Dulu dan sekarang.

Thursday, 28 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam, ceh cerita semalam la kan, hehehe. Aku dengar berita, ala sekarang pun dah riuh pasal makanan seimbang di sekolah, di luar sekolah, di rumah yang membabitkan pelajar sekolah obesiti. 

Aku dah lama meninggalkan zaman sekolah, tapiii masa zaman aku sekolah dahulu tiada pun isu pasal makanan sihat dan tidak sihat ni, ye la mungkin aku bersekolah di dalam felda yang suasananya bagaikan desa nan permai. 

Dan, pada era tersebut yang aku masih ingat kesedapan sambal keropok lekor dan juga kenikmatan makan aiskrim potong di luar kawasan sekolah. Untuk merasai kenikmatan tersebut, aku terpaksa berjimat kerana setiap hari aku hanya dibekalkan dengan RM0.50 sahaja, RM0.30 sekolah pagi dan RM0.20 sekolah petang, tak pun pandai-pandailah kan.

Kalau nak makan kena ikat perut sehari, then dapatla berjoli di luar sekolah. Itupun kena make sure, papa or mama tak datang tunggu kat luar pagar. Kot tak, kantoi.

Dalam sekolah masih juga ada jual kuih muih, mi goreng, mi hoon goreng, nasi lemak, cekodok yang berat RM0.30 dan yang kuih-kuih RM0.20, lagipun aku selalu bawa bekal dan makan di rumah. Tu sebab, aku kurang belanja di sekolah. Tambahan pula apa dikira zaman dahulu dengan sekarang yang barang-barang runcit mencecah harga tinggi. 

Naik sekolah menengah, barula aku jadi mata duitan. Aku duduk asrama, mak bapak jauh. Duit tak ada? minta je, barula boleh berjoli beli makanan di luar sekolah. Tapiii aku tak boleh juga nak buat demikian, sebab? makanan dewan makan asrama dan kantin sekolah sangatla menawan kalbu. Ye, time ni memang nampak akan kegemukkan aku. Hari-hari disogokkan dengan kesedapan nasi kawah dan lauk pauknya. 

Jadual menu, tertampal di pintu dewan makan. Hari-hari seimbang, baik pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Sikap rajin dan malas, juga suka atau tidak sahaja yang menguji seimbang dan tidaknya makanan yang di ambil. Macam mana tak gemuk.

Habis sekolah aku sambung belajar bawah Jabatan Tenaga Manusia sekarang Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Buat sijil, aku terpaksa makan kat luar sebab dewan makan dia super tak sedap. Buat diploma,  ye sedap-sedap. Menunya, agak serupa dengan masa menu sekolah menengah.

Aku dah biasa, kalau masih lapar lagi aku ajak mrABi keluar, pergi beli stok megi dan biskut. Ngehehe. Bukan susah pun. Tidak cerewet soal makan sehingga aku di gelar tong sampah.

Dan aku rasa, masalah makanan seimbang atau tidak, obesiti atau tidak dikalangan pelajar bukanlah salah peniaga mahupun pengusaha kantin, kerana mereka mencari rezeki. Akan tetapi, sikap kita sendiri, kesedaran kita terhadap pemakanan yang kita ambil.

Menu di sekolah, di asrama sudah sedia ditetapkan oleh kementerian yang sudah pun menjalani proses penyelidikan dari segi kesihatan. Lagi pun, masa aku kecil aku dididik oleh mama papa supaya menjauhi makanan ringan. Kerana, kata mereka, kalau nak jadi yang tercorot dalam kelas, bolehla makan.
Daripada kecil lenturlah anak-anak dengan makanan yang sihat, seimbang, dan kena rajin masak. Huaaa. Kena batang hidung sendiri ni, malas masak. Adus. Berusaha. 

Blues kakakOni.

Wednesday, 27 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huaaa malam tadi aku tak dapat tidur lena, sampai ke pagi. Mungkin, bantal peluk aku tak ada sampai ke pagi. Mungkin juga sebab cuaca kat luar macam nak hujan macam tak jadi.

KakakOni dah lena, tidur belah lain bila celik mata dah bertukar tempat dengan mak dia. Aku sedar kaki dia sepak-sepak belakang aku, terkebil-kebil biji mata dia sambil gigit selimut. Nak susu. Hausla tu.

5.30pagi, sah mrABi memang tak balik. Bila dah dapat susu aku ingat dia sambung la tidur. Aku dah bengong, sah-sah susah nak bersiap pergi kerja selagi dia tak tidur. Susu sebotol dah habis, dia bangun masuk bilik. Ah sudah.

Keluar bilik panjat sofa, hulur remote TV dengan Astro pada aku, ok layankan. 613 macam biasa bagi dia hayal. Namun, harapan aku punah memang dia tak tidur semula la nampaknya. Tengah aku mandi dia ketuk pintu bilik air.

Haih, meh masuk. Siap buka seluar sendiri. Hah, menggigil mandi pepagi. Tetap senyum tahan sejuk. Aku setelkan dia dulu. Dia dah siap, kasi makan biskut, aku pula bersiap.

Keluar pintu rumah dengan tak sabar-sabar. Elok keluar lift, mrABi tengah tunggu lift nak naik rumah. Hahaaa, macam drama pulak aku rasa. Mujur aku keluar awal, tunggu je la drama anak bapak tu setel, sebab kakakOni pegang kaki bapak dia macam tak nak lepas.

Rela dan tak aku dukung juga, kang lambat. Dia nak menangis. Kena segera membuat pujukan, mencari bahan untuk dia tak toleh berkali-kali ke mrABi. Kesian pun ada. Nak minta mrABi hantar, dia baru balik kerja. 

 Mengapa kakakOni sangat rapat dengan mrABi.

 Mereka ada karektor yang sama.

 mrABi suka layan kakakOni.

 Tidur sama-sama.

 Minum sama-sama.

 Makan sama-sama.

Manja sama-sama.

Mandi sama-sama sampai sekarang.

Mujur sampai rumah pengasuh dia ok. Hahaaa. Cuma lupa nak salam aku je. Nak kiss pun lupa sebab dah excited. KakakOni sungguh berbeza pada pagi ini. Esok, belum tentu lagi. 
Aku minta tolong mrABi cucikan baju kotor yang dah macam aiskrim, hahaaa. Tak larat aku nak angkat bakul tu. Habisla, mesti dia minta upah balik nanti.

Antara dua pilihan

Tuesday, 26 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Huiii cantiknya korang hari ni? nak ke mana tu?

Saje je, hahaaa hari ni hari tenang, semua berjalan dengan lancar walaupun bangun lambat, kekeke. Snooze, snooze, snooze dah pandai set, dulu tak pandai tu yang puntual je.

Malam tadi, mrABi tanya nak balik Johor minggu ni? eh, peliknya soalan? selalu tu tunggu aku menyuarakan. Aku terpinga-pinga, mestila nak balik kan? 'Isnin umi cuti kan?' sambung dia lagi. 

'Alaaa, nak pergi bookfair' slow motion je aku jawab, hahaaa. Ni yang berbelah bagi ni, bookfair ke, balik kampung ke, harusla balik kampung kan? takpe bookfair tahun depan ada lagi. Boleh angkut kakakOni dengan adik sekali. Kasi happening.

Tu la buat statement lagi, kata sebulan sekali balik Johor, sudahnya aku jawab 'sebulan sekali? ye ke? takde pun?' hahaaa, kan dah masuk perangkap. Kuikuikui. Aku tak kisah pun, mama papa aku tu rajin je nak turun KL ni. Mengenangkan papa yang gila kerja tak bercuti rehat.

Rasanya bookfair 2011 tak dapatla aku nak pergi, lagipun aku memang dah hobi pantang nampak kedai buku mesti nak masuk dan beli pastu belah. 

Layankan aje.

Sekarang ni aku tengah gigih, membaca komik mrABi, Naruto. Habis baby aku nanti jadi kuat macam Naruto, jangan ikut perangai gila Naruto sudahla. Ada banyak lagi untuk aku ulang baca. 

Tapiii hakikatnya, aku masih dalam dilema lagi, nak balik kampung ke, nak pergi bookfair. Nak balik kampung ke, nak pergi bookfair. Adoiii.

Tajuk tak boleh belah. Macam novel.

My name is...

Monday, 25 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam balik KL daripada Langat, kampung mrABi la. Singgah sebentar di rumah mak sedara dia, aku yang ajak sebab lama sangat dah tak berjumpa. Tengah feeling potpetpotpet tunjukkan kakakOni 2 ekor hamster, tergedik-gedik natang tu.

KakakOni memang sayang dengan binatang, dia suka benar duduk atas pangku mrABi sambil belai anak arnab selain hamster.

Bila aku tengok hamster tu semalam teringat kenangan masa berkenalan dengan mrABi. mrABi panggil aku 'hamster', setiap kali dia masuk kelas dia akan kata.
'Di (nama seorang kawan), kau dah bagi hamster kau kuaci ke belum' mana la aku tak melancarkan perang. Suka-suki panggil aku hamster.

Itu daripada mulut dia, lagi seorang suka panggil aku 'mak memerang,' haih! budak kelas sebelah, pantang masuk kelas aku dia akan say hai.
'mak memerang, cantiknyaaa gigi' aku nak marah, dia ada motor vespa. Dengan motor vespa dia la aku selalu alert meng'dut'kan mrABi dan kawan-kawan aku. Dulu kan selalu main benda tu. 'kunci-kunci' zaman keriangan katakan.

Ada juga panggil aku 'kucing', siap buat gaya kaki kucing sapu muka lagi. Kalau dalam hostel consider lagi, ini kat bus-stop, semua orang tengok. Ngeng betul. Nak aku marah, ramai orang. Saham tinggi, aku pemalu. Tersipu-sipu la aku tahan geram.

Sudahnya nama terakhir aku dapat ialah 'kecik', kalau dah kecik sah-sahla aku paling kurus dan pendek dalam kelas. Huuu, kesian sungguh. Sampai sekarang gelaran itu kekal.

Hanya ada dua orang sahaja panggil aku dengan panggilan ch@, lebih ringkas katanya. Malas nak sebut Syasya, panjang dan perasan glamour katanya. Ceh! Sebelum aku gunakan ch@ secara komersial dalam bloghijau.

Kenapa aku lebih suka guna nama Syasya, kerana ada maksud 'berseri-seri', nama sebenar aku memang tak sampai maksudnya, kecuali dalam sebutan Arabiah Al-Ittissoliah, baru sedap maknanya.

Lagipun panggilan tu daripada aku kecil lagi, memang kat rumah my mom akan say, 'Syaaa, Syasyaaa tolong mama ni' hehehe. Nama tu komersial daripada sekolah menengah sehingga la sekarang. Kalau dah daripada kecilkan?

Well, ada juga yang tak boleh terima nama aku Syasya. Arwah bestfren aku, tergeliat lidah nak sebut katanya. Dah la dia seorang kekal memanggil aku Nurul, asal daripada sekolah rendah.
'pelik nak panggil nama kau ni. Kau fikir kau glamour' nak je aku tampal mulut dia dengan plaster. Dah la kerja asyik ikut aku je. Membebel pulak tu. Dah jadi kenangan, semoga rohnya dicucuri rahmat-Al-Fatihah.

Memang masa sekolah rendah, aku dikenali dengan Nurul. Nurul ada ramai di sekolah tu, pandai-pandai la banding bezakan, sebab tu la naik sekolah menengah, tinggal di asrama tukar jadi Syasya. Ada satu nama je.

 Atas : Aku 
Bawah: kakakOni
Tapi memang bestla kenakan orang, sebab ramai tak tahu nama sebenar. Hahahaaa. Terpinga-pinga bila cikgu sebut nama sebenar aku. Kenal lain, panggil lain. Abaikan.
Tidak kisahla nama apapun, masing-masing ada memorinya sendiri. Betulkan?

Lempeng

Friday, 22 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hahahahahahahahaa, sila gelak beramai-ramai. Semalamkan, aku sempat pergi skodeng blog mamaMikhail aka kakEida, interframe lagi kau kak. Well, waktu hujan turun maha lebat semalam, terkecur liur tengok entry Lempeng kuali sedap dia.

Mujur dia belum balik, aku ber'gtalk' sekejap. KakakOni pun masih belum aku ambil. Dan hasilnya, menjadi. Lempeng kuali sedap mamaMikhail, tapikan harap kuali je besar, lempengnya jadi berdiameter kecil  daripada saiz sebab sukat ngam-ngam senduk sahaja. 

Bila dah jadi satu keping, aku MMS kakEida, dia kata macam kuih dorayaki. Sebelum tu dia kata macam pipi kakakOni. Pipi kakakOni sama ngan lempeng? hahahaaa. 

 Lempeng yang comel.

Siap sebelas keping, hujan turun, kilat memancar-mancar, guruh berdentum-dentum. Oiii makcik rasa nak duduk celah dapur je.

Sempat aku menggoreng sardin, sebijik menu mamaMikhail punya. Hahahaaa. Lepas mrABi balik main bola, aku makan 4 keping, mrABi sapu bersih 7 keping kasi licin. Habis. Memang laku lempeng aku. Lepas ni aku bercita-cita mahu campurkan dengan pisang. Huiii menawan-menawan bila makan time hujan turun. Kikiii.
Percubaan kali pertama, berjaya.

Pemeriksaan Anternatal 1

Thursday, 21 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Oh dah tak sabar ye mahu mengetahui hari pertama pemeriksaan anternatal aku di PPUM. Separuh soalan sudah berjawab separuh lagi belum berjawab. Macam biasa aku bersiap ala-ala nak pergi kerja. Lepas hantar kakakOni aku beli sarapan.

Niat di hati nak sarapan dulu, tapi bila naik rumah semula mrABi dah pun bersiap, macam lipas kudung aku cari borang untuk pendaftaran yang telah siap diisi. Part ni, GL je yang penting lain2 aku tak kisah sangat sebab fail aku memang dah ada di PPUM.

Ye aku sangat haus tapi tak sempat minum air, bertambah malangnya bila botol air aku tertinggal atas meja masa aku ambil borang. Benci betul. Dah la lapar, haus, merempit pula. Ngeng betul.

Suasana dalam klinik dah pun sesak, macam-macam gaya pakaian mengandung dan saiz perut. Aku je macam orang tak pregnant, ala baru 14 minggu apa ada hal kan. Yang aku pelik staff kat situ sering bertanya 'staff sini ke?' dan soalan ini daripada tahun kakakOni dalam perut lagi. Kenapa? ada pelanduk dua serupakah? atau aku nampak talent untuk jadi staff PPUM. Nak perasan muda la ni. Heee.

Smooth, itu aku dapat simpulkan. Mungkin kerana aku dah ada pengalaman yang lepas makanya bila taktahu selamba kodok aku tanya staff nurse kat situ. Aku memang muka tak malu.

Air kencing - normal
Tekanan darah - 117/71 (bacaan orang normal 120/80 mmHg)
Berat - 45.5kg

Rutin dah setel, aku dengar tentang penyusuan susu ibu. PPUM ialah hospital rakan bayi, tiada botol susu atau susu formula selepas melahirkan ok, hanya susu ibu. Ye kali ni aku tanya apa yang sekian lama tidak ada jawapan.

'Bagaimana nak mudahkan pengasuh untuk memberi/menyimpan susu ibu kepada anak' 

1- Bagi sekurang2nya 5-6 botol 4 auns dan minta dia simpan dalam peti sejuk biasa. Bukan sejukbeku.
2- Beri pada anak, masa nak panaskan dengan air suam berkuantiti 2:1 maknanya air panas 2, air sejuk 1.
3- Jangan biar pengasuh cuci botol, biar kita sendiri bawa balik dan kendalikan.
4- Jika ada sebotol dua yang tidak digunakan simpan di ruang sejuk biasa.
5- Label nama, tarikh dan masa pada setiap botol.

Itu la yang selalu memusykilkan aku. Sekarang, dah terjawab. Doakan aku boleh menjadi ibu BF yang berjaya. Insya-Allah.

Keluar daripada dengar ceramah, nama aku dipanggil jururawat, pra-interview sebelum jumpa doktor. diterangkan pasal Pap-Smear, HIV dan ujian darah. Semua aku kena buat pada hari ini juga. Malas nak tangguh.
 
Macam biasala susah cari salur darah, mujurla tak kena dua-dua belah tangan. Kena sebelah je mencari darah B +ve, aku baru tau kumpulan darah aku. Kekeke. Tak kena minum air gula, sebab baby kecil lagi. Belum 4 bulan.

Menunggu giliran untuk berjumpa doktor, berborak-aku kan peramah. Semua orang aku interview. Muka masing2 tercengang tengok aku sebab anak yang kedua. Oiii, tak boleh ke?

Hari ni aku buat juga ujian pap-smear.  Sakit sikit je, ambil sedikit lendir di pangkal rahim. Aku harap semuanya okla. Sebab ianya akan dihantar ke makmal. Habis berurusan dengan doktor buat temujanji seterusnya. Ye, untuk mengelakkan banyak kali ulang-alik, ulang-alik buat orang pening. Aku tanya nurse apa yang aku kena buat seterusnya.

Ambil ubat dan buat temujanji untuk scan baby, leceh sikit PPUM macam ni la. Tidak seperti klinik biasa. See? dapat pula tarikh jumpa doktor 26.05.2011 tarikh untuk scan 16.06.2011 katanya baby dah besar sikit masa tarikh ni, inila susahnya. Nak kena pergi dua kali. Aku minta samakan tarikh, gelak je staff kat kaunter tu. 

'Datang je 26hb nanti kita bagi tarikh check-up semula 16hb tu'. Ok la kalau macam tu kan. Jadi, sesi pun habis. Perut aku lapar sungguh, terbayang-bayang nasi kerabu aku beli pagi tadi. Sedapnyaaa. Sementara tunggu mrABi aku jumpa biskut dalam beg.

Adus, tak reti aku nak posing ambil gambar penuh macam ni. Poyo.

Akan datang aku bersiap dengan bekalan dalam beg. Hahaha.
Aku tidak ditemani mrABi pun, tengok kiri kanan suami setia di sisi, siap ada boleh landing tidur atas bahu suami lagi. Ikut je ke mana isteri pergi. Hahaha. Jeles-jeles, tapi aku kan peramah. Kikiii. Jumpa je kawan.

Masih berteka-teki.

Wednesday, 20 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar pembaca bloghijau? adakah semua ok hari ini. Ye sudah pun Rabu, dua hari lagi dah jumpa Sabtu semula. Esok aku cuti, rutin bulanan selama sembilan bulan akan bermula esok, 21 April 2011. 

Tempat buat pemeriksaan sama dengan kakaknya Pusat Perubatan Universiti Malaya, KL. Aku cuba berharap si kecil ini akan baik dan sihat sebagaimana kakaknya juga. Membesar dengan tidak banyak kerenah, dan lebih banyak berdikari. 

Segalanya akan bermula esok pagi. Tunggu je la berita apa yang bakal disampaikan, nasihat apa yang akan didengarkan, ilmu apa yang akan dibawa pulang. Sesungguhnya aku sudah tidak sabar-sabar untuk mendengar berita yang mengujakan hati.

Umur tepat si kecil ini juga bakal diketahui esok. Ini yang aku rasa nak pergi scan lagi ni. Hahaha. Malas sebenarnya nak buat temujanji untuk scan di PPUM tu, agak melecehkan, banyak procedur. 1st time buat hari tu RM40 aku buat di Mediveron. Dah nampak kaki, tangan. Aktif dan lasak. Mengguling-guling. Dan aku rasa, scan di mana-mana pun sama juga kan?
 
Tengokla macam mana nanti. Hiii, semua orang dah tak sabar nak tengok perkembangan aku yang mendadak makan je kerjanya ni. Ngeee. Aku sendiri taktau berat aku berapa sebab mesin penimbang di rumah aku dah pun pecah dan berterabur skru akibat dibanting kakakOni. Minah tu jangan dibuat main, lesung batu maha berat tu pun dia boleh angkat. Naik radang mak dia, kalau nampak dia main lesung batu tu.

Ok, apa-apa pun jumpa kita esok hari. Dengan khabar berita daripada penulis hijaucantik. Iringkan aku dengan doa-doa kalian ye. Harap semuanya sihat seperti biasa.
Rasa teruja dan tidak sabar untuk menyambut kedatangan orang baru. Beraya berempat la tahun ni, insya-Allah. Semoga aku dibekalkan kekuatan dan kesihatan. Aminnn.

Perangai kakak.

Monday, 18 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada suatu hari, seorang mak mengajak suaminya berjalan. Macam biasa la, mula-mula ajak macam takde respon, aku pun layanla Princess Hours yang tak habis-habis tu. 

'kata nak keluar, pergila siap' aku dah malas-malas ni dia mengajak pula. Ceh. kakakOni dah pun berselimut best je, layan mata.

Kejut dia punyala liat nak bangun, tengok orang kelam kabut bersiap dia bangun juga. Hahahaaa. Paling excited. Habis dia selongkar laci tudung/ shawl aku. 

 Ada tak rupa mak dia?

 Atas tutup, bawah? ngehehehe.

Lepas aku siapkan dia, tukarkan baju. Tengok apa dia buat ni. Nak marah pun tak jadi. Bila nak ambil daripada dia, dia lari. Geram betul.

Tu kaki tu, pangai mak dia la tu. Mewarisi.

Melayan dia, tengah mengemas rumah aku jumpa RM1.00 duit syiling dengan 4 batang pen/pensel terselit kat sofa. Habuk jangan katala kan, lepas jumpa semua kasi kat dia. Terus cari buku, habis buku mrABi dia buat nota. 

Dah bosan, dia masukkan 4 batang pen/pensel tersebut dalam tabung teddy bear. Eiii, tu macam mana nak ambil keluar tu, sudahnya mak dia jugak kena korek keluar semua pen/pensel terbabit. Haih!
Ini baru seorang ni, esok-esok dia ajak adik dia pulak, huiii mau bersilat aku mengejar duar orang ni, tak sabar rasanya nak menanti detik itu. Pasti aku akan jadi lebih tough kan? ngehehehe.

Coklat Almond memikat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya tidak terlalu manis, tidak juga terlalu tidak berasa. Sedang-sedang dan sangat memikat  selera. Cara membeli mudah cara penghantaran juga cepat.

Harga berpatutan, dengan saiz dan mutu atau kualiti. Ini diaaa, memperkenalkan Coklat Almond buatan tangan daripada GeeJaa's Cottage. Yummm-yummm-yummm.

Elok je aku nak keluar daripada opis, bertemu abang Pos Malaysia, berbaju oren menyala. Terus dengan tak malunya aku pergi terkam. Hahaaa, budget macam betul je barang aku kan. Betulla, kalau salah memang malu ah.

 Kulit luar.

 Isi di dalam. Sayang betul aku kepadanya.

Aku ingat aku dapat hanphone, siapala yang sudi benar nak bagi handphone free sekarang ni kan. Bila dibuka, tadaaa. Ohhh sayangnya nak makan. 4 biji daripadanya aku bagi pada dua orang kawan, makan sama-sama. Yang lain aku makan seorang. SEORANG. ok. hiii.

Ok, dah kecur liur ke belum? kalau nak rasa, silalah ke GeeJaa's Cottage ye. Macam-macam aada. Daaa.

Hijau sokmo.

Friday, 15 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wuuu, amacam? yeay semalam berjaya menonton Joo Ji Hoon, siapakah itu? pergila google, drama Princess Hour. Kali ke berapa tah aku ulang tengok. Ngeee. 

Dek kerana mrABi kerja malam, aku membuat keputusan untuk makan roti bom dan roti kosong untuk Oni, di mana kesudahannya roti kosong Oni menjadi lebih sedap berbanding roti bom aku. Hahaaa. Faham? Aku la yang makan kasi habis =)

Sambil menunggu pusingan mesin mencuci pakaian, aku lipat pakaian dan menonton Princess Hour. Miahahaaa. KakakOni? mengulangkaji pelajaran terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Tak percaya?

 KakakOni yang kidal.

Comelkan dia? dapat buku mrABi, aku beri pensel. Sambil aku kemas rumah, kutip semua segala kertas letak atas meja dia tu. Beg oren tu dah nak koyak. Kena cari lain.

Bila dia dah masuk tidur, kerja aku jadi lebih senang. Hiii, aman tanpa gangguan sehingga mrABi balik. Barula aku terhegeh-hegeh jemur baju hari dah 12.30am. Tanpa aku sedar, bila aku siap menjemur rupa-rupanya, berderet baju hijau aku. Tak percaya ke?

Stail aku jemur, baju aku memang belah ni, baju mrABi belah dalam.

Kan? hahaha, dua daripada baju tersebut baju mamaMikhail, dia dah jual dan aku beli. Kemeja pendek dan kemeja labuh. Rupanya, baju basahan pun hijau jugak. Baju lama memang best dipakaikan? 

Aku sedang bersarapan ni :)

Lagi? hari ini pun, aku pakai hijau juga. Hahahaha. Lengkap 5 hari dalam minggu ini aku memakai hijau sahaja. Minggu depan tukarla warna-warni. Lama-lama nanti ada orang perasan aku asyik pakai hijau sahaja. 
Pakai hijau ni, termasuk dalam cara menyelamatkan alam sekitar tak? hehehe.

Tentang makan lagi.

Thursday, 14 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yo, kali ini bercerita tentang makan lagi. Hahaaa. Kusut fikiran aku mencari idea nak update juga bloghijau ni. Balik kerja semalam, aku dah hampir je nak mengamuk gara-gara mrABi tak mereply message aku. Dia memang macam tu.

KakEida aka mamaMikhail punya angkara, mengumpan. Dia makan mihun sup. Cis kau kak. Dan, mujur ada pasar malam tapiii tercapaikah hajat tersebut? kerana aku masih menanti pesanan ringkas mrABi.

Dengan tidak menaruh harapan yang begitu tinggi, aku buat-buat seperti biasa. Bila sampai rumah, nampak-nampak Oni tengah main handphone mrABi, ceh! Dia tak bawa handphone rupanya. Pelik kalau dia terlupa handphone.

Alhamdulillah, tidak lama kemudian dia pun balik. Tengok luar masih cerah. Huye-huye, boleh cari mihun sup pasar malam. Siap-siap pergi pasar malam, cari lauk basah, lauk kering, buah, boleh beli shawl lagi. Ngeee.
 
Sampai di gerai sup-sup tersebut, aku dah beralih arah. Daripada mihun sup, bertukar kepada soto. Wiii. Aku beli dua bungkus RM6. Tak kira dah mahal ke murah ke janji dapat makan. Aku rasa ini la pergi pasar malam yang tak berapa nak borong sangat. Yola tu kan. Hahaaa.

Tunggu sehingga perut betul-betul lapar, dan dua bungkus soto habis aku makan, aku seorang aja ye. mrABi dah basuh pinggan siap-siap. Aku pun, zzzZZZzzzZZZ. Muahahaha. Buruk sungguh perangai isteri macam ni.

Info tentang gambar (interframe).
  1. Hari ke-empat memakai baju bertemakan hijau.
  2. Mata ter'over' tidur, memang macam ni.
  3. Perasan posing paling menawan.
  4. Kekenyangan makan satu set sandwich.
  5. Muka tak bersalah menghabiskan dua bungkus soto dan sebalang coco-crunch milik Oni.
Allah selalu membuka ruang kepada doa sorang ibu kan? hanya sebut dan berkeinginan, insya-Allah dengan tak lama kemudian kita dapat apa yang diinginkan. Terima kasih ABi sebab sentiasa penuhi permintaan yang macam-macam isterimu ini :)

Tabiat yang jangan dibiasakan buat.

Tuesday, 12 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wah bukan main lambat lagi bloghijau ni berupdate, mana taknya datang punya la pagi, tengok-tengok line internet tiada. Makanya, no internet no work. Tapiii dapat juga habiskan kerja yang tak menggunakan internet, kalau tidak memang berzamanla nak siap.
Bila line dah ada, pergi merewang sana sini dulu. Hahaa, malam tadi memulun lagi Princess Hour, pusingan kali ke-4. Yess, Putera Shin yang kacak. Kacakkah? hahaaa sebab dia kaya.

Yo, balik kerja semalam, message mrABi macam biasa bila tengok dia tak ada di rumah. Kerja malam. Line clear. Oni pun tidur awal, huye-huye rancangan menjadi. Tak susah-susah nak kena masak. Punyala malas kan. Ngeee.

Setel semua kerja, selongkar dapur dulu. Menyesal pula tak beli kuih petang tadi, kan dah lapar tahap maksima ni, nak masak nasi, malas. Erm, buka peti ais. Nak makan buah, alamak sudah lembik kedebek la. Try minum susu coklat, yaks sudah rasa tak sedap. Niii apa punya malang malam ni, ni. Haih!

Makan, coco-crunch, sebalang kecik habis. Makan biskut dua keping, ok-ok. Layan drama dulu. Setelah 2 episod, alamak! pembersihan perut bermula sekali lagi. Pergi dapur kembali, buka almari pula. Tadaaa.

Bagaikan terpikat dengan keenakkannya. Hahaha, bolehla menyambung hidup bagi orang pemalas macam ni, wahai isteri-isteri sekalian sila jangan menjadi seperti aku. Aku dah minta kebenaran, sebab tu aku berani buat. Hahaaa.

Megi ayam kegemaran aku.

Megi berperisa ayam. Kosong je, sebab aku memang suka sempoi macam ni, ke malas? sudah la kau Syasya. Ngeee. Makan hingga ke titisan terakhir. Siap habis licin segala kuah. Ngeng betul aku malam tadi. Lepas makan letak je pinggan dalam sinki, macam la ada maid nak kena cuci. Ngaaa...

Elok je episod akhir, Oni bangun. Bergaduh laptop dengan dia. sekejap. Gigih menghabiskan drama tu, sebelum mrABi balik. Elok je dia home sweet home, yo la tu. Pricess Hour episod 8 pun berakhir. 

Jam 12 malam, dah macam cinderella, iron baju, cuci pinggan, kemas rumah sikit-sikit. Terhegeh-hegeh  dengan mata dah hampir nak tertutup. Tiba masa aku zzzZZZzzzZZZ.
Dah macam hidup time bujang-bujang je rasa. Hahaaa. Sekali sekala tidak mengapa, jangan selalu, kalau tidak semua benda pun terabai. Yang baik ikut, yang tak baik tu jangan ikut ye. Haaa megi tu pun sama, ibu mengandung tak de maknanya makan megi, tak sampai sejam dah lapar semula.

Kena angkut juga.

Monday, 11 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 11.04.11 - ada yang buat kenduri?

Ke mana sahaja cuti dua hari? aku di rumah sahaja. Menghabiskan masa berulit dengan rumah yang bagaikan terabai, dah macam tongkang kena tiup dek angin rasanya. Mendobi tu sudah pasti. Paling banyak baju anak dara I tu la. Kalah baju mak pak dia.

Itu baru dia seorang, belum lagi 2, 3, aku rasa mau aku reQuest rumah tanah lapang ngan mrABi nanti. Boleh buat ampai macam kat asrama. Seronok dapat matahari secara terus. Kekeke.

Hari Sabtu, berguling sana-sini. Tak keluar ke mana pun. Aku rasa macam aku banyak tidur je. Mendapat keletihan luar biasa. Hari Ahad terasa nak makan sambal belacan, ikan goreng dengan sayur air. Huiii mau dua pinggan aku adap ni.
Celik je mata, tengok dua orang tu masih lagi tidur. Sama patern. Senyap-senyap aku pergi mandi lepas bagi Oni susu. Elok je aku buka pintu bilik air.

'Haiii!' siap angkat tangan kau. Siapa lagi Oni la. Terkejut beruk aku, tersengih dia dengan muka baru bangun tidur. Adeiii, ini nak tak nak kena angkut gak gi kedai. Buatnya dia taknak berjalan sendiri? Pengsan.

'Jom, buka seluar buka baju, mandi. Kita pergi kedai' suruh mak dia. Seluar je la lepas, baju tak reti nak buka sendiri, angkat belah bawah pastu angkat dua tangan ke atas, macam mana gaya tu? sebab selalu mak pak dia bukakan baju. Tergelak aku.

Dah mandi nak berkubang lama dalam besen tu pula, aku dah la nak cepat. Siap-siap, aku suruh dia jalan. Pergi kedai jauh sikit daripada biasa. Behave. Dengar kata, takut aku hilang dari pandangan mata.

Dah selesai membeli belah, terjumpa lak ngan kucing. Niii part aku lemah ni, dia tak nak balik nak tunggu kucing tu belah dulu. Kucing tu lak mengada, manja. Adeiii. Sudahnya aku dukung juga balik. Sampai bila nak berkampung kat kedai tu.

Petangnya, mrABi baru sarung baju, elok je dia baru bangun tidur juga. 

'haiii' nada mengorat minta di bawa berjalan. 'pergi pakai kasut' mrABi suruh. Dia berlari pergi rak kasut.
'tuuu' sambil tunjuk rak kasut belah atas, kasut dia memang port atas sekali. Hahaha, mak dia dengki sebab dia suka benar pakai kasut dalam rumah. Pastu menonong. Tak menoleh sudah.

Dan pagi tadi, celik mata melalak. Yang buat aku nak gelak, siap bawa balang keropok. Adoiii. Aku ingat nak biar mrABi hantar, tapi bila aku dengar dia menangis aku patah balik. Sayu ah hati. Sampai ke lift dia menangis. Mujur dalam lift dia diam, agaknya sebab ramai orang.

 Bawala ku terbang...

Dia ada lesung pipit, mak pak dia langsung tak ada. Mak dia jeles.

Sampai rumah pengasuh, lepas salam dan kiss-kiss, elok je dah tak pandang mak dia. Oni-Oni-Oni. Tak berapa minit dah rindu kat dia.
Semakin manja, jadi semakin sayang. Kan? Seronoknya menjadi seorang emak.

Sahabat pena.

Thursday, 7 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni 7 haribulan 4, ceh macam semua orang taktau kan? Hari ini hari ulangtahun kelahiran sahabat pena aku. Sahabat pena aka penpal. Maksud? sahabat surat menyurat. Tanpa gambar, tanpa bersua hanya surat semata-mata.

Itu dulu, sekarang tidak lagi. Dulu penpal sekarang friendship. Rupanya aku ada peminat dalam senyap, nun jauh dari Sarawak seberang laut. Surat pertama datang pada tahun 1996, aku di tusyen dan beralamat sekolah. Masih aku ingat kena warning dengan teacher bernama Miss Fong, jangan bagi alamat sekolah kepada surat tak rasmi.

He'e, itu kali pertama aku dapat surat daripada orang yang langsung aku tak kenali. Suratnya masih ada aku simpan sehingga hari ini. Dia suka menulis menggunakan kertas buku latihan dan berhelai-helai dengan warna pen yang berwarna-warni. Bersama sampul surat yang sangat cantik yang juga kali pertama aku menengoknya.

Sejak itu, aku gigih minta papa bawa aku ke kedai buku, untuk cari sampul surat yang berbunga-bunga sebagaimana dia mengirim kepada aku, terus bertukar cerita, bertukar kenangan, bertukar kegemaran, bertukar pengalaman. Saling mengkhabarkan perkembangan terkini.

Dari berumur 12 tahun sehinggala berumur 23 tahun membawa kami berjumpa buat pertama kali. Aku namakan pertemuan kali pertama 1996 vs 2007. Kebetulan, dia datang ke Kuala Lumpur. Sedang bershopping di Pavillion.

Kan aku kata, dulu Pavi tu rumah nombor dua aku. Hahaha. Aku jumpa sebaik sahaja aku habis kerja, orang yang bertanggungjawab bersama dengan aku pada hari itu ialah kakAzi. Kakak tersayang aku.

Tiada kata terlafaz, kaku, tergamam, hanya senyum-ketawa-senyum-ketawa. Berjasa juga handphone Motorola L6 apabila menangkap gambar kami berdua. Bila cuci, hah habis kabur 100%. Indah, seronok. Terasa pelukan padu itu tidak mahu lepas. Mengalir air mata bila selama 11 tahun berutus surat tiba-tiba dia di depan mata.

Pertemuan sekejap, tapi aku bercerita sebulan lamanya. Semua orang aku cerita. Semua orang kena dengar cerita yang pada aku kenangan terindah dalam hidup.

Itu dulu, sekarang perhubungan kian meluas, kami berhubung dengan handphone sahaja, mudah. MMS, SMS, Call. Gambar, taip dan dengar suara. Namun, suratnya masih tersimpan kemas di dalam kotak emas kesayangan aku.

Dan sampai sekarang, aku tidak pernah tahu dan sering terlupa bertanya daripada mana dia mendapat nama dan alamat sekolah aku, atau daripada mana dia mengenali aku. Dah seronok benar bercerita memang selalu terlupa nak bertanya.

 Dulu, she is my pen-pal.

Now, she still my friend.

Akhir kata, Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Ismalia Talaha atau Lia. Semoga persahabatan kita kekal hingga bila-bila. Daripada surat menyurat berkembang kepada handphone ke handphone. Hihiii. Satu hari kita berjumpa lagi ok.
Sekali lagi aku nak kata, uniknya persahabatan. Sentiasa mekar dalam lipatan memory dan akan dikenang hingga bila-bila. Sebab tu mrABi kata aku seorang yang unik. Dengan siapa-siapa pun aku boleh suaikan diri. Padahal aku tengok orang juga. Hihiii.

Habisla kau Syasya.

Tuesday, 5 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haaa, selera aku dan memuncak-muncak ni. Bermulanya minggu lepas, 24jam, 48jam kerja aku menggomol peti ais dan tin biskut dan kabinet penyimpan makanan di dapur. Pening dah kepala mrABi tengok bini dia ni makan tak berhenti.

Pergi pasar malam tak sah kalau tak pekena mihun sup. Tak kirala mi tu warna apa pun, janji mihun sup. Hari tu je pergi rumah pnIzma aku melantak sehingga 2 mangkuk mihun sup, walhal sebelum tu aku dah pun makan sepinggan nasi di rumah kawan yang membuat kenduri potong jambul anaknya.

Walaupun sekadar ayam goreng dan ikan kering, habis sepinggan aku bedal. Gila betul.

Ahad, mrABi bawak shopping ke Tesco Shah Alam, selepas makan tengah hari 2 pinggan nasi. Hanya sekadar ikan goreng dan kicap kipas udang. Betul-betul mengisi perut namanya. Malam aku bedal 1 keping roti pizza Tesco.  

Di Tesco, segala macam makanan aku borong. Penuh troli, semua stok perut punya baik aku dan mrABi, huahaahaaa, habisla diet mrABi. kikiii. Senang hati aku bila tengok peti ais penuh.

Kat opis jangan katala, memang aku tak berhenti mengunyah. Sarapan dan makan tengahari memang tak missed. Belum lagi part kudap-kudap. Sampai aku balik, dalam kereta.
Stok makanan atas meja, bawah meja, dalam beg, dalam drawer. Wakakaka. Betul-betul 'membela' ni.

Semalam sempat aku memesan mrABi belikan buah mangga. Huhuuu, yummi-yummi. Manis dan kuning keemasan warnanya. Aku makan sebagai kudap-kudap selepas makan malam. Dan, lepas tu aku taktau apa dah berlaku sebab aku tertidur sampai ke pagi ini.

MrABi la yang layan Oni, malam ni turn aku pulala nampaknya. Sebab dia kerja malam. Huaaaaaaaaa. Bersilat dan kena tapau makanan siap-siap. See? makan lagi. Adus.

 Sungguh terpikat dengan keenakkannya.
Agak-agak capai tak target nak cecah 50kg nanti? hrmmm, wait and see sahajala. Amin.
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Arbayiah binti Ba'ai, semoga dikau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah harianmu, semoga sentiasa diberkati dan diberi kebahagiaan hingga akhir nanti, insya-Allah. She is my bestfriend =)

Kwak-kwak, kwang-kwang!

Monday, 4 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kerja banyak pun boleh maintain update blog, kerja tergendala. Menanti message ku di reply namun tidak sampai-sampai, semoga hari ini dipermudahkan seperti minggu lepas. Lancar dan pantas :)

Macam lama je tak letak gambar Oni, hiii. Buku katak tu aku beli masa berdating dengan mrABi, tak sampai hati balik dengan tangan kosong. Suka benar dia nak korek biji mata katak kat buku tu.


Aku suka bacakan untuk dia, kalau dia baca sendiri fefaham sahajah, bla-bla-bla-bla, pastu habis. Oni ni cepat bosan, dia tak boleh duduk diam walaupun 5 minit kecuali tidur. Sentiasa bergerak cergas dan berpeluh. Sebab tu aku rela duduk rumah dari keluar berjalan.

Kekadang yang tak berapa nak best tu, dia nak aku sendiri yang dukung, bila mrABi nak dukung meraung-raung. Time tu aku rasa macam tak cukup tenaga, hahaha. Suku berat aku sama berat dia. Mau taknya.

Banyak dah dia belajar, walaupun tak clear tapi boleh faham apa yang dia nak kata, dia boleh faham apa yang orang kata. Mama, papa, susu, jatuh, tutup, mintak, bukak, busuk, air, habis - perkataan biasa Oni sebut.

Bila dengar part mandi je, dia automatik buka seluar, buka baju, masuk bilik air. Bila habis minum air dalam cawan, terus masuk dalam sinki di dapur, bila tukar pampers terus bawa pampers pergi buang sendiri. Bila minum susu letak atas meja. Makan nak suap sendiri. Kemain. Sangat suka melaram kasut mak pak dia. Habis bersepah satu rumah. Dah pandai merajuk dah pandai protes, bawa diri jauh-jauh. 

Sebelum tidur mesti nak mengempeng dulu, layan tanya gigi-tunjuk gigi, tanya lidah-dia jelir lidah, tanya hidung-jari telunjuk tunjuk hidung sambil bunyi ek-ek-ek. Bila sayang kena tiga tempat, pipi kanan-pipi kiri-dahi. Tadah tangan, baca doa tarik selimut pura-pura tidur berdengkur. Cis.

Bunyi kucing aaawwww, bunyi itik-ek-ek-ek, bunyi ayam u-u-uk, bunyi bebird-et-et-et, bunyi katak- ak-ang -ak. Hahahahaaa. Oni-Oni. Superkid child. Sangat suka menari hindustan ok.
Nampak je lasak, nampak je selamba brutal, dia seorang yang sensitif juga. Nampak tak ada apa-apa tapi sebenarnya banyak rahsia. Macam abinya juga =)
Selamat Ulangtahun Kelahiran PakSu, Moiz. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati. Jangan lupa balik rumah tokMama nanti, kita jumpa di sana ye :) tataaa. 

Akhirnya.

Saturday, 2 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama aku tak nampak dia, cek punya cek, muncul satu. Jadila untuk orang yang 'rajin' seperti aku ni. Hahaha.

Hari ni banyak kenduri nak kena pergi. Nak kena cari baju untuk dipakai. Pilih-pilih, yang mana satu. Hahaaa.
Terima kasih daun keladi, kalau nak lagi sudi ke nak bagi? hihiii.

Pada pagi ini.

Friday, 1 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa awal pagi aku, perjalanan aku ke opis ditemani dengan Riuh Pagi Era PakNil bersama Rey dan Hanif.  

Pada pagi ini.
Bila aku start sahaja enjin suara sendu PakNil kedengaran. Rey dan Hanif tidak berani berkata apa. Oh rupa-rupanya mereka sedang mengenang kembali pemergian Allayarham Din Beramboi yang sudah pun setahun meninggalkan kita semua. Masa berlalu dengan pantas sekali.

Pada pagi ini.
Mereka memutarkan semula segmen Sawan Cara di mana babak lakonan allayarham bersama pendengar setianya. Aku sendu, aku terpaku kerana satu hari dulu aku la yang sentiasa menanti episod drama sebabak ini.

Pada pagi ini.
Air mata aku turun, tersedu-sedu dalam kereta sewaktu memandu kerana PakNil bercerita bagaimana dia berkerja dengan allayarham. Kadang-kadang aku ketawa besar bila drama sebabak dimainkan semula. Memang kelakar.

Pada pagi ini. 
Riuh pagi era mengembalikan nostalgia bersama allayarham dalam semua segmennya. Aku terdiam dan terpaku lagi.

Pada pagi ini.
Ini sahaja entry pada hari ini.
Al-Fatihah untuk Allayarham Din Beramboi aka Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in