, nampak macam sikit. Bila aku isi segala-mala kudap-kudapan dalam kabinet ni, eh? banyak pula tupperware ni. Hahaaa.

Aku tak menyesal pun beli tupperware ni, sebab tupperware mama aku je dah cecah 10 tahun. Huiii lama tu. Lagipun, bila mahal kita lebih menghargai. Apatah lagi daripada kocek sendiri. Berbaloi-baloi.


Kemas tak? aku nak elakkan semut sebenarnya. Then, aku suka tupperware ni sebab dia kedap. Tidak perlu bimbang jika tutup rapat. Baiklah, aku tengah tunggu katalog baru ni, ada lagi yang aku hajatkan untuk kegunaan.
mrABi nak guna pun, minta kebenaran aku tau. Kikiii. Dapur itu aku yang punya, ok.

Hutang.

Friday, 20 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perkara yang aku sangat berat hati nak beri tapi perasaan tak sampai hati lebih mengatasi. Ya, aku bukannya seorang yang senang lenang dan hidup atas wang semata-mata, kerana aku juga berkerja mendapatkan pendapatan untuk diri aku sendiri.

Aku teringat pesanan mama dan seorang kawan kalau ada orang susah bantu setakat yang mampu. Apabila kita dimurahkan rezeki membantu orang maka rezeki kita akan menjadi berlipat ganda. Ya, ini aku sangat percaya.

Akan tetapi patutkah seseorang itu mengambil kesempatan atas apa yang aku dah beri? aku telah membaca hukum memberi hutang adalah harus, kita berniat untuk membantu manakala hukum membayar hutang adalah wajib. Apatah lagi apabila syarat berhutang adalah dengan menetapkan tempoh untuk membayarnya.

Paling lama pun 10 hari, ini untuk kes hutang sesama sendiri ye, bukan hutang kereta atau pun rumah. Namun pada aku, tempoh hutang ni bergantung kepada budi bicara pemberi hutang dan yang berhutang itu sendiri.

Setelah aku mengira-ngira, rupanya dalam pada aku tak sedar, separuh wang gaji aku, telah aku pinjamkan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Aku tak kisah kerana kesemua yang aku beri pinjam ini adalah mereka yang aku memang dah kenal dan mereka sentiasa mengupdate kenapa wang aku masih belum boleh dibereskan. Mereka memang bertanggungjawab untuk menjelaskan hutang aku.

Cumanya, ada seorang lelaki meminjam wang aku dan berjanji akan membayarnya dengan kata 'bila aku gaji nanti' malangnya, setelah melewati lebih kurang 3 kali gaji, dia sudah ghaib.

1001, 1002 alasan diberi, ok aku tunggu. Ye, aku ngaku wang yang dipinjam itu tidak la banyak, kerana aku yakin dia memang sangat berat hati hendak membayar semula akan tetapi aku mahu melihat sejauh mana dia bertanggungjawab dengan hutang tersebut kerana dia seorang lelaki.

Aku sendiri berhutang, tapiii secepat yang mungkin aku mahu membayarnya kerana aku risau orang yang aku pinjam wangnya itu sangat juga memerlukan wang. Rupanya, tidak semua penghutang berfikiran macam aku.

Sekian sahaja bebelan aku untuk hari ini. Entry ini untuk semua. Aku tidak aim siapa-siapa kecuali lelaki itu.
Pinjaman Tabung Kemahiran pun aku tak bayar lagi, baru bayar sikit je dah banyak tunggakan agaknya. ABiiiiiiiii!!!!!!!.

Menyelongkar.

Thursday, 19 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, biasanya orang lepas bersalin selongkar almari cari baju yang masih muat dipakai. Tapiii, kali ini terbalik, aku menyelongkar mencari baju yang boleh dipakai ketika mengandung.

Ngehehe, betulla aku memang dah terlupa bahawa aku memang ada baju khas untuk dipakai ketika mengandung. Brand Scarlet, JJ.

Teringat ada coklat tua, gali-gali, selongkar-selongkar, jumpa pula coklat muda punya sekali. Tak payah beli, masih baru.


Baju mengandung aku memang tak banyak, sebab baju masa aku tak mengandung pun boleh dipakai ketika mengandung, sekarangkan memang dah trend. Tambah-tambah, sampai aku bersalin aku masih muat memakai baju kurung.

Esok-esok dah habis pakai, simpan lagi. Eh? ada lagi ke akan datang? heheee sabar-sabar.

Balik  Johor hari tu pun konon nak cari jubah untuk dipakai masa raya nanti, malangnya semua saiz besar, badan aku ni kecil benar ke? susah cari saiz yang betul-betul cun. Nak tempah, alahai kemalasan tahap maksima. So, raya tahun ni sama je la dengan raya tahun lepas. Beli baju siap. Pssst aku boleh muat size S lagi le. Wiii.
Makanya boleh la aku melaram ketika aku mengandung pada kali ini.

Terima kasih mama, terima kasih papa.

Wednesday, 18 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Haiii, macam mana cuti? Aku baru naik kerja. Hihiii.

Cuti kali ni aku habiskan di Johor. Jumaat malam bertolak. Sampai di sana lewat malam, perjalanan yang tidak berhenti. Terus menuju destinasi.

Sabtu, sepanjang hari melepak dan melayan mata di rumah sahaja, menghabiskan masa melayan Oni dan tengok TV, rumah tok mama jangan di kata la, haru. Tunggang langgang. Syoknyaaa tidur.

Ahad, tujuan mencari baju Melayu raya. Khas untuk mrABi, papa sendiri dan Moiz. Yey, ke Giant Plentong, JB. Papa tak ikut tapi sponsor. Nagoya textile menjadi pilihan. Rambang gila biji mata aku, dapat juga aku dan mama sepasang kain pasang. Hihiii.

Balik Giant, harus singgah bandar Kota, misi kali ni mencari kek dan membeli KFC bucket. Nak celebrate birthday aku dan Moiz. Eh-eh? terbeli sepasang baju kurunglah. Opsss. Siang makan KFC, malam makan KFC. Aku je cari menu lain. Kekenyangan.

Celebrate kecil-kecilan, memuaskan hati papa. Orang tua tu memang ingat akan anak-anaknya.

Isnin, orang dah sibuk naik kerja aku terus bercuti. Hahaaa, awal-awal pagi dah bau aroma nasi lemak. Destinasi hari ini, tepian pantai. Ceh, konon. Dah berapa kali balik tak pergi-pergi. Konon nak bawa Oni main pasir. Tak sempat keluar rumah, hujan dah turun. Sibuk berteka-teki, pergi juga melepaskan hajat tokMama.

Ke Tanjung Balau, sunyi. Ye la, bukan hari bercuti. Barula betul-betul nampak lautan luas memandang. Moiz yang bawa Oni berjalan ke gigi air. Sebab aku nak bawa dia, punya la jauh air dengan pantai. Air tak pasang. Terkedek-kedek dia berjalan memijak pasir meninggalkan tapak kakinya. Comel.

Balik pantai, sekali lagi. Harus singgah di Bandar Kota Tinggi, tokMama nak beli basikal Oni. Tak sudah-sudah. Kedai yang sama semasa membeli kereta Batman pinknya. Kali ni basikal roda empat berwarna oren menjadi pilihan, tak sabar-sabar. Aku mencari sepasang kasut.

Sampai rumah, bila dia dengar tokPapa balik je, dia berlari ke pintu terus tunjuk basikal oren. Alahai Oni, semua dia nak tayang, semua dia nak cerita dengan tokPapa dia. Kepoh.


Selasa, back to KL. Habis sudah hampir seminggu aku di Johor. Seronok. Bila kemas-kemas barang nak balik, mama keluarkan set pinggan mangkuk yang dia beli untuk aku. Laaa, aku bagi duit kocek pada dia, dia belikan aku hadiah pula. Itula mak kan?

Siap dibuatkan langsir untuk rumah aku, aduhaiii. Naik segan aku dibuatnya, tapiii dah dia yang nak buatkan aku terima je la. Kikiii. Rezeki.
Dah besar, dah berkeluarga, dah berkerja, bila mama papa bagi something yang tak dijangka macam ni, rasa segan semacam, tapiii bila fikir semula, siapa lagi diorang nak bagi kalau tak anak sendiri. Makanya, terima sahaja dengan rela hati. Katanya, dia gembira bila tengok anak cucu menantu gembira. Gembirakan hati orang tua itu adalah terapi.
Terima kasih mama, terima kasih papa. 

Nota: Lain-lain gambar ada dalam kamera Moiz, kenala tunggu dia transfer. Ampun-ampun.

Hari mcD

Thursday, 12 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sejak mcD mengeluarkan gelas cantik tu, setiap hari Khamis kawan teman makan aku aka geng tapau aka boss booking aku, dia nak dua set setiap kali cawan tu keluar. Makanya aku menjadi mangsa. Aku takde hal, cumanya terasa macam orang kaya pula setiap minggu makan mcD. Hahaha. 

Selagi minggu gelas mcD tak habis, kira aku ishtihar la hari Khamis adalah hari mcD. Lagipun, mcD dengan tempat kerja aku ni memang sekangkang kera je, demi koleksi gelas dia tu dia sanggup pergi tapau mcD seorang diri tanpa mengajak aku. Aku pun memang malas nak keluar berpanas :p

Warna hijau kat hujung sekali, macam takkan dapat je. Hahaaa. Link gelas mcD, siap ada tarikh lagi.

Ok habis cerita mcD, mesti perut aku penuh tahap gaban hari ni. Sebagai back-up aku belila kuey tiow goreng setengah polisterin tadi, bila aku beli full tak berapa nak sedap, bila aku beli setengah, he'e apasal rasanya sedap semacam dan terasa tak cukup je ni. Takpe-takpe tunggu mcD lunch nanti. Haha.

Then, pagi tadi mrABi aku hantar, merempit. Pukul 8pagi daripada rumah, 20minit kemudian aku dan sampai depan opis. Kalau aku drive? 45minit lepas tu pun aku belum sampai, hahaaa. Jammed maaa, kereta dah mula banyak. mrABi nak pergi hantar Waja ke service, esokkan nak jalan jauh. Ada harapan balik kampung dengan Waja. Naik kelisa sporty dia tu, aduh rasa mau pecah tulang punggung aku.

Naik motor sungguh seronok, celah sana-celah sini dan dapat duduk depan sekali kat traffic light, berpeluang aku dengar pakcik polis traffik tiup wisel secara jelas terang dan nyata. Motif? takde apa, hiburan semata-mata. 

Tepat 8.30pg aku dah pun mengadap facebook, melawat kebun. Hahaaa.
Maaf ye, aku pasang lagu kat blog, hihiii. Nak cuba test je, rasa feeling sikit. Kalau keberatan nak dengar, pandai-pandaila berdikari. Buat apa yang patut =)

Setiap pagi.

Wednesday, 11 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada ke patut kan? datang kerja beria-ia bersemangat, bila kerja siap termenung mengira detik waktu yang berjalan. Sungguh lambat waktu nak balik. Hahaaa. Itu aku la tu, tah perangai daripada mana boleh bertiup melekat kat aku pula.

Setiap pagi pun macam ni, bila tiada kerja maka termenungla aku depan pc, jalan ke blog sana-sini. Melihat persekitaran blog yang tak berapa ramai nak update. Rajin benar masing-masing menyertakan diri dengan contest, kagum aku. Aku? hihiii.

Bila kerja bertandang, mulala nak hangin sebadan, padahal kerja bukan rushing sangat pun, boleh je buat tenang-tenang. Selagi tak setel, selagi tu terfikir-fikir dan kadangkala boleh masuk mimpi. Masa berjalan laju je, macam tak cukup. Huhuuu.

Ok dah, tu je nak cerita. Merapu. Terima kasih membaca. Hahaaa. Hati tak sabar mau cutiii. Cutiku approved. Yippi-yippi.

Rekreasi

Monday, 9 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Siap pergi google macam mana nak eja rekreasi. Hahaaa, aku memang failed mengeja. Ok shoot the story, Sabtu, keesokkan hari selepas aku mendapat ucapan, hadiah, sambutan dan doa istimewa daripada semua sahabat nyata dan juga maya, daripada yang jauh juga yang dekat, mrABi membawa aku dan kakakOni pergi memancing.

Walaupun aku di Pantai Dalam, namun memang tiadala pantai mahupun sungai mahupun tasik untuk meraikan aktiviti pancing memancing ini, destinasi yang dituju Taman Wetland, Putrajaya.

Best, aku hanya berminat nak jumpa geng-geng aku je, dan membuat aktiviti sendiri. Hahaaa, memang tak rugi la wei, sarapan pagi dan makan tengah hari disediakan, tak lupa goodies untuk anak-anak. Seronok tengok mereka berlari-larian kegembiraan.

KakakOni ada moody pada waktu pagi, penatla orang menyuruh dia senyum namun hanya jelingan tajam sebagai tindak balas pertama. Kaum-kaum bapa sudah pun standby dengan pancing-pancingan, jangan salah pancing ye.

 KakakOni dan belon buih.
Banyak-banyak port, port aku and the gang paling mendapat perhatian. Meriah dengan aktiviti, harusla aktiviti mengisi perut terlebih dahulu disamping bertanya khabar masing-masing. Jarang dapat berkumpul bersama jika tak kena hari keluarga.

Potpetpotpet, agak tengah hari sikit, mrABi dah pun bawa kakakOni berjalan tinggal mak dia memulakan langkah pertama, yuhuuu. Ada pula rezeki datang bergolek, durian yum-yum-yum. Kan aku memang dah lama nak makan durian. Sedapnyaaa. 2 ulas je aku ambil buat rasa sebelum sambung 2 ulas lagi, bila tengok ianya terbiar tanpa dipedulikan.

Memang sedap durian ni.

Selain durian ada juga jambu bersama asam boy, huaaaa. Jambu tidak berbiji yang rangup. Ye, aku lagi menjadi mangsa, makan-makan-makan dan makan.

Ingat nak duduk bersembang semata-mata, haaa aktiviti kian rancak dengan jualan mega sale daripada kakak salah seorang kawan. Seronok wei, bila diserbu kaum suami masing-masing dah tak dapat nak lari dan mengelak. Aktiviti kantoi. Sana-sini flash kamera untuk dijadikan kenangan perjumpaan yang bermakna ini. 

Kerongsang, gelang dan butang baju melayu mutiara. kalau di pasar malam kena pilih sambil berdiri.

Port kitorang jadi kecoh, apabila si isteri tak dapat membuat pilihan dan kaum suami masuk campur. Part ni memang kelakar, ada suami yang spoting, sama-sama memilih, ada suami tengok sahaja, sambil tersengih, ada suami saling mengenakan isteri. Saje, suka-suka mengusik.

Sebaik semua isteri bangun untuk makan tengah hari, setelah selesai aktiviti berjual-beli, anak-anak diserah kepada suami. Ini pun boleh jadi bahan ketawa. Ada yang nampak dah biasa, ada juga yang masih kekok. Lagi-lagi bila terdengar orang lain bersuara, 'haaaa PERKEP dan nak makan tengah hari, pass anak kat suami pula' hahaha, ok la tu kan. Take turn.

Interframe betul yang shawl coklat tu, haih.
 
KakakOni dia dah tak kisah, dia je yang dah berlari ke hulu ke hilir, berguling kat tangga, berguling kat bukit, dia memang buat hal dia je. Kejap-kejap dia lari ke pak nya, kejap-kejap dia lari ke aku. Dia dah pandai bawa diri.

Sebelum balik, bergambar macam biasa. Kaum suami memang sporting melayan isteri dengan kawan-kawan. Ye la, mereka sendiri sudah biasa jumpa di pejabat. Isteri ni, hanya SMS, FB dan YM sahaja sebagai pengantara.

Apapun, katanya ini pra-family day? hahaaa ada juga perkataan tu ye, bila family day nanti barula kakakOni boleh berlari merebut gula-gula.Seronok. 
Bila habiskan waktu cuti macam ni seronok kan? berjumpaa dengan kawan-kawan.

Dia memang lupa.

Sunday, 8 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam aku sibuk. Ada waktu terluang pula aku bantai tidur, badan aku sangat letih. Umur makin meningkat katakan. Ceh, poyo!

Disebalik ucapan ulangtahun kelahiran yang panjang berjela sehingga wall di FB penuh, dan juga ucapan di SMS handphone yang tidak putus-putus serta majlis celebrating kecil-kecilan di Carl's Jr, Bandar Utama, juga entry tentang hari istimewa aku, hati ini terus gundah dan sedih kerana orang yang aku sayang, orang yang tinggal sebumbung masih lagi belum memberi ucapan apatah lagi hadiah istimewa.

Aku memujuk hati, mungkin ada surprise bila pulang ke rumah nanti, namun semuanya seperti biasa. Aku bersaing pula dengan dia, yang baru pulang entah daripada mana, ku jeling, ku lihat dia sudah pun menukar seat kereta kelisanya dengan lebih sporty, aku tunggu lagi. Sehingga lepas maghrib, barula aku bersuara.

'Mana hadiah umi?' gila tak malu kan? apa punya bini ni. Hahaha, nada dah hampir nak nangis, bila dia pandang muka aku. 
'Kenapa?, hari ini hari apa?' he'e, aku tak sure dia betul-betul lupa atau dia sengaja. Terdiam lama. Aku terus tahan air mata sambil cover lipat baju kakakOni.
'Ha'a ek' katanya lagi seraya bangun terus ajak kakakOni mandi.
'Oni baru lepas mandi, sambil mata aku terus jeling dia dah masuk bilik air. Geram betul.
'Pergi la mandi, nanti kedai tutup' sambil kiss pipi aku. Eeee, cover line baik betul.
'Nak pergi mana?, malasla' ayat aku yang poyo tahap apa. Bengong.
'Pergi celebrate birthday la, cepatla sempat lagi ni' sambil tolak aku suruh bangun. Mestila nak ikutkan, dia nak bawa pergi celebrate. Hihiiii. Mid Valley.

daripada mrABi, love fossil so much, pilih sendiri, suka sebab talinya bagaikan gelang. Ganti yang hilang satu tika dulu.

daripada bondaWiya, along dan Wiya. love this book, malangnya tak boleh di bawa selalu takut terlajak masuk tandas. Ada banyak doa dan ayat Al-Quran. T/kasih bonda.

daripada cikZila aka PutriAmnaBalQis, walaupun hanya sekeping kad, ia sangat bermaksa untuk sebuah nilai persahabatan, t/kasih awak kerana mengingati.

daripada team-member office. technical department. Carl's Jr, sedap tapiii aku makan tak habis, memang burger gila besar, semput. siap dengan kek istimewa, takde amaran macam tahun lepas. Thanks all.

mikhail dan mama 
Ting tong! 12 6th May. Happy bitrhday to you. Happy birthday to you,  happy birthday to you Syasya. Happy birthday to you.
May Allah bless you and your family dear! [12:21am]

Lia
Happy birthday sya..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat ceria selalu, dan jangan lupa Lia. Smile always. [7:01am]

Ummi/ mertua
Happy birthday to you. Semoga tabah bersyukur dengan apa yang dikecapi, suami polis, anak yang comel dan pintar dan kehadiran orang baru, bertambah rezeki. Amin [7:22am]
bondaWiya
Happy birthday dear, moga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Jaga diri ya. [7:48am]

cikZila
Salam awak, happy birthday tau. Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki ya. [8:04am]

bonda/ mama
Selamat hari lahir yang ke 27, semoga panjang umur. Murah rezeki. Sihat. Ceria. Diredhai Allah selalu. Mum love you so much and always. [8:23am]

tuanMuda/ adik
Salam, happy birthday my sis, hope you always enjoy your life now and future. [1:59pm]

Min SMKTH
Salam sya, happy birthday. Semoga bahagia selalu disamping ABi dan putri tersayang. [4:22pm]

Terima kasih ucapan daripada sahabat blogger pada hari tersebut. Serta terima kasih tidak terhingga kepada entry hari ulangtahun daripada mamaMikhail, ShaWhiteyMommy, Ann-Wardrobe dan SyilaSyira. Sungguh terharu dengan entry masing-masing. Terima kasih kerana bersusah payah. 

Sungguh, hari ulangtahun 2011 ada sejarah tersendiri apabila mrABi sendiri yang lupa. Wahahaha. Macam mana pun terima kasih sayang ABi atas Fossil yang cantik itu. Ceh, pilih sendiri je pun. Kikiii.

Sweet 27. Ada ka?

Friday, 6 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ini, aku nak kerah semua orang senyum sampai jam 12.01am nanti, kerana today is my birthday. Hiii, so di hari Jumaat nan indah lagi permai ni, semua orang harus dalam keadaan yang ceria, esokkan cuti ;)

Sweet 27, ye la kan dulu suka sebut sweet 17, sepuluh tahun kemudian kekal la sweet, tapiii version 27. Hahaaa. 10 tahun lalu, masih berjimba-jimba kat sekolah, form 5. Boyfren keliling pinggang, yang special? takde, sebab nakal bebenar tak reti nak SPM. Kikikiii.

Sekarang? huahaha, berulit dengan keluarga sendiri. Indahnya kehidupan. Ramai dah wish, terharu tidak terhingga aku dibuatnya, menambah lagi rasa terharu mrABi pun tak wish lagi, huaaaaaaa. Sedih ah.

Jadi, dalam 27 tahun ini, aku mahu berTERiMA KASiH kepada:
Mama dan papa: memberi aku peluang untuk menikmati betapa indahnya kehidupan ini. Adik: menjadi peneman sewaktu kecil dahulu walaupun kakakmu ini kaki buli. mrABi: setia menemani dan menjadi sahabat terbaik kepada isterimu ini. kakakOni: memberi peluang kepada umi betapa indahnya menjadi seorang emak dan yang paling utama, ialah kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan, dorongan, setia menemani, setia mendengar luahan, setia menjaga nilai persahabatan membawa aku merasakan apalah ertinya hidup tanpa insan bergelar kawan. TERiMA KASiH kalian. Sesungguhnya hidup ini sesuatu yang indah untuk dihargai.
Aku taktau apa lagi yang akan bertandang selepas ini. Huhuhuuu.

Born on 06.05.1984 : 10.25pm
Happy-Happy-Happy and proud to be me ;)

Suhu badan.

Thursday, 5 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam aku tak update blog eh? hahaaa, busy tahap maksima. Perubahan tampuk pemerintahan aku punya position. Macam-macam ragam dan masalah. Takpe bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Kenapa eh, aku rasa sejak aku pregnant ni, aku takut betul nak sentuh air. Nak mandi, nak solat, nak cuci pinggan, cuci baju, semua berkaitan dengan airla. Aku merasakan air tu sejuk gila macam ais. Menggigil bila kena dah terasa bagai nak demam je.

Adakah ini berkaitan dengan perubahan suhu badan aku? ataupun akibat daripada duduk sepanjang siang dalam konti berpendingin udara yang memang sejuk tahap maksima? tambahan pula waktu aku balik kerja memangla hujan sahaja sekarang ni.

Musykil aku dibuatnya. Kalau aku mandi tu, aku rasa nak mandi 3 gayung je, siram-siram dan siram. Pastu keluar, tapiii rasa macam tak puas hati pula, masuk balik mandi puas-puas sehingga menggigil. Aku tengok kakakOni suka betul dengan air. Melompat-lompat dia dalam besen.

Aku nak pijak simen marmar pun aku ngilu. Sejukkk. Mujurla kat rumah memang aku pakai selipar bulu-bulu tu, sampai kakakOni pun berkenan dengan selipar tu. Tapi bila dia pakai, berjengket aku berjalan tanpa memijak simen.

Terasa macam mengada-ngada kan? diikutkan sangat. Kekadang aku paksa diri gak. Tanam dalam otak, tak sejuk-tak sejuk-tak sejuk. Aku nak reQuest pemanas air tu, tapiii nanti badan jadi manja pula. Pasal kat rumah mertua aku, mandi air gunung. Sejuk tahap maksimas. 

 kakakOni mandi congkak, pun gigil.

Ada tak yang serupa perangai macam aku ni. Hahaaa. Cuba explain sikit siapa yang pakar-pakar tu. =)
Duduk kat KL ni, langsung tak pijak tanah/pasir, semuanya bersimen bertar.

Pesanan seorang emak.

Tuesday, 3 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat naik kerja. Tuesday blues la kan. Hahaaa. Ada ke. Sedih aku sedih, pilu aku pilu, bosan aku bosan, rindu aku rindu. Itula yang aku dapat simpulkan bila tiga hari di rumah.

Dah tinggal berdua dengan kakakOni, mulalah darah asyik nak naik je, tengah-tengah aku menjemur baju dia berlari ke hulu ke hilir.

'Auni jangan lari-lari, nanti jatuh' itula yang selalu aku nasihat bila nampak atau dengar dia berlari. 
'heheee cak, cak' dia main jengah-jengah dengan aku. 
'abai-abai-abai' perkataan baru belajar. Babai sebenarnya, sebelum ni dia guna perkataan tata.

Senyap sekejap, layan kartun ke apa ke aku tak tahu, aku masih lagi jemur baju. Tiba-tiba angin kuat, entah dia berlari atau jatuh kerusi aku tak nampak sebab hanya dengan bunyi berdentum. Kuat.

Cepat aku pula berlari keluar, nampak dia dah tergolek dok. Melalak dengan maha kuatnya. Aduiii, aku pun dah ikut nak nangis sama. Badan dah la letih, dia lagi. Sabar-sabar. Aku gosok kepalanya, cari port mana yang sakit. Dahi ok, takde benjol. 

Dia menangis lagi kuat bila aku gosok kepalanya, rasa-rasa, raba-raba, ada benjolan besar. Ho'o, terkejut aku bila tengok kepala dia macam dah senget. Tengok berdarah sikit, tapi tak mengalir. Kepala batu juga dia ni. 

Gegas aku dukung bawak cari air suam dan towel nak tuam bagi benjol dia turun. Mulanya aku tuam atas sofa, dia sambung menangis naik atas toto. Ok baring, aku pun ngek boleh tak terfikir kepala dia mesti dah pening-pening dan mahu baring.

Aku tuam lagi, sambil buat muka lawak bagi dia senyum, bagi dia ketawa. Dia dah mengantuk sebenarnya, tapi aku tak juga teman dia baring macam selalu, asyik buat kerja je. Bila dia dah bangun dan membebel-bebel, sah la tu dah ok.

Tak pula pengsan or muntah means memang dia gagah. Aku buatkan susu, temankan dia baring sekejap, guling-guling-guling terus lelap. Fuh! cemas juga aku dibuatnya. Aku letak minyak gamat bagi cepat sembuh, sebab masa kuali lempeng jatuh atas kepala aku dulu, berdarah juga siap menitik-nitik, mama aku letak minyak gamat je. 

Nak lari lagi tak?

Nak marah, anak. Marah lelebih pun bukan dia tahu, dah memang berlari itu kesukaannya. Nak tak nak, aku pesan lagi, ayat yang sama masa dia nak lelap.

Makin besar, makin panjang akal.


Harapan aku.

Monday, 2 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku tak jadi balik Johor, huaaaa. Tunda lagi rancangan. Bila dah tak jadi, bila dah ada peluang untuk bercekerama dengan internet maka rebutla peluang dengan sewajarnya.

Jelajah punya jelajah. Aku terjumpa baju dengan tempahan termahal yang tersimpan dalam wardrobe aku. Aku tak tau nak menamakan baju ini patern apa, yang penting memang ikut cutting badan. Kainnya ala ikan duyung. 

Kainnya dibeli bersama cikZiela di Jakel Jalan TAR. Kali pertama aku beli baju di Jakel, siap aku belikan baju buat mama sekali. Level bawah je, tak mampu aku deh.

Inila dia hanya RM20 sahaja, harga kain dan aku meminta cikZiela sendiri menempahkannya untuk aku. Tujuan aku hanya nak buat baju kurung Malaysia. Yang menjadinya baju kurung Malaysia, ala-ala supermodel pakai. Hahaha. Cantik mengikut harga tempahannya RM80. Adeiii.


Mujur masa tempahan dibuat aku sudahpun bertukar tempat kerja, kalau tak memang berhutang la aku nak membayarnya.

Aku baru pakai dua kali sahaja pertama kali ketika  kenduri potong jambul kakakOni ketika berusia 3 bulan dan kali kedua, ke kenduri perkahwinan rakan sekelas aku di Ampang.

Kenapa aku tak pakai selalu? sebabkan, bila aku pakai terasa benar 'bumper' ku ini besar, hihiii. Aku cuma berharap agar aku boleh kembali menyarungnya setelah melahirkan anak yang kedua nanti. Huhuuu.
Minta-minta baju cutton beli dengan whitey mommy boleh dipakai ketika raya nanti. Aminnn.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in